2 Feb 2015

Nik Abduh Ditempelak, Sejak Bila PAS Buat Pendirian Tolak Pilihanraya PBT?


Keadilan bukan hanya melalui p'raya'

Penolakan PAS terhadap pilihan raya tempatan bukan pendirian peribadi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata pemimpin muda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz.

Malah, kata anggota jawatankuasa pusat parti Islam itu, ia sudah lama ditolak oleh PAS.

“Jika ada yang menganggapnya sebagai pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi parti, maka ia adalah salah dan amat malang jika ia tidak difahami oleh pemimpin PAS sendiri,” kata anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Anak kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu juga mengulas panjang berhubung kedudukan pilihan raya dan hubungannya dengan demokrasi dan keadilan.

Dalam kenyataannya semalam, beliau mengingatkan bahawa keadilan bukan hanya boleh dicapai melalui pilihan raya semata-mata tetapi pelbagai lagi kaedah termasuk sistem khalifah dan beraja.


PAS dan pilihan raya PBT

PAS sejak lama menolak pilihan raya PBT. Ia bukan pendirian peribadi Presiden PAS. Jika ada yang menganggapnya sebagai pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi parti, maka ia adalah salah dan amat malang jika ia tidak difahami oleh pemimpin PAS sendiri.

Demokrasi jangan ditafsirkan sebagai jalan menuju keadilan melalui pilihan raya semata-mata atau menganggap ketidakadilan hanya boleh dihapuskan melalui pilihan raya semata-mata.

PAS memahami demokrasi dalam kerangka pandangan Islam yang lebih adil. Ia mensasar mencapai keadilan, bukan merajakan jalan-jalan menuju keadilan yang boleh berubah-berubah dan diikat dengan syarat dan kesesuaian.

Negara barat yang mempromosi demokrasi berpilihan raya, negara itulah juga yang mempertegaskan hak veto untuk mereka sendiri di PBB yang mematikan hak majoriti dalam memutuskan keputusan.

Ia jelas zalim. Justeru jika pilihan raya ditolak dengan tujuan melihat kepada jalan keadilan yang lebih baik daripadanya, maka ia adalah lebih utama untuk diterima.

Keadilan dicapai pada zaman Rasulullah. Ia dicapai pada zaman sistem khilafah. Ia juga dicapai pada zaman beraja seperti zaman Umar Abdul Aziz dan raja-raja selepasnya. Ia juga dicapai dalam sistem demokrasi hari ini yang dicedok asalnya daripada sistem syura Islam yang adil di sepanjang zaman.

Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan dengan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?

Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya.
-NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ


KOMENTAR DI MALAYSIAKINI


KOMENTAR DI THE MALAYSIAN INSIDER

ULASAN GB

Pengkritik Nik Abduh adalah betul. Sejak bila PAS membuat keputusan tolak pilihanraya PBT? Ini menunjukkan Nik Abduh BERDUSTA apbila menyatakan pilihanraya PBT sudah lama ditolak oleh PAS. Sebutkan sejak bila, resoulusi muktamar tahun berapa atau mesyuarat AJK PAS Pusat yang mana menetapkan begitu?

Kudua, memanglah keadilan tidak hanya dicapai melalui pilihanraya semata-mata. Tetapi di dalam kerangka sebuah negara yang mengamalkan demokrasi bukankah itu pilihan yang terbaik? Jika tidak, maka dipersilakan Nik Abduh letak jawatan sebagai ahli parlimen kerana jawatan itu diperolehinya melalui sistem pilihanraya yang ada kini.

Seterusnya dengan berlagak pandai Nik Abduh berkata "Negara barat yang mempromosi demokrasi berpilihan raya, negara itulah juga yang mempertegaskan hak veto untuk mereka sendiri di PBB yang mematikan hak majoriti dalam memutuskan keputusan."

Kita ingin bertanya kepada Nik Abduh, siapa di dalam PAS yang pernah menggunakan kuasa veto untuk mematikan hak majoriti dalam membuat keputusan di dalam siu MB Selangor yang lalu?

Terlebih bagi anda bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir di negeri anda daripada berdusta dan berkata sesuatu yang tidak tahu mengenainya.

35 ulasan:

Unknown berkata...

Iman tidak diwarisi......kesian ko tokguruku TGNA ada anak tapi...ntahlah nacam langit dgn bumi.

Tanpa Nama berkata...


Samalah mcm jibby ngan Tun Razak.

Tanpa Nama berkata...

