15 Jun 2009

Nizar, Mahfudz dan Anwar Persoal Tindakan Speaker

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia menggantung Ahli Parlimen Nizar Jamaluddin dan enam ahli Parlimen lain daripada Parlimen dua hari kerana kononnya melanggar kod baju Dewan Rakyat.

Nizar dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di halau dari Parlimen kerana memakai lilitan bubar DUN Perak.

Nizar cuba membawa bahas mengenai kemelut politik Perak ke dewan tertinggi demokrasi di negara ini setelah menangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Ketika mengangkat sumpah, saya berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan. Demikian itu saya meminta izin dari Speaker untuk memaklumkan kepada Dewan berkenaan isu Perlembagaan yang dipinggir di Perak,” kata Nizar.

Nizar bagaimanapun tidak diberi peluang itu kerana diarahkan keluar Dewan oleh Pandikar bersama enam Ahli Parlimen lain.

"Saya diarahkan keluar kerana saya menyalahi beberapa tradisi angkat sumpah, sebab saya nyatakan itu sebaik-baik saja tandatangan sumpah itu maka sebut bubar bubar bubar DUN Perak, hidup hidup rakyat," kata Nizar.

Datuk Mahfudz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena yang turut diarahkan keluar mempersoalkan mengapa memakai lilitan di lengan pun diarahkan keluar seolah-olah ia menjadi satu kesalahan mengatakan ini bukan satu pakaian yang diizinkan oleh dewan.

Pandikar berkata kesemua mereka di gantung dua hari atas kesalahan melanggar kod pemakaian Dewan Rakyat.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Anwar (PKR-Permatang Pauh)
Dewan Rakyat perlu mendengar penjelasan Krisis Perlembagaan Perak kerana institusi Parlimen adalah mercu dewan-dewan legislatif negara ini.

“Kita dapat lihat bagaimana Dewan Undangan Negeri dilanggar, serta kekerasan yang dilalui oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kes-kes ini perlu diberi perhatian serius oleh Dewan Rakyat,” kata Anwar.

“Tidak ada bezanya proses Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Perak. Dewan perlu mendengar penjelasan dan membahaskan isu ini,” kata Anwar.

Beliau kesal kelima-lima wakil rakyat lantang itu digantung dua hari atas alasan kod pemakaian, sedangkan isu yang di bawa adalah serius dan menjurus kepada pencabulan proses legislatif negara ini.

BERITA SEBELUM INI
PAS UMNO : Bila Lagi Speaker Parlimen Akan Diangkut Keluar?
NIZAR BERSAMA 6 LAIN DIGANTUNG 2 HARI
ISU NIZAR DIGANTUNG ANWAR BANTAH TINDAKAN SPEAKER
Isu Nizar: Anwar Bangkitkan Kekecohan DUN Perak Di Parlimen



Isu Nizar: Anwar Bangkitkan Kekecohan DUN Perak Di Parlimen

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan isu kerakusan dan diskriminasi pihak polis dalam Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei lalu.

"Apa alasan untuk untuk pihak polis mengambil sikap yang diskriminatif mimilih speaker yang di bawah dengan menolak hak speaker di atas? (disambut tepukan gemuruh) Ini soal prinsip. Menteri boleh jawab sewenang-wenangnya, tapi lebih sejuta rakyat menonton apa yang berlaku," ujar Anwar.

"Sebab kita menyatakan pencerobohan mengambil kira peraturan 89/90 dengan kuasa Speaker yang belum sah dan diketahui oleh pihak polis hanya membuktikan bahawa ada usaha yang bersekongkol melanggar peraturan dan tidak menghormati kemuliaan dewan," tambah beliau.

Anwar telah meminta Menteri Dalam Negeri memberi jaminan hal tersebut tidak akan berlaku di mana-mana dewan undangan negeri dan dengan satu sindirin tajam, tidak juga berlaku di Parlimen sehingga terjejas nanti kedudukan Yang Dipertua dan disambut dengan tepukan gemuruh.

Jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah menjawabnya dengan menyatakan polis bertindak mengikut permintaan Speaker DUN Perak, Ganesan dan dengan angkuh meminta pihak yang tidak berpuashati mengambil tindakan ke atas kementeriannya kerana katanya beliau tidak takut meghadapinya.


Ulasan Ringkas GB

Memanglah Menteri Dalam Negeri dan kerajaan BN tidak takut sebab institusi kehakiman telah diperkudakan sendiri oleh kementeriannya dan kerajaan BN. Betapa mudah Hishamuddin nak memperbodohkan rakyat.



Yang Tercicir: Deklamasi Sajak Altantuya Oleh Mat Sabu

Pada Muktamar PAS ke-55 yang baru lalu Mohamad Sabu telah medeklamasikan sebuah sajak berjodol "Altantuya" di malam Wacana Seni dan telah mendapat perhatian serta tepukan gemuruh.

Di hadapan kira-kira 5000 penonton sempena malam wacana muzik Islam, Mohamad Sabu membacaan sajak yang membicaralan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu, seorang model warga Mongolia.

Sebaik bait-bait sajak sajak yang dikarang hanya dalam masa 20 minit itu dituturkan, laungan takbir dan tepukan gemuruh silih berganti.

Tidak kurang juga ada yang tertawa dengan sindiran sinis bait-bait sajak yang sangat unik itu.

Di bawah ini adalah video dan petikan sajak yang dideklamasikan Mohamad Sabu:

'Atantuya'

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga

Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama

Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa

Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku

Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah


ISU NIZAR DIGANTUNG ANWAR BANTAH TINDAKAN SPEAKER

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak setuju dengan tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengarahkan dan menggantung tujuh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) keluar dewan.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan oleh anggota dewan terbabit turut dilakukan oleh Ahli Parlimen di negara lain.

“Saya akan berjumpa dengan Speaker berhubung dengan perkara ini, ia tidak sepatutnya berlaku kerana di negara lain pun terjadi perkara sebegini.

“Pertemuan itu nanti saya akan meminta beliau (Speaker) untuk membenarkan mereka ini masuk semula ke dalam dewan,” katanya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin daripada Pas diarah keluar dan digantung selama dua hari daripada Dewan Rakyat, sebaik saja selesai mengangkat sumpah memegang jawatan kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan pada songkoknya.

Perintah itu turut dikeluarkan kepada beberapa anggota Parlimen daripada PR iaitu Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

NIZAR BERSAMA 6 LAIN DIGANTUNG 2 HARI

AAhli Parlimen Bukit Gantang Mohammad Nizar Jamaluddin dan BEBERAPA Ahli Parlimen lain diarah keluar dari Dewan Rakyat sebaik sahaja Nizar mengangkat sumpah pagi tadi.

Speaker Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Nizar melaungkan "Hidup Rakyat" setelah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak tepat jam 10.00 pagi tadi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.


Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Pemakaian lilit kepala dan tangan menuntut DUN Perak dibubarkan adalah sebahagian daripada kempen wakil Pakatan Rakyat dalam usaha memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan.

Perak diheret dalam krisis perlembagaan paling buruk dalam sejarah negeri itu setelah Perdana Menteri Najib Razak dikatakan mendalangi rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar.

Najib turut berada di dalam Parlimen pagi ini apabila Nizar diusir.

“Bagaimana kita boleh bersidang di dalam Parlimen, sedangkan berlaku kezaliman dan kekejaman di DUN Perak, dimana Speaker yang sah dihalau keluar oleh polis diatas arahan Speaker haram,” Nizar memberitahu sidang media di luar Dewan.

Beliau merujuk kepada insiden dimana polis mengheret keluar Speaker Perak V. Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri dan mengurung beliau di dalam sebuah bilik pada bulan lalu.

