26 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : SPRM Ada Agenda Politik Sendiri Tuduh Exco Selangor

Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan hari ini berasa kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menuduhnya dan mendiang Teoh Beng Hock membuat tuntutan palsu dalam Inkues hari ini.

Ini berikutan empat dokumen tuntutan dan sebutharga kerja yang sudah dikemukakan kepada Inkues semalam, tidak disemak dan diteliti dahulu sebelum sebarang tuduhan dilemparkan.

“Mohd Anuar mengaku bahawa dia tidak pernah melihat gambar-gambar dan tuntutan-tuntutan yang diserahkan oleh peguam saya Salim tadi. Ini telah membuktikan bahawa tuduhan zalim mengenai Teoh Beng Hock dan saya membuat tuntutan palsu adalah tidak berasas langsung”, katanya pada pemberita.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat exco di Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam petang tadi.

Ean berkata semua dokumen tersebut diperolehi dari komputer riba Teoh yang dicetak oleh pembantu Pemangku Penguasa Kanan SPRM, Mohd Anuar Ismail.

Dokumen yang dikemukakan SPRM itu boleh dipersoalkan apabila ianya tidak ditandatangani dan dicop secara rasmi oleh mana-mana pihak, yang turut tidak pernah dilihat Ean Yong sebelum ini.

Dua dokumen tuntutan adalah kepunyaan Syarikat Aris dan Fizami Construction manakala dua sebutharga kepunyaan MKMN Enterprise dan MA Bina Melor Enterprise .

Menurut peguam Ean, empat dokumen tuntutan dan sebutharga tersebut boleh diperolehi melalui satu blog hitam yang tidak dikenali dan bukan sahaja dari pejabat SPRM.

Ean turut memberitahu sebelum ini SPRM telah menyerbu pejabat-pejabat daerah yang berkaitan dan merampas segala dokumen mengenai peruntukan kawasannya.

Ini berikutan semua dokumen dan gambar yang Ean serahkan kepada Inkues hari ini merupakan dokumen sama yang disimpan di pejabat-pejabat daerah masing-masing.

Ini jelas menunjukkan SPRM mempunyai agenda politik sendiri bukan sahaja mahu mengalihkan pandangan tanggungjawabnya ke atas kematian Teoh Beng Hock, tetapi juga mahu menjatuhkan imej parti DAP dan Pakatan Rakyat.

Ean mahu SPRM perlu berhenti untuk terus menjadi alat bagi UMNO-Barisan Nasional untuk melaksanakan rancangan merampas kuasa di negeri Selangor.

Sementara itu Mahkamah Majistret telah mengarahkan supaya semua keterangan yang mendedahkan penglibatan tujuh syarikat yang menunjukkan berlakunya penyelewengan wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dalam beberapa projek palsu dipadam daripada rekod mahkamah.

Malah mahkamah juga mengarahkan supaya semua dokumen dan beberapa bukti sokongan terhadap pendedahan tersebut supaya tidak dirujuk semasa prosiding inkues kematian pembantu politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Koroner Azmil Muntapha Abas turut mengeluarkan perintah supaya keterangan-keterangan mengenainya juga tidak dilaporkan oleh pihak media.

"Bagi tujuan inkues, saya berpendapat adalah relevan untuk membawa masuk bukti yang menunjukkan keadaan fikiran si mati, tetapi skop hanyalah kepada dokumen rakaman percakapan si mati dan eksibit berkaitan.

"Untuk hari ini, apa-apa yang melampaui skop tersebut adalah terpadam dari rekod mahkamah," kata koroner.

Bagaimanapun sebelum itu peguam yang mewakili keluarga teoh, Gobind Singh Deo membantah pendedahan penglibatan tujuh syarikat berkenaan dengan alasan maklumat tersebut terkeluar daripada skop inkues yang hanya membenarkan empat dokumen berupa invois yang dicetak daripada komputer riba milik Teoh untuk dibangkitkan.

Gobind dengan lantang mencabar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekalkan semua dokumen yang berkaitan agar pihaknya dapat menjawab mengenai pendedahan tersebut.

"Semalam kita telah diberitahu secara jelas bahawa soalan-soalan yang akan dikemukakan hanya menjurus kepada empat invois itu sahaja, tapi apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. "Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan dengan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock," tegas Gobind.

Ulasan GB

Sepertimana yang GB ulas sebelum ini, pegawai dan peguam SPRM lansung tidak menghomati bulan Ramadhan apabila sanggup melakukan pendustaan semata-mata untuk menjayakan konspirasi mereka. Namun kita tidak pernah gentar dengan mereka kerana kita yakin Ayat Allah yang berbunyi:

Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rencana-rencana yang jahat, sedang rencana yang jahat itu tidak akan menimpa kecuali ke atas orang yang merancangnya sendiri. Fathir :43


Era Najib Altantuya : Muhyiddin Hanya Separuh Benar

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, lapor Bernama.

"Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air. Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya," kata Dr Mahathir dalam laman blognya Rabu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos lalu, bahawa beliau telah meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.

Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.


"Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.

"Saya berkata kami tidak mempunyai wang dan Lee berkata Singapura sanggup menanggung kos dan apabila siap, harta tersebut akan dimiliki oleh Malaysia, jadi Singapura hanya membayar bil," kata Muhyiddin.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Bukit Mertajam semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

"Kita ketika itu sedang cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah di masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap.