Ostad sorang ni memang senget hujahnya. Kona sana kona sini dan sehingga sampai kona-kona baring lak ni. Berhujah lah baik-baik sikit dan bernas. Ini bukan takat macam kerja geram baling kerusi sorok tangan. Hebat betul ostad sorang ni, pandangan Presiden yag belum pun bawa mesyuarat AJK PAS Pusat dan jadi kata putus. Bengong ke ape. Inilah jenis yang kan keluar fatwa orang lain bughah dan halal dipecat dan akan baling kerusi dan cuba sembunyi tangan. Baik masuk MIC. Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Silap TGNA amgkat anaknya Nik.Abduh jadi calun Pasir Mas. Dia bukan nak menyatukam PAS dengan Pakatan Rakyat sebaliknta memecah belahlam Pakatan Rakyat. Ramai lagi gemg geng Nik Abduh dalam.PAS patut di singkirlan bagi mengembalikan kegemilangan Pakatan Rakyat. Harapan rakyat untuk menawan Putra Jaya adalah kepada Pakatan Rakyat tapi kalau PR berpecah belah baik.kita semua lembali.kepada UMNO/BN untuk mentadbir Malaysia. Apa kits hsrapkan lagi kepada PR kalau saling menunding jari antara satu sama lain macam anjing dengan kucing.

Tanpa Nama berkata...

Ingat dia tu pandai le.. bijak, sebab dia kan anak Tok Guru Nik Aziz. Hampeh! Kalau betul le Husam Musa takde ape jawatan di Kelantan dek kerane Anak jantan Tok Guru Nik Aziz ni bersekongkol dengan Nik Amar, memang cilanat le dia nih!!

Tanpa Nama berkata...

Aduhai NIK ABDUH, dalam media bukan main hebat bantai kawan tapi masuk parlimen soalan macam nie aja yang anda tanya?

Soalan No 22 Di Dewan Rakyat Hari Ini Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Pasir Mas) minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah untuk memperbaiki profesionalisme pengadil dalam mengendalikan perlawanan bolasepak terutamanya di dalam liga profesional negara.

dicilok dr syssssblogsp

Tanpa Nama berkata...

UG munafik dapat sokongan presideng dan Msu, dah memang kebal. Siapa yang bagi kuasa besar kepada Msu? Ahli ahli pas lar. Kalau macam itu satu pas kena tanggung, jangan kata statemen UG tu bukan wakili pas

Tanpa Nama berkata...

Inilah dia contoh geng ug...pastikan calon geng ug akan kalah pada pru akan datang...aku sokong pas tp benci geng ug...

Unknown berkata...

Nik Abudoh stupid moron..

Tanpa Nama berkata...

Kalau pilihanraya bukan hanya satu jalan untuk mendapatkan keadilan begitu juga lah bukan hanya hudud satu jalan untuk menghapuskan atau untuk menghukum penjenayah

Mahzab pun ada empat bro

Lu sembang lebih pasal Kuasa Veto lah Dalam PBB sebut Veto dalam PAS Wala'

Di negara kita bukan Raja Raja yang memerintah Apa kaitannya kalau bukan untuk membodek

Tanpa Nama berkata...

Tak faham apa dia cakap, berbelit2.
Tolong beri pencerahan. Kesian saya sebab tak faham.

Tanpa Nama berkata...

Antara syarat dipersetujui bersama dlm pakatan ialah "Boleh bersetuju utk tidal bersetuju."

Tanpa Nama berkata...

Tapi ahli ahli pas sokong UG lantik mereka Pegang kuasa besar macam Msu macam kuasa veto presideng, yang bukan UG diam diam jer kerana tahu Ahli ahli pas yang sokong Msu and UG.

Bat dan gb, masih nak Nafi UG no minority dalam pas?? Kalau betul kenapa majority pas (yang bukan UG) diam jer? Kenapa Tak tangkap munafik ke tatatertib ?

Tak boleh, kerana mereka dapat sokongan kuat ahli ahli. Ini lar warna sebenar pas dan UG adalah sama jef

Tanpa Nama berkata...

Bukan ker syarat utama adalah "datang meeting", dan "jika tidak, jangan vetokan keputusan yang telah disetujui oleh wakil parti yang pergi meeting"?

Bukan?!

bat8 berkata...

Tuan

Cerita kebodohan mamat ni sikit masa nanti akan menjadi satu lagenda....

Mamat ni dah sah berbohong dan semakin menjadi kaki bohong.Dia pakai sebut je tapi bukti takde. Bila pulak muktamar PAS buat keputusan menolak pilihanraya PBT?. Bila pulak JKPP betmesyuarat buat pendirian seperti mamat ni dakwa? Dia tu AJKPP takkan dia tak hadir mesyuarat JKPP yang buat kdputusan itu jika memang ada krputusan mesyuarat JKPP. Awat MSU masih dok diam dalam soal ini jika MSU pun dah buat keputusan seperti mamat ni dakwa.

