20 Jul 2010

Selangor: Pemimpin UMNO Makan Pasir, Mike Tyson Entah Ke Mana

Umno Selangor dilanda ‘perang tonjol’ pengaruh?

Selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 2008 tanpa diduga, puak-puak dalam Umno Selangor kini bekerja keras untuk menonjolkan pengaruh dan kekuatan masing-masing di kaca mata kepimpinan pusat.

Ahli-ahli Umno di peringkat Umno Selangor Umno berpecah kepada aliran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri.

Kedua-dua pemimpin ini bergerak bersendirian untuk menggerakkan usaha memperlekeh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik perhatian Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Ia terbukti dalam isu pasir yang menjadi perhatian sejak awal minggu lalu.

Khir yang sebelum ini dipersalahkan atas kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu dan Noh pula kini anggota Kabinet persekutuan, dikatakan cuba memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai bakal menteri besar jika BN kembali berkuasa di Selangor.

“Kelihatan kedua-dua bersaing satu sama lain untuk mendapatkan perhatian berbanding bekerjasama demi memperkukuh kekuatan Umno Selangor,” kata seorang wakil rakyat peringkat negeri yang enggan namanya didedahkan.

Pemerhati pula berpendapat situasi yang pernah disaksikan di Kelantan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1990 mula wujud di Selangor sekarang.

Kedua-dua pemimpin itu mencabar pentadbiran kerajaan negeri dengan mendakwa wujudnya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam aktiviti perlombongan pasir di Selangor.

Khir dan Noh mendedahkan perkara itu dengan mengadakan sidang media berasingan baru-baru ini.

Bekas menteri besar membawa pemberita ke Kampung Bukit Changgang di Dengkil pada 11 Julai untuk mendedahkan perlombongan pasir haram, yang menurutnya menjejaskan Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun anak syarikat pasir kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd menafikan dakwaan itu.

Dua hari kemudian Noh pula menyewa sebuah helikopter untuk melihat sendiri kawasan perlombongan pasir di kawasan Kuala Langat dan Batang Berjuntai dari udara.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan wujudnya keretakan dalam hubungan mereka.

Ketua Penerangan Umno Selangor Umno, Abdul Shukor Idrus juga menafikan wujudnya masalah di antara Noh dan Khir.

“Kedua-dua mereka masih kawan dan tiada sebarang masalah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang ini kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Noh dan Khir bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan di arena politik domestik, khususnya di kaca mata Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Noh, yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, juga memperoleh sokongan yang dinikmati Khir di kalangan wakil rakyat Umno di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Barisan 19 wakil rakyat itu dikatakan berpecah dua masing-masing kepada Khir dan Noh.

Sementara waki rakyat lama memihak kepada Khir atas alasan menikmati sokongan daripada pentadbirannya sebelum ini, yang baki menunggu pengesahan Najib dalam menentukan bakal kepimpinan negeri Umno-BN.

Mereka melihat Noh akan mengetuai negeri jika BN kembali bertapak di Selangor.

Di sebalik persaingan itu, Umno Selangor juga berhadapan dengan krisis baru ekoran ada usaha meminta bekas menteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib, dari 1986 hingga 1997, agar mengosongkan jawatan ketua Umno Kelana Jaya.

Bekas naib presiden Umno ini yang mesra dikenali sebagai “Mat Tyson” masih memiliki pengaruhnya dan ia telah diperlihatkan ketika pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor April lalu.

Bagaimanapun Abdul Shukor mengetepikan tekanan dan teguran beberapa pihak mengenai kedudukan Muhammad dengan berkata, beliau kini dalam peringkat “separa persaraan”, cuma belum lagi membuat pengumuman rasmi.

“Beliau telah pun menurunkan tanggungjawab peringkat bahagian itu kepada timbalannya Datuk Yahya Bujang,” katanya.

Turut mendapat perhatian ramai ialah kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri empat penggal, Datuk Mohamad Satim Diman.

Muncul spekulasi bulan lalu yang mengatakan wakil rakyat Sri Serdang itu akan melepaskan kesemua jawatan politik.

Ketidakhadiran Setiausaha Perhubungan Selangor juga menimbulkan spekulasi dengan sesetengah blog mendakwa beliau sudah tidak berupaya untuk memberi khidmat sebagai pemimpin Umno dan wakil rakyat.

Bagaimanapun minggu lalu, Satim menafikan yang beliau akan melepaskan kesemua jawatannya.

Pun begitu, masih wujud rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai mengenai peranan ahli politik veteran ini, yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 45 undi pada 8 Mac 2008.

“Sebagai ketua BN Puchong beliau tidak pernah memanggil mesyuarat sejak 2008 dan beliau tidak kelihatan di kawasan,” kata Ketua MIC Puchong Awtar Singh.

Awtar, yang satu ketika dulu pembantu khas Satim menambah, ahli politik itu telah gagal dalam tanggungjawab sebagai wakil rakyat pembangkang.

“Beliau telah gagal dalam menyuarakan kelemahan kerajaan Pakatan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Umno Puchong Datuk Radin Mokthar sebelum ini telah menafikan wujudnya masalah dengan kepimpinan Satim, sebaliknya mengendalikan urusan parti seperti biasa. -TMI


Kehilangan Muhd Taib timbul tanda-tanya

Kehilangan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan , terutama bahagian Kelana Jaya terus menimbulkan tanda-tanya kepada parti Umno.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan juga pernah mentadbir negeri Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain.

Beliau berkata, tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kegagalannya memberi komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab.

"Taib telah beri contoh buruk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman, dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli tanggungjawab sebagai ketua bahagian, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya.

Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib merupakan Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997, dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas naib presiden Umno dan bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor serta bekas ketua penerangan Umno, didakwa tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Umno pada Mac tahun lepas.

Mohd Puad yang juga timbalan menteri pelajaran berkata, Muhammad juga dilaporkan tidak memberikan kerjasama semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

"Janganlah hanya dengan sedikit kekecewaan kita bertindak keterlaluan sehingga sikap yang ditunjukkan lebih buruk daripada mereka yang tidak berjawatan tetapi tetap komited dalam perjuangan," jelasnya.

Tambah beliau, isu permasalahan Muhammad Taib ini akan dibawa ke pengetahuan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) dalam masa terdekat agar satu penyelesaian segera dapat dilakukan.