"Kita juga tidak akan beli lagi sebarang air yang dirawat dari Singapura dengan kadar 50 sen per 1,000 gelen apabila loji rawatan baru kita di Johor siap.

"Apabila kita tidak perlu lagi membeli air yang dirawat daripada Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah ke Singapura tanpa Singapura boleh menaikkan harga air yang dirawat kepada kita.

"Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah keretapi kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat.

"Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi," kata Dr Mahathir dalam blognya.

Era Najib Altantuya : ADUN Kulim Ganti Radzhi Sebagai Exco Kedah

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Ahad lepas, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Memperkenan permohonan tersebut, Sultan Kedah memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Exco berkenaan."Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Pemilihan Lim juga dibuat dengan mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim. -TVA


Era Najib Altantuya : Peguam Negara Melangkau Bidangkuasanya

Jika benar Peguam Negara ada menghantar surat supaya (hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno) ditangguhkan, (tindakan Peguam Negara) itu sudah melanggar urusan negeri sebab bidang kuasa dia di peringkat persekutuan," demikian kata Zainul Rijal Abu Bakar, yang kini setiausaha pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI).

"(Keadaan) ini sudah melanggar prosedur. Sepatutnya kena failkan semakan dahulu, baru mohon ditangguhkan. Inilah yang jadi apabila menteri turut masuk campur," ujarnya lagi.

Sebelum itu, Zainul menyatakan Panel Mahkamah Rayuan Syariah Pahang masih belum dilantik, setakat ini, menyebabkan rayuan bagi kes-kes seperti melibatkan Kartika tidak dapat didengar.

Zainul Rijal menambah, terdapat dua pesalah di negeri berkenaan yang dijatuhi hukuman sebat mengikut undang-undang syariah sebelum ini, tetapi rayuan bagi hukuman tersebut tidak dapat didengar sejak lima tahun lalu.

"Bukan Kartika seorang saja, lima tahun lepas dan tahun lepas juga ada kes jatuh hukuman sebat. Rayuan juga tapi tidak boleh didengar," kata bekas pemimpin Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.

Jelasnya, mahkamah rayuan menjadi peluang terakhir bagi pesalah untuk mengurangkan hukuman, tetapi proses rayuan tidak dapat dilakukan hingga menimbulkan kesan ke atas mereka yang telah didapati bersalah.

Tambahnya, pendakwaan dan bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "sudah jelas" tetapi ia kini dikaburi oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba campur tangan, termasuk kuasa eksekutif.

"Dewan Undangan Negeri boleh buat peraturan kesalahan dan hukuman bagi perbuatan melanggar perintah Islam, tetapi Perlembagaan boleh mengehadkan hukuman sahaja," jelas Zainul Rijal.

Beliau menjelaskan, isu ini termaktub dalam Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 (Pindaan 1984) yang memperuntukkan bidang kuasa tersebut kepada kerajaan negeri untuk menyekat kesalahan dan hukuman yang “melanggar rukun Islam”, termasuk mengambil alkohol.

Katanya lagi, hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "bukanlah hukuman maksimum" kerana telah dimitigasi oleh wanita tersebut.

"Ia bukan hukuman maksimum. Kartika sendiri telah merayu dan mohon denda serta sebatan. Mungkin atas mitigasinya itu hukuman penjara tidak dikenakan," katanya.

Hukuman maksimum bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah di Pahang adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda serta enam sebatan.

Mengulas isu ketiadaan panel rayuan syariah di Pahang seperti dakwaan Zainul Rijal, ketua pendaftar Mahkamah Syariah Pahang enggan menamakan hakim-hakim terbabit tetapi mengesahkan panel itu memang ada.

"Nama-nama ini ada. Tapi biarlah kami dedahkan pada masa sesuai," kata Muhammad Azhari Abd Rahman kepada Malaysiakini.

"Buat masa ini tak perlulah saya komen lebih lanjut, memandangkan isu ini sudah sampai ke peringkat antarabangsa."

Menjelaskan lagi perkara tersebut awal malam ini, Zainul Rijal berkata nama-nama untuk panel rayuan tersebut "memang ada" tetapi tidak boleh mendengar kes kerana tidak diberikan tauliah sebagai hakim.

"Nama memang ada sejak sekian lama tetapi tidak diberikan tauliah hakim. Apa guna ada nama tetapi tidak ada tauliah, tidak boleh mendengar kes juga?" jelasnya melalui mesej SMS.

"Dan saya juga tahu, ada seorang yang (telah) dinamakan sudah pencen daripada menjadi hakim rayuan syariah Malaysia.

"Namun Pahang masih belum memberi tauliah dan nama beliau masih ada lagi."

Era Najib Altantuya : Teoh Bergaduh, Satu Teori Nakal Untuk Pesongkan Kebenaran (updated)

Pendedahan oleh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Teoh Beng Hock dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, bergaduh, telah mengejutkan mereka yang mengikuti prosiding inkues kematian Teoh di Mahkamah Koroner di sini.

Mohd Anuar Ismail, Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor, berkata pergaduhan itu berlaku pada jam 2 pagi di tandas pejabat SPRM Selangor.

"Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin (pegawai SPRM) bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada jam 2 pagi bertempat di tandas SPRM," katanya ketika ditanya peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Namun berita yang mengejutkan itu menjadikan inkues lebih tidak berintegriti apabila banyak pihak mempersoalkan kebenaran pendedahan tersebut.

Ini kerana Anuar berkata beliau hanya dimaklumkan oleh Bulkini dan soalan pula di lakukan oleh peguam SPRM.

Ia seolah-olah satu lakunan di dalam Inkues untuk satu "cover-up" terhadap perbuatan jenayah yang mungkin dilakukan oleh anggota siasatan SPRM.

Sudah pasti peguam-peguam dan pegawai penyiasat SPRM bernama Mohd Anuar ini telah melakukan sesuatu "framing" yang berkemungkinannya mengikut satu "grand design" oleh satu pihak yang lebih tinggi dari mereka.

Kini, perbuatan jenayah itu hendak dialihkan kepada orang lain, hendak di tunjukkan bahawa Teoh dan Tan Boon Wah kononnya bergaduh pada pukul 2 pagi. Siapa pegawai SPRM yang menunggu sampai 2 pagi. Bagaimana beliau boleh berada di situ? Bagaimana pegawai itu tahu mereka bergaduh? Apa bahasa yang digunakan oleh kedua-dua orang itu jika benar mereka berada ditandas? Bahasa Melayu? Bhasa Inggeris? Bahasa Mandarin? Apa butir pertuturannya? Apakah Bulkini ingat dan faham apa juga buttir percakapnnya sehingga menyatakan ia satu pergaduhan? Apakah ada berlaku kejadian tumbuk menumbuk? Apakah ada saksi lain selain Bulkini yang dilaporkan mendengar pergaduhan itu?

Itu semua perlukan siasatan lanjut. Gobind bekata: “Apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock,” katanya.

Ulasan GB
Di bulan puasa ini masih ada orang Islam yang tak takut berbuat dosa pendustaan.

Era Najib Altantuya : Inkues Beng Hock: Saksi SPRM Di Kritik

ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah hari ini hadir ke mahkamah untuk mendengar keterangan yang diberikan oleh saksi ke 16, Mohd Anuar Ismail berkaitan empat dokumen yang diambil dari komputer riba milik Teoh Beng Hock.

Ean Yong diwakili oleh peguam Salim Bashir.

Malangnya perjalanan inkues yang sepatutnya berkisar kepada empat dokumen yang dinyatakan sebelum ini seolah-olah bertukar kepada prosiding kes rasuah apabila saksi menerangkan butiran siasatan yang diperoleh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berkenaan dengan operasi mereka membanteras rasuah yang di dakwa dilakukan ADUN-ADUN Selangor.

Peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo kemudiannya membuat permohonan kepada mahkamah supaya prosiding diteruskan dengan meneliti dokumen-dokumen yang telah disebutkan oleh Anuar apabila disoal oleh peguam pemerhati SPRM, Abdul Razak Musa semalam.


Gobind dalam hujahnya berkata, Abdul Razak seolah-olah menjadikan inkues ini sebagai platformnya untuk mendedahkan hasil siasatan SPRM.

"Adakah prosiding ini perbicaraan keatas DAP dan Teoh Beng Hock atau prosiding mencari punca kematian mangsa? Kami tidak ada apa-apa yang ingin disembunyikan, kami boleh bawa saksi-saksi kami untuk menentukan tuduhan yang dibuat oleh Anuar. Tuduhan Anuar adalah tidak berasas. Ia tidak adil bagi anak guam saya iaitu si mati," kata Gobind.

Gobind mahu mahkamah membatalkan keseluruhan testimoni itu, kerana Razak telah melampaui batas. Majlis Peguam Malaysia dan peguam Ean Yong Hiah Wah juga berpendapat tindakan Razak adalah tidak wajar..

Koroner Azmil Muntapha Abas bersetuju dengan hujah mereka dan memutuskan kes akan diteruskan dengan empat dokumen yang dipersetujui pada sesi inkues sebelum ini.

Bagaimanapun permohonan Gobind untuk meneliti kesemua dokumen tersebut dibantah oleh Azmil.

Inkues bersambung petang ini.

Azhar juga memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diarahkan bersama dengan seorang lagi pegawai SPRM lain iaitu Mohd Hafiz Idris yang membawa CPU milik Beng Hock menaiki kereta yang dipandu oleh Beng Hock menuju ke SPRM.

Dalam perjalanan ke pejabat SPRM, Azhar mendakwa Beng Hock telah menerima dua panggilan telefon dan beliau bercakap dalam bahasa Mandarin.

Apabila ditanya oleh Razak bagaimana nada percakapan Beng Hock dengan individu yang menghubunginya, Anwar menjawab mendiang bercakap dengan tenang.

Bagaimanapun Azhar mendakwa, Beng Hock kelihatan gelisah semasa berada di pejabat SPRM.

Azhar juga memberitahu mahkamah, beliau telah diarahkan oleh Anuar untuk menemubual Beng Hock berkenaan latar belakang pekerjaan dan juga adik-beradiknya.