Mamat ni memang sah kaki bohong. Mamat ni kan ustaz....dia lupa ke? Agaknya berbohong tu amalan yang paling utama dalam Islam kot....

bat8 berkata...

Anon 11:36

Sdra kena bezakan hardcore UG dengan sokongan akar umbi. Hardcore atau kepala UG hanya beberapa orang je. Balachi pun xramai. Yang kita nampak mereka kuat kerana mereka menggunakan jawatan rasmi yang mereka pegang didalam PAS untuk mempromotekan ag3nda mereka. Dengan jawatan2 yang mer3ka sandang mereka sering membuat kenyataan yang memporakperanda PAS dan PR. Tanpa jawatan2 ini mereka tidak mempunyai ruang. Lihat aksi-aksi Haji Hadi, Mustafa Ali, Ha4on Din, Nik Zawawi dan At takiri. Ini satu hal.

Kedua, dengan jawatan yang mereka sandang, mereka create satu aura keulamakan yang maksum untuk dihidang kepada akar umbi. Dengan jawatan2 yang mereka sandang itu bersama aura keulamakan yang maksum, mereka meracuni pemikiran akar umbi dengan p3lbagai misinformation seperti kedudukan ulamak sedang terancam, DAP membuli PAS dll agar terpegaruh dengan dakyah mereka.

Kerja mereka menjadi mudah dengan m3ntaliti akar umbi yang b3gitu takut dan phobia apabila setiap kali perkataan " ULAMAK" dis3but. Minda mereka akan jadi paralyse seperti kena pukau. Mereka menelan bulat2 apa sahaja sogokan yang dibuat oleh puak UG ini. Ini yang kita nampak s3bagai sokongan akar umbi. Tetapi ini tidak perlu risau. Pemikiran akar umbi ini masih boleh dikembalikan kelandasan asal apabila keb3jatan puak UG ini dapat ditumbangkan. Pemikiran akar umbi yang seperti kena sihir ini boleh kita lihat di hlog-blog puak UG ini. Cetek dan membabi buta.

Sebemarnya jika hardcore atau k3pala-kepala utama UG ini dapat diturunkan dari jawatan rasmi yang mereka sandang s3karang, masaalah UG akan selesai. Kita cantas platform yang disediakan oleh jawatan2 ini yang telah diguna oleh puak ini s3karang. Jangan risau balachi-balachi seperti Nik Abduh, Tantawi dan p3mimpin2 diperingkat bawah. Bila kepala utama sudah dapat ditumpaskan, balachi-balachi ini dengan s3ndirinya senyap.

bat8 berkata...

Bukan TGNA yang angkat Nik Abduh. Nik Abduh adalah umpan untuk melembutkan hati TGNA agar melepaskan jawatan MB dan slowdown dalam PAS. Begitu juga dengan penubuhan Institut P3mikiran Tokguru.

Ini adalah master design puak UG untuk m3nghapuskan sebarangan tentangan didalam PAS terhadsp.agenda UG mereka. Dengan meng" neutralise"kan pengaruh TGNA didalam PAS, mereka eengan mudah mencantas penghalang-penghalang yang lain seperti Husam , Mat Sabu dll.

Tanpa Nama berkata...

Maka makna tuan bahawa yang hardcore UG buat Hal hanya beberapa, tapi yang majority bukan UG langsung tiada channel Rasmi contohnya tindakan tatatertib kepada beberapa orang hardcore UG?

Betul ker ini sistem parti terlama dan Juta Juta ahli? Macam lemah Sangat?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa AJK pusat diam? Bukan parti kuat macam pas mesti Ada peraturan tatatertib? Kalau AJK pusat diam Tak ambil Tindakan Rasmi orang luar terutama cina nampak munafik ini memang wakil parti.

Jangan salahkan munafik seorang, kena Tanya kenapa AJK pusat Tak ambil Tindakan Rasmi?

Kerana presideng dan Msu lagi besar kuasa? Soalan berulang: SIAPA LANTIK PILIH PRESIDENG DAN MSU BAGI KUASA BESAR SEHINGGA TIADA CHANNEL BUAT CHECK & BALANCE?

SILAP AHLI DAN SILAP PERLEMBAGAAN PARTI???

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran anak nabi nuh pun kufur...

Tanpa Nama berkata...

Nik Abbbedoh berhujjah tanpa melihat realiti keliling
Dia berhujjah seolah2 buta dgn kalimat/definasi/erti "MERIT"
Dia kosong lopong bgmn praktis demokrasi yg sempurna melahirkan "MERIT" yg dicari2.

