8 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Katak Ada Dalam PAS.

Seminar Memperkasakan PAS pada hari semalam mendedahkan banyak perkara. Positif dan negatif.

Seminar yang telah menggantikan Muktamar Khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat itu disifatkan sebagai lambang keterbukaan PAS, keberanian PAS dan kematangan PAS untuk bersedia berhadapan dengan para pengkritiknya. Setidak-tidaknya itu dakwaan sesetengan pimpinan dan kita akur dengan kebenaran dakwaan tersebut.

Namun mengikuti perjalanan seminar, kita didedahkan juga dengan kewujudan kelompok mereka yang berbeza dari yang lain. Sekumpulan manusia yang menyekat proses kematangan dan menghindar kemajuan parti yang boleh juga disifatkan mereka seperti katak-katak.

Eh, mana ada katak dalam PAS? Bukankah PKR dan DAP sahaja ada katak? Tempelak seorang rakan.

GB katakan masih banyak katak-katak di dalam PAS, tetapi mereka tidak boleh dan tidak pandai melompat. Habitatnya gelap. Katak-katak PAS ini amat istimewa, mereka adalah katak yang bermahligaikan tempurung.

Mereka tidak boleh menerima pandangan dan krtikan orang lain. Mereka hanya suka kepada sanjungan dan pujian sekalipun sanjungan dan pujian itu tidak layak bagi mereka.

Mereka ini spesies "kebangsaan" yang masih wujud di dalam PAS. Perangai dan sikap yang mereka dedahkan semasa berseminar semalam menjelaskan hakikat bahawa mereka tidak boleh bertoleransi dengan masyarakat di luar kerana terlalu asyiknya mereka selama ini di dalam "mahligai gelap" mereka.

Sehinggakan ahli panel yang dipanggil untuk membuat bedah-siasat terhadap kelemahan parti dibelasah secukupnya.

Malah ada yang mencabar ahli panel untuk turun ke gelanggang politik, jangan hanya pandai mengkritik, jerkah mereka.

Ini umpama seorang pesakit mental yang menjerkah seorang doktor, "kamu gila nak suntik punggung saya, nah silakan awak duduk di katil ini, biar saya suntik kamu."


Sehingga merajuklah "doktor" itu, dengan kenyataannya semalam, saya tak akan ulas mengenai PAS lagi, saya akan membicarakan krisis MCA pula. Sinisnya teguran Prof Abdul Aziz Bari yang dikecam sedemkian rupa walaupun dia diundang sebagai panel forum untuk mempekasakan PAS, kononnya.

Rugilah PAS apabila kelompok cendekiawan mula membiarkan PAS yang sedang sakit tenat di Hospital Mental.

Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim pula berkata:

"Justeru katanya lagi PAS mempunyai akhlak jemaah yang mesti dipelihara dan sebarang perselisihan pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang sedia ada.

"Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran."


Tetapi semasa Pesuruhjaya PAS Selangor menghentam kerajaan Pakatan Rakyat di dalam isu Selcat secara depan-depan dan tak mengikut saluran, itu tak mengapa kerana itu prerogatifnya kerana ia datang dari kelompok yang sama dengan yang mengeluarkan arahan. Ini mengingatkan saya kisah pertengkaran kodok dengan katak di dalam lagu "Mabuk Kuasa" yang sering saya putarkan satu ketika pada setiap kali kempen pilihanraya di TKO.fm yang telah digantikan dengan GB.fm. Maha Suci Allah Yang Maha Tahu terlebih awal tentang kewujudan kelompok katak dan kodok ini sehingga memberi ilham kepada pemikin video-klip yang dilapirkan ini sejak ia belum menjadi realiti lagi. Kini ia benar-benar menjadi kenyataan.

Ia juga mengingatkan GB kisah 3 Abdul, jika "ayah buat eh eh itu tak der apa-apa".

Ia sudah semacam menjadi satu "trade mark" terhadap kumpulan mereka, suka menegur oranglain tetapi mereka melupakan diri mereka sendiri. Mereka halakan peluru kepada pihak lain sewaktu yang bersalah adalah mereka sendiri.

“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu mebaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?” (Al-Baqarah, 2: 44)

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (As-Saff, 61: 2-3)

GB katakan bahawa sekalipun mereka menyatakan UG dah dikuburkan, namun perangai mereka sebijik UMNO, memang tak perlu UG lagi kerana sememangnya kelompok UMNO sudah ada dalam PAS.

Jangan emosi, kata Tuan Ibrahim, tetapi Abu Bakar Chik semalam, Idris Ahmad dan Nasruddin Tantawi sebelum ini yang emosi tidak mengapa.

Kata Tuan Ibrahim lagi, "Setakat ini, PAS membuktikan tiada antara wakil rakyatnya yang lompat parti dan PAS juga terbukti berjaya dalam menguruskan masalah".

