31 Jan 2015

Mat Sabu Benar, Mustafa Ali Akui Perbalahannya Dengan LGE Bersifat Peribadi


Ini antara saya dan Guan Eng, kata Mustafa Ali

Datuk Mustafa Ali meminta ahli DAP lain tidak masuk campur dalam perbalahan di antara beliau dan Lim Guan Eng mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana perkara itu ialah antara mereka berdua dan ia melibatkan soal integriti.

Merujuk kenyataan kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari dalam perkara itu, Mustafa berkata kedua-duanya "sama ada tidak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu."

"Isu sebenar adalah mudah... saya cabar Lim kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya kata dia berbohong. Sebenarnya, dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loke semalam berkata, pendekatan yang diambil Mustafa dengan mencabar Lim berdebat seolah-olah ingin "membakar jambatan" dengan DAP dan menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sementara Zairil hari ini menggesa setiausaha agung PAS itu menyelesaikan perselisihan faham dengan DAP secara tertutup atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau berasa Lim tidak jujur.

Mustafa berkata, orang yang kelihatan memahami isu itu ialah ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad walaupun mereka berdua tidak pernah mengadakan perbincangan bersama mengenai hal itu.

"Beliau (Khalid) faham isu ini adalah antara saya dengan Lim dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada PAS atau DAP," katanya.

Mustafa pada Rabu mencabar setiausaha agung DAP itu “bersemuka” secara terbuka bagi “menentukan siapa yang berbohong atau sebaliknya” dalam isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang.

Beliau menyifatkan Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang sebagai seorang bermulut celupar.

“Perkataan yang digunakan Lim itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.

“Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS.

Mustafa berkata, Lim ada menghubungi­nya berkenaan hasrat DAP melaksanakan pilihan raya PBT tetapi ia dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan perkara itu diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Mustafa berkata, perkara itu melibatkan soal integriti seseorang.

"Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan integritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR.

"Begitu juga Lim, dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya.

Isu integriti ini penting katanya, demi menjaga kepentingan PR, dan ia mesti diselesaikan.

"Saya tidak mahu libat pimpinan PAS yang lain dalam isu ini," kata Mustafa dalam kenyataan hari ini.

Mustafa menegaskan, jalan penyelesaian terbaik ialah beliau dan Lim bersemuka secara terbuka dan berhujah mengenai isu pilihan raya PBT tersebut seperti diminta beliau sebelum ini.

"Carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia (Lim) berbohong," katanya.

Mengulas cadangan Zairil agar membawa perkara itu ke mahkamah, Mustafa berkata ia jalan yang panjang. "Ia tidak akan menyelesaikan isu dengan cepat."

Beliau juga meminta Loke tidak "berbelit" dalam perkara itu, mengatakan: "Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini."

Loke dalam kenyataannya mempertikaikan sikap PAS yang mencabar rakan sekutu dalam PR tetapi tidak mencabar lawan politik sebenar mereka, Umno. -TMI


Mat Sabu: Kenyataan Mustafa bersifat peribadi

Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau berkata sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan Mustafa itu tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam pakatan rakyat.

"Perhubungan kami (PAS-DAP) baik dan PAS masih dalam pakatan. Kenyataan Mustafa itu adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti kerana kami tidak mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang ke-6, di Georgetown hari ini yang disempurnakan oleh Lim.

Pada Rabu, Mustafa dalam sidang akhbarnya dilapor membidas Lim, yang disifatkannya bercakap tidak benar sepenuhnya berkaitan isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP.

Mustafa berkata kenyataan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP yang mengatakan beliau (Mustafa) tidak membantah isu itu baru-baru ini, hanya pembohongan semata-mata.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata tindakan DAP yang memperjuangkan pilihan raya kerajaan tempatan boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memutuskan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata kenyataan Mustafa itu juga tidak menimbulkan masalah yang besar kepada parti dan ia boleh diselesaikan dengan mudah.

Ditanya mengenai cadangan Mustafa yang mencabar Lim bersemuka dan berdebat secara terbuka, Mohamad berkata: "Itu kena tanya mereka yang berkenaan, saya tidak boleh bercakap bagi pihak Mustafa Ali atau Lim Guan Eng".

Sementara itu, usaha pemberita mendapatkan komen Lim sejak semalam berhubung perkara itu gagal apabila ketua menteri itu hari ini sekali lagi menyatakan tidak ada sidang akhbar daripada beliau.
-Bernama


ULASAN GB

Akhirnya Mustafa Ali akui bahawa perbalahannya dengan Lim Guan Eng adalah bersifat peribadi. Pemimpin lain tak perlu campurtangan, katanya.

