1 Feb 2015

[U-TURN TERHEBAT] Mana Yang Benar? Hudud Dulu Atau Putrajaya Dulu?


Presiden PAS tidak tunduk

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mustahil untuk dilaksanakan berikutan beberapa aspek termasuk daripada segi struktur masyarakat negara ini.

Ketika berucap merasmikan program anjuran parti itu di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, di Kuala Terengganu, malam tadi, beliau mengingatkan DAP agar memahami pilihan raya itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan, lapor Utusan Online.

“Apabila timbulnya polemik perdebatan antara Setiausaha Agung (Datuk Mustapa Ali) dengan DAP berkait pilihan raya PBT, kita ada pendirian dalam masalah ini. Kita kena sedar PBT ada kaitan dengan Kerajaan Pusat dan ada kementerian. Kita tidak boleh langgar begitu sahaja selagi kita tidak dapat menguasai Kerajaan Pusat. Kita kuasai dulu Kerajaan Pusat,” ujarnya.

Abdul Hadi baru-baru ini melahirkan kebimbangan pilihan raya PBT mampu mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat sekali gus menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara.

Kenyataannya mengejutkan DAP dan Rabu lalu, Mustafa pula melepaskan geram dengan mencabar Lim Guan Eng bersemuka berikutan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa beliau tidak jujur berhubung pelaksanaan pilihan raya PBT.

Mustafa yang menyifatkan Guan Eng sebagai seorang bermulut celupar menegaskan, Setiausaha Agung DAP itu ada menghubunginya berkenaan hasrat parti tersebut untuk melaksanakan pilihan raya PBT namun dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PAS sebagai parti Islam amat menekankan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam memastikan pengurusan bandar berjalan lancar dan adil.

“PAS menerima hakikat wujud masyarakat majmuk di Malaysia. Menerima orang Cina dan India yang dipaksa penjajah datang ke sini. Kita terima hakikat ini dengan cara menyelesaikan masalah dan pada kita cara itu adalah menerusi ajaran Islam yang adil termasuk dalam hal politik.

“Adil dalam masalah politik itu turut membabitkan pengurusan bandar, maka untuk menguruskan bandar tak boleh melibatkan orang bandar sahaja, pilihan raya yang dicadangkan itu, orang bandar yang mengundi padahal yang menghidupkan bandar bukan goloongan itu tetapi termasuklah petani, nelayan dan semua pihak,” katanya. -FMT


Amar: Hudud lebih penting dari Putrajaya

WAWANCARA Menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau juga mendakwa bahawa ia tidak kisah sekiranya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat oleh sekutunya - DAP dan PKR yang menentang hudud - asalkan matlamat parti Islam itu tercapai.

Menurut Amar, PAS mesti melaksanakan hudud dengan apa cara sekalipun, walaupun jika ia perlu bekerjasama dengan Umno.

Katanya, ini kerana tiada jaminan bahawa parti itu akan dibenarkan untuk berbuat demikian walaupun jika Pakatan memerintah kerajaan pusat.

"Persoalannya ialah bukan sama ada kita akan tawan Putrajaya. Ada sesetengahnya memberitahu kita bahawa jika kita berjuang untuk hudud, kita tidak akan menang Putrajaya.

"Tapi lihat pada 2013, kita tukar dari negara Islam kepada negara kebajikan, dan kita benarkan bukan Islam guna 'kalimah' Allah dan kita masih tak menang (Putrajaya)," katanya.

Sehubungan, kata Amar, dalam melaksanakan Islam, Putrajaya adalah perkara kedua.

"Jika mereka (Pakatan) berbuat demikian (keluarkan PAS dari Pakatan), kita akan menerimanya," kata Amar, yang menjadi jurucakap parti itu tentang pada hudud.
-malaysiakini 24/12/14


ULASAN GB

Sebelum ini TMB Kelantan Nik Amar menyatakan hudud lebih penting dari Putrajaya. Tetapi di Himpunan HARAP 3.1 di Telaga Daing Terengganu, di dalam isu PBT, Presiden PAS menyatakan tidak mungkin untuk laksanakan PBT kerana ia tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan, oleh itu kena kuasai dulu Kerajaan Pusat.