Benar, tetapi yang duduk di bawah tempurung itu sama bahaya dan sama merosakkan dari yang melompat.

Maka dengan sebab itu, seorang ahli panel yang diundang, Prof Abu Hassan Abdullah menggesa supaya para pemimpin PAS jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, persis satu tamparan ke muka Naib Presiden PAS yang mendedahkan kejahilan dan wibawa pemimpin PAS yang tertinggal di dalam arus perjalanan ilmu dan kemajuan ummah.

Atas dasar itu, kata Prof Abu Hassan lagi, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Maka terngangalah mulut kumpulan katak-katak ini bahawa mereka rupa-rupanya selama ini benar-benar berada di bawah tempurung. "Persepsi" itu penting. Sebuah syarikat kadangkala boleh jatuh bangkrap bukan kerana tidak berkualitinya produk mereka tetapi persepsi negatif pembeli terhadap produk mereka berdasarkan kepada teknik pembungkusannya. Justeru apakah syarikat itu perlu "membelasah" mereka yang memberi pandangan negatif atau membetulkan semula pembungkusan produknya agar ia boleh diterima oleh masyarakat?

Mendukacitakan di dalam sessi "brainstorming", ada mereka yang bangun untuk mengherdik pengkritik dan "wistle-blower" yang sepatutnya di dalam sessi percambahan minda, tiada kecaman dan kritikan tetapi perluahan pandangan dan pendapat serta idea masing-masing. Tetapi mengapa berlaku seperti kejadian semalam? Kerana tidak berilmu. Katak dari bawah tempurung yang tidak sepatutnya hadir di dalam mana-mana pertemuan masyarakat bertamaddun apa tah lagi di dalam forum dan seminar.

Di dalam ilmu kontemporari, ia diajar di dalam "Critical Thinking" dan "Strategic Management". Itu sebab GB pernah cadangkan pemimpin-pemimpin PAS perlu dihambat untuk masuk ke dewan kuliah semula. Ilmu mereka telah jauh ketinggalan dengan perkembangan pengetahuan manusia sejagat. Tidak ramai pemimpin PAS yang gemar membaca ilmu kontemporari. Mungkin perlu diadakan kelas untuk pemimpin-pemimpin tertinggi parti. Tidak perlu panggil pensyarah luar, dalam PAS ramai pensyarah berkalibar seperti Prof Hamirdin umpamanya. Berpuloh yang lain. Tetapi mereka sering ditinggalkan dan tidak dimenafaatkan. Jangan jemput GB kerana GB tak ader PhD dan yang hanya kutahu aku akan paksa pemimpin-pemimpin ini jalan atas api, yang tak disukai oleh AT.

Kini kita di zaman membicarakan "k-workers", "k-university", "k-government", "k-itu", "k-ini" termasuklah "k-leaders". Apa itu k? "Knowledge-based" - Berasaskan ilmu pengetahuan.

Mereka yang menolak persepsi, menolak pandangan dan kritikan orang lain, sudah ketinggalan dan primitif.

Kalau PAS nak berjaya sebagai "k-organisation", ia mesti dipimpin oleh "k-leaders".

Kata Prof Abu Hassan, kelompok yang menolak persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.

Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.

Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja. Dengan maaf, ia adalah satu tamparan kepada Tuan Ibrahim, Abu Bakar Chik dan Kamaruzzaman Mohammad, Idris Ahmad, Nasruddin Tantawi serta sekalian yang datang dari bawah tempurung yang rata-rata dari pendokong kumpulan UG!


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah berikan ujian semacam ini untuk tunjukkan kepada semua sama ada PAS sebagai gerakan Islam dah sedia untuk memerintah atau tidak.. Tapi nampaknya, belum bersedia lagi.. Jika benarlah ada yang berminat untuk bergabung dengan UMNO, saya mohon tinggalkanlah PAS dan sertailah UMNO dengan rela hati. InsyaAllah segala kedudukan, pangkat dan semangat kebangsaan yang tuan-tuan mahu tu ada di sana.

Tapi jika ikhlas untuk berjuang dalam gerakan Islam, hentikanlah semua kekarutan ni. Kami golongan marhaen berjuang selama ni bukan untuk dihancurkan oleh pemimpin atasan yang kami berikan kepercayaan. Sedih bila memerhatikan masyarakat bukan Islam beransur-ansur hilang kepercayaan terhadap PAS. Idea memartabatkan Kelab Penyokong PAS akhirnya tinggal omong kosong. Sangat simpati dengan Dr Mujahid Yusuf Rawa kerana kerja kerasnya akhirnya tak ke mana. Slogan PAS For All hanya tinggal slogan.

Ya Allah, Tunjukkanlah kami jalan yang benar.. Berikanlah Islam kemenangan.