Semalam GB ada terbaca beberapa status di beberapa laman sosial golongan UG yang memaki hamun Timbalan Presiden PAS, Hj Muhammad Sabu yang menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili parti. Macam-macam dituduhnya kepada Mat Sabu.

Golongan UG ni hanya menyerahkan walanya kepada Presiden dan pemimpin-pemimpin berstatus "ulama". Pemimpin-pemimpin profesyenal walaupun dipilih muktamar sebagai AJK Tertinggi parti habis smeua di jebonkan...

Tahap bingai paling jijik!

Kedua, jika Mustafa Ali sudah akui ia adalah perbalahan peribadinya dengan LGE, maka tak perlulah keluarkan kenyataan cabar-mencabar secara terbuka. Bukankah elok ianya diselesaikan secara tertutup untuk kepentingan saf Pakatan Rakyat? Mengapa tidak boleh pergi bertemu dengannya secara bersemuka? Bukankah kepentingan Pakatan Rakyat itu perlu diprioritikan sepertimana tuntutan resolusi muktamar "memperkukuhkan Pakatan Rakyat"?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dan menghukum pihak yang benar-benar bersalah. Perosak sebenar kepada parti akan tersungkur jua akhirnya.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg rakyat akan dpt melalui demokrasi ddlm PBT adalah..

--wakil2 yg berkualiti
--wakil yg memiliki MERIT trtggi
--wakil dgn IDEA yg trbaik sekali
--wakil dgn INTEGRITY n transperency
--wakil yg CEKAP & bnar2 berdedikasi
--wakil yg dpt mnjd TEAMWORK yg solid
--wakil yg bnar2 faham khndk RAKYAT
--wakil yg meletakkan PRIORITY umat mengatasi kpntinganDIRI

Dgn ciri2 diatas itu sgl PROBLEM dpt diselesaikan dgn CEKAP LANCAR LENGKAP SEMPURNA & PANTAS..dan itulah juga ciri2 "SYSTEM-ISLAM" yg dibawa oleh nabi SAW dgn ungkapan "sabaqtum sabqan baidaa" yg brmaksud:"kamu trlalu cekap-PANTAS sekali dihadapan"..

Sbb itu jajahan Rom Parsi, Andalusia dan negara2 trmaju pd ketika itu dpt ditawan..

Gb..
"Great minds THINK alike"
Arinal haqqa HAQQAN.."

Tanpa Nama berkata...

Mustafa buat kerja yang sepatutnya dibuat oleh UMNO dan MCA


Kita tenguk negeri lain yang jadi PBT dari kalangan orang kuat parti Bila bermasalah tak ada kena mengena dengan parti atau pemimpin parti akan melindungi kesalahan PBT

Bila kenduri kawin anak PBT pun terlibat

Biarkan DAP buat PBT yang penting kita ada pusat perniagaan yang khusus untuk orang melayu yang sama taraf dengan pusat perniagaan yang di kuasai kaum lain



5SAL berkata...

jangan macam tu stopa oii,takut nanti akan 'terbuka hijjap' yang selama ni ALLAH TAA'LA tutup.tak payah berdebat sesama rakan pakatan,telan lah walaupun 'pahit' walaupun itu pendapat pribadi. kalau nak sangat berdebat lah dengan musuh2 pakatan terutamnya umno sekiranya mu bukan geng UG/GU.SAH mu tak berani punya sebab mu and the gang mesra umno.walaupun pendapat pribadi tapi memalukan PAS sebab mu ahli PAS.

Unknown berkata...

Mustaffa Ali ini dari spesis yang telah luput tarikh. Eloklah lupuskan sahaja. PAS boleh bergerak lebih mantap lagi tanpa kedua-dua tokoh ini termasuk TGHH.

Tanpa Nama berkata...

