26 Ogo 2011

Lima Tentera Malaysia Jadi Perompak, Kenapa Panglima ATM Membisu?

Minggu ini kita dikejutkan dengan berita seorang askar berpangkat staf sarjan telah ditembak mati oleh spesukan anggota polis dalam satu kes cubaan rompakan di sebuah kafe siber berhampiran ibu negara. Manakala rakannya juga seorang tentera yang cedera telah ditahan. Seterusnya polis telah menahan tiga orang lagi saspek berkaitan kes tersebut yang juga merupakan anggota tentera.

Apa sudah jadi dengan Angkatan Tentera Malaysia? Panglima ATM harus membuat kenyataan mengenai isu ini.

Jangan anggap kes ini terpencil hanya 0.003 peratus yang terlibat jika diambil kira jumlah anggota tetap, simpanan dan para 170,000 orang semuanya.

Jika SPR dengan kesilapan 0.0001 peratus dalam senarai daftar pemilih hendak ditubuh Suruhanjaya Penambahbaikan, takkan ATM dengan 0.003 peratus hendak disenyapkan.
Kenapa seorang anggota tentera berpangkat staf sarjan sanggup melakukan rompakan bersenjata? Adakah pistol otomatik jenis Glock yang digunakan tentera tersebut milik ATM? Jika milik ATM bagaimana ianya boleh dibawa keluar bukan waktu bertugas, bukan waktu darurat, bukan waktu operasi, oleh seorang staf sarjan bukan seorang pegawai tentera? -amkns


Berita sebelum ini


Polis gagalkan samun kafe siber

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kafe siber di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini menerima padah apabila terserempak dengan beberapa anggota polis sedang menjalankan operasi di premis berkenaan awal pagi ini.

Akibatnya, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, seorang daripada suspek mati setelah berbalas tembakan dengan polis, manakala rakannya yang cedera dipercayai anggota keselamatan ditangkap.

Kedua-dua suspek dikatakan cuba memasuki premis itu dengan mengetuk pintu belakang sebelum dibuka oleh pemilik kafe siber berkenaan.

Mereka yang masing-masing bersenjatakan sepucuk pistol dan kerambit kemudian memaksa pemilik premis berkenaan menyerahkan wang kutipan jualan.

Malangnya, kedua-dua suspek tidak menyedari ketika itu terdapat beberapa anggota polis sedang menjalankan operasi di dalam premis tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ketika itu, suspek mencabar polis supaya tidak mengganggu 'urusan' mereka.

"Berlaku cabar-mencabar di antara kedua-dua suspek dan anggota polis berkenaan menyebabkan beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan.

"Salah seorang suspek berusia lingkungan 20-an terkena tembakan di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Seorang lagi suspek yang berusia lingkungan 30-an dipercayai anggota pasukan keselamatan melarikan diri menaiki sebuah kenderaan jenis Naza Citra berwarna hitam yang dipandu oleh seorang rakan lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Tambah Tun Hisan, kira-kira sejam kemudian, polis berjaya menahan suspek yang mengalami kecederaan di Damansara Damai sebelum membawanya ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Polis percaya terdapat lebih daripada dua individu terlibat dalam cubaan samun itu.

Pihaknya menemui pistol dan kerambit yang digunakan dalam jenayah itu serta sedang mengesan saki-baki kumpulan penjenayah terbabit. -UM


SOLDIER SHOT DEAD IN ROBBERY BID

PETALING JAYA: Police shot dead a soldier and wounded another when they tried to rob an illegal cyber cafe in Kampung Baru Sungai Buloh here yesterday.

The soldiers, who were armed with a Glock semi-automatic pistol and a 'kerambit', had gone into the shop, unaware that there were two policemen posing as customers inside.

Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah said the two men knocked on the cafe's back door before they were let in by its operator about 6.45am.

"Soon after they entered the cyber cafe, one of the men took out a Glock pistol and ordered the operator to hand over all the money.

"The undercover police officers, who were in the middle of an operation, confronted the suspects and a shootout ensued."

He said the man with the pistol was shot dead, while his accomplice, who was wounded, ran away. The two policemen were unhurt.

"About an hour after the shootout, police received information that the second suspect had gone to Damansara Damai and he was arrested there.

"We believe that the robbers might have had another accomplice, who drove the wounded suspect in a black Naza Citra to Damansara Damai."

Meanwhile, a military spokesman confirmed that the two men were attached to the Military Police Training Centre (Pulapol) -- the dead man was a staff sergeant and his wounded accomplice was a ranger. -NST



Pun Ada: Ugut Bunuh Isteri Enggan Ikut Balik Kampung

Kuala Lumpur: Seorang guru berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul dan diugut bunuh suaminya kerana enggan pulang beraya di kampung suaminya itu di selatan tanah air, kelmarin. Gambar hiasan

Difahamkan, mangsa enggan pulang ke kampung halaman suaminya yang berusia lewat 30-an itu kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di Flat Sri Cheras, di sini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa meminta izin daripada suaminya untuk tidak pulang ke kampung berhari raya.

Menurut sumber, mangsa juga meminta izin suaminya untuk membenarkan empat anaknya beraya bersamanya.

“Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suaminya sebelum berlaku pertengkaran lebih 20 minit. “Gagal mengawal kemarahannya itu, suami mangsa mengugut mencederakannya jika dia dan empat anak tidak mengikutnya pulang ke kampung.