Bagus punya kona baring! Kelmarin para ulamak PAS menhentam Lim Guan Eng dan DAP di atas alasan PBT boleh menyebabkan 13 Mei. Setelah dikritik bahawa ucapan beliau itu lebih menjurus kepada perjuangan assabiyah Melayu, sekarang beliau tukar alasan: PBT di bawah kekuasaan kerajaan Persekutuan.

Baiklah, jika demikian kita berhujjah semula. Islam (kebenaran) itu tertegak dengan hujjah.

Jika PBT itu di bawah kekuasaan kerajaan Persekutuan dan Parlimen, apa kurangnya dengan Hudud? Bukankah ia juga tertakluk kekuasaan kerajaan Persekutuan dan Parlimen?

Kerajaan Persekutuan dan Parlimen yang dikuasai BN berhak untuk menolak hudud sesuka hati sekalipun mulut beberapa kerat pemimpin mereka kononnya menyokong hudud. Apa yang kita tahu dasar UMNO BN memang telah lama menolak hudud.

Bukankah itu bererti Pakatan Rakyat perlu menguasai Putrajaya dan Parlimen?


Dan jika itu matlamat utama apasal ulamak-ulamak sibuk dok menghentam rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat? Bermula dari Mustafa Ali, kemudian disokong oleh Tuan Presiden sendiri, kemudian disambut oleh Nik Abduh & Nasruddin Tantawi, kemudian Haron Din, Khairuddin At-Takiri dan dari ahli MSU Hj Mahfodz Mohammed?

Bukankah itu melambang betapa cetek dan dangkal pemikiran para ulamak dalam PAS? Bagaimana ahli hendak dipaksa menghormati mereka jika Presiden sendiri sudah melakukan U-Turn paling tajam?

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... menampakkan bahawa golongan Geng Ulamak di dalam PAS tidak ikhlas di dalam perjuangan mereka. Tidak berkeupayaan menjadi pemimpin, jauh sekali menjadi uswatun-hasanah, contoh tauladan terbaik yang ada pada diri Rasulullah. Mereka memutar lidah dan mengubah kenyataan sepanjang masa.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan terus... bahawa perjuangan Geng Ulamak ini adalah BATIL dan tidak akan dapat melawan KEBENARAN.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS makin bercelaru,pening dok pikir diorang dan kadang2 ketawa jadi bahan lawak,mereka kata mereka pgalaman dlm politik dan mentadbir kerajaan dan parti,tapi setiap kali mereka berkata sebegitu,allah hilangkan apa yg diberi...mungkinkah kelantan juga akan hilang sprt trenaggu dan kedah ...insyallah allah akan beri mereka pengajaran.amin.

Amuraria berkata...

lain cakap lain bikin daa ! ABU & lawan geng pro 'ug' sampai last !

Tanpa Nama berkata...

kan DSAI dah kata. hudud tak boleh laksana selagi tak dpt putrajaya.

bukalah serban tak payahlah nak tunjuk ikut sunnah tp dlm hati tak ikut syaitan. asyik hentam rakan dan bagi peluru pd lawan.

tak ada berita puak ug gu buat kerja2 bantuan mangsa banjir.

Tanpa Nama berkata...

Yg tghh dan amar ni sibuk2 ckp yg umno mau pafa hudud apa kejadah. Yg ckp setuju cuma macai2 najib aja. Cuba tanya najib dan muhyidin ada mereka ckp mereka setuju utk pas laksanakan hudud?

Nnt yg di kendong tak dpt...yg lain keciciran

Tanpa Nama berkata...

Sekarang umno blh rehat kejap..Tuang president & SU(lantikan Tuang president) sedang berusaha sedaya upaya cuba menjadi jurucakap sukarela umno..

Suatu Perjalanan Yang Sukar berkata...