Selepas itu tiada lagi sebarang soal jawab yang dilakukan ke atas Beng Hock sehingga jam 10 malam.

Azhar juga mendakwa ketika dia bergerak pulang ke ibu pejabat di Putrajaya, dia melihat Beng Hock masih berada di sofa di ruang pendidikan masyarakat.

"Ya saya rasa dari apa yang dicakapkab menunjukkan Teoh berada di situ. Teoh memang dalam keadaan biasa. Dia kata dia nampak gelisah. Memang la, kita seorang saksi yang tidak biasa dibawa ke pejabat SPRM. Pukul 10 malam diminta duduk di sofa 2 jam. Kita tak tahu ini semua menghala ke mana" kata Gobind. -TVA


Era Naib Altantuya : YB Salleh Selaku Presiden MAIPP

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir yang baru dipilih Mohd Salleh Man dijangka dilantik sebagai Presiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pelantikan itu dipersetujui mesyuarat Exco Rabu.

Beliau berkata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Abdul Malik Abul Kassim akan memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong dan Gabenor Pulau Pinang mengenai pelantikan itu.

Jawatan itu kini disandang oleh ADUN Permatang Berangan Shahbudin Yahya, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat Disember ini.

Mengenai pilihan raya kecil Permatang Pasir, Lim berkata Mohd Salleh masih mampu mengekalkan 65 peratus undi, peratus yang sama diperoleh oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada pilihan raya umum tahun lepas berdasarkan pada jumlah pengundi yang mengundi.

"Secara amnya tidak banyak perubahan dalam undi majoriti berdasarkan jumlah pengundi ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus pada tahun lepas," kata beliau.

Pada pilihan raya kecil DUN itu semalam, PAS mengekalkan kerusi itu setelah Mohd Salleh, 52 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38 dengan 4,551 undi.

Menyentuh sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri, Lim berkata sambutan diadakan secara sederhana dan tempoh masa bagi acara yang diadakan tidak lama disebabkan merebaknya virus Influenza A(H1N1).

"Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi secara sederhana kerana acara perarakan yang diadakan setiap tahun dibatalkan," kata beliau.

Katanya sambutan itu hanyalah perhimpunan kecil kerana keutamaan ialah pada keselamatan orang ramai dan mencegah merebaknya virus tersebut.

Era Najib Altantuya : Teoh Bergaduh - Fakta atau Rekaan?

Pndedahan oleh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Teoh Beng Hock dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, bergaduh, telah mengejutkan mereka yang mengikuti prosiding inkues kematian Teoh di Mahkamah Koroner di sini.

Mohd Anuar Ismail, Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor, berkata pergaduhan itu berlaku pada jam 2 pagi di tandas pejabat SPRM Selangor.

"Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin (pegawai SPRM) bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada jam 2 pagi bertempat di tandas SPRM," katanya ketika ditanya peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Namun berita yang mengejutkan itu menjadikan inkues lebih tidak berintegriti apabila banyak pihak mempersoalkan kebenaran pendedahan tersebut.

Ini kerana Anuar berkata beliau hanya dimaklumkan oleh Bulkini dan soalan pula di lakukan oleh peguam SPRM.

Ia seolah-olah satu lakunan di dalam Inkues untuk satu "cover-up" terhadap perbuatan jenayah yang mungkin dilakukan oleh anggota siasatan SPRM.

Sudah pasti peguam-peguam dan pegawai penyiasat SPRM bernama Mohd Anuar ini telah melakukan sesuatu "framing" yang berkemungkinannya mengikut satu "grand design" oleh satu pihak yang lebih tinggi dari mereka.

Kini, perbuatan jenayah itu hendak dialihkan kepada orang lain, hendak di tunjukkan bahawa Teoh dan Tan Boon Wah kononnya bergaduh pada pukul 2 pagi. Siapa pegawai SPRM yang menunggu sampai 2 pagi. Bagaimana beliau boleh berada di situ?

Itu semua perlukan siasatan lanjut. Gobind bekata: “Apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock,” katanya.

Ulasan GB
Di bulan puasa ini masih ada orang Islam yang tak takut berbuat dosa pendustaan.

Era Najib Altantuya : SPRM Cuba Alih Perhatian Inkues Dari Kematian Teoh

ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah hari ini hadir ke mahkamah untuk mendengar keterangan yang diberikan oleh saksi ke 16, Mohd Anuar Ismail berkaitan empat dokumen yang diambil dari komputer riba milik Teoh Beng Hock.

Ean Yong diwakili oleh peguam Salim Bashir.

Malangnya perjalanan inkues yang sepatutnya berkisar kepada empat dokumen yang dinyatakan sebelum ini seolah-olah bertukar kepada prosiding kes rasuah apabila saksi menerangkan butiran siasatan yang diperoleh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berkenaan dengan operasi mereka membanteras rasuah yang di dakwa dilakukan ADUN-ADUN Selangor.

Peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo kemudiannya membuat permohonan kepada mahkamah supaya prosiding diteruskan dengan meneliti dokumen-dokumen yang telah disebutkan oleh Anuar apabila disoal oleh peguam pemerhati SPRM, Abdul Razak Musa semalam.

