3 Feb 2015

[BERGAMBAR] Inilah Wajah Ayu Nursyuhada Yang Maut Dikelar Teman Lelaki


Taiping : Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh seorang rakan yang menganggunya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan rakannya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.


Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.


Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai. Af-fatihah.

ULASAN GB

Al-fatihah.....

Astaghfirullah... Apabila nafsu dikuasai syaitan... maka segala-galanya sudah menjadi hitam pekat... hilang pertimbangan akal yang waras sehingga sanggup melakukan apa saja hatta pembunuhan ...

Semuga polis dapat melakukan siasatan yang rapi dan semuga kebenaran terbongkar. Yang melakukan perlu bertanggungjawab untuk menerima hukuman.

Dan menjadi pengajaran untuk gadis-gadis lain untuk tidak bersama dengan mana-mana lelaki walaupun sedang dilamun percintaan sekalipun dan bersama lelaki yang zahirnya tampak alim sekalipun kerana syaitan itu sentiasa mengintai dan mencari peluang untuk memusnahkan kehidupan manusia. Bukankah Islam sudah lama mengajar kita bab itu?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah

Selain dari lelaki itu jujur sebab benar benar cinta pada si gadis cari lah juga lelaki yang pandai memujuk atau yang tidak suka mendesak

Bila di hujung perhubungan elakkan lah naik kereta dengan lelaki jenis macam ni Pada pandangan saya arwah di bawa ke tempat lain secara paksa

Semuga Allah menukarkan kasih sayang yang di tolak nya dengan memberi kasih sayang dari Nya

Tanpa Nama berkata...

Perempuan kaya (bawa Proton Perdana walaupun masih seorang pelajar). Lelaki tak berduit tapi nak control perempuan. Mazhab Syafie dah ajar, carilah yang sekufu.

Malaysiabaru berkata...

Inilah nasib bila plkn di mansuhkan dek Malaysia dah pokai tahap bankrap. Ismail sabri jgn berpakat dgn hadi utk hidupkan 13may. Cina masih bersabar dgn kamu

Tanpa Nama berkata...

sabit kesalahan mungkin hukum gantung sampai mati.

berbaloi ke?

Tanpa Nama berkata...

Jgn sskali benarkn anak2 brkwn llki prmpn

Tanpa Nama berkata...

cakap sahaja tak ada motif bunuh....boleh epas kot

Unknown berkata...

Innalillahi wainna ilaihirajiun

Tanpa Nama berkata...

hanya allah maha mengetahui segalanya.inna lillahi wainna ilaihi rajiun.aku mengeluh panjang memikirkannya.

Tanpa Nama berkata...

Sy teringat sy pnah mgalami kisah yg sama dgn sorg pminat llaki yg psycho. Diganggu hampir 5 tahun. Kmuncaknya, mujur bukan sy yg ditikamnya. Dia tikam diri sdri brulang kali suh sy tgk akibatnya klu sy tolak dia tp lom ajal dia. Alhamdulillah, bnda tu dh blalu. Tp bila trbaca kes ni, sy mula tkut dan tringat trauma lama