22 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Idris Perlu Berkepala Dingin - Ust Zolkharnain

Membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap Dr Abdul Aziz Bari agak mengejutkan. Bagi saya sanggahan itu kurang objektif dan kurang manis keluar daripada pimpinan kanan PAS Pusat. Idris benar ketika dia membela Presiden dan pimpinan PAS yang lain, tetapi dia tidak patut ‘menyerang balas’ Abdul Aziz, samada atas sifat Abdul Aziz sebagai ahli akademik, apatah lagi atas sifat Abdul Aziz sebagai orang yang turut ‘menyumbang’ dengan caranya yang tersendiri kepada PAS.

Selaku pimpinan kanan PAS Idris, harus berkepala dingin biar pun hati panas. Ini bukan sekadar terhadap golongan akademik seperti Abdul Aziz bahkan terhadap anggota parti paling bawah sekali pun. Watak ini adalah watak para nabi.

Baca kisah Nabi Sulaiman dengan burung Hud-hud. Rujuk surah an-Naml ayat 20. Burung Hud-hud adalah burung kecil sahaja jika dibandingkan dengan besarnya kekuatan dan bilangan tentera Sulaiman yang terdiri daripada manusia, jin dan binatang. Ketiadaan burung Hud-hud jika tidak diambil kira oleh Sulaiman pun tidak menjejaskan apa-apa.

Tetapi, bagaimana sikap Sulaiman? Dia mencari burung Hud-hud, bahkan Sulaiman bersedia menghukum burung itu sekiranya ketiadaannya dalam barisan tentera tanpa alasan menasabah. Akhirnya burung Hud-hud tampil dengan berita besar. Berita tentang kekufuran seorang maharani di negeri Saba’.

Tindakan Sulaiman mencari burung Hud-hud dan bersedia menghukumnya menggambarkan keprihatinan Sulaiman terhadap setiap individu tenteranya. Selepas Sulaiman mendengar penjelasan burung hud-hud, dia tidak ‘menyerang balas’ burung Hud-hud tetapi segera direncanakan tindakan wajar terhadap maklumat itu.

Ini sebenarnya seni kepimpinan seorang pemimpin bila berhadapan dengan kerenah orang yang dipimpin. Saya agak hairan bila Idris seperti tidak menguasai seni ini sedangkan dia adalah bekas TPJ Perak dan Timbalan Ketua DPP Pusat.

Mengapa Idris tidak meletakkan dirinya di tempat Sulaiman dengan menganggap penting semua maklumat yang disampaikan dan seterusnya merencanakan tindakan wajar terhadap maklumat itu? Perlukah Abdul Aziz ‘diserang’ kembali?

Pemimpin tidak tahu semua perkara. Tidak semestinya orang yang berada di atas nampak semua benda. Dia mungkin nampak gajah yang berjalan tetapi dia tidak nampak semut yang merayap. Sulaiman adalah seorang nabi, menerima wahyu, tenteranya tidak terbilang, tetapi baginda ‘terlepas pandang’ terhadap isu di negeri Saba’.

Bila burung Hud-hud tampil dengan maklumat sebegitu besar, Sulaiman sangat berlapang dada menerimanya. Walau pun, secara zahirnya maklumat itu mencabar wibawa Sulaiman, yakni, bagaimana seorang nabi ‘tidak tahu atau tidak peka’ terhadap kekufuran seorang maharani?

Pemain bolasepak tidak tahu semua perkara. Kadang-kadang penonton lebih tahu apa yang patut dibuat oleh pemain berbanding pemain sendiri. Apa salahnya pemain menerima idea dan kritikan penonton itu? Jangan bimbang, penonton yang mengkritik pemain itu tidak akan menggantikan tempat pemain.

Ahli akademik memang sebahagian kerjanya adalah di bilik berhawa dingin. Walau pun mereka tidak turun ke medan tetapi mereka mendapat akses terhadap maklumat daripada sumber yang banyak dan berwibawa. Ibarat seorang jurutera, dia tidak perlu setiap jam berada di tapak pembinaan. Dia hanya mendapat maklumat sahaja daripada mandur yang dilantik. Dengan maklumat itu dia boleh membuat tanggapan, analisa dan keputusan.

Saya sangat berharap, pemimpin terutamanya pemimpin kanan PAS lebih berlapang dada apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Apa salahnya, walau pun Idris tidak berupaya berterima kasih dengan dengan pandangan Abdul Aziz itu, dia mengeluarkan kenyataan menyambut baik pandangan itu.

Bukankah itu lebih manis? - Zolkharnain Abidin

Era Najib Altantuya : TGNA Cadangkan PAS Adakan EGM Untuk Selesaikan Masalah Pemimpin Bermasalah

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah. Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?


Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas; ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Era Najib Altantuya : Pulau Pinang Juga Dipuji Jabatan Audit Negara

Selain Selangor, Pulau Pinang turut mendapat pujian dari Ketua Audit Negara dengan laporan kewangan negeri yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding laporan tahun 2007 sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam pembentangan di Parlimen, baru-baru ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbangga dengan pujian berkenaan.

Guan Eng berkata, hasil usaha Kerajaan Negeri dalam menjimatkan kewangan dan menguruskan kewangan negeri dengan bersih menunjukkan bahawa prinsip Cekap, Akaunbiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh kerajaan menampakkan kejayaan dan perlu dicontohi selepas mendapat pujian daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia dan Ketua Audit Negara.

Menurutnya, sewaktu pembentangan laporan, Ketua Audit Negara menyatakan terdapat peningkatan pada Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 berbanding 2007.

“Pencapaian cemerlang ini adalah disebabkan peningkatan aliran wang di dalam Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan wang Amanah Awam.

“Bagaimanapun, deposit mengalami pengurangan sejumlah RM4.25 juta atau 2.1 peratus berbanding tahun 2007,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran majalah ‘Penang Economic Monthly’ di sebuah hotel di sini, semalam.