“Biarpun mangsa cuba memberikan penjelasan, suaminya yang hilang pertimbangan terus memukulnya lebih 10 minit,” katanya.

Sumber berkata, suami mangsa kemudian mengugut membunuh isterinya itu jika masih berkeras untuk tidak pulang ke kampung bersamanya.

“Suami mangsa kemudian keluar sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan di hospital berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -hm

Sah: Jakatan Kimia Tiada Sijil ISO17025 & Dr Seah Berbohong Di Mahkamah

Memalukan: Puak-Puak "Blogger UMNO" Tersalah Fakta Gara-Gara Mahu Mempertahankan Sijil ISO Serta "Kredibiliti" Jabatan Kimia Malaysia (JKM)

Baru semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti.

Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya".

Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat.


Sijil tamat tempoh berakhir pada 18 Oktober 2010


dan Surat lanjut tempoh berakhir pada 18 Oktober 2011


Namun, apa yang melucukan kami ialah rupa-rupanya mereka (Blogger UMNO) yang terkantoi dan tersalah maklumat dalam hal ini sebenarnya.

Apa yang mereka paparkan itu hanyalah surat yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors untuk memberi peluang kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dilanjutkan tempoh permohonan mendapatkan Sijil ISO17025 yang diperkatakan itu.

Sedangkan sijil sebenar memang masih belum diperolehi oleh pihak terbabit sebenarnya. Sila lihat bukti dibawah sebagai mengukuhkan lagi maklumat terbaru kami ini.

Maknanya disini, siapakah yang terkantoi sebenarnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mempertikaikan fakta yang telah didedahkan itu.


Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM

[Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini.

Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diiktiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri.

Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini.

Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya]. -PDO.


Makmal DNA Jabatan Kimia tiada kelayakan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II.

Ia sekaligus menambahkan keraguan yang sedia ada terhadap laporan dari Jabatan Kimia yang digunakan pendakwa raya dalam pendakwaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonalds sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi.

Menurutnya, mana-mana makmal yang menjalankan ujikaji ke atas DNA akan diakreditasi dengan sijil ISO17025 yang diperakui di peringkat antarabangsa.

Pensijilan ISO17025 itu pula dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat.

Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut.

Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini
.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu masa rehat mahkamah memberitahu wartawan bahawa pendedahan ini berlawanan dengan pengakuan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa.

“Sekarang kita periksa, makmal ini tidak pernah mempunyai ISO17025. Sedangkan, masa kita soal balas dahulu, beliau mengaku ada,” kata Sankara Nair.

“Jadi, adakah ujian yang dijalankan menepati piawaian antarabangsa. Tentunya tidak,” kata Sankara.

Sebelum ini, mahkamah turut digemparkan bagaimana sampel DNA Anwar diambil secara tipu helah dari tubuh beliau sewaktu direman selama satu hari di Bukit Aman.

Polis pada waktu itu sengaja menahan Anwar untuk mendapatkan sampel rambut, DNA beliau dari botol minuman, berus gigi dan juga tuala muka.

Tidak cukup dengan itu, calitan dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari juga tidak dikendalikan mengikut prosedur standard operasi (SOP) apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menyimpan sampel calitan itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau juga didapati membuka botol sampel dan menandakannya semula sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisa. -KD




Ulasan GB

Jabatan Kimia sememangnya BELUM memperolehi Sijil ISO17025. Yang ada hanyalah Sijil Akreditasi Legacy (Lama) yang tamat tempohnya pada 18 Oktober 2010.

Dan Pakar Austalia, Dr McDonalds adalah benar apabila:


Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat.

Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut.

Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini
.


Justeru, JELAS di sini bahawa berdasarkan surat lanjutan tempoh yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors kepada Jabatan Kimia Malaysia MENDEDAHKAN bahawa Jabatan Kimia Malaysia TIDAK MEMPUNYAI pengiktirafan ISO17025 yang terletak di bawah Sijil Akreditasi ASCLD/LAB - International Program. Apa yang Jabatan Kimia ada hanyalah Sijil Akreditasi Legacy Program, itu pun dah dua kali disambung dan tamat tempoh Oktober 2011 ini.

Jabatan Kimia masih GAGAL untuk memperolehi Sijil Akreditasi ASCLD/LAB - International Program yang membawa pengiktirafan ISO17025 bagi membolehkan makmalnya menjalankan ujikaji ke atas DNA.

Dan Dr Seah Lay Hong BERBOHONG di dalam mahkamah kerana mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa, sedangkan bukti dokumen yang ada menyatakan di sebaliknya.

Tentang blogger pencacai UMNO yang cuba nak membelitkan isu ini kononnya pakar Australia tak rujuk surat lanjutan tempoh semata-mata nak bela Saiful tu tak payahlah nak dijelaskan lagi sebab pakar Australia dah rujuk semua dokumen. Ayat ini buktinya : Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini. Hanya blogger pencacai UMNO itu tidak tahu membaca dengan betul dan sememangnya kerja mereka putarbelit.

Kebenaran tetap kebenaran walau cuba ditutup dengan pelbagai cara. Ia akan terserlah sendiri seperti terselahnya cahaya matahari sekalipun cuba dilindungi awan yang paling gelap.

WASPADA : Kiub Ais Punca Keracunan, Pelajar Maut Selepas Buka Puasa

Laporan awal mendapati kiub ais merupakan punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Klang awal bulan ini.