Beliau berkata MT tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlarutan di mana keputusan segera mengenai kedudukan Muhammad sebagai Ketua Bahagian perlu diputuskan demi kebaikan bersama.

"Saya akan bawa isu ini ke mesyuarat MT terdekat dan terserahlah kepada Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menentukannya tetapi yang pasti perlu ada keputusan apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah itu, apatah lagi Umno dan Barisan Nasional (BN) kini menjadi pembangkang di Selangor," katanya.

Kedudukan Muhammad sebagai Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya mula dipersoalkan apabila baru-baru ini terdapat saranan daripada anggota bahagian itu agar beliau melepaskan jawatannya dengan segera kerana gagal menunjukkan komitmen terhadap kerja-kerja parti.

Muhammad Taib juga dikatakan gagal mengetuai parti dalam merealisasikan semua objektif dan fungsi yang ditetapkan.-FMT


19 Jul 2010

Petronas Digunakan Untuk Terus Membuncitkan Keluarga Najib

Auto debit: PAS pertikai Petronas lantik CIMB bank tunggal

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal.

Salahuddin berkata, berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusaha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini.

Pertronas mempunyai 920 stesen di seluruh negara.

“Kami ada menerima aduan daripada wakil penjual Petronas, semua pengedar kini dipaksa untuk menggunakan khidmat sistem auto debit yang disediakan oleh CIMB berbanding masa sekarang di mana mereka bebas untuk menggunakan mana-mana bank mengikut keperluan dan keselesaan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu Salahuddin mempersoalkan motif keputusan Petronas Dagangan Berhad yang memutuskan untuk menggunakan hanya CIMB sebagai bank tunggal.

“Apakah rasional Pertronas untuk melantik CIMB sebagai bank tunggal... mengapa CIMB diberikan monopoli dalam urusan ini,” kata beliau.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya juga hairan kerana meskipun Maybank sebagai syarikat dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas memutuskan untuk memberikan khidmat auto debit urusan transaksi stesen minyak kepada satu bank tunggal.

“Adakah Petronas memutuskan kerana ketua eksekutif kumpulan CIMB adalah adik perdana menteri?” katanya. -TMI

Ulasan GB

Kesian sungguh ahli UMNO totok di kampung-kampung. Pemimpin UMNO kebas berbilion ringgit, ahli UMNO yang lain masih menjulang pemimpin yang menipu mereka.

CIMB, yang dipengerusikan oleh adik Najib bernama Nazir Razak adalah diantara rakyat Malaysia yang terkaya di negara ini.

Dua media rasmi Korea berbahasa Inggeris melaporkan Obama pernah memberi amaran kepada Najib, yang dipercayai ada kaitan secara tidak langsung dengan CiMB sendiri.

Kedua-dua media terbabit mendedahkan bagaimana Obama meminta Najib menjelaskan soal keterlibatan bank tertentu Malaysia dalam transaksi senjata dengan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar.

Nazir dilaporkan memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69.

Manakala isterinya Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71.

Kini, Petronas digunakan untuk terus membesarkan tembolok harta keluarga Najib..


MCA Tak Mungkin Kekal Lama Di Dalam BN

Pilih parti atau kerajaan? - ABDUL AZIZ BARI

Perkembangan dalam UMNO dan PKR bulan lalu membangkitkan isu tentang hubungan antara parti dan kerajaan. Di Selangor PKR membuat perubahan dalam struktur kepemimpinan parti dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mengetuai parti di peringkat negeri. Sementara itu, perkembangan dalam UMNO menimbulkan soalan siapa yang memerintah: kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO?

Kedudukan UMNO sebagai sebuah politik timbul ekoran kebenaran menjalankan judi bola kepada ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan. Pada mulanya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi lampu hijau. Bagaimanapun keputusan itu tidak kekal apabila UMNO tidak bersetuju. MCA tidak senang kerana pada rakan UMNO dalam Barisan Nasional itu keputusan berkenaan terletak di bawah kuasa kerajaan - yakni kabinet - dan bukan UMNO.

Soalan-soalan itu berbangkit kerana parti politik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perjalanan kerajaan. Dan walaupun perlembagaan tidak menyebutnya kita faham bahawa kewujudan dan pengaruh parti-parti politik amat penting dalam menentukan perjalanan perlembagaan.

Minggu lepas saya menyebut betapa tarikh pilihan raya tetap perlu dan lebih baik. Walaupun sebelum itu saya menyatakan ia tidak boleh dibuat dalam sistem Westminster saya rasa kita perlu realistik; yakni kita jangan mengharapkan kerajaan akan jatuh melalui undi tidak percaya. Ini kerana parti politik tidak akan memperjudikan nasib mereka secara terbuka. Sekiranya mereka tidak senang dengan pemimpin mereka yang mengetuai kerajaan mereka akan membuat perubahan melalui proses dalam parti. Dengan kata lain parti-parti politik tidak akan menyembelih orang mereka sendiri di dalam dewan, di depan musuh mereka.

Ia adalah pendekatan yang lebih logik kerana mereka tidak mahu kehilangan kuasa. Inilah yang dilakukan oleh PKR di Selangor. Itulah juga yang PKR hendak lakukan apabila Ketua Umum PKR – Datuk Seri Anwar Ibrahim – diletakkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Walaupun caranya berbeza pendekatan yang sama diambil oleh Parti Konservatif apabila Perdana Menteri Margaret Thatcher dipaksa berundur pada 1990 dan digantikan dengan John Major. Beliau dapat bertahan sehingga 1997 apabila Konservatif tewas di tangan Parti Buruh yang dipimpin oleh Tony Blair.

Memang ada contoh di mana parti menjatuhkan orang mereka sendiri melalui undi tidak percaya; yakni satu proses di luar parti dan secara terbuka. Inilah yang berlaku ke atas Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor pada 1975. Tetapi ini harus difahami dalam konteks yang tertentu; khususnya perancangan UMNO Pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tidak selesa dengan pengaruh Harun. Dalam pada itu Pas pernah menjatuhkan Datuk Mohamed Nasir dari kerusi Menteri Besar Kelantan pada 1977. Tetapi perlu diingat bahawa itu dilakukan kerana Mohamed dianggap tali barut UMNO dan tiada cara lain yang boleh dibuat untuk membuang ahli parti yang menimbulkan masalah. Ketika krisis itu berlaku Pas berada dalam Barisan.