Terserlah fikrah golongan UG aka Ganu yang berkepercayaan Melayu itu Islam Islam itu Melayu di Malaysia ini. Bentuk khurafat yang Islam itu akan selamat dalam genggaman Melayu Islam semata-mata walau jelas sifat munafiknya Melayu Islam tersebut di kalangan mereka. Kalau berlandaskan fakta PBT pun, statistik jelas menunjukkan kebanyakan PBT adalah majoriti penduduk Melayu melainkan beberapa PBT yang kekurangan penduduk Melayu tak lebih dari lima PBT. Apa asas Melayu akan terpinggir di PBT melainkan terjadi majoriti orang Melayu sendiri hilang kepercayaan pada kepimpinan Melayu dari kalangan mereka. Melaka jatuh bukan kerana kuatnya Portugis tetapi kerana telah sampai tahap orang Islam dan Melayu di Melaka meluat dengan pemerintah istana kerana rasuah, zalim dan menindas rakyat bawahan sehingga secara en-bloc para armada tentera laut, panglima dan pegawai pemerintah kerajaan Melaka tidak melawan Portugis ditambah pula kehadiran para musuh dalam selimut si-kitul dan mandeliar yang mementingkan keuntungan perut dan bawah perut dan saku masing-masing. Melaka itu sudah ada hukum syariat Islam berjalan malangnya para pengampu dan penjilat pemerintah ketika itu di kalangan pentadbir dan ulama membiar kemungkaran berleluasa sehingga jadilah apa yang terjadi iaitu Portugis menakluk Melaka kerana terlalu meluatnya kalangan rakyat bawahan dan para pentadbir dan para laksamana dan hulubalangnya. Hampir sama keadaannya apa terjadi di Sepanyol walau bedanya berlaku rencana para salibiyyah ditambah dengan hasad dengki di kalangan keturunan istana bercakaran ingin merebut kuasa sehingga ada yang bersekongkol dengan para salibiyyah. Masalah asas apa yang terjadi di Melaka dan Sepanyol adalah kerana banyak berlaku kekeliruan terhadap mesej Islam dan dakwah Islam tidak terlaksana kepada yang sudah mahu berlunak dan berdamai dengan Islam tetapi terkabur dengan sikap-sikap para kalangan agamawan yang menjadi pengampu dan penjilat pemerintah ketika itu dengan membawa dalil-dalil dan alasan-alasan yang diolah mereka bagi menjustifikasi tindakan mereka yang khianat dan jahat terhadap Islam.

Amuraria berkata...

sus....spendaa kahkahkah ! ABU jangan lupoa !

Faqirulkhoir berkata...

MasyaAllah! bergaduh lagi. Secara terbuka pulak tu. Dgn kepincangan yg dilaporkan mengenai akhbar Harakah masih menanah, dibukanya luka baru. Mohon ma'af gue, namun perlu banyak bersobar, kan Allah s.w.t. bersama sama orang2 yg sobar, dan sobar itu indah dan molek sebenar benarnya (suroh Yusuf). InsyaAllah, mesti ada jalan keluar yg baik. Sekali lagi ma'af, Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Ddlm system-ISLAM yg bersifat universe dgn UNIVRSAL-value yg trtggi skali,sgl bentuk "perkauman" adalah MUSUH yg sgt bahaya..seolah2 kita BUTA melihat hakikat-HAKIKI bhw kita semua-SATU berasal dr seorg BAPAK Adam as..

Sbb itu MERIT dan INTEGRITY mnjd sbnr2 paksi utk mncari/mnCUNGKIL bakat @ kebolehan yg trbaik skali..krn hanya & hanya dgn sbnr2 MERIT & INTEGRITY yg trunggul shj barulah MASAALAH umat dpt diselesai kan dgn EFISYEN sebaik2nya..

Nabi SAW..
tlh memilih Bilal ra krn MERIT spiritual dan suara yg dimilikinya sbg tukang azan..

Nabi SAW memilih IDEA-merit trbaik drp Salman AlFarisi ddlm mmbina parit swktu perang Khandak..

Demikian juga Hudzaifah AlYamani mnjd SPY krn MERIT-kbolehan taktikel yg sukar ditandingi utk menyelinap kdlm kawasan/kem musuh..

Adi ibnu Hatim Abdullah Salam Abdullah ArRawahah dan ramai lg yg tlh mnjd PILIHAN nabi SAW krn MERIT MERIT MERIT & MERIT serta INTEGRITY trtggi yg mrk miliki..
...dan mrk yg diatas itu semuanya BUKAN dr kalangan kaum/BANGSA Quraish!

Nabi SAW tidak SESEKALI memilih dan bepehak kpd kaum/BANGSA Quraish ddlm urusan demi menyelesaikan MASAALAH umat/rkyat!

Nabi SAW dpt melihat hakikat-HAKIKI bhw kita smua-SATU brasal dr bapak yg-SATU, Adam AS..
...hanya & hanya sbnr2 MERIT dan INTEGRITY transperency trtggi shj yg mampu menyuloh & menerangi sgl onar KEGELAPAN serta kezaliman..