Polis bertindak demikian di bawah telunjuk BN bagi membolehkan parti itu menabalkan R. Ganesan dari MIC sebagai Speaker baru, sungguhpun beliau bukan seorang wakil rakyat atau melalui proses pengundian telus di dalam DUN Perak.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata tindakan Speaker Parlimen menghalau Nizar dan rakan-rakan lain adalah keterlaluan.

“Tindakan kami tidak menyalahi mana-mana aturan Dewan Rakyat. Tidak ada aturan khusus yang melarang pemakaian lilit kepala. Kami meminta Speaker supaya tunjukkan dimana kesalahan kami,” kata Khalid.

Di luar Dewan, anggota-anggota keselamatan Parlimen dikerah bertindak keras dan mengarahkan semua tetamu menanggalkan lilitan kepala ‘Bubar DUN’.

Keselamatan di Parlimen amat ketat hari ini dengan tetamu dan Ahli Parlimen perlu melalui beberapa kolum keselamatan dari susur masuk ke Parlimen menuju Pintu Utama bangunan itu.

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Persidangan dua minggu Dewan Rakyat bermula hari ini.





PAS KESAL UMNO BN SALAHGUNA JENTERA KERAJAAN

Biar pun yakin Pas akan mendapat sokongan padu daripada pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini, persiapan rapi masih perlu dilakukan jentera pilihan raya parti itu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, persediaan lebih kemas itu perlu kerana Barisan Nasional (BN) dijangka akan menggunakan segala kemudahan yang ada termasuk jentera kementerian dan agensi kerajaan untuk meraih undi menjelang pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terbaru yang diterima, beberapa kementerian mengarahkan semua agensi dan jabatan di bawah mereka yang ada di negeri ini supaya menggunakan segala kemudahan yang ada untuk tujuan berkenaan.

“Agensi dan jabatan kerajaan di bawah beberapa kementerian ini, diarahkan supaya menggunakan segala kemudahan, peruntukan dan jentera kakitangan yang ada untuk melaksanakan projek dan menyalurkan bantuan segera sempena pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

“Saya juga sudah mengenal pasti, beberapa kementerian terbabit yang mengarahkan kakitangan mereka supaya turun dan berkempen di Manek Urai,” katanya di sini, semalam.

Abdul Latiff yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan berkata, BN tidak seharusnya menggunakan kemudahan agensi dan jabatan kerajaan, bagi tujuan menarik sokongan pengundi kerana pilihan raya kecil itu adalah pertandingan antara parti dan bukannya antara kerajaan dengan kerajaan.

Menurutnya, dengan kemudahan dan peruntukan yang terhad, kerajaan negeri sudah tentu tidak akan mampu untuk melawan kerajaan Pusat yang mempunyai kemudahan dan sumber kewangan yang jauh lebih besar.

“Kita (Pas) berasa kesal dan kecewa kerana dengan arahan ini, BN sudah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka. Sepatutnya (pilihan raya kecil) ini pertandingan antara dua parti dan bukannya antara dua kerajaan,” kata Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang. -SH

PAS UMNO : Mursyidul Am PAS Mesti Dihormati Oleh Semua Pemimpin PAS

Dewan Pemuda Pas Tanah Merah mendesak semua pemimpin Pas supaya menghormati dan menerima pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kerajaan perpaduan.

Ketuanya, Hisham Fauzi berkata, pihaknya menyokong penuh pendirian Nik Abdul Aziz berkaitan isu itu kerana idea kerajaan perpaduan adalah idea yang tidak pernah dibincangkan dengan ahli-ahli Pas.

“Idea itu masih tidak masak tetapi dihidangkan, menyebabkan kekeliruan dan perselisihan faham yang sepatutnya tidak berlaku dalam Pas dan Pakatan Rakyat. UMNO pula sedang mengambil faedah langsung dari keadaan ini.


“Kami mendesak supaya pendirian Menteri Besar itu dihormati semua pemimpin Pas kerana Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pandangan Nik Abdul Aziz bukan sekadar berasaskan ilmu tetapi pengalaman politik beliau selama ini khususnya berhubung ‘persahabatan’ dengan UMNO.