Dah dapat Putrajaya baru boleh cerita sebab nanti kalau laksana Hudud akan dicabar di Mahkamah Persekutuan sebab undang-undang tertinggi masih lagi Perlembagaan Persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

UMNO kalau betul betul nak buat hudud tanpa PAS pun UMNO dah boleh buat Yang Amar sibuk nak harapkan UMNO tak ke cerdik nama nya


Ingat Yang memerintah bukan UMNO tapi BN Jika Pakatan memerintah yang PAS sendiri ada dalam Pakatan pun PAS tak yakin boleh buat hudud inikan pulak BN yang memerintah

Kalau DAP senyap psl Hudud MCA pulak akan ambik kesempatan So kerja UG memang nak kenakan DAP

Pasal sikap UG cerita samseng MIC dah tak menarik orang tertunggu tunggu samada pakatan akan bertahan atau tidak

Tanpa Nama berkata...

Nak menang putrajaya ??? Perangai mcm ni bukan nak menang putrajaya tapi lebih byk kerusi PAS akan melayang kpd BN...

Tanpa Nama berkata...

Yang Hj Hadi dan Mustafa Ali duk sibuk bangkitkan PBT tu pasal apa? Adakah ianya mengancam kedudukan PAS? Apakah kaitannya dgn tuntutan Hudud PAS dalam isu tersebut? Tak payahlah Hj Hadi dan Mustafa nak bela Umno dalam perkara tersebut.

Anti Fitnah berkata...

Adakah kita, Melayu, adalah bangsa yang sentimental dan mudah diperkotakkatikkan, terutama oleh Melayu sendiri? Dengan mewar-warkan Melayu hilang kuasalah, Melayu akan ditindas oleh Cinalah, Melayu akan terpinggirlah, ... Soalnya ialah siapa yang berbuat perkara seperti di atas? Melayukah? Cinakah? atau ....
Tepuk dada tanya selera. Selama ni siapa yang memerintah di Malaysia kita ni? Cinakah atau Melayukah?
Sejak akhir-akhir ni Cina diserang oleh puak ultra Melayu termasuk "Melayu Celup", kononnya Cina ni JAHAT. Dengan mencipta isu-isu sentimen perkauman atau agama untuk membenarkan apa yang mereka sebutkan itu. Digelarnya DAP sebagai BABI iaitu DAPig dengan alasan DAP itu parti perkauman. Eloklah kita jelaskan secara statistik siapa yang rasis. Aku masih ingat kata-kata Prof aku di universiti. Angka itu menceritakan segala-galanya kecuali yang buta angka. Kebetulan ramai Melayu buta angka.
Adakah dalam DAP tu hanya Cina sahaja sedangkan kita tahu dalam DAP ada Cina, Melayu, India, Sikh, ... tetapi siapakah yang ada dalam UMNO, MCA dan MIC? Mungkin ramai yang akan bercakap UMNO juga pelbagai bangsa ma. Dalam UMNO ada Melayu, Melanau, Siam, Cina,... dan paling significant ialah Maklayu (India + Melayu = Mamak) yang asalnya India tapi gelar diri depa tu Melayu.
Satu lagi ialah Melayu ada 60% manakala Cina hanya 20%. 60% takut akan 20% dengan alasan Melayu berpecah kepada UMNO dan PAS sedangkan kita tahu Cina ada di merata-rata iaitu MCA, Gerakan, DAP, ... dalam PAS pun ada. Depa tak takut pun. Sebab apa? Sebab depa tahu depa memang tak mampu dan tak mungkin memerintah Malaysia dengan 20%. Ingat aku akan gelaran yang diberi oleh "Ustaz Dr Ridhuan Tee" (Darahnya 100% Cina tapi Berhujah seperti 100% Melayu) iaitu cina DAP ni "ultra kiasu" yang membawa maksud "Takut Kalah". Bayangkanlah kalau hang tu sentiasa KALAH, apa yang hendak ditakut akan KALAH? Yang takut KALAH tu UMNO sebab selama ni tak pernah KALAH?
13 Mei ... pi lah baca sejarah yang BENAR dan bukan sejarah ciptaan UMNO. Siapa yang memulakan peristiwa ni?