Tentang UMNO dalam isu judi bola pada saya bukanlah masalah besar. Apa yang penting ialah ada sikap yang konsisten dan jelas. Tidak berdolak-dalik. Dan semua anggota kabinet perlu akur. Dalam isu judi ini MCA dan MIC setuju dengan keputusan awal membenarkan lesen judi bola itu.

Kabinet mungkin hanya sekadar mengesahkan keputusan UMNO. Tetapi ini tidak salah. Seperti yang saya katakan tadi apa yang penting ialah keputusan itu tetap dan konsisten. Perlembagaan menetapkan syarat ini supaya kabinet boleh dipegang dan rakyat boleh menghukumnya. Inilah sebabnya mengapa perlembagaan mensyaratkan prinsip tanggung jawab bersama kabinet.

Atas dasar itu tidak salah bagi Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempertikai kedudukan UMNO kerana Presiden MCA itu bukan anggota kabinet. Tetapi ia pastinya meletakkan anggota-anggota MCA dalam keadaan sukar: ikut presiden parti atau Najib sebagai ketua kerajaan?

UMNO Menjulang Fahaman Perkauman Sempit Di saat Mereka Menjaja 1Malaysia

Bila Hampir Pilihanraya, Propaganda Nasib Bangsa Melayu Ditiup

Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini bahawa Melayu bakal hilang kuasa dalam PRU-13, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.

Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata media milikan kerajaan kerap menimbulkan persoalan mengenai nasib bangsa Melayu seolah-olah masyarakat Melayu tidak matang, belum cukup arif dan buta politik.

“Inilah yang BN mainkan tiap-tiap kali pilihanraya dan musim itulah permainan yang mereka mainkan cuba takut-takutkan dan berbalik kepada isu perkauman. Bagi saya itu perkara biasa,umum rakyat dah tahu dah bagaimana nasib orang melayu selama Barisan Nasional memerintah 50 tahun," kata Nik Nazmi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Perak Dr Harussani Zakaria yang mendakwa kedegilan Parti Islam Malaysia bersatu dengan Umno akan memberi kesan buruk kepada masa hadapan bangsa Melayu.

Harussani berkata kedegilan itu adalah sifat yang keji, dan akan membawa kepada kehancuran rakyat. Beliau juga mendakwa pemimpin Pas menemui beliau meminta pandangan untuk menyatukan kedua-dua parti itu.

Pas bagaimanapun menafikan pihaknya menghantar wakil bertemu Mufti Perak agar mengaturkan perbicangan bersama Umno untuk menyatupadukan Islam dan Melayu.

“PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. -TVS

Ulasan GB

Sepatutnya Utusan telah lama digantung, jika KDN bertindak secara adil dan tidak diskriminasi. Sepatutnya juga Mufti Perak telah dipecat dan ditangkap kerana menimbulkan sentimen api perkauman melulu. Tetapi lantaran mereka lembu-lembu UMNO, KDN memejamkan mata. KDN akan mencari kesahalan walau sekecil kuman di media PR sahaja.

Fahaman kebangsaan sempit terus dijulang di waktu mereka menjaja gagasan 1Malaysia. Ternyata mereka hipokrit darjah tertinggi!

18 Jul 2010

Rakyat Sokong Tindakan PROTES Bantah Kenaikan Harga

PROTES Lancar Gerakan Bantah Kenaikan Harga Barangan

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) bercadang untuk mengadakan beberapa siri demonstrasi dan program penerangan sebagai sebahagian daripada kempen bantahan terhadap tindakan terbaru kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG).

Menurut penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli satu perjumpaan akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 28 Julai ini sebagai langkah permulaan kempen bantahan yang dirancang.

"Pada hari tersebut, kita akan susun beberapa siri aktiviti seperti edaran risalah dan menetapkan tarikh 'road show' di seluruh negara. Dalam mesyuarat hari ini, kita bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan itu. Ia merupakan acara kemuncak dan dilihat sangat berkesan," kata Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dijangka hadir pada perjumpaan itu termasuk Pengarah Strategi KEADILAN Tian Chua, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, wakil Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah, wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema).

Dr Hatta juga memberitahu Protes akan menyegerakan tindakan dan kempen sebelum pertengahan bulan Ogos menjelang bulan Ramadhan.

Beliau menjangkakan program tersebut akan disertai oleh banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan sekerja dan mahasiswa.

Ketika ditanya mengenai tindakan Perdana Menteri yang menaikkan harga minyak dan keperluan asas, sebaik sahaja sidang Parlimen tamat, Dr Hatta menegaskan terlalu jelas ketakutan yang diperlihatkan oleh Barisan Nasional.

"Sebaik sahaja persidangan tamat, kita mendapat maklumat mengenai perkara tersebut. Memang dia tidak berani untuk berhadapan dengan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat," kata beliau.

Dr Hatta turut menyelar tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memanipulasikan istilah dalam kenyataan media bagi mengelirukan rakyat seperti 'rasionalisasi' dan 'penyelarasan' harga bahan bakar dan keperluan asas.

"Itu semua alasan 'karut-marut' Barisan Nasional. Kalau nak mengurangkan penggunaan gula, bukannya dengan cara menaikkan harganya. Kita sepatutnya mendidik masyarakat berkenaan kesan daripada pengambilan gula berlebihan melalui program kesihatan," tambahnya.

Beliau menjangkakan kesan berantai akibat dari kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan harga dalam makanan, terutamanya kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, sama ada pengguna mahu pun peniaga yang bakal menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal akan datang.

"Kenaikan bahan makanan pun telah meningkat, ditambah pula dengan kenaikan harga bahan bakar. Ini membebankan, terutamanya kepada kakitangan dan swasta yang berpendapatan kecil, serta peniaga kecil-kecilan," tambahnya.

Dr Hatta menyelar tindakan kerajaan yang boros dalam pengurusan. Dalam pada masa yang sama memangsakan rakyat dengan memotong subsidi.