Ujian ke atas sampel sisa muntah dan najis untuk mengenal pasti punca keracunan makanan yang menyebabkan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Klang meninggal dunia dan lapan ahli keluarganya yang lain mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

“Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dipetik Bernama Online.

“Kita masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan,” katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini.

Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur dibeli daripada bazar Ramadan sama.

Liow menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom keracunan makanan.

“Jangan tangguh untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami keracunan makanan. Kita mempunyai pakar dan kalau mendapatkan rawatan awal, kita boleh selamatkan,” katanya.

Penipuan Dasyat SPR: 21 Pengundi Berbeza Bangsa Dalam Sebuah Kedai, Umur Tentera 111 Thn

Keraguan daftar pemilih terus dibongkar apabila terbaru, DAP menemui bukti (a) 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai.

Selain penemuan itu, mereka juga menjumpai:
(b) seorang anggota tentera berumur 111 tahun tetapi masih lagi berkhidmat dalam tentera, (lihar imej)
(c) seorang anggota dengan dua isteri yang nama mereka sama, dan
(d) seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.

Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau seperti dipetik Roketkini berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.

Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India.

“Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza,” katanya.

Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492.

“Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182.

“Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?” katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah ‘yang kedua’ baru sahaja mendaftar sebagai pengundi.

Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang.

“Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat,” ujarnya.

Katanya, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230.

Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941.

“Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini,” kata Loke.

Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi.

“Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai,” katanya. -HD

Wawancara Dengan Huda Chew: Islam Bukan Milik Orang Melayu Saja

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.

Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.

“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.

“Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.

Menurut Huda, beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan semua pihak terutama guru dan sahabat karibnya, Faridah Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gombak.

“Sejak berita saya memeluk Islam tersebar, rakan-rakan Facebook saya semakin bertambah.

“Tetapi yang lebih buat saya terharu ialah dokongan berterusan dan kata-kata semangat dari semua pihak terutamanya kak Faridah,” katanya.

Sementara itu, di Facebook, beliau kini menggunakan nama Huda Chew Hong Wah (Cheryl).

Huda sah bergelar muslim kira-kira 3 petang semalam di pejabat Jemaah Islam Malaysia (JIM) Taman Melawati, Gombak dan disaksikan rakan-rakan terdekatnya yang turut menitiskan air mata menyaksikan majlis itu.

Huda yang bermaksud ‘petunjuk’ dalam bahasa Arab sebelum ini banyak mendalami Islam menerusi kenalan yang menghadiahkan tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Huda Cheryl sudah mula berpuasa dan mendalami Islam berperingkat-peringkat sebelum mengambil keputusan memeluk Islam ketika hari ke 24 umat Islam menunaikan ibadah Ramadhan. -KD

BERITA SEBELUM INI
Klik untuk baca laporannya:

huda


25 Ogo 2011

Terberak Ahli Kimia Kerajaan Nak Jawab Hujjah Pakar Australia

Kes liwat Anwar: Profil DNA lelaki Y tercemar, kata pakar Australia

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dr Brian McDonald, saksi keempat pasukan pembela berkata, ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon (gambar) telah melakukan kesilapan besar dalam kiraan pada ujiannya sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai “lelaki Y”, profil DNA yang didakwa ditemui pada dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Apa yang anda ada ialah campuran profil. Beliau melaporkannya sebagai satu profil tunggal,” kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kata beliau, Nor Aidora telah mencampur aduk garis panduan menjalankan proses ujian profil DNA, sehingga menyebabkannya memperoleh bacaan yang salah.

Perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang ini telah diberikan butiran analisis DNA secara terperinci termasuk penjelasan mendalam bagaimana untuk menanda dan membaca keputusan analisis.

“Jika ujian-ujian ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal,” kata beliau lagi.

Pada Februari lalu, pasukan guaman Anwar berhujah dengan mempersoalkan profil-profil DNA yang diperoleh hasil ujian ke atas tuala.

Tuala itu diberikan kepada Anwar ketika ditahan di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur tiga tahun lalu selepas dituduh meliwat Mohd Saiful.

Peguam pembela Ramkarpal Singh Deo berkata berdasarkan ujian “electropharogram” yang dijalankan oleh Nor Aidora ke atas tuala itu, analisis menunjukkan bahawa ada dua profil DNA — satu Lelaki Y dan satu lagi tidak diketahui profilnya.

Ketika memberi keterangan pada 23 Februari lalu, kata Nor Aidora, profil-profil DNA yang ditemui pada barang tersebut sepadan dengan lelaki tidak dikenali “lelaki Y”, yang spermanya diperoleh dari dubur Saiful.

Keterangan pakar itu akan disambung esok.

Mustahil Sperma Dikesan Selepas 8 Jam

KUALA LUMPUR 25 OGOS: Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah.

Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong (gambar) menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

"Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.

"Benar. Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.

Pada sebelah pagi, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.

Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.

Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam.

"90 jam masih kata ada banyak. (Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat. Ianya mungkin tiada sperma langsung. Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya.

Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA.

Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.

Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.

Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label.

Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.

Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu. -tvsnews




Mengaibkan: Makmal DNA Jabatan Kimia Tidak Memenuhi Piawaian Antarabangsa [updated]

Peguam Anwar bangkit kredibiliti Jabatan Kimia, tiada tauliah ASCLD

KUALA LUMPUR, 25 Ogos ─ Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.

Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD).

Ramkarpal Singh Deo menarik perhatian mahkamah dengan merujuk kepada dua dokumen menunjukkan Jabatan Kimia pernah memohon untuk mendapatkan akreditasi pada 2005 tetapi telah ditolak.