"MERIT" adalah sbnr2 bakat kbolehan yg sgt diperlukan ddlm menyelesaikan "masaalah" yg dihadapi oleh rkyat..

Lihat bgmn "MERIT" drp kputusan peperiksaan yg cemerlang shj yg dpt..
---melahir sbnr2 doktor pakar
---melahirkan sbnr2 jurutera KIMIA, jurutera ELETRIK MEKANIKAL dsb..
---pakar yg bnar2 pakar ddlm berbagai pngkhusan INDUSTRI
---sbnr2 pakar ddlm selok belok KEEWANGAN BANK dan PERAKAUNAN
---termasuk pakar sbnr2 pakar ddlm bidang latihan dan SUKAN

Coba bayangkan klu TANPA pemilihan/pertandingan/DEMOKRASI dilakukan ddlm proses mencari "MERIT"/bakat terbaik ddlm permainan badminton...tentu kita tidak dpt melihat "MERIT"/bakat sprt Misbun Sidek @ Lee Chong Wey

Alangkah bodohnya naseb negara kita..seandainya dgn polemik/retorik KUASA Melayu negara ini tak perlu "MERIT"/bakat sprt Lee Chong Wey sebaliknya memilih dan menghantar wakil Melayu yg bernama Nik Abbbedoh keprtandingan badmiton di ALL England!?

Kpd Nik Abbbedoh Hadi Awang Haron Din dan lebai2 majlis-syorru-ular/msu lihatlah kpd REALITY keliling bgmn pemilihan@pertandingan@DEMOKRASI dpt melahirkan "PAKAR2" yg cekap pantas dan GELIGA utk menyelesaikan MASAALAH umat/rkyat kpd tahap yg lebih tggi EFISYEN dan sempurna..

Lihat gadjet "SmartPHONE" sprt Iphone-6...Samsung Note-4...HTC one M-8...itu smua hadir krn "MERIT"/bakat hebat yg setanding dgn Khawarazmi, Ar Radzi AL Biruni Ar Rumi Ibnu Sina, Ibnu Batuta dan ramai lg yg mnjd sifu/RUJUKAN dizaman kegemilangan Islam!?

Unknown berkata...

Sedih dgn pas la..rasa x brbaloi dgn pngrbanan yg kami pnyokong bwhn bt slama ni..Bila nk pru mnta tlg ahli bt keja bla dh mnng gaduh ssama sndiri..bkn ka jwtn dia dpt ats prnsip dmokrasi..

Unknown berkata...

Sedih dgn pas la..rasa x brbaloi dgn pngrbanan yg kami pnyokong bwhn bt slama ni..Bila nk pru mnta tlg ahli bt keja bla dh mnng gaduh ssama sndiri..bkn ka jwtn dia dpt ats prnsip dmokrasi..

sb dehlawi berkata...

pas tunggu masa je nak hancur

sb dehlawi berkata...

kita tunggu hari pertunangan antara pas dan umno . kamar pengantin sedang dlm pembinaan.

bat8 berkata...

Anon 11:07

Satu soalan yg baik....."SILAP AHLI DAN SILAP PERLEMBAGAAN PARTI???"

Saya tidak boleh menjawab. JKPP sebagai badan eksekutif yang perlu jawab. Juga ahli-ahli PAS perlu membangkitkannya melalui saluran tertentu meminta JKPP dan MSU bertindak kerana JKPP adalah dipilih oleh ahli-ahli.

Perlanggaran tatatertib dan perlembagaan parti oleh TGHH dan kumpulannya termasuk yang berada di dalam JKPP dan MSU telah betlaku. Jadi wajar akar umbi bertindak. Jika mereka berdiam diri, merekalah yang kena terima akibat dari tindakan puak TGHH dan gengnya.

Kedua - Kegagalan JKPP dan MSU bertindak bukan menjadi alasan yang kita boleh menerima perlanggaran perlembagaan PAS. Kegagalan JKPP dan MSU adalah kegagalan mereka mekaksanakan amanah jawatan mereka.

bat8 berkata...

Anon 11:00

Betul...hanya beberapa kerat je hardcore UG tetapi mereka memegang jawatan penting dalam kepimpinan PAS. Mereka guna jawatan mereka untuk membuat onar di dakam PAS dan PR. Sata dah sebut nama-nama mereka diatas. Sdra perhatilah setiap tindakan mereka menggunakan jawatan rasmi mereka untuk menghuruharakan PAS. Mereka dah langgar perlembagaan parti seperti perkembagaan itu tidak wujud. Mereka buat peraturan dan bertindak ikut kepala depa je.