Katanya, sikap sesetengah pemimpin Pas yang mengambil ringan pandangan beliau amat mengecewakan.

“Dewan Pemuda Pas mengingatkan mana-mana pihak supaya menghormati dan meletakkan pandangan Mursyidul Am ini di tempat sepatutnya,” katanya. -SH

PAS UMNO : Bila Lagi Speaker Parlimen Akan Diangkut Keluar?

Apa yang berlaku pagi ini di Dewan Rakyat mengingatkan kita tentang apa yang berlaku sewaktu Dewan Undangan Negeri Perak bersidang pada 7 Mei lalu.

Sidang DUN Perak ketika itu menjadi kecoh apabila arahan Speaker DUN, V Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan tidak dipatuhi.

Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang

Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan.

“Selagi orang yang diarah keluar ada dalam dewan, Dewan tidak akan bersidang,” katanya.

Hari ini terdengar jeritan Pandikar Amin Mulia yang mengeluarkan perkataan yang sama seperti yang dikeluarkan oleh Speaker DUN Perak tersebut:

"Saya tidak akan mulai persidangan sehingga arahan saya dituruti," kata Pandikar Amin.

Bezanya di Dewan rakyat hari ini Bentara menjalankan tugas menhalau keluar Ahli Parlimen yang diarahkan keluar oleh Speaker, di DUN Perak lalu, bentara yang bertugas tidak mengindahkan arahan Speaker yang meminta mereka menjalankan tugas membawa mereka yang sepatutnya keluar dari dewan undangan negeri.

Sebaliknya polis telah menerjah dan menceroboh masuk ke dalam DUN Perak dan mengangkut Sivakumar dari tempat duduknya dan dikunci di sebuah bilik berhampiran.

Bilakan kita akan melihat adegan yang sama dimana Speaker Parlimen akan diangkut keluar dari parlimen?

NIZAR DIARAH KELUAR DEWAN RAKYAT OLEH PANDIKAR AMIN

Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Datuk Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin hari ini telah diperintahkan keluar dari dewan Rakyat sebaik sahaja selepas sessi angkat sumpah.

Kawalan ketat sekiran Parlimen berlaku hari ini.

Beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang telah melaungkan "Hidup Rakyat" sebaik saja Nizar selesai mengangkat sumpah, dengan beberapa orang kelihatan memakai lilitan di lengan dan kepala tertulis perkataan "Bubar Dun".

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang tidak senang hati dengan tindakan ahli parlimen tersebut telah mengarahkan Nizar, M. Kulasegaran dan Nga Kor Ming keluar dari dewan, setelah mereka enggan menanggalkan lilitan tersebut.

Mereka yang turut diarah keluar termasuklah Dato' Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, Datuk Mahfuz Omar, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Beberapa orang ahli dewan undangan negeri Perak dari Pakatan Rakyat (PR) juga hadir untuk menunjukkan sokongan kepada Menteri Besar Perak yang diminta oleh Sultan Perak meletak jawatan Februari lalu.

Nizar memenangi kerusi Bukit Gantang pada bulan April di dalam satu pilihanraya kecil yang dilihat sebagai satu referendum terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) akibat lompatan beberapa ahli PKR sebagai ahli beb.

Nizar yang sebelum ini merupakan ahli politik yang tidak berapa dikenali sehinggalah menjadi seorang mentri besar tahun lepas dan Nizar juga telah memperolehi undi terbanyak sebagai jawatankuasa PAS Pusat di dalam pemilihan yang berlansung sempena muktamar PAS ke 55 baru-baru ini.

LIVE DARI PALIMEN : NIZAR ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MP BKT GANTANG

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai anggota Dewan Rakyat pada persidangan yang bermula hari ini setelah memenangi kerusi tersebut 7 April lalu.

Upacara angkat sumpah jawatan beliau dihadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menjadi agenda pertama sesi sidang Parlimen yang bermula pukul 10.00 pagi.

Sehubungan itu sekumpulan wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak serta penyokong akan berada di Parlimen bagi memberi semangat serta sokongan moral kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat itu.