:Guan Eng berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malahan laporan Ketua Audit Negara.

Beliau turut menyelar kekangan yang berlebihan yang diharungi media cetak sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Pusat lebih separuh abad hingga menyebabkan rakyat lebih cenderung untuk mendengar pendapat yang tidak berasaskan fakta.

“Hasil maklumat orang awam, saya difahamkan fakta sering kali dilindungi daripada pengetahuan rakyat.

“Lebih teruk lagi, sudah banyak kali fakta tidak sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri,” katanya.

Era Najib Altantuya : Aziz, Kawan Yang Sebenar - Hanipa

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang').

Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.


Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS � melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari 'siege mentality' (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati. -Hanipa Maidin

Era Najib Altantuya : Ketua Audit Negara Puji Urustadbir Selangor

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan sukacita beliau akan pujian yang diterima kerajaan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen semalam.

Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.

Mengulas laporan ini, Khalid berkata Pakatan Rakyat meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan terus menambahbaik pengurusan di negeri ini.

"Kita merasakan laporan yang dibuat oleh Audit Negara telah memberikan kita keputusan yang sangat memuaskan ,walaupun empat star maknanya telah dapat menunjukkan bahawa pengurusan kewangan negeri dapat di uruskan dengan baik dan teratur walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara biasa dalam pengurusan kewangan yang boleh ditegur oleh pihak audit negara ini telah kita ada jawapan dan usaha penyelesaian,"katanya.

Tambahnya ketika ini, kerajaan negeri juga telah menyiapkan memorandum mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 hingga 17 November ini.

Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim turut menyentuh kelemahan perlaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (Speks) seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Katanya, proses penggunaan Speks itu juga didapati masih lagi belum mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan selain peralihan sistem perakaunan secara manual kepada berkomputer ketika ini masih belum berkuatkuasa secara total.

"Sistem-sistem komputer itu menunjukkan kelemahan audit negara juga sebab dia tidak clear the system, sistem tu dia proses untuk mengggunakan sistem itu mendapat kelulusan penggunaan daripada pihak audit dan kementerian kewangan tapi proses itu masih lagi dalam perlaksanaan",katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan pengurusan Speks Selangor menghadapi risiko keselamatan sistem operasi, aplikasi serta integriti data yang akan memberi kesan kepada ketepatan Penyata Kewangan Berkomputer yang dijana sistem Speks.


ERa Najib Altantuya : 80 Peratus Teoh Dibunuh - Pakar Patologi Thailand

Mahkamah Inkues diberitahu ada 80 peratus kemungkinan Teoh Beng Hock dibunuh.

Pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunan mengumumkan kepada Koroner Azmil Muntapha Abbas bahawa penemuan ini dibuat berdasarkan kepada laporan bedah siasat dan gambar yang dikumpulkan dari tempat kejadian.

"Dari gambar post-mortem, saya dapati ada kesan lebam di bahagian kanan leher, yang kami (pakar patologi) panggil 'handle bruise', dan kecederaan ini selaras dengan kecederaan disebabkan cekekan," kata Dr Porntip .

Dr Pornthip adalah pengarah di Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailand.

Beliau adalah pakar dalam menyiasat kes-kes pembunuhan yang rumit, dan terbabit dalam operasi membedah siasat ribuan mangsa Tsunami 2006.

Beliau dilantik kerajaan negeri Selangor untuk membongkar misteri kematian mendiang.

Mengulas dengan lebih lanjut, Gobind berkata penemuan ini mengesahkan spekulasi yang berkisar sekitar misteri kematian mangsa.

"Saya juga dapati kecederaan tusukan di bahagian dubur yang boleh disebabkan perbuatan memasukkan objek dalam bahagian berkenaan. Saya tidak pernah melihat kecederaan seumpama itu dalam kes jatuh dari tempat tinggi," kata beliau, sambil menunjuk kepada gambar-gambar bedah siasat yang dipaparkan pada slaid.

"Satu lagi kecederaan yang saya temui ialah keretakan tempurung kepala, yang mungkin disebabkan oleh hentakan tumpul yang tepat kepada tempurung kepala sebelum jatuh," kata Dr Porntip, saksi ke-30 di inkues itu.

Pakar itu percaya ada kemungkinan Teoh tidak sedarkan diri sebelum ditemui di tingkat 14 Plaza Masalam.

“Beliau telah membuat rumusan bahawa Teoh Beng Hock jatuh berkemungkinan besar dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ini membuatkan satu lagi tanda tanya dan sudah jelas dalam keadaan begitu mana mungkin beliau membunuh diri. Keterangan beliau juga cukup membawa satu kesan yang penting kepada pihak kami.Tujuan kami bawa saksi ini bertujuan membantu mahkamah dan kami harap mahkamah dapat memberi pertimbangan daripada keterangan beliau,”kata Gobind.

Teoh Beng Hock merupakan setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu. -TVS


Ulasan GB

Jika benar laporan berkenaan, memang sudah parah apabila 1Malaysia ditipu bulut-bulat oleh mereka yang dikatakan ahli patologi dari Malaysia, yang hanya berkonspirasi dengan pihak PDRM dan SPRM untuk memberikan kesaksian palsu dan menyembunyikan kebenaran.


21 Okt 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Melatah Dan Meludah Ke Langit

Reaksi pemimpin Umno-Barisan Nasional terhadap cuti enam bulan Zaid Ibrahim dari PKR memang sudah dijangka.

Ia juga melucukan. Sekali lagi kenyataan-kenyataan oleh pimpinan Umno sekadar menzahirkan sindrom meludah ke langit dalam keghairahan parti itu membidas pihak lawan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bingkas mengatakan percutian Zaid itu menunjukkan PKR bermasalah dan parti itu di bawah telunjuk seorang sahaja – Anwar Ibrahim.

Khairy turut menyifatkan Zaid sebagai seorang berprinsip yang kononnya tidak tahan lagi dengan politik Keadilan.