Gobind dalam hujahnya berkata, Abdul Razak seolah-olah menjadikan inkues ini sebagai platformnya untuk mendedahkan hasil siasatan SPRM.

"Adakah prosiding ini perbicaraan keatas DAP dan Teoh Beng Hock atau prosiding mencari punca kematian mangsa? Kami tidak ada apa-apa yang ingin disembunyikan, kami boleh bawa saksi-saksi kami untuk menentukan tuduhan yang dibuat oleh Anuar. Tuduhan Anuar adalah tidak berasas. Ia tidak adil bagi anak guam saya iaitu si mati," kata Gobind.

Gobind mahu mahkamah membatalkan keseluruhan testimoni itu, kerana Razak telah melampaui batas. Majlis Peguam Malaysia dan peguam Ean Yong Hiah Wah juga berpendapat tindakan Razak adalah tidak wajar..

Koroner Azmil Muntapha Abas bersetuju dengan hujah mereka dan memutuskan kes akan diteruskan dengan empat dokumen yang dipersetujui pada sesi inkues sebelum ini.

Bagaimanapun permohonan Gobind untuk meneliti kesemua dokumen tersebut dibantah oleh Azmil.

Era Najib Altantuya : Sultan Kedah Perkenan Gugurkan Exco ADUN Lunas

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lepas, digugurkan daripada jawatan Exco berkuatkuasa semalam.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di sini hari ini, lapor Bernama.

Ahad lepas, Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata Sultan Kedah turut memperkenankan pelantikan ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan Exco yang kosong itu manakala majlis angkat sumpah akan diadakan minggu depan.

"Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawaipegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.

Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.

Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio Exco berkenaan."Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.

Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim.

Era Najib Altantuya : Permatang Pasir, Politik Baru?

7-1

Itulah angka kemenangan pilihan raya kecil sejak 8 Mac 2008 yang sedang berpihak kepada pakatan pembangkang di peringkat pusat yang lebih dikenali dengan nama Pakatan Rakyat. Jikalau di dalam aksi perlawanan bola sepak, angka ini sudah boleh dianggap keputusan belasahan.

Kemenangan calon Pakatan Rakyat dari Parti Islam Semalaysia (PAS), Mohd Salleh Man yang memperoleh 9,618 undi menewaskan calon Barisan Nasional dari UMNO, Rohaizat Othman yang mendapat jumlah undi sebanyak 5,067 menambah satu lagi episod kekalahan Barisan Nasional.

Sebelum itu Barisan Nasional semuanya melalui Umno telah tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Manek Urai manakala di DUN Penanti Barisan Nasional memilih untuk tidak bertanding.

Majoriti penganalisa dan pengamat politik melihat faktor utama kekalahan Barisan Nasional di Permatang Pasir berpunca dari tiga sebab iaitu faktor calon yang dihimpit beberapa masalah peribadi, factor kubu kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan juga PAS serta factor incumbent.

Saya enggan mengulas secara terperinci tentang faktor-faktor kemenangan dan kekalahan kedua-dua parti bertanding sebaliknya ingin berbicara tentang satu gejala politik tidak sihat yang malangnya berkembang sihat di dalam proses demokrasi di negara kita. Gejala itu tidak lain dan tidak bukan adalah pembunuhan karakter calon bertanding dan apakah suasana kondusif yang membolehkan budaya ini berterusan tanpa noktah?

Saya secara peribadi amat tidak menyukai politik pembunuhan karakter seperti yang terjadi semasa kempen pilihan raya kecil di Permatang Pasir apabila calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman dihentam teruk pihak lawan iaitu dari PAS dan juga rakan sekutu mereka, PKR dan DAP.

Pembunuhan karakter atau serangan peribadi ini timbul setelah pendedahan beliau telah dilucutkan kelayakan menjadi peguam berikutan firmanya terlibat dalam penipuan Koperasi Pekebun Getah yang membabitkan jumlah wang sekitar RM160 ribu dan bertambah hebat setelah rakan kongsi Rohaizat, saudara Yusri Isahak tampil membela diri di pentas PAS menafikan bahawa beliau adalah puncanya. Serangan manjadi semakin rancak apabila Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi mendedahkan bahawa Rohaizat mempunyai isteri kedua di Pahang dan dibiar seakan bergantung tidak bertali.

Gejala politik negatif ini dikritik keras oleh banyak pihak termasuk Dr. Abu Hassan Hasbullah dari Zentrum Future Studies, Universiti Malaya yang menyifatkan perbuatan seperti ini adalah sangat primitive dan tidak bertamadun. Namun di sisi lain kita harus juga mencari titik tengah supaya kezaliman dan perbuatan salah laku lampau calon-calon yang bertanding didedahkan untuk pengundi membuat pertimbangan sendiri tetapi tidaklah sehingga seseorang calon itu diaibkan seaib-aibnya.

Ini sangat penting kerana calon yang dipilih nanti bakal memegang amanah rakyat untuk menjadi wakil mereka yang tanggungjawabnya maha berat. Maka calon yang bersih, amanah dan terbaik merupakan kriteria yang sangat penting terutama sekali di kawasan bermajoriti Melayu Islam.