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya para 'ular dalam seamak PAS' sedang mengheret PAS jauh daripada mendekati matlamatnya. Pakatan Rakyat telah berusaha menggandingkan PAS searus dengan matlamat mereka, namun PAS kelihatan rabun cahaya lalu bergeselan dan beberantakan sesama sendiri. Kerap juga dalam kerabunan itu rakan sepakatannya ditendang dan disiku.

Pemimpin utamanya pula kesayangan akan darjat kepresidenannya itu lalu menghujjah lantikannya hasil muktamar terdahulu. Dasar pecacai pencinta dunia begitulah. Hujjah dan pemikiran seorang OMNO, cuma beliau berserban dan berjenggot dan banyak hafal kitab.

Sebagai pemimpin sesama orang Islam dalam jemah dia pun hancur lebur. Bercita-cita pula nak pimpin kalang yang belum ISlam.

Aiyya pak aji .. wa luma sana atap angin sula telebang ma.. tolong aji mikin wa punya luma punya attap me.. Pak aji pun garuk kepala dan buat janji semua akan diberi jika PAS tadbir negara..

Poooorah.. cit.

john berkata...

1. Kita bagi kepercahayaan pada Pas ni kerana hanya untuk melihat mereka teguh dan tetap dengan perjuangan menentang umno yang rasuah dan salahguna kuasa. Tapi bila kita bagi menang sikit (sikit saja kerana kalau banding dengan PKR dan DAP dari segi jumlah kerusi parlimen jauh ketinggalan)mereka atau ustaz ni dah sasau dan lupa diri. Tak jijak dibumi nyata dah.
2. Saya sangat sedih dan keliru. Bila tak sampai sehari menang ustaz ni dah merangkak dalam gelap pergi bincang nak peluk pihak lawan.Sedarlah sikit menang sikit tu kerana DSAI dan DAP tolong. Kalau tak tak kemana pun. UMNO nak bincang UG tu bukan nakkan Pas tapi nak menyakitkkan hati DSAI je. Bukan kerana apa. Yang ni pun puak Pas tak tau ke. Bodoh sangat ke. Saya sangat malu menjadi penyokong.
3. Saya cadangkan pihak Pas perlu belajar lagi banyak. Ilmu ni banyak bukan sealiran saja. Manusia ni dah banyak karang buku.Jangan jadi terlalu jumud dengan satu aliran kalau nak jadi pemimpin. Kalau tidak jangan tawar diri kerana buat malu je. Tengoklah parti lawan yang cerdik tu. Cerdik kena lawan dengan cerdik. Cerdik kalau lawan dengan bodoh sampai bila lagi kita nak tunggu. Atau kita dah puas hati takat ni tak tau la.

Tanpa Nama berkata...

1. Cara berfikir seperti UMNO dan cara bekerja seperti kakitangan awam masih banyak dalam PAS. Sukar untuk berubah.

2. Mungkin yang menghentam TGNA dan Dr Aziz tidak faham ilmu mantik

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pas nak memerintah negara, sekiranya pimpinan sedia ada tidak boleh menerima teguran..

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Pas terengganu telah dilingkupkan, sekarang ada yang nak lingkupkan pengaruh Pas dalam pakatan rakyat???

Tanpa Nama berkata...

selepas ni kita rapatkan saf kembali. Sudah tiada UG. Yg tinggal hanyalah pendapat yg berbeza dalam kaedah pelaksanaan sesuatu. Cukuplah mengata puak itu puak ini. Ini mengundang perbalahan yg tidak berkesudahan. Jadikan output seminar ini sebagai titik tolak untuk lebih berhati2 dan memperkemaskan gerak kerja parti. Andai ada masalah, bincanglah baik2. Jgn bising diluar rumah, sedangkan masalah rumahtangga tiada penyelesaian.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betullah tempohari PAS nak berpadu dengan UBN adalah terlebih baik buat umat melayu...cubalah terang secara jelas kaedahnya biar ahli akar umbi puas hati...

Ini tidak, main sembunyi2 dlm gelap sampai terkantoi barulah mula gelabah...

Yang pening dan kesian adalah penyokong akar umbi PAS yang bergaduh sesama sendiri...

Mcm ni ke jenis pemimpin yang masih nak disimpan?

cucu chemat melaka berkata...

saidina umar tegur saidina abu bakar dgn pedang sahabat2 nabi tak marah umar...aziz bari tegur pimpinan pas melalui media org pas mengamuk mcm org takde ilmu,mcm org jahil aje....hebat ke pimpinan pas sampai tak boleh di perbetulkan,apakah ulamak tak boleh di tegur....nak puji aje...nak sokong aje....nak ampu aje....betul aje ke mereka2 tu.....pujiiiiiiiiiiii.aje le mereka2 nak...

dILA berkata...

good one PAS, blame the warga muda & blogger for not supporting PAS due to their low moral/islamic ilmu and personal agenda.

keep on continue living in dream world & state of daniel.

Rakyat will SHAKE & WAKE YOU UP in PR13.

until then, keep on SLEEPING

ZZzzzz........