Dalam kegelojohan membidas Keadilan dan Ketua Umum parti itu, Khairy buat-buat lupa Zaid meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet ketika bapa mertuanya Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Zaid sendiri angkat kaki dari Umno sebelum parti itu memecatnya.

Ketika itu, tidak pula ada kenyataan dari Khairy mengenai kepincangan Umno atau kualiti kepemimpinan bapa mertuanya sehingga memaksa seorang berprinsip seperti Zaid meninggalkan parti itu dan mencalar lagi kewibawaan Umno.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Umno begitu ghairah membidas Zaid sebagai orang yang kurang Melayu, tidak tahu mengenang budi dan bermacam-macam lagi.

Kritikan peribadi terhadap Zaid turut berulang apabila beliau menyertai Keadilan enam bulan lalu. Sekali lagi tidak sesiapa dari Umno tampil mengatakan Umno harus memeriksa diri kerana pemimpin berkebolehan seperti Zaid boleh menolak parti itu dan memilih Keadilan.

Apabila Zaid mengumumkan hasrat bercuti sementara dari ahli biro politik PKR, maka kedengaranlah suara-suara sumbang dari Pemuda Umno dan kepimpinan tertinggi Umno bahawa ini petanda jelas Keadilan tidak boleh diharap.

Selain Khairy, turut memberikan pendapat “ilmiah” sebegitu ialah Naib Presiden Umno Shafie Apdal dan Ahli Majlis Tertinggi Puad Zakarshi. Komen mereka hanya menzahirkan sifat hipokrit dan bacul pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Khairy dan konco-konconya.

Mereka mengkritik semata-mata kerana nampak ada “gol terbuka” untuk membidas pihak lawan.

Dalam kegelojohan itu, Khairy dan rakan-rakan lupa kegagalan sendiri mempertahankan Zaid ketika beliau secara berprinsip menentang tindakan Umno menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan sewenang-wenangnya.

Menyentuh tindakan terbaru Zaid, Khairy dan rakan-rakan juga “buat-buat” lupa bahawa Zaid sendiri menjelaskan beliau hanya mahu direhatkan daripada tugas-tugas Biro Politik Keadilan.
Ini untuk memberi ruang secukupnya kepada beliau untuk memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat khususnya bagi membolehkan gagasan itu didaftar sebagai sebuah parti bagi memastikan “sistem dua parti” di Malaysia menjadi realiti politik.

Tidak dinafikan ada percanggahan pendapat dalam Keadilan dan setiap perbedaan pendapat antara pemimpin, baik dalam Keadilan atau di peringkat Pakatan Rakyat akan digembar-gemburkan oleh media arus perdana.

Dengan bersandarkan orang-orang seperti Khairy, Shafie dan Puad Zakarshi, media arus perdana sentiasa akan mencukupi “pelakon dan penari” untuk sentiasa mencerna pelbagai cerita, mitos dan dongeng mengenai Pakatan Rakyat.

“Percutian” Zaid Ibrahim sebagai petanda Keadilan menghadapi kehancuran hanya satu lagi lipatan mitos sebegitu. -TVA

Era Najib Altantuya : Bagan Pinang Sahkan UMNO Parti Rasuah

Kekalahan di Bagan Pinang tidak akan membantutkan usaha Pakatan Rakyat untuk terus berkhidmat kepada rakyat Negeri Sembilan dan Negara khususnya.

Bagi ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof apa yang berlaku di Bagan Pinang adalah pengajaran kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam menempuhi arena politik negara.

Menurut Yusmadi lagi, untuk menjadi parti yang diterima rakyat, PR perlu mengakui bahawa mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan rakyat di Bagan Pinang menolak PR.

"Bagaimanapun saya tidak menafikan bahawa unsur-unsur penyalahgunaan jentera kerajaan juga adalah penyumbang kepada kekalahan kita," katanya.

Pihak PR juga perlu melihat sedalam-dalamnya punca masalah penolakan ini. Sebagai contoh isu berkenaan masyarakat India seperti di Kg Buah Pala dan juga perkara yang melibatkan masalah orang Melayu.

"Masalah-masalah ini perlu diangkat oleh PR kerana sedikit sebanyak ia mungkin memberi kesan kepada politik kita," ujarnya lagi.

Tambah Yusmadi, PR tidak silap dari segi formula tetapi mungkin salah dari segi strategi.

"Pada saya dari segi formula PR sudah berada dilandasan yang betul barangkali rakyat masih lagi terperangkap dengan politik lama(perkauman) yang dibawa oleh Umno tetapi dalam masa yang sama apa yang perlu ialah PR lebih agresif mengangkat budaya politik baru," terangnya.

Tindakan yang sedemikian rasanya lebih relevan dalam menolak budaya politik Umno ini.

Mengakui kekalahan di Bagan Pinang adalah satu yang baik bagi PR.

"Sikap berterus terang dalam menilai prestasi parti adalah lebih baik, saya rasa rakyat boleh menerima jika kita mengakui kelemahan dan cara ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PR, cara ini akan memudahkan untuk kita menawan negara," katanya.

Disamping itu Yusmadi juga mengesa agar golongan muda perlu diberi lebih peranan dalam pilihan raya yang akan datang.

Manakala bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kekalahan itu bukan titik noktah kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menabur jasa dan membela nasib rakyat yang ditindas oleh pemerintahan Umno-BN.

"Kita terima. Kita akan teruskan berkhidmat pada rakyat. Kita akan terus perangi rasuah. Umno-BN boleh berbangga sebab memenangi pilihan raya kali ini. Tetapi gagal menunjukkan komitmen mereka dalam memerangi rasuah. Memilih perasuah sebagai calon. Ini suatu kemalangan kepada politik negara."

Umno sebelum ini lantang menjulang pedang kononnya ingin memerangi rasuah dan korupsi dalam pemerintahannya. Namun ternyata ianya retorik semata-mata apabila berkeputusan meletakkan bekas menteri besar Negeri Sembilan Isa Samad sebagai calon bagi pilihan raya kecil kali ini.

Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno selepas terbukti bersalah apabila terbabit dalam rasuah semasa pemilihan Umno 2004.

Umno tidak berubah (sub tajuk)

Mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno kini kembali diterima oleh masyarakat. Bagi Yusmadi kemenangan Umno di Bagan Pinang adalah satu rahmat.

"Umno sebenarnya tidak berubah sebab mereka masih lagi tidak peduli dengan jenayah rasuah lantas sanggup memilih perasuah sebagai wakil mereka, ini bermakna mereka telah membuktikan bahawa mereka adalah parti rasuah," katanya.

Tambahnya lagi dengan apa yang berlaku ini akan membuka mata rakyat Malaysia secara keseluruhan tentang perihal Umno yang tidak pernah berubah.

"Bagan Pinang adalah reaksi semasa bukan penolakan kepada agenda PR," dakwanya lagi.

Bagi Mahfuz beliau melihat kemenangan Umno-BN dari kacamata yang positif.

"Kemenangan Umno-BN ada hikmah kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke 13 nanti. Isa Samad akan cetus pergelutan politik dalam Umno, rakyat akan rasa muak dan putus asa pada BN," katanya.

PAS akan melakukan post-mortem dengan segera bagi meneliti segala aspek untuk menilai kegagalan dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pelbagai komen, analisa dan cadangan yang diterima oleh PAS ketika ini akan diteliti untuk melihat punca kegagalan PAS dalam pilihan raya berkenaan.

"Apa yang pasti ialah PAS akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek. Politik tempatan dan nasional, untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

"Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan," jelasnya dalam satu kenyataan daripada Syria melalui setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri.

Tambahnya, semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS diminta supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti. -TVA

Nizar Bidas Tuduhan UMNO

Satu isu yang sering dimainkan oleh Barisan Nasional (BN) ialah orang Melayu menolak Pakatan Rakyat (PR). Ini kerana Umno mendakwa bahawa PR gagal menjaga kepentingan kaum Melayu terutama di Perak dan hanya menjadi boneka kepada DAP.

Bagaimanapun perkara ini dinafikan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Menurutnya, Umno hanya memainkan propaganda tetapi hakikatnya setelah berjaya mentadbir Perak selama 11 bulan rakyat khususnya orang Melayu telah melihat cara pemerintahan PR yang berpaksikan dasar dan nilai universal (al-Islam).

"Kini orang Melayu telah mula membuka minda dan mata bahawa rupanya ada orang lain atau parti lain yang boleh urus tadbir Perak atau Malaysia. Bahkan lebih wibawa, cekap dan penuh amanah. Akhirnya orang Melayu Perak mulai sedar dan menghampiri setiap program anjuran PR," katanya.

Tetapi beliau mengakui perkara ini agak sukar dan memakan masa untuk meraih sokongan secara total kerana selepas kemerdekaan, Umno berjaya mencekam jiwa orang Melayu dengan slogan dan pelbagai jenama Islam tetapi tidak Islam sejati. Asalkan namanya Islam, orang Melayu tak kisah.

Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang melahirkan rasa gembiranya dengan sokongan yang diterima dari masyarakat bukan Melayu di Perak. Bahkan ramai di kalangan mereka yang mengaku turut di pengaruhi oleh mainan jahat Umno-BN terhadap PAS.

Ada di antara mereka yang menyatakan kami dulu pantang dengar PAS atau Islam kami cukup anti dan memusuhi PAS. Propaganda peringkat antarabangsa musuh Islam terhadap Islam juga memberi kesan kuat ke atas persepsi mereka kepada Islam dan sekali gus kepada PAS.

"Alhamdulillah sekarang mereka cukup yakin menyokong PAS hingga ke anak cucu. Buat pertama kali kaum Cina mengundi saya mewakili Pakatan Rakyat sejumlah 85 peratus yang terbesar di Parlimen Bukit Gantang pada 7 April 2008 yang lalu," jelasnya.

Perkara ini berbeza dengan Umno yang dilihat sebagai parti perkauman malahan memainkan sentimen perkauman malah setiap masa dan kewujudannya sendiri di atas landasan dan fahaman kebendaan, Assobiyah atau perkauman.

Tegasnya, Umno cuba untuk mempamerkan satu pendekatan dan imej Islam lebih-lebih lagi di zaman 1Malaysia Najib. Tetapi mereka tidak dapat menuju ke arah itu kerana budaya kebangsaan perkauman yang membarahi Umno kini.

Apa yang pasti tidak lagi pendekatan politik Malaysia di masa akan datang adalah politik lita’arafu. Yakni saling mesra bermesra dan hormat menghormati di antara satu kaum dengan kaum lain.

Ini bermakna mana-mana parti politik yang masih tidak berubah dalam sifat dan semangat fahaman perkauman mereka dengan sendirinya tertinggal atau diubah oleh masyarakat. Sekarang ini pun telah jelas kelihatan Umno, MCA , MIC dan semua parti perkauman dalam BN akan luput dan pupus satu demi satu.

Adalah lumrah sebagaimana Allah jadikan kepada kaum ‘Aad, Thamud dn Firaun, yang semuanya hebat suatu zaman dahulu. Namun di atas ketuanan bangsa dan kaum mereka, Allah ‘azabkan mereka dan hari ini mereka telah tiada walupun kesan peninggalan ketamadunan mereka masih segar bugar di Timur Tengah.

20 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Rosmah Gantikan Peranan Khairy

Dulu Khairy, sekarang Rosmah menjadi kepala "Tingkat 4" pejabat Perdana Menteri.

Pegawai kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, dalam urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan.

sumber-sumber kerajaan berkata campurtangan itu sudah di "tahap kritikal' dengan Rosmah mempertikaikan keputusan tertentu Timbalan Perdana Menteri Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Campurtangan Rosmah itu tidak menerima sebarang teguran daripada Najib walaupun beliau adalah juga Menteri Kewangan.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan, Rosmah menaruh minat yang amat mendalam terhadap penyediaan Bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada sesi Persidangan Dewan Rakyat 23 Oktober depan.