Tanpa Nama berkata...

Betul tuan. Tapi lepas kalah Nanti UG pas akan kata kalah keran pas professional telah jadi kuda/boneka "dapig" yang halang hudu. Memang besar kuasa parti dap ini!?!?

Tanpa Nama berkata...

Sbnr2 KBNARAN itu simple
Sbnr2 KBNARAN itu trsgt2 simple
Sbnr7 KBNARAN itu lg tramat7 simple!!

Sprt CAHAYA
CAHAYA yg terang
CAHAYA yg terang BENDERANG
..semuanya jls & TERANG kelihatan
..semuanya TERANG, tiada yg terlindung tertipu trsamar brputar2 brbelit2 & trKELIRU..

CAHAYA..
CAHAYA itu LURUS
CAHAYA itu LURUS tidak bengkok
CAHAYA itu LURUS w.pon brjuta2 batu
...CAHAYA itu tidak samaskali bengkok brbelit2 u-turn kelam SAMAR dan gelap yg mmbingongkan..
...CAHAYA tidak tahu menipu utk mnjd kelam SAMAR gelap gulita..
...CAHAYA itulah wajah watak gambaran para nabi dan PEWARIS nabi2!!!

BUKAN
BUKANkah?
BUKANkan system-ISLAM itu mudah,amat mudah lagi amat2 meMUDAHkan??

GB..
Hakikat-HAKIKI sbnr7 KBNARAN itu adalah mudah & tersgt7MUDAH ibarat sulohan CAHAYA yg terang-BENDERANG & sgl2nya mudah kelihatan..

Malaysiabaru berkata...

Allah dah janji di akhir zaman ada ularmak sesat. Nah ! Ni dia tok ayoh hadi ping marang.

Suatu Perjalanan Yang Sukar berkata...

Kuasa untuk laksanakan hudud terletak di tangan siapa yang memerintah Kerajaan Persekutuan sebab boleh pinda Perlembagaan Persekutuan. Jadi usahakanlah untuk menguasai Kerajaan Persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

Hu hu hu, sgt & sgt2 setuju dgn GB betapa cetek dan sgt ceteknya akal depa yg kononnya geng ulamak itu

Swktu krisis mb Selangor TSKI dulu, betapa ramai rkyt dah nampak TERANG pekong GELAP TSKI tuu, ttpi Hadi Awang dan lebih2 lg Nik Aziz pon boleh masuk kdlm GELAP tu lah jugak!
Tup2 2.6juta licik songlap dah nampak TERANG!?

Alangkah cetek CETEKnya akal depa tu
& layakkah yg cetek akal begitu disebut sbg ulamak..adakah mrk ini ulamak akal cetek bg puak2 yg walaq utk mudah masuk kdlm GELAP???

Tanpa Nama berkata...

Yang bab ni je aku setuju "Tapi lihat pada 2013, kita tukar dari negara Islam kepada negara kebajikan, dan kita benarkan bukan Islam guna 'kalimah' Allah dan kita masih tak menang (Putrajaya)," Memang Islam ada perkara utama walau dlm masa yg Parti Melayu yang mengaku Islam ranapkan harta negara.Puak satu tu pula mau Malaysia for Malaysian hanya utk perkara2 yg memihak kpd kepentingan mereka tetapi bila usul hnya satu jenis sekolah medium Bahasa Malaysia tak pula sokong,mau juga kekalkan sekolah Cina.Yg prlu difikirkn,kekalkan negara yg betul2 laksana Islam,jaga kepentingan orang Melayu utk memerintah Malaysia tp utk berharap kerajaan yg sedia ada sdh hanyut entah kemana hnya pentingkn agenda masing2 utk berpolitik mewakili rakyat dgn kaya dan bergaya..Entah lah labu...

Waris berkata...

Selagi nelayan mentadbir pas selagi itulah pas akan jadi parti nelayan. Umno tetap peraih dan mendapat untung besar.

Tanpa Nama berkata...

