8 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Hadi Tak Akan Letak Jawatan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian.

“Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah…saya tidak akan membuang baju amanah ini,” katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti PAS di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini.

Beliau berkata sebagai pemimpin, seseorang itu perlu bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih.

“Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

“Walaupun ada teguran yang keras…suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama…kita pemain profesional, bukannya pemain kampung,” katanya.

- BERNAMA

8 ulasan:

dILA berkata...

lantak kamulah. history will mark TGHH as the one who destroy PAS with his arragont & stupitdity

Tanpa Nama berkata...

PAS lebih layak jadi pembangkang yang berkesan daripada menjadi pemerintah yg baik....ooppss, kecuali Kelantan yg di awah tok guru, kalau org lain x tau la...

Tanpa Nama berkata...

tn. presiden jgn lupa bahawa sebahagian pengkritik luar ada autority jgk dlm 'bidang' ini. mrk jgk profesional gak.....
jgn jd mcm skuad bolasepak kebangsaan, x mau terima pandangan luar, kononnya profesional, akhirnya....kegagalan yg x sudah2

Martoiriat berkata...

Buat apa kalau kekal sebagai Presiden PAS tapi
berjiwa UMNO..

Tanpa Nama berkata...

Kadang-kadang ada pemain perlu direhatkan kerana keletihan dan digantikan dengan pemain yang lebih bertenaga, ada yang diberi kad merah lalu dibuang padang kerana melakukan kesalahan besar,kadang-kadang diberikan kad kuning agar pemain tersebut berhati-hati supaya tidak melakukan kesalahan berulang, pun kadang-kadang ada juga pengurus dan jurulatih dipecat kerana prestasi yang hambar atau tidak menunjukan peningkatan. Semua itu adalah kerana tuntutan profesional juga. Kalau tidak, kemungkinan pasukan bola tersebut akan mengalami kekalahan jika menunggu ke saat akhir perlawanan baru nak diambil tindakan. Fikir-fikirkanlah!

hussin berkata...

lagak fam je... tak kemana la jawabnya. konfirm, standard pemain kampung. ada tak para sahabat ra dulu macam ni?

ini baju amanah, saya dipilih, saya dilantik... menda ni?

Tanpa Nama berkata...

Sebagai langkah selamat,
Semua ahli dan pemimpin PAS yang sedang memegang tanggungjawab MP ke ADUN ke atau pegawai-pegawai yang di jelas orang PAS, maka jangan ambil loan atau berhutang atau jelaskan hutang tuan-tuan sebelum PRU ke-13 nanti.

Apa Sebab?

1. Sebab ketika itu apa sahaja yang disabitkan dengan pari PAS dalam pilihan raya itu akan dibungkus oleh rakyat kedalam saluran najis. Dan waktu itu SPRM akan masuk rumah anda tampa beri salam.

Jika buat tak endah, tak mengapa. Takut ank-anak dan isteri-isteri anda terlopong dan terkulat-kulat melihat anda digari ke Mahkamah pengadilan UMNO/BN.

2. Presiden anda telah bergentayangan dengan dunia kuasanya dan itulah punca utama PAS terpaksa menerima nasib lebih awal masuk liang lahad berbanding UMNO/BN.

3. Jika anda peniaga dan pengusaha kopian puti, maka pasarannya akan merudum. Anda berpotensi bankrap. Kecuali anda bijak mengubah peroduk kepada songkok hitam dan selendang merah...

4. Sebahagian pemimpin PAS akan mengkatakkan diri mereka lalu melompat-lompat atas kepala dan kopian tuan-tuan lalu itu dianggap tuan sudah kesialan. Sebab kesialan itulah sekali lagi SPRM akan masuk rumah anda tampa salam dan bila-bila masa mereka lapang.

Selamat meminpin PAS ke liang lahad wahai lebai-lebai grombolan UG.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Sampai habis separuh masa kedua, PAS dah kalah 40-0... Sebelum tamat perlawanan, penyokong-penyokong dah ramai keluar stadium, tutup tv atau radio. Yang tinggal dalam satium pun malu nak kibarkan bendera...