Isteri kedua Najib itu dikatakan mempunyai akses kepada semua bahan-bahan serta dokumen yang berkaitan dengan belanjawan tersebut sehinggakan menimbulkan rasa gelisah dan tidak senang hati di kalangan pegawai tinggi kementerian.

Campurtangan Rosmah dalam keputusan pada peringkat tertinggi kerajaan meletakkan pengurusan negara dalam keadaan bahaya dan kewibawaannya di kompromi.


Sumber juga memberitahu Rosmah memperlihatkan keghairahan beliau terhadap semua aspek perbelanjaan setiap kementerian terutama yang berkaitan dengan pembelian atau "procurement" serta pemberian kontrak-kontrak.

"Rosmah memberi perhatian mendalam kepada aspek penyediaan Bajet 2010 terutamanya yang berkenaan dengan pembelian dan kontrak-kontrak kementerian yang penting," kata sumber itu.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi Rosmah mempunyai sebuah pejabat di Pejabat Perdana Menteri dan mempunyai beberapa kakitangan bagi membantu beliau.

Malah pelancaran laman website beliau, www.pmo.gov.my/datinrosmah telah mengundang kritikan kerana didakwa menggunakan dana awam dan salahguna kuasa untuk menyenggara laman web peribadinya.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata sebagai isteri Perdana Menteri beliau sepatutnya menjadi pemanis dan penyokong kepada suaminya bukan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan.

"Saya meletakkan kelemahan perjuangan pembudayaan dan agenda wanita dan remaja di negara ini di atas bahu Shahrizat (Jalil) selaku menteri yang bertanggungjawab.

"Disebabkan menteri gagal maka Rosmah pun mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan diri sebagai juara wanita di negara ini.

"Saya tidak lihat kerjasama yang tulen antara Rosmah dan Shahrizat untuk memajukan golongan wanita malah mereka kelihatan bersaing. Kalau Shahrizat sekadar menjadi penghias kabinet lebih elok biar Rosmah bertanding," cabar Ketua Wanita KEADILAN itu.

Zuraida mendakwa Rosmah juga masuk campur semasa kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini dengan menghadiahkan tiga buah rumah teres kepada kampung Bagan Pinang untuk dijadikan pusat remaja. Gula-gula politik itu diberikan atas nama program Permata Negara di bawah naungan beliau.

Rosmah juga dikatakan telah campurtangan membuat keputusan-keputusan penting bersabit bantuan untuk pelarian Palestin dengan membelakangkan ahli jawatankuasa Penaung Tabung Kemanusiaan Palestin yang mempunyai baki dana RM11 juta.

Di kalangan kenalan dan mereka yang mengenal beliau secara rapat, Rosmah diketahui mempunyai cita-cita yang tinggi.

Malah seorang kenalan sekolah beliau semasa belajar di Kolej Tunku Kursiah mengatakan Rosmah pernah mendabik dada bahawa beliau pasti akan berkahwin dengan seorang Perdana Menteri pada satu hari kelak.

Era Najib Altantuya : Zaid Komited Dengan PR

Datuk Zaid Ibrahim berkata keputusan beliau mengambil cuti daripada tugasan harian parti untuk tempuh enam bulan hanya semata-mata untuk merealisasikan penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang mendokong nilai-nilai asas yang sama.

Justeru beliau menolak cubaan media arus perdana dan pimpinan Umno kononnya bercadang meninggalkan KEADILAN.

"Dalam tempuh enam bulan saya berharap dapat meningkatkan usaha untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Saya kini sibuk menyiapkan rangka dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Khas Pakatan Rakyat Disember ini," kata Zaid.

"Saya akan terus bekerja kuat untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti dan Pakatan bagi kebaikan rakyat," tambah beliau.

Zaid berkata hubungan beliau dengan semua pemimpin Pakatan terutamanya KEADILAN adalah baik dan menekankan bahawa beliau tetap komited menjadikan Pakatan Rakyat "satu gagasan politik alternatif yang kuat dan berwawasan."

"Kita mahu menggantikan BN sebagai kerajaan pusat dan sudah tentunya banyak kerja perlu dilakukan. Langkah pertama ialah konvensyen Disember dan saya melihat ia sebagai satu langkah amat penting untuk mencarta perjalanan perjuangan Pakatan seterusnya," tambah bekas Menteri Undang-Undang itu. -TVA

Era Najib Altantuya : Memang PAS dipimpin Oleh Pro-UMNO

Sewaktu saya menulis tulisan Sanggahan Idris Yang Karut, saya terlepas pandang tulisan Prof Abd Aziz Bari yang memang ada menukilkan
Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.


Dan Ketua Penerangan PAS telah melakukan pembelaan terhadap Ustadz Hadi dan sekalian barisan pimpinan dari tuduhan bahawa mereka pro-UMNO.

Idris bertanya:

Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang Umno datang maka orang ini dianggap pro Umno.

Ia telah diketahui umum bahawa isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang ditaja oleh Presiden PAS adalah barah yang telah memecah belahkan jemaah selama ini.

Saya telah menulisnya di sini:

NASYA MASIH PERTAHANKAN KERAJAAN PERPADUAN PAS UMNO
93% TOLAK IDEA KERAJAAN PERPADUAN
UNITY GOVERNMENT - BARAH UMNO YANG ADA DALAM PAS
UNITY GOVERNMENT : PANGGILAN YANG MELECEHKAN KEMENANGAN ISLAM

Memang pun isu UG telah dikuburkan, tetapi hantu-hantunya masih dibawa oleh para pimpinan sehingga sikap itu jelas ditunjukkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang tindakannya itu pula dibela oleh pimpinan tertinggi PAS Pusat.