CAHAYA
CAHAYA terang
CAHAYA terang BENDERANG

CAHAYA itu
CAHAYA yg mahaLURUS itu
CAHAYA mahaLURUS suci lg KUDUS
CAHAYA benderang-RAHMAT seluroh alam

CAHAYA nabi2 & PEWARIS nabi2
CAHAYA yg "TELUS-SUCI" dr dasar HATI
CAHAYA luput-LUPUS sgl pentingDIRI
CAHAYA azali smutlak7 demi utk ILAHI
...demi demi demi demi utk ILAHI!!!

CAHAYA pncinta yg diCINTAI oleh smua tentera2-"NYA" dilangit dan dibumi..

CAHAYA ini
CAHAYA yg maha7TERANG ini
CAHAYA ini trsgt7ditakuti oleh..
---org2 yg suka ddlm GELAP
----org yg suka SAMAR & mngelirukan
-----yg BENGKOK belit patuk & gigit
----yg NAMPAK lurus klinking brkait
---yg korup khianat & mmFITNAH demi demi demi meNUTUP sgl RAAASUAH!!!!

GB..
Adakah naseb Marhaein yg miskin dgn sgl gejala "GELAP-kezaliman" tidak suka kpd CAHAYA yg terang BENDERANG yg sgt2 meMUDAH & melapangkan?

GB..
mengapa ahli2 KITAB Yahudi & Nasrani yg setaraf seolah2 memilik MA & PhD dizaman nabi yg juga arif dgn sejarah nabi2..tiba2 mnjd sgt2TAKUT trhadap CAHAYA yg dibawa oleh nabi SAW yg mrk anggap lekeh lg BUTA huruf itu??
...bukankah mrk juga memusuhi hatta sggup mmbuat FITNAH keatas nabi???

GB..
adakah sbnr2 KBNARAN itu trletak kpd hafalan KITAB2 serta tulisan KITAB2 yg di-cop dgn cop-mohor MA @ Phd????

aarinal haqqa HAQQAN.. and,
Great minds THINK alike



Tanpa Nama berkata...

Apabila Presiden PAS mula membangkitkan perihal Melayu, apakah hala tuju PAS sebenarnya? ISLAM atau MELAYU?

Apabila PAS kaitkan pelaksanaan pilihan raya PBT dengan kuasa kerajaan persekutuan, adakah PAS tidak sedar pelaksanaan hudud juga tertakluk kepada kerajaan persekutuan? ISLAM atau KUASA?

Malanglah apabila Presiden, SUA, ULAMA dan USTAZ mula bersuara tanpa melihat kepada hakikat perjuangan PAS. Sekejap ISLAM diutamakan, sekejap MELAYU didahulukan, sekejap pusing 180 dan paling tak malu pusing 360.

Apakah ini imej ISLAM yang ditonjolkan sejajar dengan prinsip PAS?

Malang lagi mereka sudah berkata-kata ikut suka dengan menidakkan peranan JKP. Tidakkah angkuh namanya apabila sewenang-wenang menggelar orang penipu dan menghalau orang keluar daripada PAS?

Tanpa Nama berkata...

Only in malaysia, ulamanya suka masuk campur hal politik.

ULAMA DI NEGARA LAIN TAK AKAN MASUK CAMPUR HAL POLITIK EVEN IKHWANUL MUSLIMIN MASA MEMERINTAH MESIR TAK PERNAH SEKALIPUN MENGACAU MORSI BERTUGAS. COME ONLAH LU TERLIBAT DALAM KANCAH FITNAH SAMPAI BILA? GIVE UP DAN BIARLAH GOLONGAN PROFESIONAL SAHAJA TAKE OVER KERJA POLITIK.

bat8 berkata...

Anon 5:55

Ulamak pun boleh memceburi politik. Politik juga boleh dijadikan medan dakwah.Politik mereka hendak politik secara Islam. Bila ulamak menceburi politik mereka perlu mempunyai kemahiran politik. Dengan kemahiran berpolitik dan realitj politik yang ada, barulah mereka mampu berpolitik secara Islam.