Kumpulan tersebut akan berangkat dari Ipoh dan dijangka berada di Parlimen pukul 9.00 pagi.

Datuk Seri Nizar memenangi kerusi P059 itu mengalahkan calon Barisan Nasional Ismail Saffian dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris dengan peningkatan majoriti sebanyak 2,789 undi.

Beliau meraih 21,860 undi, manakala, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Roslan menang dengan majoriti 1,566 undi mengalahkan M Murganan (Bebas) dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (BN).Biaqpila

Kelab GB akn cuba menyiarkan Siaran Lansung Dari Parlimen dengan ehan mppas.

PAS UMNO : Lee Kuan Yew Kunjungi TG Nik Aziz

Rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Demikian jaminan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kwan Yew, yang bertanya Nik Aziz sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

Bahkan, menurutnya antara negara pertama yang dilawatinya sewaktu mendapat mandat sebagai Menteri Besar adalah Negara China yang berbanding negera lain memandangkan negara tersebut menerima Islam sejak awal berbanding Tanah Melayu.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir sejam di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim itu Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajarannya, Ng Eng Hen di samping beberapa orang pegawai dari Kedutaan Singapura.

Turut hadir mengiringi Nik Aziz selain Setiausaha Politik, Haji Annual Bakhri Haroun dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah ialah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar dan Datuk Anuar Tan Abdullah. -siasahdaily




14 Jun 2009

PAS UMNO : Khalid Tunjukkan Sikap Profesyenal Akui Kesilapan

Ramai memuji sikap Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad yang hari ini mengakui kesilapannya terlepas pandang mengenai usul yang dibawa oleh Dewan Muslimat kawasan itu mengenai isu melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam (SIS) yang telah mendapat reaksi pelbagai pihak.

Usul itu yang dilulus tanpa bahas pada hari terakhir Muktamar PAS ke-55 di sini Ahad lepas mendapat bantahan daripada kalangan pemimpin pakatan pembangkang, NGO dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khalid berkata beliau telah mengesan ketidaksesuaian ayat di dalam usul itu yang agak sensitif dan telah mengarahkan Dewan Muslimat memperbetulkan ayat itu agar sesuai dengan konsep dakwah Islam pada mesyuarat khas bagi membincangkan usul-usul dari Shah Alam pada 23 April lepas.

Usul itu telah dibawa oleh Dewan Muslimat semasa mesyuarat agung PAS Shah Alam pada 19 April, katanya dalam sidang akhbar khas bagi menerangkan isu itu, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak membuat semakan lanjutan terhadap usul berkenaan sebelum dihantar ke PAS Pusat ekoran terlalu sibuk dalam persiapan penganjuran Muktamar PAS dan juga pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada hujung Mei lepas.

Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam berkata beliau akan menulis surat kepada PAS pusat dalam masa terdekat bagi menerangkan keadaan yang sebenar mengenai usul itu.

Katanya beliau tidak diminta oleh PAS Pusat untuk memberi penjelasan mengenai isu ini tetapi beliau telah diminta untuk menguruskannya memandangkan usul itu dibawa oleh PAS Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan meminta maaf kepada SIS, katanya beliau perlu meminta maaf kepada parti terlebih dahulu kerana kesilapannya itu.

Khalid berkata beliau ada dihubungi oleh Pengurus Kanan SIS Maria Chin Abdullah dan beliau telah menerangkan maksud sebenar Dewan Muslimat di dalam usul itu, iaitu PAS Shah Alam mahu wakilnya mengadakan perbincangan dan perbahasan mengenai isu-isu agama dengan SIS dan bukannya mengharamkan SIS atau menahan ahli-ahlinya untuk dipulihkan fahaman mereka tentang Islam.

Usul itu antara lain berbunyi: "(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya".