Justeru itu tidak salah untuk mana-mana pihak termasuk Abd Aziz melakukan rumusan atau mempunyai pandangan bahawa barisan tertinggi PAS yang ada adalah pro-UMNO.

Dengan kekhilafan untuk tidak menyedari Abd Aziz ada mendakwa bahawa Abdul Hadi adalah pro-UMNO, saya meminta maaf TETAPI selebih isi kandungan yang menyangkut persoalan kelembapan pimpinan tertinggi PAS terutama watak yang menyamai watak Tun Abdullah memimpin UMNO tetap saya pertahankan kerana itu yang menjadi fokus tulisan Abd Aziz Bari, bukan soal pro-UMNO -GB

Era Najib Altantuya : Sanggahan Idris Yang Karut

Saya membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustadz Idris Ahmad terhadap pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan mendapat sanggahan Ketua Penerangan PAS itu kesasar dan lansung tidak sepatutnya disiarkan oleh Harakahdaily.

Pertama, tidak ada di dalam pandangan Prof Abdul Aziz Bari yang menyatakan Ustadz Abdul Hadi itu sebagai pro-UMNO.

Abd Aziz hanya menyatakan

"Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas."

Apa yang disampaikan oleh Abd Aziz adalah persoalan "watak" dan "perwatakan" Abdul Hadi yang menyamai watak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diketahui umum lembab, suka tidur, bangang, mudah dipengaruhi orang lain dan pemalas.

Justeru itu kenyataan Idris yang menyatakan Abd Aziz "melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat" adalah kesasar dan lansung terpesong dari itipati persepsi Abd Aziz mengenai watak Abd Hadi.

Apakah justifikasi Idris membuat tuduhan sedemikian atau telah terasa pedasnya cili apabila tergigit di hujung lidah?

Lain-lain sanggahan Idris diabaikan kerana ia lansung tidak relevan dan kesasar dari apa yang sepatutnya dituliskan.

Ramai ahli PAS selama ini mengkagumi pandangan Abd Aziz yang berterus terang dan berani mengkritik pimpinan PAS, seperti beliau berterus terang dan berani mengkritik kerajaan Malaysia dan hakim-hakim mahkamah yang membuat keputusan yang selalu terbabas dari neraca kebenaran dan keadilan, tetapi kita hairan mengapa Idris melenting apabila Presiden parti yang melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS dikritik.

Apakah sindrom ampu dan terhutang budi masih belum lekang seperti ampu dan terhutang budi Roslan Mohd Shahir kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor?

Umum mengetahui mengenai sikap Abd Hadi yang meragukan apaila beliau telah mengutarakan gagasan Unity Government (UG), namun ahli-ahli merasa lega apabila beliau telah kembali sedar untuk mengakui fakta bahawa UMNO bukan parti yang boleh dibuat baik dengannya, seperti pandangan yang pertama kali dan kerap dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Dan ahli-ahli PAS gembira apabila gagasan UG ditutup dan dikuburkan.

Tetapi persoalan kini ialah persoalan professionalisme di dalam kerja, persoalan efisyien dan efektif di dalam menjalankan amanah, persoalan kredibiliti dan integriti sebagai bukan sahaja pemimpin tetapi "pengurus" sebuah jemaah untuk membawa jemaah ke mercu kecemerlangan.

Abd Hadi dilihat tidak berkeupayaan menunjukkan prestasi yang cemerlang itu. Sama halnya dengan Abdullah sewaktu memimpin UMNO. Itu saja yang ditulis oleh Abd Aziz. Mengapa melenting tentu pasal bawa cerita lain kononnya Hadi pemegang MA yang tak jadi pensyarah dan seumpamanya?

Di dalam banyak ketika Hadi lebih banyak menumpukan perhatian di dalam program-program luar negara daripada menjaga dan menumpukan fokusnya terhadap hal-ehwal parti yang beliau diamanahkan menjadi presidennya.

Terkini Abd Hadi menyatakan PAS rela kalah kerana yang dikejarkan oleh PAS adalah "mardhatillah" (keredhaan Allah).

Semudah itu untuk meletakkan alasan sedangkan mardhatillah itu urusanNya yang kita perlu ketahui bahawa Allah telah mensyaratkan kita untuk "bekerja bersungguh-sungguh" di dalam sesuatu urusan jika keredhaanNya menjadi buruan.

Dalam hadith Baginda saw telah bersabda (lihat al-Baihaqi, Bab al-Amanah, Hadith 5313 & 5315 1990:334-335):

Bermaksud: Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat suatu kerja dengan itqan (berkualiti).

Bermaksud: ...Allah suka seseorang pekerja apabila bekerja ia sentiasa membaiki mutu (prestasi) perkhidmatannya.

Kini, sudahkan pimpinan PAS, terutama Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya telah melaksanakan tuntutan hadith di atas sedangkan kita dimaklumkan bahawa Presiden selama ini begitu banyak kali mengabaikan tugas-tugasnya selaku ketua jemaah apabila hanya mementingkan program-program di luarnegara yang lebih menjurus kepada penaikan populariti?

Apa program PAS yang boleh dibanggakan yang dihasilkan oleh barisan tertinggi PAS ketika ini sedangkan post-mortem Bagan Pinang itu sendiri mengambil masa hanya setalah lebih seminggu baru hendak ditubuhkan jawatankuasa menkajinya?

Apakah itu bukan lembab namanya?

Belum lagi saya tonjolkan hal-hal lain terutama dalam bab ekonomi, sosial, perundangan malah poltik sendiri yang menampakkan PAS parti yang tidak bermaya sehingga ungkapan, "PAS sebagai kerajaan yang dinanti" hanya ucapan retorika yang diucapkan oleh si Jenin yang pemalas!

Sewaktu seorang pesakit sedang nazak, sepatutnya sekalian doktor berusaha untuk membantu dan mencari jalan bagi mempastikan kelansungan hidup pasien, agar amanah terlaksana.

