2 Feb 2015

Haram Buat Binaan Kekal Di Kubur - Mufti Pahang


Hukum membina binaan kekal di tanah perkuburan, hukumnya haram," tegas Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebahagian masyarakat Islam kini yang gemar membuat binaan konkrit kekal pada pusara ahli keluarga mereka.

Beliau berkata, tanah perkuburan adalah tanah wakaf dan ia tidak boleh menjadi hak milik.

“Sekarang ni, ramai waris kepada pusara-pusara Islam buat binaan kekal seperti memasang konkrit yang siap dipasang batu marmar, kadang-kala siap dipasang pagar... itu tidak boleh.

Jika berlaku sedemikian, itu bermakna hak bahagian orang lain telah kita ambil. Sedangkan, tanah kubur adalah tanah wakaf. Maka, haram hukumnya di dalam Islam.

"Tetapi, jika waris hendak buat binaan kekal sedemikian ia boleh dilakukan, dengan syarat jenazah berkenaan dikebumikan di tanah milik sendiri.

Tetapi, jenazah umat Islam lebih baik dikebumikan di tanah perkuburan iaitu di tempat yang ramai," jelasnya ketika ditemui di majlis meletakkan papan tanda petunjuk arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puteri, di sini yang turut dihadiri Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain dan Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat.

Menyentuh mengenai keadaan beberapa pusara di tanah perkuburan tersebut yang dilihat turut dibina binaan kekal oleh pihak waris, Abdul Rahman berkata, pusara-pusara lama sedemikian tidak perlu dipecahkan untuk diganti semula dengan yang baharu.

“Pusara-pusara lama di sini yang telah dibuat binaan kekal tidak mengapa... cuma kini kita akan fokus pada kubur-kubur baharu supaya pihak waris tidak membuat binaan kekal. Waris kepada pusara lama di sini mungkin tidak tahu mengenai hal ini sebelum ini. Sehubungan itu, ia tidak mengapa..." jelasnya.

ULASAN GB

Sudah menjadi semacam satu trend dan kegilaan "umat Islam di negara kita" untuk membuat binaan kekal dikubur, malah sudah menjadi semacam satu "pertandingan" untuk membuat binaan yang besar, cantik, mahal... sehingga menyebabkan si miskin pun terpaksa mengikut rentak si kaya membuat binaan (kijing) di kubur.

Jika masing-masing tinjau di Arab Saudi, kubur Raja Abdullah yang baru meninggal dunia pun tidaklah dibuat sebarang binaan di atasnya. Jenazah Raja Abdullah telah disemadikan di kubur yang tidak bertanda di tanah perkuburan awam di Al-Aoud, Riyadh.



Dalil mengapa haram dibuatkan binaan di atas kubur.
Dari Jabir, ia berkata,
عَنْ جَابِرٍ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ
Dari Jabir, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari memberi semen pada kubur, duduk di atas kubur dan memberi bangunan di atas kubur.” (HR. Muslim no. 970).


13 ulasan:

kampong lad berkata...

apa beza pusara lama & baru? kalau haram tetap haram la. mengapa yg lama tak haram tapi yg baru haram?

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn kampong lad, sepatutnya binaan yg telah ada itu perlu dirobohkan. Antara kebaikannya adalah ia bagi memudahkan kerja2 pembersihan kawasan, tiada unsur khurafat dan pembaziran kawasan serta mencegah ianya dijadikan tempat pesembunyian penagih/penjenayah.

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadinya apabila amalan melayu disamakan dengan amalan umat islam.

AMALAN UMAT MELAYU TIDAK AKAN DIHITUNG OLEH ALLAH SWT HANYA AMALAN UMAT ISLAM SAHAJA DIHITUNG. SO SIA - SIALAH LU BUAT AMALAN BAIK KALAU MASIH BERTITLE UMAT MELAYU BUKAN UMAT ISLAM KERANA UMAT ISLAM AKAN MELAKUKAN SEMUA PERINTAH ALLAH SWT DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA.

Tanpa Nama berkata...

Untuk mengelak kekeliruan masa hadapan, bangunan yang kekal tersebut perlu diroboh. Tunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama dalam tugas penguatkuasaan.

Tanpa Nama berkata...

Biasa le, bila isu ni timbul, akan ada pendapat2 yg mempersoalkan misalnya, kenapa diamkan esp bila pemimpin2/kerabat buat?

Pendapat & peganganku, ilmu yg baik & manfaat hendaklah kita ikut & sampaikan pada waris2 , apalagi ianya x menyusahkan kita & mereka.

Pesan kat waris2 klu ada duit lebih mereka nak sumbang ketika kita dah mati, wakafkan aje kat tempat2 ilmu berguna diajarkan , bila murid2 belajar & mengamalkan, dapat pahala kita insyaAllah di kubur. Jgn duit tu ko salurkan utk sms utk pilih lagu2 popular ke, pi majlis2 laro & sia2 dsbnya, wahai waris2.

