Ulama PAS tak setuju bincang pilihan raya PBT, khuatir Hadi dipertikai
Dewan Ulama PAS tidak bersetuju isu pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan datang kerana bimbang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dipertikaikan, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama itu berkata, pendirian presiden PAS seharusnya menjadi pendirian rasmi parti dan tidak perlu dibahaskan.
“Saya akan hubungi sahabat-sahabat dalam Dewan Ulama dan saya yakin mereka akan memberi pandangan tidak bersetuju isu pilihan raya PBT dibentangkan," kata Mahfodz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
“Sekiranya dibentangkan juga, Dewan Ulama akan akur dengan pendirian presiden PAS." Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan membincangkan isu pilihan raya PBT dalam mesyuarat parti akan datang sebelum dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Mahfodz berkata setakat ini, usul membincangkan isu pilihan raya PBT tiada dalam agenda mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Februari ini.
“Kalau hendak bentang, boleh dibentangkan tetapi terima atau tak terima, itu wallahua’lam,” katanya kepada akhbar milik Umno itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz semalam mempersoalkan sama ada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan persoalan berkenaan selepas isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP.
“Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan dengan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?
"Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya,” kata Nik Abduh menerusi catatan di Facebook.
Hadi sebelum ini memberi amaran pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan jurang antara kaum dan mendorong kepada insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina sahaja. -TMI
ULASAN GB
Mengapa Dewan Ulamak takut sangat isu PBT dibincangkan di dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat?
Alasannya kerana khuatir Presiden parti dipertikaikan.
Sebenarnya kenyataan presiden PAS itu telah pun dipertikaikan oleh rakyat kerana ia menjurus kepada perkauamn sempit dengan mengketengakan amaran 13 Mei berulang jika pilihanraya PBT diadakan, satu sentiment yang sebelum ini sentiasa dicanangkan oleh UMNO tapi kini disuarakan oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia!.
Mengapa jadi begitu? Apakah Dewan Ulamak mahu ahli-ahli PAS taat dan tunduk kepada semua kata-kata Presiden walaupun salah? Maksumkah beliau?
Rasulullah saw sendiri yang maksum itu terbuka sifatnya apabila Rasulullah sendiri menerima kritikan. Sebelum ini GB pernah membawa kisah ini:
Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:
"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”
"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,” jawab Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.
Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:
"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.
Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...
Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.
Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik. Maksumkah mereka?
Apakah Dewan Ulamak dan MSU mahu ahli-ahli PAS sampai ke peringkat "menyembah" Presiden parti? Lan sung tak boleh dikritik, tak boleh ditegur, tak boleh disalahi? Hal ini sudah menyamai seperti kisah para alim-ulama dan pendeta-pendeta yang dijadikan Tuhan selain Allah serta mempertuhankan Nabi Isa sepertimana tercatat di dalam Al-Quran:
Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah serta mempertuhankan al-Masih putra Maryam. Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS at-Taubah [9]: 31).
Memaksa ahli-ahli PAS menerima apa saja diberikan oleh Presiden parti dan para "ulamak" adalah pemesongan pengertian wala dan thiqah serta tidak diajar oleh Islam.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan sendiri dan akan membuktikan pendirian Dewan Ulamak & MSU itu SALAH!



