Tetapi di dalam kes kekalahan Bagan Pinang, saya ingin bertanya Ustadz Idris berapa kali pimpinan tertinggi PAS telah bertemu membincangkannya?

Sedangkan kisah yang pernah dilalui oleh umat Islam tatkala kalah di Perang Uhud, hanya tak sampai satu hari post-mortem dilakukan dan umat Islam telah bangun kembali keesokannya untuk menebus maruah yang tercalar ekoran kekalahan tersebut.

Justeru itu tidak salah Abd Aziz menyatakan memang Presiden (dan saya menambah sekalian barisan pimpinan tertinggi) PAS lembab dan pemalas seperti Tun Abdullah yang telah hampir menghancurkan negara. Saya bertanggungjawab di atas dakwaan tersebut kerana sememangnya gerak kerja pemimpin tertinggi PAS di bagan Pinang begitu mengecewakan.

Saya ingin bertanya berapa hari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya berada di Bagan Pinang?

Maaf cakap, ada para blogger nampaknya lebih hebat dari Ketua Penerangan PAS sendiri kerana mereka lebih bersungguh-sungguh untuk menyampaikan risalah kebenaran di sana waktu itu tanpa mengenal penat lelah dengan ada yang meninggalkan rumahtangga dan kerja, tetapi usaha mereka tidak pernah mendapat pengiktirafan dari pimpinan tertinggi PAS.


Era Najib Altantuya : PAS Perlu Lebih Bijak Dan Pantas

Apa tanggapan seseorang apabila dia membaca kenyataan begini, “A nafi bergaduh dengan B’ atau ‘C tidak jejaskan kedudukan D’? Mungkin itu adalah teknik meletakkan ‘title’ untuk sesuatu berita, itu saya kurang pasti. Saya tidak terdidik secara khusus dalam bidang itu.

Namun apa yang pasti, apabila saya membaca ‘title’ berita sebegitu, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, kalau ‘title’nya ‘A nafi bergaduh dengan B’, bermakna A memang bergaduh dengan B. Atau, ‘title’ berbunyi ‘C tidak jejaskan kedudukan D’, bermakna ‘D memang terjejas dengan C’.

Samada perkara yang terlintas itu benar atau tidak, itu soal lain. Tetapi, itulah tanggapan awal saya terhadap orang yang terlibat dengan penafian itu. Tanggapan seperti itu menjadi lebih kuat sekiranya saya tidak membaca secara keseluruhan dengan isi kandungan berita berkaitan.

Saya merujuk kepada kenyataan Dr Mujahid yang menyebutkan bahawa Kelab Penyokong PAS tidak terjejas dengan penubuhan Parti Makkal Sakti. Tambahan pula parti itu dilancarkan oleh Najib. Bahkan saya berani berkata bahawa Kelab Penyokong PAS terjejas dengan penubuhan Parti Makkal Sakti. Sejauhmana ia terjejas bergantung kepada sejauhmana kebijaksanaan PAS membendung pengaliran keluar ahli kelab berkenaan.

Memang, penubuhan parti itu bertujuan menarik kaum India kembali setia kepada BN setelah kesetiaan mereka kepada BN terjejas kerana pergolakan MIC. Justeru, PMS adalah penawar kepada ketergurisan hati orang India.

Perlu diakui, PAS agak asing bagi orang India berbanding parti yang dipimpin oleh orang India sendiri. PAS perlu mendahului BN dalam soal ini. Sebelum orang India lebih teruja dengan penubuhan Parti Makkal Sakti, dan sebelum orang India terasa keterlibatan mereka dengan PAS sekadar di pinggiran untuk menarik undi dalam pilihan raya sahaja, PAS perlu bertindak bijak dan pantas.

Usaha menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti sangat perlu disegerakan. Jawapan kepada media seperti ‘sedang dalam kajian akhir…’, ‘akan disegerakan…’ dan banyak lagi tidak mampu meredakan keinginan orang bukan Islam untuk bersama PAS secara langsung. Bahkan itu juga tidak mampu meredakan usaha menarik keluar mereka daripada KPP dan menyertai parti baru itu.

Benar, usaha PAS tidak menjadi sia-sia dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS apabila kaum India beralih kepada PMS, tetapi apa yang dipersoalkan ialah kelambatan bertindak.


Kita tidak perlu meniru Umno, tetapi kita perlu akui Umno lebih pantas bertindak membina kubu supaya ahlinya tidak semakin ramai yang bolos keluar dengan segera mengadakan perhimpunan agung khas untuk meminda perlembagaannya.

Justeru, saya menyokong penuh supaya Kelab Penyokong PAS segera diserapkan sebagai sayap PAS. -bongkarsauh

Era Najib Altantuya : Baru Nak Buat Post-Mortem?

PAS baru mengumumkan satu jawatankuasa kajisiasat (post mortem) kenapa calonnya kalah teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dan telah melantik AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu untuk mengetuai jawatankuasa post-mortem berkenaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Mohamad dilantik berdasarkan beliau tidak terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya kecil tersebut, harakahdaily dipetik.

Mustafa memberitahu perkara ini ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang semalam.

Ramai melihat pembentukan jawatankuasa post-mortem itu sebagai langkah yang paling lembab yang telah menjadi budaya kerja Jawatankuasa PAS Pusat selama ini yang lansung tidak melambangkan saranan Presiden PAS sendiri yang meminta ahli-ahli PAS untuk berubah.

Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar kalah kepada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam pilihan raya itu dengan majoriti 5, 435 undi berbanding hanya 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Mustafa dalam pertemuan yang sama menjelaskan pandangannya dengan terperinci kenapa PAS kalah dalam pilihan raya ini.

"Punca utama adalah undi pos yang tidak telus... bukan pilihan raya ini sahaja, proses pengundian undi pos di mana-mana sahaja dalam negara ini tidak telus.