Baginya penjimatan perbelanjaan kepada kerajaan berjumlah sebanyak RM750 juta itu sebenarnya boleh diperolehi dengan cara lain antaranya mengurangkan pemberian subsidi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), mengurangkan perbelanjaan kepada projek mega dan mengelakkan ketirisan.

"Kesan kepada rakyat akan berganda. Tindakan (kenaikan) ini menambah kesengsaraan. Kelihatan kerajaan seolah-olah berdendam dengan rakyat," katanya. -SK


PAS tidak pergi ke jalanan untuk protes

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata parti itu tidak akan menganjurkan protes jalanan mengenai kenaikan harga petrol dan gula yang berkuasa mulai semalam.

Beliau kelihatan bersetuju dengan tindakan para pemimpin pusat mengenai keperluan untuk memotong subsidi memandangkan hutang negara semakin meluas dan berkata terdapat "beberapa isu lain" yang perlu diberi perhatian.

"Tidak, saya tidak fikir kita perlu menganjurkan demonstrasi jalanan. Terdapat baik buruknya perkara ini dan kita mesti memikirkan nasib rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini semalam.

PAS biasanya menganjur protes di jalan-jalan raya sebagai menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak terutama ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi apabila harga bahan itu dinaikkan lima kali sejak bekas perdana menteri itu mengambil alih pentadbiran pada Oktober 2003.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak, harga petrol telah dinaikkan sebanyak dua kali untuk RON97 dan sekali untuk RON95, yang baru diperkenalkan di pasaran Malaysia tahun lalu.

Kesan selepas kenaikan harga petrol

Lewat petang semalam, kerajaan pusat mengejutkan rakyat apabila secara tiba-tiba mengumumkan pengurangan subsidi ke atas beberapa barang keperluan. Harga baru berkuatkuasa mulai tengah malam.

Gula naik 25 sen sekilo (harga baru RM1.90 sen sekilo) sementara minyak jenis RON95 dan diesel naik lima sen sekilo (harga baru untuk RON95 ialah RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.)

Gas Cecair Asli (LPG) juga naik 10 sen. Harga baru ialah RM1.85 sekilo. Harga RON97 akan ditentukan oleh kuasa pasaran.

Mustafa lebih bimbang mengenai kesan kenaikan harga barang apabila para peniaga akan mengekploitasikan harga baru dan para pengguna menjadi mangsa.

Oleh sebab penguatkuasaan yang lemah, ahli-ahli perniagaan telah melonjakkan harga barang-barang keperluan ketika mengekalkan harga baru walaupun harga minyak turun.

Mustafa berkata jika kerajaan mahu mengurangkan bil subsidi yang membebankan, ia boleh membuat pilihan lain seperti mengkaji semula perjanjian kontrak dengan para pengeluar tenaga elektrik bebas, yang menikmati harga tinggi untuk kegunaan rakyat tetapi masih menerima subsidi. -FMT


Ulasan GB

Rakyat secara umumnya bersetuju dengan tindakan PROTES. Kena manifestasikan bantahan kepada kerajaan pimpinan Najib terhadap keputusan kerajaan yang menaikkan harga barangan secara mengejut.

Yang hairannya GB ialah kenyataan Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS yang nampaknya tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

Mustafa bertindak seperti seorang sahabat karib UMNO yang cuba untuk menghalang rakyat dari melakukan demo di jalanan. Mungkin beliau sudah ada perancangan lain - diplomasi - tetapi bagi GB dengan kerajaan UMNO BN yang kini, diplomasi bukan jalannya kerana mereka sepanjang masa adalah perompak dan penipu.

Dan GB tidak nampak juga Mustafa Ali sebagai seorang yang bijak. GB telah mengikuti perkembangan politik beliau semenjak beliau di dalam BN lagi, iaitu semasa di era Dato Asri di mana Mustafa dilantik menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Sementelah lagi, jika beliau bijak sangat berstrategi seperti mana yang disebutkan oleh beberapa orang, sudah pasti beliau menang di dalam PRU 2008 yang lalu.

Lagipun jawatan Setiuasaha Agong yang dipegangnya adalah lantikan Presiden, bukan pilihan ahli-ahli PAS.

Setiausaha Agong, malah Presiden dan mana-mana AJK Tertinggi PAS yang merasa telah kaya raya boleh tidur dirumah, biar ahli PAS yang miskin-miskin berdemo di jalanan.

Maaf Setiausaha Agong, kami tidak sehaluan dengan kamu di dalam bab ini.

Penubuhan Friends Of Pakatan - Selangkah Lagi Ke Putrajaya

Friends Of Pakatan Petanda Rakyat Malaysia Mahu Kerajaan Pusat Baru

Sokongan memberangsang kepada penubuhan 'Friends of Pakatan' (FPR) di kotaraya London 4 Julai lalu membuktikan usaha melebarkan jaringan sokongan Pakatan Rakyat di terima baik rakyat Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa terhadap perjuangan menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Majlis pelancaran yang diadakan Conway Hall di Holborn 4 Julai lalu telah menarik minat lebih 200 rakyat Malaysia dan warga tempatan yang melahirkan impian untuk mewujudkan kerajaan Pakatan Rakyat yang adil, demokratik dan telus.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilyah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Pengerusi Protem FPR, Brian Morais dalam ucapan aluan beliau berkata pembentukan Pakatan Rakyat menandakan permulaan satu era baru di mana rakyat mengambil kembali kuasa daripada golongan ahli politik Umno-BN yang gagal berkhidmat untuk rakyat.

Sambil merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia kemungkinan menjadi muflis pada tahun 2019 akibat hutang negara yang kini mencecah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Morais menyeru rakyat Malaysia agar kembali ke tanahair dan mengundi kerajaan baru yang bertanggungjawab sebelum terlambat.

"Antara agenda FPR ialah penubuhan tabung kempen pilihan raya Pakatan Rakyat, mengadakan penyelidikan mengenai perubahan dalam polisi bantuan, menggalakkan debat berkenaan penswastaan agensi kesihatan dan mewujudkan kaedah pengundian luar negara bagi rakyat Malaysia," tambah Morais lagi.

Penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin (RPK) menyindir dengan menyatakan Malaysia sebenarnya idea dan moral.

"Malaysia telah bertukar kepada sebuah masyarakat yang mementingkan kebendaan, menara tertinggi, jambatan terpanjang dan hutang terbesar!" kata beliau.