Surat kedua adalah daripada ASCLD, dikeluarkan April lalu dan tempohnya telah dilanjutkan sehingga Oktober ini untuk mengemukakan dokumen-dokumen bagi menyokong permohonan mereka.

Dokumen itu, menurut mereka, makmal tersebut tidak memenuhi standard antarabangsa
.

Menjawab soalan Ramkarpal, pakar dari Australia Dr Brian McDonald dalam keterangannya juga berkata, kesemua ujian DNA perlu ada standard.

Oleh itu katanya, akreditasi merupakan salah satu cara untuk memastikan makmal memenuhi standard dunia.

Dr McDonald menganggotai National Association of Testing Authorities (Nata), Australia yang dilihat sama taraf dengan ASCLD.

Sebelum ini mahkamah dimaklumkan oleh pakar DNA pasukan pendakwa, Dr Seah Lay Hoong bahawa Jabatan Kimia mempunyai akreditasi ASCLD.

Makmal itu telah mengendalikan beberapa ujian DNA termasuk ke atas sampel yang diperoleh dari badan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita kemudian bahawa isu akreditasi adalah penting sebab ia menggambarkan makmal itu adalah pusat ujian forensik yang layak dan boleh mengendalikan analisis DNA.

Jelas beliau, jika memiliki akreditasi, kerja-kerja makmal Jabatan Kimia akan dipantau oleh ASCLD.

“Sekarang mereka tidak ada standard ISO MM17025 bagi makmal forensik,” katanya.

“Ia persoalan mengenai kredibiliti, kredibiliti makmal dan Dr Seah sebagai saintis,”
katanya lagi.

Bagaimanapun ketua pasukan pendakwa raya Datuk Yusof Zainal Abiden membantah usaha pembela yang mahu mengemukakan dokumen mengenai akreditasi di mahkamah sebagai bahan bukti.

Kata beliau, bahan bukti itu tidak boleh dikemukakan ketika Dr McDonald menjadi saksi kerana pakara itu tiada apa-apa kaitan dengan prosedur akreditasi.

Pasukan pembela akan meminta perintah mahkamah untuk memanggil ketua Jabatan Kimia Lim Kong Boon untuk memberi penjelasan mengenai status akreditasi makmal mereka. -TMI



Makmal DNA Jabatan Kimia tiada kelayakan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II.

Ia sekaligus menambahkan keraguan yang sedia ada terhadap laporan dari Jabatan Kimia yang digunakan pendakwa raya dalam pendakwaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonalds (gambar) sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi.

Menurutnya, mana-mana makmal yang menjalankan ujikaji ke atas DNA akan diakreditasi dengan sijil ISO17025 yang diperakui di peringkat antarabangsa.

Pensijilan ISO17025 itu pula dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat.

Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut.

Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu masa rehat mahkamah memberitahu wartawan bahawa pendedahan ini berlawanan dengan pengakuan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa.

“Sekarang kita periksa, makmal ini tidak pernah mempunyai ISO17025. Sedangkan, masa kita soal balas dahulu, beliau mengaku ada,” kata Sankara Nair.

“Jadi, adakah ujian yang dijalankan menepati piawaian antarabangsa. Tentunya tidak,” kata Sankara.

Sebelum ini, mahkamah turut digemparkan bagaimana sampel DNA Anwar diambil secara tipu helah dari tubuh beliau sewaktu direman selama satu hari di Bukit Aman.

Polis pada waktu itu sengaja menahan Anwar untuk mendapatkan sampel rambut, DNA beliau dari botol minuman, berus gigi dan juga tuala muka.


Tidak cukup dengan itu, calitan dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari juga tidak dikendalikan mengikut prosedur standard operasi (SOP) apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menyimpan sampel calitan itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau juga didapati membuka botol sampel dan menandakannya semula sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisa. -KD



Dicekup Ketika Lepas Rindu Di Pantai

Dia baru balik dari Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), kami dah lama tak jumpa, mungkin kami berpeluk sebab rindu ustaz’, demikian pengakuan dua remaja yang dicekup Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp). Gambar fail.

Ketika ditahan pada jam 3.20 pagi itu, kedua-duanya duduk di tepi pantai yang agak gelap dan jauh daripada pandangan orang awam.

Namun lokasi mereka berjaya dijejaki penguat kuasa Jaipp apabila dalam keadaan gelap kelihatan sebuah motosikal dan dua helmet, tetapi yang menjadi tanda tanya apabila penguat kuasa tidak dapat melihat sesiapapun di lokasi berkenaan.

Kemudiannya, kelihatan pasangan kekasih yang duduk berdua-duaan dengan keadaan duduk dan si lelaki memeluk pasangan wanitanya dari arah belakang.

Si gadis yang baru sahaja berusia 18 tahun mengakui sudah mengenal teman lelakinya itu sejak tujuh tahun yang lalu, dan mengambil kesempatan pada malam berkenaan kerana sudah lama tidak bertemu selepas menjalani latihan PLKN.

Dia yang juga anak yatim piatu itu mengakui lelaki berkenaan hanya memegang pinggangnya dari arah belakang dan meluahkan rasa rindu.

“Kami sudah lama tidak berjumpa, sebab itu sahaja kami duduk di sini,” katanya ketika ditanya penguat kuasa.

Si lelaki kemudiannya ditanya sama ada tidak bimbang sekiranya dirompak atau disamun kerana duduk di dalam gelap, namun dia hanya terdiam membisu sahaja.