Ttg org lain tak ikut saranan mufti tu, biaso la. Kubur masing2.

Susah jadi mufti ni, pening nak jawab kan? ye la, lagi tinggi kedudukan, tinggi gaji, banyak kemudahan, lagi berat le tnggungjwb.

Tapi, dia dah sarankan, tak ikut, dia dah lepas tnggungjawab. Allah dah beri kita akal & quran.

Faqirulkhoir berkata...

Yg dekat Masjid Negara tu, tak nampak kot ...

jamu pelangsing aman berkata...

SEKARANG MALAH SEBALIKNYA,KUBUR ITU BERMEWAH-MEWAH

Anti Fitnah berkata...

Di Malaysia, Melayu kita ni sangat dipengaruhi oleh budaya Hindu iaitu depa suka kasta-kastakan depa sendiri. La ni ekonomi Melayu kita ni dah meningkat, maka depa pun terikutlah trend orang Cina iaitu buat binaan kekal kat kubur. Ini semua nak MENUNJUK la tu. Tak caya pi tengok kat kubor Cina. lagi kaya lagi besar binaannya. Macamlah depa yang mati tu akan dok situ sampai bila-bila.
Kenapa Melayu kita ni tak buat Tanah Perkuburan Sendiri iaitu TANAH PERKUBURAN MELAYU. Kalau ada macam tu, bolehlah buat Binaan besar-besar dan kalau boleh macam Taj Mahal. Ini Tanah Perkuburan Islam, mana boleh? Raja-raja Melayu boleh buat binaan besar sebab ianya ialah TANAH PERKUBURAN DI RAJA. Fikir-fikirlah ....

Tanpa Nama berkata...

tanah sendiri, tanah wakaf sama je hukumnya mufti woi...baik engkau nasihatkan ketua agama tu. acu tengok kubur ketua2 agama mcmana?

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat

Tanpa Nama berkata...


Lihat lah kubur Raja Arab Dia nak buat atas tanah se ekar macam Lim Goh Tong pun boleh Tapi dari belanja beribu ribu lebih baik sedekah pada anak anak yatim

Tak kira tanah wakaf ke tanah persendirian ke Raja ke Rakyat biasa ke tak boleh Mufti nak betulkan masyarakat tapi bagi kelonggaran lagi pulak pada yang kaya sebab cuma yang kaya mampu dan ada tanah

Bebarapa tahun dulu termasuk lah di kampung saya sendiri kubur dibina oleh orang yang hajatnya tercapai Mula kain kuning lepas tu berbumbung lepas tu tiang beratap Lama kelamaan dah macam rumah Kubur ni semua tak bercampur dengan kubur lain Akhirnya di roboh oleh Pejabat Agama Apahal bukan tanah wakaf

Kubur sekarang je yang bertingkat tingkat dan ada di tambah binaan macam AlQuran yang tertulis Ayat Al Fatihah tapi bila Raya satu waris pun tak datang dah jadi semak

Mufti Pak Ustad selalu cakap bila mati kita semua tak ada beza mandinya kapannya solat jenazah nya talkin nya soal jawab nya

Tapi kalau dah macam ni bila mati ada lah jugak bezanya Yang nampak tak berbeza dan dah sama sama mufti dengan presiden

Tanpa Nama berkata...

Aku dengar & aku patuh. Banyak songeh, tunding orang lain, takkan melepaskan kita dari ditanya Allah kelak, klu kita sendiri tak ikut.ilmu dah disampaikan.

Waris2 tuan punya keluarga yg makam lari dari Islam, pakat2 bila dah dengar ni, utk tindakan lanjut, samada nak runtuhkan atau tak dll.
Tak tau mcm mana nak buat, tanya detail kat mufti atau jab agama.

Islam tu mudah. Ilmu ni hendaklah kita sampai/panjang2kan pada keluarga terutamanya supaya mereka tidak jahil selama2nya.

Membazir aje, kan rugi, rupa2nya salah di sisi Islam. Rugi, rugi, rugi

Tanpa Nama berkata...

Memang benar tak boleh buat binaan atas kubur org Islam kerana tanah kubur bukan milik si mati.

Yg jadi pertikaian ialah mengapa atas kubur org2 kenamaan Islam boleh buat binaan yg serba indah dan megah? Para ulamak dan Mufti tidak pula bersuara apa2.

Bila budak2 perempuan Melayu (Islam) dipeluk artis2 K-Pop satu dunia heboh dan bersuara, termasuk pihak Jakim yg kononnya nak ambil tindakan ke atas mereka. Bila isteri para pemimpin peluk artis2 / ahli2 sukan lelaki dewasa, semua senyap, tak ada Mufti atau Jakim yg berketuk.

Selagi kita mengamalkan 'double-standard' ke atas undang2 negara (termasuklah undang2 syarak) sukar bagi kita nak membanteras jenayah dan maksiat, bahkan semakin bertambah parah.