RPK juga mencabar Umno-BN menaikkan gaji anggota polis sabagai satu cara membanteras rasuah yang telah menjadi budaya kehidupan di Malaysia.

"Kerajaan Umno-BN telah cuba untuk mencetuskan kembali peristiwa hitam 13 Mei 1969 di Kampung Baru dengan menembak penyokong Hindraf yang berarak dalam keadaan aman dengan gas pemedih mata pada tahun 2007.

"Masyarakat Melayu yang sebaliknya telah memberikan perlindungan kepada peserta Hindraf yang cedera dan ini membuktikan rakyat Malaysia telah bersatu sebagai bangsa Malaysia yang sebenar dan menunjukkan politik berkaum 'aparthied' ini perlu dihentikan," tegas beliau lagi.

Dr Tan pula menyentuh mengenai kewajipan menghapuskan politik wang dan menjanjikan ketelusan di dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kualiti pendidikan juga perlu ditingkatkan dengan mengambil lebih tenaga pekerja yang berkelayakan, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu dibebaskan daripada belenggu politik Umno-BN," kata beliau.

Dalam ucapannya, Zaid berkata rakyat Malaysia perlu berkorban atas nama kebebasan jika mahu melepaskan diri dari belenggu rejim seperti kerajaan fasis Umno-BN yang kini berbuat sesuka hati tanpa menghiraukan kesannya kepada rakyat dan negara.

"Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan akan bersikap telus dan membuat perubahan kepada kerajaan, tetapi BN tak akan berbuat begitu kerana terdapat banyak isu yang mereka sembunyikan.

"Pilihan raya akan datang akan memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat kerana, suara hati rakyat bersama kita," kata Zaid.

Dr Hatta berkata, dalam perjalanan beliau London dan semasa transit selama lima jam di Dubai, beliau sempat bertemu dengan 20 warga Malaysia dan berpeluang berbincang kemungkinan menubuhkan cabang FPR di Ghana.

"Walaupun PAS san DAP mempunyai beberapa percanggahan pendapat dan ideologi, tetapi kami sanggup mengorbankan perkara kecil bagi kebajikan dan perjuangan rakyat yang pada pendapat kami bersama, lebih penting. Maka ini hanya pengorbanan kecil untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Nurul Izzah menyatakan beliau gembira melihat semangat rakyat Malaysia di luar negara menuntut perubahan kerajaan pada PRU akan datang.

"Walaupun saya pada mulanya tidak disokong untuk melawat London kerana khuatir hanya akan merugikan sumber, tetapi saya bertekad atas kepercayaan warga Malaysia, tak kira di Malaysia mahupun yang berada di negeri orang, berhak mengetahui apa yang berlaku di megara sendiri dan dengan ini mampu membuat keputusan yang bijak.

"Selepas mendengar komen hadirin, saya percaya usaha saya hari ini tidak sia-sia. Saya juga ingin memohon, jika boleh kembali ke Malaysia dan buang undi anda pada pilihan raya akan datang," jelas Nurul Izzah.

Majlis diakhiri dengan sesi soaljawab yang penuh semangat berhubung isu dan politik semasa tanahair. -SK

Setahun Berlalu, Pembunuh Teoh Masih Bebas

Lim Guan Eng: Mungkin Najib bunuh diri jika kahwin Rosmah esok?

"Mungkinkah Najib akan bunuh diri jikalau beliau akan berkahwin dengan Rosmah pada keesokannya? Tak mungkin, kan? Kerana beliau cintakan Rosmah. Kalau Najib tidak akan berbuat demikian, mungkinkah Teoh Beng Hock (yang sudah merancang untuk kahwin pada keesokannya) bunuh diri?"

Demikianlah logik yang digunakan oleh Lim Guan Eng, Setiauasaha Agung DAP untuk menolak kemungkinan bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), setahun yang lalu. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah disiasat polis kerana mengeluarkan kenyataan bahawa "Teoh Beng Hock dibunuh" ini mengulangi pendiriannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

"Pada malam ini, saya mengulangi di sini, saya tak percaya Teoh Beng Hock membunuh diri, boleh tak?" Kenyataannya ini disambut tepukan kira-kira 1,000 orang hadirin, sebelum beliau menyambung, "Tak kiralah apa alasan yang anda berikan, saya tetap tidak percaya bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri. Kalau Teoh Beng Hock tidak membunuh diri, apakah punca kematiannya?"

Lim Guan Eng berkata demikian dalam satu Majlis Peringatan mendiang Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Selain keluarga mendiang Teoh Beng Hock, pemimpin politik yang menghadiri majlis peringatan tersebut termasuklah Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Lembah Pantai-PKR, Nurul Izzah, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh dan ramai lagi pemimpin DAP.

Gobind Singh, juga ahli parlimen Puchong-DAP yang berucap sebelum Lim Guan Eng, memberi janji kepada keluarga Teoh dan rakyat bahawa DAP akan cuba sedaya upaya menegakkan keadilan untuk Teoh Beng Hock.

"Kita akan lawan sampai habis untuk Teoh Beng Hock! Biarlah mereka datang kepada kita, biarlah mereka menakutkan kita dengan laporan polis, biarlah mereka ugut kita dengan tuduhan hina mahkamah. Biarlah mereka buat apa sahaja yang perlu..." sebelum beliau menyambung, "Tetapi mereka tidak akan dapat mematahkan semangat kita, kerana kita akan terus berjuang, tuan-tuan dan puan-puan!"

Kenyataan SPRM undang kritikan

Antara yang menjadi isu semalam, termasuklah kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Abu Kassim bin Mohamed, yang ditulis dalam bahasa Cina buat kali pertamanya. Tuntutan ahli politik jelas lebih daripada "ucapan takziah" dan "kenyataan berkongsi kesedihan", sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Kassim.

Misalnyam Gobind Singh mendesak Abu Kassim untuk tampil ke depan dan membuat kenyataan terbuka bahawa ,"Ya, kami (SPRM) menerima bahawa beliau (Teoh) di bawah tahanan kami, kami menerima bahawa kami tidak sepatutnya menahannya sepanjang malam, kami menerima bahawa kami harus bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock!"