Contoh yang jelas tindakan TGHH dalam isu MB Selangor. Sekarang ini dok provoke DAP untuk ajak bergaduh atas isu pilihanraya PBT yang Mahkamah kata xboleh buat sampai bila2. Begitu juga dgn mustafa ali.

Sdra kena perhatilah kenyataan2 nama2 yg saya sebut diatas sendiri. Pikir samada munasabahkah tindakan mereka yg kita snggap sebagai ulamak.

Depa dok kontrol semua badan dalam PAS. Dalam pemilihan lepas depa dah atur orang depa untuk menguasainya. Serta puak majoriti pun nampak pondan.... dok tahan muka je aoabila kena tala dgn puak UG ni.

Tanpa Nama berkata...

Kuasa mencantas juga terletak pada pengundi yg peka dan celik politik pada pru akan dtg...pastikan anda tidak undi calon pas yg berjenama ug...Insyaallah maka geng2 ug ni akan mula lenyap...

Tanpa Nama berkata...

Awas bro...kalu komen mcm ni nanti macai tegar puak ug akan kata kita ni cybertrooper umno yg menyamar...

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan yang sering mendapat tempat di Utusan Malaysia sekarang menunjukkan dengan jelas kumpulan Presiden yang cuba memperjuangkan agenda peribadi di sebalik kelibat PAS. Mereka sebenarnya bercakap atas kapasiti peribadi yang berselindung di sebalik jawatan dalam parti.

Lagi banyak mereka bercakap lagi banyak kebodohan mereka sebagai pemimpin terpancar. Semakin jatuhlah wibawa mereka. Saya yakin PAS sebagai wadah perjuangan akan terus kekal bersama-sama ahli-ahlinya yang berpegang kepada perlembagaan yang berteras al-quran dan sunnah.

Hanya ada dua pilihan untuk kumpulan yang merasakan mereka ulama sejati dan cakap mereka menjadi rebutan Utusan Malaysia ini. Pertama mereka akan tertendang dengan sendirinya daripada PAS dan menjadi pengemis politik atau terbunuh karier politik...dan kedua; mereka akan kekal dengan PAS dengan menjilat ludah sendiri atau terus menjadi gunting dalam lipatan.

Cukuplah bersandiwara yang menjatuhkan kreadibiliti sebagai pemimpin parti yang berteraskan ISLAM. Jadilah contoh terbaik kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Memang tidak akan undi UG, hakikatny, ramai prngundi tidak akan undi pas do pru nanti.

Kenapa kena tunggu pru nanti? Pas Sekarang Tak berani Tak Ada Saluran selesaikan masalah? Kami pengundi dipaksa dengar cerita dan muka munafik bertahun-tahun

Pas ini memang parti yang lemah, terutamanya segi leadership kerana tiada mechanism CHECK AND BALANCE.

Tanpa Nama berkata...

Nama bapa dia dah tercemar.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan pilihanraya untuk memastikan democrasi, kena Engkau orang pas nak tanding pru? Silva munafik Cepat Letak jawatam mp.

Munafik Penipu betul.

Elok bagi kuasa kepada Msu untuk lantik pm dan menteri menteri, pas, are you happy with this?

Tanpa Nama berkata...



PAS berpecah belah dan lemah bukan sebab isu yang di mainkan oleh UG tapi sebab kebodohan yang di tunjukkan oleh UG sampai ke tahap tak boleh di bawak berbincang

Cakap macam bagus dengan mengaitkan sistem khalifah Tapi UG sendiri yang tak ikut dengan menunjukkan sangat gila kuasa Sistem Khalifah menyerahkan kepada orang lain atau mengatakan orang lain yang lebih layak dari dirinya sebab takut pada amanah yang di pegang nanti

Tanpa Nama berkata...

Ostad ni bukan je tak pandai berhujah dan nak kata faham isu dan buat keje pun nampaknya hancus. Nik Abdoh ni sekarang nampak macam nak bodek bukan je pemimpin PAS, sampaikan ke raja... cari ground untuk masa depan kot lagaknye. Apa ada kelebihan dia melainkan anak bekas MB Kelantan...bukan kualiti anak Tok Guru gamaknya. Baik gi berlakun naik teksi selalu ke Parlimen boleh juga ganti pelakon-pelakon yang berenti pasal nak berdakwah. Auta selau gi main bola jadi referee dengan Nasarudddin Tantaui, mana tau dapat jadi Menteri belai dan sokan. Jangan mare ye, nak kasi sedaq cikit.:)