PAS telah mengambil strategi bijak untuk mengeksploitasi apa yang terjadi pada calon Barisan Nasional dengan berkempen secara agresif dan berterusan kerana demografi pengundi di Permatang Pasir adalah majoriti Melayu Islam dan separa bandar. Dengan melakukan hal yang demikian, PAS telah berjaya untuk menahan angin perubahan seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada bertiup kencang menenggelamkan calon PAS, Salleh Man yang dilihat para pengundi lebih baik dan beragama. Hal ini dilihat dapat menjelaskan mengapa peratusan undi yang diperoleh Rohaizat meningkat 1 peratus berbanding calon sebelumnya dan jumlah perolehan undi yang diterima beliau hampir tidak berubah.

Walaupun politik pembunuhan karakter juga berlaku di dunia demokrasi barat seperti di Amerika Syarikat dan Perancis, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk dibiarkan berterusan bernanah. Lantas timbul persoalan di benak pemikiran tentang ke arah mana politik Malaysia jika keadaan sebegini dibiarkan tanpa rasa berdosa? Adakah kita nanti akan diwakili oleh lebih ramai wakil rakyat yang bersih, berintegriti dan terpuji atau adakah maki hamun dan aib mengaib akan menjadi halal dan dibolehkan untuk mencapai matlamat yang lebih murni?

Jika ditanya kepada generasi muda yang tidak menjadi ahli atau menyokong mana-mana parti komponen dalam Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tentang senario ini, jawapan lazim dari mereka ini pastinya berlegar sekitar perkataan ini, ‘menyampah’, ‘dua-dua sama saja’, ‘politik semua sama saja’ dan yang seerti dengannya. Satu penyataan sikap yang harus diambil perhatian serius oleh parti-parti politik walaupun sikap tidak ambil peduli dan pesimisme terlampau juga perlu diperbetulkan dan dibanteras.

Tetapi jika ditanya kepada generasi muda yang totok setia kepada parti yang disertai dan disokongi, nada jawapan pasti sedikit berbeza kerana ketaksuban sering menewaskan rasional walaupun terdapat mereka yang cuba melawan arus tetapi akhirnya menjadi minoriti.

Lalu di manakah silapnya proses demokrasi melalui pilihan raya sehingga pesta ini sering dianggap jijik dan kotor oleh sebahagian kelompok masyarakat? Pesta yang dianggap mengangkat dan menjatuhkan individu berbanding dasar dan polisi yang ditawarkan?

Bagi saya hanya ada satu cara iaitu demokrasi yang sebenar harus diletakkan di tempat sewajarnya kerana secara logik bagaimanakah politik pembunuhan karakter boleh diminimalkan jika media tidak dibebaskan? Bagimana untuk polisi dan ideologi hendak mengambil tempat apabila demokrasi dipijak-pijak dengan kewujudan undang-undang yang menindas dan dengan bangganya dipertahankan parti pemerintah?

Mudah kata kita masih belum selesai di dalam hal-hal seperti tiada kebebasan media yang sangat penting di dalam proses pilihan raya bersih dan adil, kebebasan berekspresi, kebebasan berpersatuan, sistem kehakiman yang berintegriti, pasukan polis yang cekap dan professional dan semestinya Suruhanjaya Pilihanraya yang benar-benar independen dan terpisah dari pengaruh eksekutif.

Selagi mana isu-isu ini dipandang sepi oleh pemerintah dan juga penganalisa serta pengamat politik yang sering dan kadangkala sengaja terlepas pandang ciri-ciri asas dan penting demokrasi ini. Maka selama itulah kita akan bergelumang dengan politik lama yang kotor dan menjijikkan ini. Jangan hanya gah berbicara tentang politik baru dan politik bertamadun di surat khabar dan televisyen jika sisi-sisi tidak bertamadun dan menindas yang terbentang luas di depan mata ini tidak cuba dituntaskan terlebih dahulu. Selesai ini lebih mudah untuk kita menuju ke politik baru yang diidam-idamkan. -zulhabri

Era Najib Altantuya : Rohaizat Dah Gaduh Dengan B1N1?

Masa sahur tadi isteri teman berkisah pasai Permatang Pasir. Tetiba prihatin pulak dia pada politik 1 Malaysia. Sebelum ini dia senyap dan ikut-ikut begitu jer. Kalo dia tak sukapun, dia diam jer. Sebab dia tahu yang hobi lakinya memang suka mengisahkan politik 1 Malaysia.

Kesian bini nombor satu Rohaizat. Mesti malu sebab dapat laki jenih camtu. Elok-elok ada nama di USM, sekarang 1 USM kena virus B1N1 yang pensyarahnya berlakikan penipu. Aik .. ke situ pulak labun isteri teman ni? Kemudian isteri teman senaraikan satu persatu kelaku Rohaizat yang mengguris hatinya. Seolah-olah kelaku teman ni macam Rohaizat.