"Kalau benar anda sedih, kalau benar anda berkongsi kepiluan... (anda perlu) minta maaf, menerima tanggungjawab tersebut, dan memberi pampasan kepada keluarga Teoh Beng Hock," demikianlah syarat yang digariskan oleh Gobind Singh kepada Abu Kassim untuk membuktikan keikhlasannya. Malah, Gobind Singh juga mendesak Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz untuk meminta maaf. Sebelum ini, Nazri Aziz menuduh Teoh Beng Hock membunuh diri, dan pakar patalogi Pornthip Rojanasunan dari Thailand sebagai "penipu".

Punca kematian MJ dikenalpasti dalam setahun

Kesabaran khalayak teruji apabila inkues yang dijalankan belum menemui punca kematian Teoh Beng Hock, selepas setahun mendiang meninggal dunia. Lim Guan Eng mengambil contoh bagaimana bintang popular Micheal Jackson yang mati pada 25 Jun 2009, telah ditemui puncanya, bahkan pesalah telah dipenjarakan dalam masa setahun selepas kematian Micheal Jackson.

Beliau menyindir agar penyiasat yang meneliti punca kematian Micheal Jackson diupah untuk mengenalpasti punca kematian Teoh Beng Hock, kerana jelas mereka lebih cepat dalam melengkapkan kerja siasatan.

Di samping itu, speaker DUN Selangor Teng Chang Khim yang berucap selepas Setiausaha Agung partinya, meminta agar orang ramai menyahut seruan Lim Guan Eng untuk "meninggalkan kesedihan, kepedihan dan kepahitan dalam hati kita, dan menjelmakannya menjadi inspirasi untuk menjana reformasi bagi membawa pembaharuan kepada pentadbiran negara ini."

Kami tidak akan kompromi, keluarga Teoh

Adik perempuan mendiang Teoh Beng Hock juga tampil memberi ucapan, menyeru agar rakyat Malaysia memberi sokongan kepada keluarganya untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan untuk Beng Hock.

Dalam satu klip video yang disediakan, Teoh Lee Lan menulis, "Tidak kira betapa lama kami menunggu, kami sebagai keluarga (Teoh Beng Hock) tidak akan kompromi, sehinggalah kebenaran ditemui. Kami berharap kawan yang ada di sini, seluruh warga Malaysia untuk bersama kami, sehingga kebenaran menjelma. Beng Hock memerlukan kesaksamaan, Malaysia memerlukan keadilan."

Teoh Lee Lan melanjutkan tuntutan keluarganya, agar Suruhanjaya Di-Raja ditubuhkan untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock, dalam satu majlis memperingati Beng Hock di kuburnya, hari ini.

Malah, ahli parlimen Serdang-DAP, Teo Nie Ching menyatakan tuntutan ini dalam teks ucapannya pagi ini, "Beng Hock, tiada perkataan yang dapat menterjemahkan kemarahan kami! Kami tidak akan membiarkan kematian kamu menjadi sia-sia! Kami masih lagi berkeras dan mendesak agar kerajaan pusat menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat punca kematian kamu."

Teo Nie Ching meneruskan, "Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar keluhan dan kesedihan kita? Dengan kes kematian mendiang Teoh Beng Hock, diharapkan ianya dapat menamatkan episod keganasan yang sering muncul mutakhir ini."

"Saudara Beng Hock, semangat kamu akan sentiasa tersemat di hati kami selama-lamenya sebagai seorang pejuang! Dalam pada masa yang sama, kepada semua, kita harus melawan dan pertahankan demokrasi demi keadilan! Kita juga harus menjadikan kesedihan ini sebagai satu azimat untuk kita melakukan Perubahan demi Malaysia yang lebih adil!"

Soh Cher Wei balu Teoh Beng Hock juga muncul di upacara peringatan Teoh Beng Hock di Semenyih, hari ini, bersama cahaya matanya dengan Teoh Beng Hock. Ketika ditemuramah wartawan, Soh mendakwa keadaan dirinya agak baik sepanjang tahun ini. -MR


Rakan Perjuangan Beng Hock Ikrar Tegakkan Keadilan, Bongkar Kebenaran

NILAI 17 Julai - Keluarga dan sahabat terdekat mendiang Teoh Beng Hock hari ini menziarahi kuburnya di Nirvana Memorial Park, Semenyih sempena memperingati setahun kematiannyaa pagi tadi.

Suasana pilu dan tangisan menyelubungi seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mendiang Beng Hock, pembantu politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati semasa disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ibu mertua Beng Hock dilihat meratapi pemergian Beng Hock yang sepatutnya menjadi menantunya pada hari yang beliau ditemui mati.

Lebih kurang 150 orang hadir dalam majlis yang berlangsung selama dua jam setengah, kebanyakannya telah berada di situ sejak pukul 8 pagi tadi.

Anak mendiang, Teoh Er Jia yang berusia empat setengah bulan juga hadir buat kali pertama di khalayak ramai.

"Saya harap dia membesar macam orang biasa, jauh dari mata semua orang. Normal itu bagus," kata isteri Beng Hock, SohCher Wei yang tidak membenarkan gambar anaknya diambil daripada depan.

Rakan seperjuangan Beng Hock mengambil peluang memberikan ucapan bagaimana mereka memperingatinya, tetapi kebanyakkan berkata akan memperjuangkan keadilan ke atas kematian tragik shabat mereka itu.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata semasa menziarahi kubur Beng Hock beliau akan mendesak supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat perkata itu.

Pada masa yang sama beliau turut membidas inkues yang sedang berjalan gagal untuk mendedahkan perkara sebenar.

Pembantu kepada Exco Selangor berusia 30 tahun itu ditemui mati di Tingkat 5, Plaza Masalam, di mana ibu pejabat negeri SPRM terletak ketika itu.

Sebelum itu banyak teori timbul dalam soal bagaimana mendiang mati dan inkues yang sedang didengar dikatakan bercanggah dengan bukti yang dikemukakan ahli patologi yang dilantik SPRM yang mengatakan kemungkinan beliau membunuh diri.

Ahli patologi yang mewakili kerajaan negeri Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand pula berkata 80 peratus kemungkinan Beng Hock telah dibunuh.-SK


Ulasan GB

Sekalipun sudah ada inkues, mengapa kematian Teoh masih gagal ditentukan sebabnya?