Setelah beberapa lama ditanya, remaja lelaki berkenaan juga diminta supaya membacakan dengan jelas niat berpuasa, namun mungkin kerana masih terkejut akibat dicekup, dia tergagap-gagap membacakan niat puasa berkenaan.

“Kamu berkawan dengan dia terlalu lama sampai tujuh tahun, kenapa kamu tidak berkahwin dengan dia sahaja kalau kamu beri dia pegang badan kamu,” tanya seorang penguat kuasa.

“Saya tidak bagi dia pegang semua,” jawab gadis tersebut.

“Tetapi mula-mula pegang pinggang, nanti kalau kamu seronok kamu bagi pegang tempat lain pula,” tambah penguat kuasa lagi.

“Tidak, saya tak akan bagi dia pegang,” jawab si gadis kembali.

Hadir sama dalam Ops Santai 3 itu juga ialah Ketua Unit Operasi dan Penguat kuasa Jaipp, Khairul Azman Azizan dan hampir 14 anggota.

Kemudiannya, kedua-dua pasangan berkenaan diberikan notis mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan melakukan perbuatan kurang sopan di tempat awam, jika disabitkan atas kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara enam bulan.


Ulasan GB

Hari-hari ada berita macamni. GB siarkan agar kemungkaran sebegini didedahkan dan supaya memberi kesedaran kepada umat Islam supaya jangan mudah terjebak di dalam hal-hal maksiat, apatah lagi di bulan seluruh umat Islam berpuasa.

Dan juga agar setiap individu Islam mengambil berat terhadap perlakuan sumbang mahram ini dengan menegur pasangan terbabit atau jika tidak terdaya, laporkan saja kepada pihak berkuasa secepat mungkin. Jika ia berlaku di depan mata kemudian kita berdiam diri maka berdosalah orang yang tidak menghalang kemungkaran itu dari terus berlaku.

Apabila gejala-gejala sedemikian berlaku tanpa sebarang teguran dan sekatan, maka kelak sepertimana dinyatakan di atas bencana dan musibah dari Allah akan tiba. Apabila bencana Allah tiba ia bukan sahaja menimpa pesalah-pesalahnya tetapi menimpa juga orang-orang yang tidak bersalah kerana gagalnya orang-orang yang tidak bersalah ini membasmi kemungkaran itu.

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata..." -HR. Ahmad


Entah Berapa Banyak Bangkai Ayam Dah Masuk Perut Umat Islam

Pusat sembelih ayam masih tiada sijil halal

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah berulang kali diserbu pihak berkuasa dan diberi ‘tarbiah’, segelintir pemilik pusat pemprosesan ayam di beberapa pasar di sini, berdegil dan enggan membuat permohonan sijil halal.

PERIKSA...Jailani memeriksa ayam yang disembelih dalam operasi, semalam.

Lebih membimbangkan apabila pelanggan pusat penyembelihan terbabit bukan saja di kalangan peniaga bukan Islam, malah dipercayai turut dibeli pemborong dan peniaga kecil yang beragama Islam.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 4 pagi semalam, di Pasar Borong Selayang dan Pasar Jinjang, di sini, yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati selain tidak mempunyai sijil halal, beberapa aspek penyembelihan turut diabaikan.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah, setiap ayam yang disembelih tidak dilakukan pemeriksaan, malah pisau yang digunakan pula tidak dibasuh setiap kali sembelihan.

“Sepatutnya setiap ayam yang disembelih perlu diperiksa untuk memastikan ia benar-benar disembelih dan sah mengikut hukum syarak.

“Malah, hanya dua tukang sembelih yang bekerja dalam dua jam bagi menyembelih 4,000 ayam,” katanya yang turut serta operasi terbabit.

Menurut Jailani, tiga pusat penyembelihan yang diperiksa juga mengabaikan aspek kebersihan iaitu kotor dan menjijikkan apabila ayam mati dilonggokkan di atas lantai.

Bagaimanapun, beliau berkata, dua daripada tiga pusat penyembelihan itu menggunakan khidmat tukang sembelih yang bertauliah dan memiliki kad penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi).

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati ayam yang dibekalkan mereka tidak sihat dan mungkin berpenyakit berdasarkan bahagian yang lebam dan hitam.

“Permintaan tinggi ketika Ramadan dan menjelang Syawal menyebabkan pengusaha agresif menghabiskan stok ayam sehingga mengabaikan aspek pematuhan halal.

“Atas sebab itu, kami mahu menyedarkan masyarakat dan jabatan agama negeri membuat pemeriksaan dan memantau pusat penyembelihan ayam supaya penguasa yang memiliki sijil halal turut mengambil berat,” katanya.

Operasi itu disertai pegawai Bahagian Pelesenan dan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memastikan penguasa memiliki lesen sah dan mematuhi syarat.

Ketua Wanita Keadilan Bukit Gelugor & Ketua AMK Sekijang Telah Memeluk Islam [updated]

Tiga hari lepas, Ketua Wanita Bukit Gelugor Cheryl Chew menghubungi isteri sharpshooter dan menceritakan hasratnya untuk memeluk Islam dan beliau meminta supaya beri cadangan nama Islam yang sesuai untuknya.

Beliau berbual panjang dengan isteri sharpshooter dan menceritakan beberapa masalah yang beliau hadapi dan beliau diberi kata-kata semangat, peransang agar tabah dengan ujian baru yang beliau hadapi.