Nota;
INTEGRITY=Amanah
TRANSPERENCY=Kudus-TELUS-suci





Tanpa Nama berkata...

Peh Setopa Ali ni lebih Keling dari Keling yg ada plakk.hari ni cakap lain esok cakap lain plakkk

Tanpa Nama berkata...

aku ahli pas tegar, aku kenal ko setopa ali, ko ada niat nak bakar jambatan PR selepas runtuh ko, lari masuk dalam tong taik UMNO dapat duit juta juta.

aku cabar ko, jangan pandang rendah dan hina pada kami
ahli bawahan PAS berjuang bukan kerana upah.

Tanpa Nama berkata...

Rata rata fb/blog penyokong pas kata "dapig" ni clna communist yang Ada agenda yahudi.

Apa pandangan orang pas lain ?

Tanpa Nama berkata...

anon 10:35 PM

Anda silap. Yang kata dapig tu komunis hanyalah fb/blog UMNO. Malah istilah "dapig" itu pun ciptaan mereka. yang menyokong di kalangan PAS ialah PAS UG.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana balas.

Tapi nampak terang yang pas UG menang berkuasa di pas, in bermakna Pas UG = pas?

Suara pas yang bukan UG tu memang kurang dan Tak dapat buat apa pun kerana UG yang berkuasa.

Soalanya, siapa yang pilih pas UG tu Pegang kuasa? Ahli ahli pas juga. Maka menang betul kata pas UG tu adalah wakil pas, suara pas UG tu sama dengan suara pas.

Tanpa Nama berkata...

Sekali lagi anda silap. Suara UG bukan suara majoriti ahli PAS.

UG hanya segelintir tapi semcm mereka byk, ini kerana Presiden dan MSU dikuasai oleh golongan UG. Sedangkan majoriti AJK Pas Pusat adalah dari golongan profesional. Presiden tidak mengikut keputusan AJK Pas Pusat sebaliknya menggunakan kuasa vetonya untuk memblkgkan suara2 gol profesional. Buktinya semasa berlaku krisis MB Selangor.

Betul ahli PAS yg pilih Presiden. Itu kesilapan yg tqk akan diulangi di dalam muktamar akan dtg.

Tanpa Nama berkata...

klu buat pilihanraya tempatan aku rasa malaysia akan lebih maju lagi dgn profesional dan cerdikawan jd ahli majlis. Sekrg ni yg x lulus spm pun bole jd ahli majlis sbb dilantik oleh parti. Cuma cara dan pembagiannya mesti dipersetujui secara konsesus pakatan rakyat. Tapi klu dah tertutup hati dan mesyuarat pun x mahu dtg susahlah nk laksanakan. Aku pun x faham dgn ug dan msu ni kemana tujuan mrk.nk balik tahun 70an kut.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih tuan balasan yang baik. Tapi kena tunggu muktamar parti pas ini tengok ahli pilih siapa president dan Msu. Satu Msu dan presideng dah kuasa besar macam Perdana menteri

Tanpa Nama berkata...

Mereka nak terus berkuasa dengan buat rakyat sebodoh mereka pakai Nama agama

bat8 berkata...

Tahniah kepada anda berdua kerana berhujah dengan tertib. Inilah akhlak Islam dan yang digalak oleh Islam dalam meraikan perbezaan pendapat.

Sekarang ini sukar hendak kita bezakan siapa orang PAS dan siapa orang UMNO bila memberi pendapat dan komen. Nampak serupa je...sama terok

Tanpa Nama berkata...

Hi bat, saya yang bersoal dengan tuan gb (betul Tak?). Sebenarnya saya cina bukan Islam yang sokong keadalian. Saya pun dah bersedia sokong pas dan cadangang hudu oleh pas untuk Muslim. Segala kepercayaan kepada pas dah Hilang sewaktu kemulut mb selangof dimana pas dan presideng pas putar balik fakta. tipu undi (pas for all!?!?) dan Tikam rakan.

Saya juga kurang Suka keran banyak sangat penyokong pas kata cina ni jahat itu pun jahat dan salah besar kerana cina nak belajar sekiolah rendah cina.

Apa salahnya Manusia nak belajar ilmu? Mana l-man enyokong pas kata cina Tak pandai bahasa melayu saya cabaran berhahas dengan bahasa melayu. Juga saya bersedia jika nak bahas dalam bahasa Germany dan English

bat8 berkata...

Anon 7:05

Tq for enlightment.

Wir sind auf derselben Wellenlänge......bro!