Kerana tidak ada kejujuran untuk mendedahkan kebenaran. Yang ada adalah untuk melindungi pembunuhnya.

"Teoh terjun", "Teoh jatuh" - teori yang disebutkan oleh pegawai SPRM sejak awal sebelum penubuhan inkues lagi, itu saja tumpuan yang diberikan di dalam inkues.

Rakyat tidak bodoh apatah lagi Allah yang tidak buta dan dungu. Kebenaran akan tetap zahir walau cuba diselindungi oleh manusia-manusia durjana.

17 Jul 2010

Hasmuzair, Setiausaha Kerja AMK Meninggal Dunia

Setiausaha Kerja AMK Pusat, Hasmuzair Hassan Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalanraya

Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Hasmuzair Hassan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori diKampung Subang kira-kira pukul 2 petang tadi.

Beliau dipercayai mangsa langgar lari oleh sebuah lori yang telah bergeser dan menyebabkan motosikal yang ditunggang beliau hilang kawalan danjatuh di jalanraya.

Butiran berkenaan lori termasuk nombor pletnya telah diberi kepada polis untuk siasatan lanjut.

Allahyarham, 33, meninggalkan isteri Nazylinda Abdullah, 29 tahun dan tigaorang anak, Nazzratul Alya, 6 tahun, Hasrul Alif, 5 tahun dan HasrulAfiq, satu setengah tahun.

Allahyarham adalah anak keempat daripada 11 adik beradik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berada di rumah mayat Hospital Sg Buloh bersama pimpinan AMK, kaum keluarga serta rakan seperjuangan menyifatkan Allahyarham Hasmuzair sebagai seorang yang ceria, aktif dan sentiasa bersedia untuk berkorban demi rakan dan parti.

"Arwah tidak pernah lekang dalam tugasnya, hingga tengah malam punsanggup bekerja untuk parti," kata Nik Nazmi.

Fariz Musa, rakan karib arwah dan juga Timbalan Ketua AMK Pusat menyuarakan kesedihan yang amat sangat atas kehilangan Allahyarham yang lbih disenangi dengan panggilan Jack.

"Jack merupakan seorang rakan dan bapa yang begitu baik, tiada ganti kehilangan beliau," kata Fariz yang masih tidak dapat menerima kehilangan rakan yang dikenali beliau selama lebih sedekad.

Solat jenazah telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Dr Badrulamin Bahron.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Hospital Sg Buloh selepas bedah siasat malam ini untuk dikebumikan pagi esok dikampung halamannya di Kampung Simpang Geti, KM2 Jalan Mata Air, Arau, Perlis.

AMK telah mewujudkan tabung bantuan bagi isteri beliau yang tidak bekerja serta tiga anak kecil Allahyarham untuk meringankan beban kehidupan keluarga yang ditinggalkan.

Ahli KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat, rakan serta orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada akuan Nazylinda di akaun Ambank nombor 0040024033611.

Al Fatihah.

Persidangan FBI Di Kuala Lumpur Bukti Umno-BN Agen Amerika

Selepas menyerang kredibiliti Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkan beliau sebagai agen Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), kerajaan Umno-BN kini menghadapi tamparan besar apabila bukti jelas menunjukkan mereka sebenarnya tunduk kepada kuasa besar Amerika Syarikat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard mendedahkan satu Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI NAA) Bahagian Asia Pasifik ke-13 akan diadakan di Kuala Lumpur mulai 19 hingga 23 Julai ini.

"FBI atau Federal Bureau of Investigations (Biro Siasatan Persekutuan) merupakan cabang militan kerajaan Amerika Syarikat untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain.

"Adalah amat memalukan pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis AS yang menyeksa manusia khususnya umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan," ujar CheGuBard dalam satu kenyataan media.

CheGuBard yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata latihan pegawai kanan polis itu merupakan sebahagian daripada program AS untuk mempengaruhi individu yang mempunyai kedudukan penting dalam institusi seperti polis, tentera, kehakiman, parlimen dan pertubuhan bukan kerajaan NGO dengan alasan memerangi keganasan.

"Di Iraq dan Afghanistan pihak FBI telah melatih beratus pegawai bagi memastikan negara itu terus patuh kepada kehendak AS apabila tenteranya berundur meninggalkan negara itu," kata beliau.

Menurutnya, selain beberapa buah negara seperi Arab Saudi dan Mesir, perhatian Amerika Syarikat tertumpu kepada Indonesia, malah AS juga sudah menarik balik sekatan jualan dan bantuan ketenteraan yang dikenakan ke atas Indonesia sewaktu rejim pemerintahan presiden Suharto.

"Pasukan polis elit di Indonesia turut mendapat latihan di AS dengan bekerjasama rapat dengan CIA, FBI dan unit perisik Australia dengan tujuan utamanya memerangi aktiviti ‘pengganas'. Berdasarkan laporan Reuters, sekitar 2,800 pegawai tentera Indonesia pada masa ini sedang menjalani latihan di AS," ujarnya.

CheGuBard berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman sesawang FBI, pelatih akan di bawa untuk mengunjungi Muzium Holocaust di Washington DC sebagai salah satu dari ‘komponen moral dan etika untuk latihan.’

"Sudah tentu agenda tersembunyi ini adalah untuk melahirkan simpati terhadap Zionis Israel, mengesahkan penubuhan Israel di tanah Palestin dan mewajarkan dasar pro-Israel oleh AS," jelas beliau lagi.

Tambah CheGuBard, latihan untuk pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia telah bermula sejak 1964 di mana sejumlah 58 pegawai kanan polis terlibat termasuk penyertaan bekas Ketua Polis Begara, Tun Hanif Omar.

Daripada jumlah itu seramai 16 pegawai kini masih dalam perkhidmatan polis.

"Sewaktu kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ke Rumah Putih pada Mei 2002, Malaysia dan AS telah menandatangani deklarasi bersama untuk memerangi pengganas di Asia Tenggara. Pada 1 Julai 2003, Pusat Wilayah Asia Tenggara bagi Menentang Keganasan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Apa yang lebih menarik, bekas Presiden Bush telah mengumumkan penubuhan pusat itu sewaktu mesyuarat APEC di Mexico pada 2002.