Alhamdulillah kelmarin di Pejabat JIM Bukit Malawati jam 3.00 petang, akhirnya beliau melafazkan kalimah syahadah untuk memeluk Islam. Sesungguhnya hidayah itu mutlak datang dari Allah SWT, manusia tidak mampu memberi hidayah bahkan Nabi Muhammad sendiri tidak boleh memberi hidayah.

Sharpshooter difahamkan Ketua AMK Cabang Sekijang, Raymond Ng Kien Seng juga telah memeluk agama Islam dan telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nor Hasnanie Jamil, Setiausaha PKR Cabang Sekijang pada 22 Ogos yang lepas. Alhamdulillah...Cahaya Ramadhan...Allahuakbar... -sharpshooter

Ulasan GB

Gambar terbaru Cheryl Chew seperti disiarkan di dalam facebooknya dengan memakai nama barunya Huda Chew Hong Wah (Cheryl)

Tepat seperti yang dicatatkan oleh sharpshooter bahawa manusia tidak mampu memberikan hidayah. Hanya Allah sahaja yang mampu memberikannya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas ayat 56:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya kamu tidak boleh memberikan hidayah terhadap orang yang kamu sayangi, tetapi Allah SWT sahaja yang boleh memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Tahu tentang orang-orang yang mendapat petunjuk.

Kepada kedua-dua pemimpin Keadilan, Huda Chew dan Raymond, selamat datang kepada dunia keindahan Islam. InsyaAllah kami mendoakan sdr berdua sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Perogol Bersiri Sudah 19 Kali Merogol - Ikat Tangan Dan Acu Pisau Kepada Mangsa

19 kali perkosa

KOTA BHARU: Seorang perogol bersiri yang terbabit dalam 19 kejadian rogol dan cubaan merogol sejak tahun lalu kini giat memburu mangsanya menggunakan modus operandi mengikat tangan dan mengacukan pisau sebelum merogol.

Sasarannya wanita seperti penuntut institusi pengajian tinggi dan pekerja pasar raya yang tinggal bersendirian sama ada di asrama atau kediaman yang tidak berkunci.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berusia antara 20 dan 30-an dan kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Kota Bharu dengan 16 kes serta masing-masing satu kes di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Katanya, kejadian terbaru berlaku di Tanah Merah, awal bulan ini.

“Berdasarkan maklumat mangsa, kami memperoleh lakaran gambar wajah suspek dan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek di sebuah kedai.

“Fotofit wajah suspek akan disebarkan secara meluas bagi membantu polis memperoleh lebih banyak maklumat sehingga tertangkapnya suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Menurut Mazlan, perogol bersiri itu menyasar mangsa berusia 20 hingga 30 tahun yang tinggal asrama atau kediaman tidak berkunci.

“Sebelum merogol suspek akan memastikan hanya mangsa berada di asrama atau di rumah. Dia mengikat tangan mangsa sama ada menggunakan wayar, tudung atau tali dan mengacukan pisau sebelum merogol mangsanya,” katanya.


Ulasan GB

Artikel ini akan disiarkan sekali lagi apabila GB sudah memperolehi fotofit suspek.

Nazri Dah Dua Kali Kata Muktamad, PR Masih Terhegeh-hegeh Buat Keputusan

Nazri: Muktamad, wakil panel khas ikut kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Jawatankuasa Khas Parlimen tetap akan diteruskan sama ada pembangkang setuju atau tidak mengenai pembahagian anggota dalam jawatankuasa itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata pembahagian itu ditentukan berdasarkan jumlah kerusi yang dipegang oleh parti-parti berkenaan di dalam Parlimen.

Malah, beliau berkata pembahagian itu sudah cukup adil selain turut mengambil kira peranan anggota bebas dalam Parlimen.

“Jalan mana yang pembangkang boleh dapat kerusi lebih dari BN dan kerajaan. Perkiraan apa yang mereka buat. Dari segi jumlah ahli Parlimen itupun tidak 50-50,” katanya dipetik Bernama Online.

“Sudah tentu pembahagian ini ikut nisbah berpatutan. Itupun kita sudah cukup adil,” kata beliau kepada pemberita pada majlis berbuka puasa meraikan tetamu istimewa, anak-anak yatim dan ibu tunggal di Hentian Duta di sini hari ini.

Nazri berkata sikap yang ditonjolkan pembangkang ini seolah-olah mereka 'terkejut beruk' apabila kerajaan setuju untuk mengadakan Jawatankuasa Khas Parlimen itu bagi mengkaji perkara yang dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan.

“Mereka tidak sangka yang kerajaan setuju buat jawatankuasa ini. Sekarang ini, mereka nak cari dalih untuk akhirnya akan ambil keputusan tak mahu jawatankuasa itu diwujudkan,” katanya.

Nazri berkata jawatankuasa itu mempunyai tempoh yang panjang untuk menjalankan peranan mereka memandangkan tempoh berakhir Parlimen adalah pada 28 April 2013.

“Tapi dalam tempoh enam bulan, saya yakin jawatankuasa itu dapat menjalankan tugas mereka dan membentangkan laporan untuk tindakan selanjutnya yang munasabah,” katanya. -TMI


Pakatan beri PM, SPR peluang terakhir

Pakatan Rakyat hari ini memberi Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya peluang terakhir bagi membuktikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.

Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.

"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.

"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.

Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.