Bukan semua ulamak layak menceburi politik. Ada yang mempunyai bakat dan kebolehan untuk brrdakwah melalui politik, ada yang mempunyai bakat untuk berdakwah dibidang lain. Ada yang berkebolehan untuk betpolitik peringkat tinggi dan ada yang hanya sesuai untuk berada diperingkat ranting.

Kayu pengukurnya ialah samada mereka berjaya meletakkan Islam ditempat seoatutnya melalui polituk yang mereka ceburi - mudah sahaja. Adakah indah atau buruk dimata rakyat tak kira Islam atau bukan Islam. Kita lihat TGNA berjaya meletakkan Islam ditempat yang tinggi. TGNA boleh dikatakan agak berjaya dalam dakwahnya melalui politik.

Yang lain boleh dikatakan gagal. Islam yang mereka tonjolkan melalui politik seolah2 Islam itu outdated. Terok.

Tanpa Nama berkata...

Maaflah saya mencelah.. banyak sangat maklumat mengenai UG/GU ini tetapi sya tak tahu siapa orangnya yang sebenar.... Boleh tak GB tolong senaraikan orang-orang UG/GU ini supaya boleh dipancung diperingkat akar umbi lagi kerana mereka mengaku mendapat sokongan dari akar umbi tetapi berbuat sesuatu yang menyakitkan akar umbi? Apa kata kita namakan nama dan jawatan mereka dalam PAS. Senang sikit kami nak tenguk dan baut perhitungan.... Kita namakan dia senarai PANAS....

Tanpa Nama berkata...

Kan kan dah terserlah lagi putar belit mat-mat serbani ni. Dasar cakap tipu mana boleh konsisten. Kejap Putrajaya dulu, kejap Putrajaya kenmudian...berbelit-belit, lidah bercabang-cabang. Mengaku ulamak rupanya Ular Mak. Baruakan orang cukup pandai tetapi perangai awak tu memang barua.

Tanpa Nama berkata...

Apa salah cina nak Ada sekolah rendah cina? Masih nak Hina kata cina Tak pandai bahasa melayu?

Agama apa nak halang pembelajaran ilmu?

Tanpa Nama berkata...

Tuang presideng yang buka mulut di ceramah besar terbuka tuduh ahli setia "barua" Tanpa bukti, mostafa Ali , nik pandai yang cakap macam dia seorang wakil parti. kereta mewah besar gila hellfire yang benci cina judi haram masiak tapi diam diam pasal raja Judi, arun ding yang kata demokrasi tu Sampah (lepas tu satu parti gila kuasa tanding pru).

Banyak Sangat munafik pakai suci mulia tapi buat kerja kotor hari hari.

Betul ker parti ini PARTI POLITIK?

Tanpa Nama berkata...

Terbaik. Tapi ahli ahli sokong kuat dan bagi kuasa besar ke pada golongan ini buat merek besar kuasa macam parliament cabinet Perdana menteri

Najib pun kalah pasal dia Tak berani vetokan keputusan MT parti yang sebulat suara.

Apa boleh buat? Diam diam
Jer macam mat sabu . Lepas tu kalau marah maka marah UG jer Cuba kata itu bukan parti
Punya Hal. Lepas tu Tak berani turunkan UG?

Tanpa Nama berkata...

Najib pun kalah, pasal kalau dia nak baruakan orang lain di ceramah parti mesti dia baruakan orang LUAR

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:16

Meh aku senaraikan kepala-kepala UG : Mustafa Ali sekarang ni chief, Haji Hadi, Haron Din, Nik Zawawi dan At takiri.

Yang lain-lain seperti mokhtar senik, Nik Abduh, tantawi , norazli musa dan ustaz2 dari PAS Terengganu peringkat balachi lapisan pertama je. Balachi2 ni nak kena tengok juga prrangai mereka. Kadang2 depa ni dok jadi balachi kerana nak cari makan je, cari lubang masyukkkkk poket je. Jangan heran ada ustaz2 dalam PAS buat kerja macam ni....bukan dlm UMNO je. Jangan terkejut....kalau tak xde kes duit ceramah hilang...