"Sikap profesyenal yang ditunjukkan Khalid perlu dicontohi oleh pimpinan PAS yang lain bilamana kita ada melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan imej parti kerana keberanian kita meminta maaf bererti kita mengakui kedudukan kita sebagai hamba Tuhan yang lemah," tegas seorang pensyarah di sebuah IPTA di sini petang ini.

"Dengan itu orang akan lebih menghormati kita daripada kita terus pertahankan perkara yang merosakkan parti dan jemaah," tambahnya.

PAS UMNO : Pro Muqabalah Cetuskan Huru-hara Di Iran

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua selepas mencatat kemenangan selesa dalam pilihan raya Presiden negara republik Islam itu semalam.

Namun kemenangan Mahmoud disambut dengan rasa tidak puas hati pencabar terdekatnya, Mir Hossein Mousavi, golongan yang bermuqabalah dengan Amerika Syarikat.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Iran, Mahmoud mendapat 62.6 peratus undi, diikuti Mir Hossein yang hanya berjaya mendapat 33.7 peratus undi.

Menurut maklumat Kementerian Dalam Negeri, peratusan keluar mengundi mencecah 85 peratus daripada 46 juta pengundi berdaftar.

Dua calon lain, Mehdi Karoubi dan Mohsein Rezai mendapat jumlah undi yang sangat sendikit.

Dalam pada itu, Mir Hossein yang tidak dapat menerima kekalahannya kepada Mahmoud mengadakan sidang media khas membantah keputusan pilihan raya itu.

"Saya akan menentang keputusan hari ini dan jelas berlaku banyak kepincangan dalam proses pengundian," katanya.

Di Teheran, lebih 2,000 penyokong Mir Hossein mengadakan tunjuk perasaan membantah keputusan itu dan polis dilaporkan menggunakan belantan untuk menyuraikan mereka.

Amerika Syarikat dilaporkan enggan menerima kenyataan Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran dan menyatakan ia akan melihat kepada dakwaan berlaku penipuan.

"Kami memantau situasi semasa di Iran tetapi seperti masyarakat dunia lain, kami menunggu dan melihat apa yang rakyat Iran putuskan," kata Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton, pada sidang media bersama Menteri Luar Kanada, Lawrence Cannon.

Beberapa minit selepas Clinton bercakap, Rumah Putih mengeluarkan kenyataan dua ayat memuji "perdebatan dan minat mendalam yang dijana pilihan raya itu, terutama di kalangan belia Iran" tetapi menyatakan kebimbangan berhubung "laporan keganjilan".


PAS UMNO : Kumpulan Muqabalah Jangan Berkempen Di Manek Urai

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai "boneka Umno".

Nik Aziz turut menegaskan pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya.


"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini membidas sesetengah pemimpin PAS yang masih mempertahankan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.


Sementara itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak menyertai kempen parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.


"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu..

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

PKR : Pindaan Perlembagaan Disokong Majoriti Ahli

Lebih 90 peratus perwakilan Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat meluluskan pindaan perlembagaan untuk merombak sistem pemilihan, tempoh jawatan dan struktur organisasi dalam usaha memantapkan parti dan menghindari penularan politik wang.

Sejumlah 941 daripada 1009 perwakilan yang menghadiri Kongres itu menyokong usul-usul yang dibentangkan.

Antara usul yang diperakukan ialah menghadkan tempoh presiden kepada tiga penggal, memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa, memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Turut diluluskan usul mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun.

Usul lain termasuk menukar istilah "Bahagian" kepada "Cabang," "Majlis Pimpinan Tertinggi" kepada "Majlis Pimpinan Pusat," dan "Perhubungan Negeri" kepada "Majlis Pimpinan Negeri."

Proses mengundi pula akan dilakukan secara undi sulit dua minggu sebelum Kongres Nasional di tahun pemilihan.

Dakwat kekal akan digunakan untuk mengelak sebarang kecurangan dan memastikan kewibawaan proses mengundi.

Keahlian minima untuk menubuhkan Bahagian pula ditukar kepada 100 ahli daripada 50 manakala cogan kata parti dijadikan "Keadilan Untuk Semua"