Dalam perkembangan yang lain, Anwar berkata Majlis Pakatan Rakyat juga bersetuju mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu pemberian "kewarganegaraan segera" kepada penduduk tetap.

"(Setakat ini) tidak ada langsung jawapan jelas dari menteri dalam negeri itu, bagi mengurangkan kebimbangan (rakyat),"katanya.

Sehubungan itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya suruhanraja diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat isu berkenaan. -mk


Ulasan GB

Demikian Nazri yang berkepala batu bercakap bagipihak kerajaan yang telah dua kali memuktamadkan keputusan mengenai nisbah wakil panel di dalam jawatankuasa Khas Parlimen. Kali pertama ialah pada pertengahan bulan Ogos: Boleh baca: Nazri Memuktamadkan PSC, Rakyat Boleh Memuktamadkan BERSIH 3.0 Diteruskan

Sedangkan Pakatan Rakyat atau BERSIH belum memuktamadkan sebarang keputusan. Masih bermain-main dengan perkatan "mungkin", "kalau", "jika" dan seumpamanya.

Rentak permainan politik sudah semakin cepat mutakhir ini sedangkan GB lihat PR belum dapat mengikut tempo, masih dengan "dondang sayang" dan terhegeh-hegeh membuat keputusan.

Keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti, kata Datuk Seri Anwar, sedangkan pihak BN sudah pun membuat dan menyatakan keputusan muktamadnya sekarang.

GB lihat disinilah kelemahan asas PR. Samada PAS PKR atau DAP. Suka melengah-lengahkan (procrastinate) dan akhirnya melopong sendiri.

Seperti contoh isu gereja. PAS membuat keputusan untuk bertemu dengan dua-dua pihak, JAIS dan pihak gereja. Masa diambil selepas keputusan jawatankuasa tertinggi PAS dibuat dengan surat dibuat oleh Setiasaha Agong mengambil masa sampai seminggu lamanya. Sedang GB sudah berpesan sebelumnya. Petikan:

Kita harap ia TIDAK TERLALU LEWAT sebelum isunya berjaya dimanipulasi dan dieksploitasikan musuh.

Sekarang pun dah wujud tanda-tanda besar ianya telah dimanipulasikan sedemikian rupa oleh media massa arus perdana.


Apa yang GB khuatiri menjadi kenyataan akhirnya. Pihak tertentu berjaya menyucuk jarum kepada kedua-dua pihak, JAIS dan GEREJA supaya "menolak" atau "menangguhkan" pertemuan dengan PAS. Akhirnya PAS juga yang melopong!

Keputusan telah dibuat, apa perlu lagi beri ruang untuk syaitan bergerak dicelah-celahan rekahan saf? Tidak perlu lagi terhegeh-hegeh. Inilah kaedah politik semasa, kerana ini era teknologi maklumat, ini zaman serba cepat serba pantas. Ini bukan lagi zaman mesin taip buruk, bukan lagi zaman untuk pak-pak tua jadi politikus, ini bukan lagi zaman bersilat pulut untuk memperbanyakkan bunga sebelum menerpa musuh.

Apabila pimpinan PAS telah buat keputusan untuk menemui JAIS dan Gereja,sepatutnya semua ahli mensyuarat berdiri berbaiah dan terus bergerak ke pejabat kedua-dua pihak. Tanpa lengah tanpa press conference.

GB tak nampak PR boleh berjaya dengan corak permainannya masih tidak berubah. Maaf cakap, kegagalan PR ke Putrajaya dulu adalah disebabkan penyakit PROCRASTINATION ini yang menyebabkan musuh mengambil peluang bertindak dua kali lebih pantas untuk mengatasi perencanaan PR. Dibawa lari wakil rakyatnya ke Jepun. Musnah segala impian PR.

Agaknya pihak pimpinan PR tak baca Art Of War Sun Tzu. Kalau baca pun hanya sebagai bahan penglipur lara bukan untuk menjadi strategist dalam politik semasa.

Tatkala ini pun momentum BERSIH 2.0 dah sejuk. Diperburukkan lagi isu gereja. PR masih lagi begitukah? Rakyat dah mula sangap semula.

GB pesan: Buat keputusan sekarang, kalau tak mahu dipermainkan lagi oleh BN, LANCARKAN BERSIH 3.0 SEGERA!



Penumpang Bas Tahan Lelaki Raba Pelajar Perempuan

Sandakan, 24 Ogos — Tindakan berani beberapa penumpang sebuah bas berjaya membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang meraba seorang pelajar perempuan kolej swasta di dalam bas itu di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, ketika mangsa yang berusia 20 tahun menaiki sebuah bas dari Terminal Bas di Bandar Sandakan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum di Batu 16.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata, seorang penumpang lelaki kemudian duduk di sebelah mangsa dan ketika dalam perjalanan, lelaki itu membawa pelajar perempuan itu bercerita dan tiba-tiba memeluk dan merabanya.

“Beberapa penumpang lain dalam bas itu bertindak membantu menangkap lelaki itu selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.

“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis peronda apabila bas itu berhenti di sebuah perhentian bas di Batu 4,” katanya dipetik Bernama Online.

Fadzil berkata lelaki berusia 35 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Ulasan GB

Mungkin sudah sampai masanya perlaksanaan BAS WANITA diperluaskan bukan sekadar oleh RapidKL tetapi kepada kesemua jenis pengangkutan awam untuk keselesaan para penumpang. Atau setidak-tidaknya pengasingan tempat duduk.