1. Rohaizat kawin tak nikah dengan keraninya si Fizah
2. Rohaizat dinikahkan oleh Pak Ali, pak mertua barunya
3. Pak Ali mendaftarkan pernikahan mereka di Pahang walaupun terpaksa membayar denda
4. Pak Ali dihalau oleh besannya
5. Fizah termengandung anak Rohaizat
6. Rohaizat tak mengaku dalam kandungan itu anaknya
7. Fizah menggugurkan kandungannya atas permintaan Rohaizat
8. Fizah balik ke Pahang
9. Fizah sambung ngaji di UKM
10. Akibat geram dengan kelaku Rohaizat, Pak Ali dan mak sedara Fizah menceritakan kelaku Rohaizat yang menjadi calon UMNO di Permatang Pasir
11. Jikalau cerita ini tidak benar, tentu Pak Ali dan Fizah keluar dalam tv untuk menafikannya
12. Bermakna kisah ini benar



“Udahler kalah, kelahi pulak laki bini. Boleh bercerai berai deme ni. Ituler, nipu lagi”. Huh,sampai ke situ pulak nujum isteri teman ni.

“Kalo teman jadi calon dan citer camtu keluar camne?”, usik teman.

“Kalo takde angin, pokok tak goyang”, katanya.

“Kalo beruk yang goyang?”

“Itu Khairi jer”, kata isteri teman. -dangomamamat

Era Najib Altantuya : Pemimpin UMNO Terlibat Dalam Skandal PKFZ - Chua Jui Meng

Bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa ramai pemimpin Umno yang terlibat jika didedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Umno, dakwanya lagi, tidak puas hati dengan dengan cara Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat mendedahkan skandal tersebut.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga membayangkan apa yang dihadapi oleh Ong kini sebagai konspirasi Umno untuk menjatuhkannya.

Dakwaan Chua itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam “payroll” Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.

KDSB ialah pemaju PKFZ.

Sejak Ong bergelut dengan pendedahan Tiong yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA itu, tidak ada pemimpin Umno yang kelihatan bersimpati kepadanya.

“Pernahkah anda melihat Perdana Menteri tampil mempertahankan Ong? Pernahkah anda dengar Timbalan Perdana Menteri mempertahankan Ong berkaitan skandal PKFZ?

“Atau di mana para pemimpin Umno lain untuk mempertahankan Ong mengenai isu itu? Tidak ada”.

Perkara sedemikian, katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Dahulu, wujud keakraban yang kukuh di mana para pemimpin BN akan mempertahankan satu sama lain tetapi perkara sedemikian tidak berlaku.

“Presiden parti komponen yang kedua terbesar dalam BN diserang dan tidak ada sesiapa pun dari Umno yang tampil mempertahankannya,” kata Chua ketika bercakap kepada para pemberita selepas majlis makan malam yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang di Bukit Mertajam Ahad lalu.

Menurut beliau lagi, apa yang berlaku itu, ditambah pula khabar angin yang tersebar luas di dalam BN yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati melihat Ong menjadi Presiden MCA dan lebih suka Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memimpin parti itu, telah melemahkan kedudukan Ong.

“Kesemua ini menunjukkan dakwaan Ong bahawa beliau diserang dari dalam dan luar adalah benar,” kata Chua.

Semalam, Ong hari ini menfailkan saman dengan tuntutan RM500 juta terhadap Tiong, tetapi apa yang popular sebagai kehendak hatinya yang mahu dilihat bersih dan telus telah banyak tercemar.

12 Ogos lalu, Tiong mendakwa beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.

Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

“Saya tawarkan cek tetapi Ong mahu (dalam bentuk) tunai kerana ia lebih cepat,” kata Ahli Parlimen Bintulu itu yang juga bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP).

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan ‘berhutang’ kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.

Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.

Ketika menafikan dakwaan Tiong itu dalam perjumpaan MCA Selangor, Ong berkata: “Kalau saya mengambil duit, saya sepatutnya menjadi kawan baik beliau tetapi mengapa saya menjalankan siasatan ke atas Tiong dan syarikatnya, KDSB?

“Kalau saya mahu, anda fikir dia tidak akan beri lebih banyak lagi?”

Walaupun sebelum ini Ong memberi amaran kepada Tiong bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang, tetapi Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.

Beliau malah mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.

“Beliau boleh teruskan dan saman saya,” tegas Tiong.

Tidak cukup dengan itu, beliau mencabar Ong bersemuka serta mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya kepada umum.

“Saya mempunyai saksi rahsia yang boleh mendedahkan niat sebenar Ong apabila beliau mengarahkan siasatan ke atas isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),” kata Tiong.

Beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jumlah wang dalam akaun bank peribadi Ong dan isterinya.

Ong pula tidak kelihatan memberikan jawapan yang meyakinkan kepada cabaran Tiong itu.

“Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan,” katanya.

Muhyiddin pula kelihatan seolah-olah mahu isu pemberian RM10 juta itu disembunyikan apabila menyatakan, pertengkaran terbuka Ong dan Tiong itu telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

“Mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan,” katanya

Era Najib Altantuya : KDN Masih Teruskan Kezaliman

Sekalipun telah dikhabarkan bahawa salah satu faktor kekalahan besar UMNO BN di Permatang Pasir adalah kerana kezaliman KDN, Peguam Negara, Polis dan SPRM, nampaknya pihak Polis tidak memperdulikannya dan tidak serik dengan perbuatan mereka.

Tak cukup tanduk, telinga pun nak dipulasnya. Itulah kisah sebuah kementerian yang dimenterikan oleh seorang pemimpin mabuk kuasa, Hishamuddin Tun Hussein namanya.