"Bagi saya, inilah punca utama kemenangan besar Umno," kata beliau yang berada di Bagan Pinang sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

Selain Bagan Pinang, Barisan Nasional (BN) khasnya Umno sudah dikira menang di mana-mana sahaja kawasan Dun yang mempunyai undi pos melebihi 5,000.

"Selain Bagan Pinang, Umno sentiasa menang di Dun Pangkor (kawasan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir) yang mempunyai 12,000 undi pos dan Sungai Udang yang mempunyai 10,000 undi pos," beritahu Mustafa.

Oleh itu, beliau berpendapat, undi pos perlu dikaji semula bukan kerana dengki kepada Umno tetapi supaya negara ini dilihat mempunyai sistem pilihan raya yang telus.

Namun Mustafa gagal untuk meihat mengenai penolakan masyarakat kaum India yang telah menolak PAS di Bagan Pinang.

M.Perry di dalam blognya free2talk2me.blogspot.com menyatakan


Peningkatan sokongan pengundi India dan Cina kepada calon BN, Tan Sri Isa, adalah antara sebab utama yang menyebabkan kemenangan besar BN. Menurut perkiraan pekerja parti, sejumlah 1870 pengundi India keluar mengundin pada 11.10.09. Daripada jumlah itu, hampir 1387 pengundi India memilih BN atau 75 %. Peratusan sokongan pengundi India didapati melonjak 4 kali ganda daripada peratusan yang diperolehi pada PRU12. Semua Daerah Mengundi, kecuali Sua Betong, yang terletak hampir 80 % pengundi India dikuasai oleh PAS dalam PRU12.

Tetapi, PAS kecundang dalam semua Daerah Mengundi yang mempunyai bilangan besar pengundi India dalam pilihan raya kecil ini. Pengundi bukan Melayu, terutamanya pengundi India didapati menolak samasekali dakwaan –dakwaan yang dimajukan oleh Pakatan Rakyat atau PAS terhadap BN.Malah pengundi India jelas menunjukkan sikap tidak berkenan dengan dasar dan pendirian Pakatan Rakyat dalam menangani masalah-masalah dan isu-isu semasa yang dihadapi oleh kaum India sejak PRU12. Isu Kampong Buah Pala (Pulau Pinang) yang dibangkitkan oleh petugas-petugas BN didapati lebih mempengaruhi pengundi India berbanding dengan isu ‘kepala lembu’, Isu ‘Kuhan’ dan Isu Kuil di Sek23 (Shah Alam, Selangor) .

Kegagalan PAS , PKR dan DAP dalam mempertahankan kepentingan kaum India seperti diharapkan dan janjikan oleh PR dalam PRU 12 juga menimbulkan perasaan kecewa dan tidak yakin dikalangan sebahagian besar pengundi India Bagan Pinang terhadap calon PR atau PAS. Sebaliknya, selain daripada populariti calon BN , Tan Sri Isa, dikalangan pengundi bukan Melayu, kempen BN yang berlandaskan konsep 1 Malaysia juga dikesan berjaya menguasai pemikiran dan jiwa sebahagian besar pengundi India di Bagan Pinang. Keiklasan, kesanggupan dan komitmen yang dipamirkan oleh YAB Mohd.Najib Tun Razak, Perdana Menteri, dalam membantu komuniti India didapati bukan sahaja kaum India yakin terhadap kepimpinan beliau malah mempengaruhi minda mereka memihak BN dalam pilihan raya kecil ini.

Pengundi India percaya bahawa Najib bersungguh-sungguh dalam membantu kaum India dan bukan retorik politik. Peningkatan sokongan kaum India kepada BN jelas menunjukkan bahawa pengundi India yang merajuk dengan BN kerana terguris hati akibat peristiwa roboh kuil menjelang PRU12 mula kembali menyokong BN. Sekiranya trend ini diteruskan maka negeri-negeri yang ditawan oleh PR dalam PRU 12 kerana mendapat sokongan pengundi India akan jatuh kepada BN dalam PRU13. BN didapati telah besedia menggasak PR untuk menebus imej yang terhakis dalam PRU12. Rakyat Malaysia menjangka fenomena ‘tsumani politik’ akan tercetus dalam PRU13 yang akan memadam kesan Pakatan Rakyat dalam landskap politik Malaysia.


Kelembapan PAS untuk menginstitusikan Kelab Penyokong PAS menjadi penyebab utama peralihan sokongan kaum bukan Melayu daripada PAS.

PAS menjanjikan akan menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai sayap utama parti seperti dewan-dewan yang sedia ada, namun ia hanya sebagai satu cadangan yang belum menjanjikan apa-apa sedangkan pada masa kini telah ramai meninggalkan Kelab Penyokong PAS kerana merasakan mereka terbiar dan tidak diperdulikan oleh PAS Sendiri.

PAS menjanjikan mahligai di waktu mereka memerlukan pondok untuk berteduh.

Natijahnya PAS menggigit jari dengan kegagalan untuk menyelesaikan masalah secara pantas dan efektif.

Budaya kerja lembab yang diketuai oleh Presiden parti seperti yang ditonjolkan oleh Prof Abd Aziz Bari wajar diberikan perhatian tetapi pemimpin tertinggi PAS yang dipimpin oleh kumpulan pendokong Unity Government (UG) tidak pernah mahu mendengar kritikan orang tetapi lebih selesa untuk menghentam semula orang yang mengkritik secara jujur dan membina untuk memantapkan parti. Apa yang dilakukan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad dan Ketua Penernagan PAS Selangor yang membela Pesuruhjayanya, Sdr Roslan SMS yang menghentam Prof Abd Aziz Bari amat mendukacitakan sedangkan semua orang tahu Prof Abd Aziz Bari yang paling kedepan membela PAS di dalam hal-hal yang melibatkan perundangan dan perlembangan selama ini. Pada masa itu mana pergi Idris dan Roslan?

Termasuklah di dalam kumpulan itu kumpulan yang sama lembab gerak-kerjanya yang terdiri dari pemuka-pemuka UG tetapi paling bising dan paling retorik ucapannya.