Yang bukan Islam juga saya rasa akan turut bersetuju berdasarkan kes yang berlaku di tas.

Tak Ramai Pemimpin Mahu Terima Nasihat Ulama, Tak Ramai Ulama Berani Menasihat Pemimpin

Tak Ramai Pemimpin Mahu Terima Nasihat Ulama

SHAH ALAM 24 OGOS : Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberitahu beliau pernah berhasrat untuk bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menasihati perdana menteri keempat itu agar tidak memecat dan mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia "mampu memecahbelahkan Melayu".

“Banyak perkara saya minta, Dr Mahathir tidak lakukan, (ada juga) yang beliau dengar dan lakukan (mengikut) nasihat saya, tetapi ada tiga perkara beliau tidak melakukannya. Yang pertama bila nak pecat Anwar, saya nasihat agar jangan bertindak demikian (kerana) pengaruh Anwar bukan sikit dan ini mampu memecah belahkan Melayu.

"Bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri dan menteri kewangan) buat rombakan kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,”ujar Harussani.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian siri ke 6 yang bertajuk 'Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti?' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Sejak kejadian itu, karier politik Anwar terus dihujani dengan pelbagai fitnah termasuk salahguna kuasa dan serangan moral.

Dalam pada itu, Harussani juga turut mendedahkan, dalam usaha untuk memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau juga pernah mengingatkan kepada Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah".

"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Perkara tersebut didedahkan oleh Harussani bagi mengulas peri pentingnya peranan para ulama dalam menegur dan memberi pandangan kepada pemimpin dalam urus tadbir sesebuah negara.

Ujarnya, sejak dahulu lagi beliau sering mengambil pendekatan sama iaitu menegur pemimpin utama negara termasuk pada zaman Tun Razak Hussein lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci tentang teguran-teguran yang dibuatnya. -tvsnews




Ulama Bukan Tempat Dapatkan Pengesahan Semata-Mata- Tuan Ibrahim

SHAH ALAM 24 OGOS : Tugas para ulama adalah untuk membimbing dan memandu umat Islam dalam masalah-masalah agama dan bukannya sebagai tempat pengesahan kepada sesuatu perkara yang telah diputuskan oleh satu-satu pihak, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap pada wacana anjuran Karangkraf, Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti di sini hari ini, Tuan Ibrahim berkata, hakikatnya kini, peranan ulama semakin dinafikan di negara ini.

"Ulama yang duduk di bawah parti bukanlah menumpang untuk sahkan apa yang pemimpin kita buat tetapi ulama memandu pemimpin supaya pemimpin melakukan sesuatu yang betul mengikut syarak, bukan dia buat kemudian pandangan kita dicari nas untuk mengesahkan apa yang dia buat. Itu berbeza,"kata Tuan Ibrahim.

Para panelis yang terlibat dalam wacana ini ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya.

Manakala moderator yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan wacana pada hari ini ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin.

Dalam hujahnya mengenai benarkan golongan ulama yang menyertai politik lebih mengutamakan parti hingga sanggup mengenepikan dakwah, Tuan Ibrahim memberikan beberapa situasi.

Antaranya ialah bagaimana ulama pro-pemerintah hanya diperlukan oleh pemimpin untuk mengesahkan sesuatu keadaan dan bukannya meminta nasihat dan bimbingan untuk perkara yang berkaitan dari aspek agama terlebih dahulu.

Ia termasuklah dalam kes membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keperluan beliau menjawab balik sumpah laknat yang telah dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah, di mana kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional mempergunakan kepentingan agama untuk 'mengiakan' tindak-tanduk mereka.

"Kalau pemimpin baik, rakyat akan menjadi baik dan di sinilah kepentingan para ulama mengikut amanah dan tanggungjawab dengan tidak melanggar syarak. Jadi sejauh mana kita boleh memandu kalau kita duduk pun pengiktirafan tidak ada?,"katanya lagi.

Menjelaskan dengan lebih lanjut di hadapan kira-kira 500 hadirin, Tuan Ibrahim berkata, jika ilmu yang diperoleh dikhianati dengan tidak menyampaikan secara tepat dan sahih akan sesuatu perkara itu, dikhuatiri ianya akan memusnahkan generasi itu sendiri.

Oleh itu Tuan Ibrahim mengharapkan, para ulama memahami konteks dakwah dan politik itu dengan jelas supaya dapat memperbetulkan kepincangan dalam tampuk
pemerintahan negara dahulu.




Ulasan GB

Di negara kita, apa yang kita lihat ialah kedua-duanya berlaku iaitu tidak ramai pemimpin mahu mendengar nasihat ulama dan tidak ramai ulama yang mahu menasihati pemimpin.

Islam memandang tinggi kedudukan ulama tetapi dengan syarat mereka melaksanakan tuntuta ilmu yang benar yang mereka miliki.

Sebagai ulama yang benar, menjadi kewajipan mereka menyatakan sesuatu yang benar, menegur dan menyatakan kemungkaran. Kalau sekadar menegur pun tak berani kerana takut kedudukan tergugat, bagaimana masyarakat Islam dapat mengharapkan ulama untuk membuat sesuatu perubahan atau kebaikan.

Di dalam satu hadith Rasulullah s.a.w. menyatakan:

Umara (pemimpin) yang baik ialah umara yang datang menemui ulama dan ulama yang uruk (jahat) ialah ulama yang datang ke pintu-pintu umara.