Selepas menyerbu pejabat Gedung Kartun semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyerbu kilang percetakannya dan merampas plat reka bentuk cetakan majalah humor itu, lapor malaysiakini.

Enam pegawai bahagian penerbitan kementerian itu tiba di K Vin Publisher di Seri Kembangan, Serdang jam 11.30 pagi ini dan berada di situ selama hampir sejam.

Mereka juga merampas lebihan helaian-helaian majalah edisi sulung "majalah jenaka alternatif" bawah pimpinan kartunis politik terkemuka Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque.

Syarikat percetakan itu turut dikenakan amaran oleh pegawai KDN itu agar tidak lagi mencetak majalah yang mendapat permit secara lisan bulan ini.

Serbuan KDN di pejabat majalah itu di Brickfields, Kuala Lumpur semalam mencetuskan minat besar penyokong pembangkang dan juga pembaca majalah humor.

Serbuan itu dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Isteri perdana menteri, Rosmah Mansor, digambarkan sebagai dalang yang menggerakkan wayang kulit berkepala suaminya, selain seorang yang menggunakan khidmat bomoh dan dilabelkan sebagai "Rosmoh."

Setebal 68 halaman, Gedung Kartun juga menggelarkan Najib sebagai "Datuk Nazak", dipercayai singkatan namanya dan bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.

Zunar, sebagai ketua pengarang, berkata rampasan itu "bermotif politik" kerana pihaknya telah mendapat kelulusan permit percetakan secara lisan daripada KDN untuk menerbitkan Gedung Kartun.

"Kita belum dapat surat rasmi tapi sebenarnya sudah ada kelulusan daripada menteri. Pada 14 Ogos, KDN janji untuk hantar surat dalam masa dua atau tiga hari," katanya semalam.

"Sudah menjadi amalan biasa bagi penerbit, bila kita sudah habis mencetak kita akan dapat surat rasmi."

Beberapa pihak menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bermenteri Hishamuddin bin Hussein yang nampaknya sudah tidak mampu untuk menerima kritikan.

"Teruskan kezaliman, akan lebih cepat UMNO BN bergerak keluar dari Putra Jaya dan menuju ke lembah kehancuran," tegas seorang aktivis masyarakat di sini.


Era Najib Altantuya : Kartika Tetap Pendirian, Menteri dan Mufti Kelam Kabut.

Kartika Sari Dewi Shukarno tetap dengan keputusannya tidak mahu mengemukakan rayuan dan nekad menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana meminum arak dijalankan terhadap dirinya menjelang Aidilfitri ini.

Kartika Sari Dewi, 32, berkata beliau akan menunggu keputusan secara hitam putih daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kedudukannya berikutan penangguhan hukuman itu bagi menghormati bulan Ramadan.

"Mereka (JAIP) kata selepas Ramadan, takkan saya mengatasi tindakan mereka. Biar JAIP mengeluarkan dan membuat keputusan hitam putih. Saya tetap macam ini, dengan keputusan saya dan tunggu keputusan JAIP. Ini keputusan saya.

"Saya beri masa kepada JAIP (untuk melaksanakan hukuman sebat), selepas Ramadan ini kita lihat macam mana," katanya ibu kepada dua anak kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Sungai Siput, Perak semalam.

Kartika Sari Dewi dan anggota keluarganya bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di pejabat Mufti semalam bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kes dan kejadian yang berlaku.

Beliau berkata Harussani menasihatinya supaya bertenang dan bersabar menunggu penyelesaian terbaik berhubung kes berkenaan.

"Mufti kemudian menelefon ketua hakim syariah di Perak supaya menghubungi (ketua hakim syariah) Pahang untuk berbincang bagaimana menyelesaikan masalah saya ini.

"...saya dapat luahkan kepada Mufti, dan memang saya menangis di hadapannya apabila beliau bertanya kenapa saya tidak mahu merayu (sebelum dijatuhkan hukuman)... beliau memang memahami saya... saya jelaskan semua kepada Mufti," katanya.

Mengenai nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengemukakan rayuan, Kartika Sari Dewi berkata beliau amat menghormati pandangan itu.

"Saya menghormati pandangan Datuk Seri Najib atas keprihatinan beliau tetapi saya tetap dan nekad dengan keputusan saya (menjalani hukuman sebat)," katanya.

Kartika Sari Dewi berkata sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, dia telah menyesal dan insaf serta berpendirian muktamad tidak mahu membuat rayuan.

"Sebelum meminta nasihat daripada Mufti iaitu ketika saya buat keputusan saya rela disebat, saya jumpa ulama dan mereka kata saya telah membuat keputusan yang waras dan ada tempatnya," katanya.

Ketika ditanya mengenai beberapa pandangan NGO yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat oleh mahkamah dan memintanya mengemukakan rayuan, wanita itu berkata keputusan untuk menjalani hukuman sebat itu tidak akan berubah.

Kartika Sari Dewi berkata beliau percaya kepada agama Islam kerana Islam itu lembut dan JAIP tahu apa yang dilakukan adalah mengikut panduan dan hukum Islam.

Kelmarin, penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi dikeluarkan di Kuantan, Pahang oleh Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

Kartika Sari Dewi dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan beliau ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu.

Kartika Sari Dewi adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.