Dilaporkan bahawa 1MDB terpaksa berhutang RM2 bilion dari Ananda Krishnan untuk membayar hutangnya kepada Maybank dan RHB yang sudah tiga kali tertangguh.
Dulu, Ananda Krishnan sudah mendapat durian runtuh kerana aset IPP dijual pada harga yang hampir dua kali lebih tinggi. Sekarang Ananda tambah untung dari faedah atas pinjaman yang diberikan. Lebih teruk, dilaporkan pinjaman dari Ananda itu beserta syarat bahawa beliau akan menjadi pemegang saham utama dalam syarikat tenaga 1MDB yang mahu disenaraikan, demikian tulis Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di dalam akaun facebooknya semalam.
"Saya pun akan jadi billionaire kalau saya dapat layanan macam Ananda!', tulisnya sinis.
Beliau mempersoalkan di mana suara-suara yang dengan angkuh mengaku kononnya 1MDB ada aset yang cukup jadi jangan dibimbang walaupun hutangnya besar?
Perdaana Menteri, DS Mohd Najib Razak di dalam program 'Soal Jawab' terbitan TV3 minggu lalu, berkata memang benar syarikat itu mempunyai hutang yang besar, namun jika dibandingkan antara aset dan liabiliti, asetnya jauh lebih baik berbanding liabiliti.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula menafikan 1MDB menghadapu menghadapi masalah besar selain persepsi negatif terhadap syarikat tersebut.
Untuk rekod, terbaru 1MDB telah mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM668.55 juta pada tahun kewangan 31 Mac 2014. Hutang berkumpulnya ialah RM41 Bilion.
Mengakhiri tulisannya di facebook, Rafizi Ramli menyatakan "sekarang telah terbukti hutang RM2 bilion pun tak boleh dibayar dan sudah kena jual harta, apatah lagi bila hutang itu RM41 bilion."
"Gelagatnya sama seperti skandal lembu dan kondo dahulu. Mulanya dipertahankan sehingga ke titisan darah lembu terakhir tetapi bila sudah kantoi: saya yang dedahkan pula didakwa di mahkamah," bidasnya.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir turut menyelar Najib mengenai isu 1MDB. Katanya, duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi.
Mahathir berkata, Malaysia akan jadi muflis seperti Argentina jika hutang terlalu banyak.
"Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara yang tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak, kita akan muflis seperti Argentina", tambahnya.
Terpaksa mengemis Ananda Krishnan, tindakan 1MDB memalukan
Tindakan 1MDB ‘mengemis’ kepada jutawan Ananda Krishnan untuk membayar hutang tertunggak bukan sahaja memalukan, malah menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah kewangan serius.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, langkah terdesak tersebut juga membuktikan bahawa tidak ada institusi pinjaman kini bersedia untuk memberi sebarang pinjaman kepada 1MDB berikutan skandal kewangan mereka.
“Tindakan 1MDB serta kerajaan terpaksa tunduk dan bergantung kepada hubungan baik dengan Ananda untuk menyelesaikan hutang adalah sangat memalukan.
“Bukankah 1MDB sebelum ini mendakwa pelaburan kontroversi mereka di Kepulauan Cayman berjumlah RM3.9 bilion sudah ditebus?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
The Edge Financial Daily semalam melaporkan Ananda bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat dengan Maybank Bhd dan RHB Bank Bhd yang perlu dijelaskan akhir bulan ini.
Pinjaman RM2 bilion akan diperoleh selepas Ananda menyuntik wang ke dalam Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH).
Namun, langkah itu akan memberikan Ananda pegangan majoriti terhadap PIH dan menyebabkan 1MDB kehilangan kawalan kepada PIH, sebuah prospek yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menambah, ia turut akan memberi kelebihan kepada Ananda sekaligus menjadikan 1MDB sebagai tebusan selepas ini -Roketkini
11 ulasan:
blog GB terbaek...
serang UMNO BN tak henti sampai tumbang
x macam blog PAS UG... asyik serang pemimpin Pakatan Rakyat, tapi x serang UMNO BN....
kalau rafizi mampu bw isu2 besar, tp nik bdoh sibuk pasal pengadil bola sepak. velfire pula harap serban je besar. tak ada pun berita tolong bantu mangsa banjir dr puak ug gu ni....
Jajahan Ananda. Tertarik dgn sebah syarikat dibawah ananda iaitu "VALIRAM GROUP". Bukan kah Valiram group ini telah menopoli semua butik2 mahal di Malaysia. Butik handbag, jam tangan yg mthe word listen contains the same letters as the word silent mahal2, restaurant n cafe dan macam lagi. disebalik kisah Ananda mempunyai rangakaiannya yg besar di Malaysia Mengunakan Valiram group. Adakah syarikat tersebut mempunyai kaitan debgn Deepak.
Sudah ter bukti orang orang Melayu tak ada duit....
Bebudak bahalol pandai kaya ber gaya saja.
Dah budak bahalol kan.
"1 MAT DAH BAHALOL"
Mana Perkasa? Mana Pemuda yang terlonjak lonjak di PWTC ?
Melayu dah jadi pariah !!
Hutang Ananda Krishnan yang akan bayar penguna penguna Astro bukan UMNO BN
Tunggu Astro naikkan kadar perkidmatan Bila harga minyak naik semua syarikat gergasi bagi alasan kos naik Bila minyak turun tak ada sibuk nak turun kan yang disibuk penjual ikan dan sayur je
Mana pergi duit tol yang semakin banyak kereta di jalan highway sampai tengah malam Sepatut turun tapi tak jadi sebab menang praya Dah untung banyak kat situ pun nak jugak berhutang
Pasni astro nak bagi naik surcaj bil bulanan, nak cover pinjaman 1mdb
Ini memberikan satu peluang baik untuk Amerika dan Yahudi laknatullah masuk campur ekonomi negara Malaysia.
APABILA EKONOMI NEGARA DIKUASAI OLEH AMERIKA DAN YAHUDI, UMAT MELAYU KESAYANGAN DR. MAHATHIR AKAN JADI MANGSANYA NANTI. INGAT, AMERIKA MASIH LAGI NAK CARI PANGKALAN UDARA BARU DAN TANDATANGAN TPPA.
Adakah dgn memarahi/memaki hamun Ananda dan gerombolan yg jahil cara kita meratapi kebangsatan orang Melayu ?? Umar ibnu Khattab pernah dilaporkan (lebih kurang) berkata yg bermaksud 'Kitalah bangsa yg paling hina dan Islam telah memuliakan kita...' maka berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kita bercerai berai.
Naik lagi la bil Astro...
Minta presideng pas vetokan pinjaman ini. Wait.. Presideng pas bukan pm msia mana boleh veto isu 1md?
Bukan Msu dah bagi dia kuasa veto?
Pasal apa Tak boleh!?
Ambih alih putrajaya Tak penting, berbanding supaya kalah dan sbg
Msu pun belum bagi dia kuasa veto sebasar ini
Catat Ulasan