"Pada 3 Mei 2002, Datuk Seri Najib Razak dalam syarahannya di Heritage Foundation di AS, mendedahkan bahawa Malaysia telah membenarkan kapal terbang tentera AS menggunakan ruang udara Malaysia sewaktu Operasi Enduring Freedom di Afghanistan. Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia membantu AS dalam menangkap dan menyerahkan suspek pengganas yang dikehendaki oleh AS," jelas beliau.

GheGuBard mendakwa Malaysia turut membantu AS menangkap dan menyerahkan suspek pengganas dikehendaki oleh AS seperti yang berlaku kepada beberapa individu yang ditahan ISA beberapa bulan lalu mempunyai kaitan dengan agensi risikan AS.

"Kami percaya penangkapan dan penghantaran pulang pelajar Islam luar negara baru-baru ini, dimulakan oleh agensi perisikan AS dan Australia yang merekarekacipta bukti terhadap aktivis Islam," ujarnya.

Justeru beliau menggesa Umno-BN supaya menghentikan segera Persidangan FBINAA dan tidak menghantar pegawai polis atau tentera untuk mendapat latihan dengan AS.

Sebaliknya, kerjasama patut dilakukan bersama India, Sweden, Iran dan lain-lain negara selain kuasa besar itu.

"AS seharusnya dihormati sebagai sebuah negara tetapi tidak boleh disembah sebagai tuan. Solidariti Anak Muda Malaysia sedang mempertimbangkan secara serius beberapa tindakan jika regim tidak mahu berganjak termasuk dengan 'menyerbu' persidangan tersebut," tegas CheGuBard. -SK


MAPPIM Dakwa Persidangan FBINAA Semai Kebencian Terhadap Pergerakan Islam

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) membantah dengan sekeras-kerasnya Persidangan FBI National Academy Associates Asia Pasifik (FBINAA) ke-13 di Kuala Lumpur kerana mendakwa Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat itu terlibat dalam strategi menentang pergerakan Islam diseluruh dunia dan melabelkannya sebagai kumpulan penganas.

"Ini adalah amat memalukan, kerana pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis yang menyeksa umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan," kata Setiausaha Agung MAPPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mod Azmi FBI merupakan cabang ketenteraan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain manakala National Academy melatih pegawai kanan polis dari AS serta mereka dari luar AS termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, Israel dan lain-lain negara.

"Walaupun latihannya jelas untuk memajukan kepakaran penguatkuasaan undang-undang, ia juga menyampaikan maklumat kepada pelatih berkenaan persepsi AS berhubung isu global. Contohnya, pelatih akan diasak dengan kepentingan dan keperluan untuk memerangi keganasan global.

Pergerakan Pembebasan Kebangsaan seperti Hezbollah, Hamas dan penentangan terhadap pendudukan AS di Afghanistan dikategorikan sebagai pengganas," tambahnya dalam kenyataan itu.

Latihan untuk pegawai kanan polis Malaysia di Akademi itu bermula pada 1964 dengan penyertaan Penolong Pesuruhjaya Kanannya, Kassim Ali.

Sejak itu, sejumlah 58 pegawai kanan polis telah mengikuti kursus termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.

Enam belas daripada kumpulan awal tersebut masih lagi di dalam perkhidmatan.

Selepas peristiwa 11 September, Polis DiRaja Malaysia menjadi rakan baru dalam memerangi pengganas global bersama AS kata MAPPIM.

Sewaktu kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ke Rumah Putih pada Mei 2002, Malaysia dan AS telah menandatangani deklarasi bersama untuk memerangi pengganas di Asia Tenggara.

Beliau berpendapat Kempen 'Memerangi Keganasan Global' telah menimbulkan kesangsian.

Dasar, perancangan dan perjanjian yang dibuat di bawah pentadbiran Presiden AS yang baru, Barack Obama masih diteruskan.

MAPPIM berkata kini sudah tiba masanya untuk menghapuskan dasar ini dan keganasan yang dianggap sebagai jenayah yang perlu ditangani di bawah undang-undang negara dan antarabangsa.

"Malaysia perlu menilai semula hubungannya dengan AS memandangkan kepada dasarnya yang membawa kepada perubahan rejim di negara Islam yang merdeka, menggalakkan perpecahan antara mazhab, menyemai pertelingkahan sesama Islam dan juga antara negara Islam, dan penentangan terhadap pelaksanaan syariah untuk umat Islam," tambah Mohd Azmi.

Saranan Laporan Goldstone berhubung jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia oleh keganasan Israel ke atas Gaza pada November 2008 dan penubuhan jawatankuasa bebas antarabangsa untuk menyiasat keganasan Israel terhadap Freedom Flotilla dan pembunuhan sembilan sukarelawan kemanusiaan Turki digagalkan oleh tindakan AS untuk melindungi Israel.

"Kami merasa amat terkejut memandangkan kesengsaraan dan penderitaan saudara-saudara kita tidak menyentuh perasaan pegawai kanan polis kita. Bagaimana mereka boleh bekerjasama dan meraikannya dengan mereka yang menimbulkan kekacauan di dunia Islam.

"Kami menggesa kerajaan menghentikan segera Persidangan FBINAA dan tidak menghantar pegawai polis atau tentera untuk mendapat latihan di AS. Sebagai ganti mereka boleh dilatih di negara lain seperti India, Sweden, Iran dan lain-lain negara yang tidak mempunyai agenda hegemoni," kata Mohd Azmi lagi. -SK


Kenaikan Harga Berlaku Secara Senyap, Demo Protes Untuk Turunkan Najib & UMNO

Pengumuman Kenaikan Harga 'Secara Sembunyi', Persatuan Pengguna Kesal

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor, Datuk Dr. Jacob George kesal dengan tindakan kerajaan yang tidak memaklumkan kepada rakyat terlebih dahulu berikutan kenaikan lima barangan keperluan harian.

Ujar beliau, kerajaan seharusnya bertindak proaktif dan tidak membebankan masyarakat pengguna khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

"Hanya saya dukacita, bila buat pengumuman itu, buat dengan cara sembunyi. Tidak perlu buat seperti itulah lain kali. Seminggu sebelum itu tolong beri satu tarikh. Beritahu pada masa ini, kita sudah ada masalah dan kita akan tarik balik 10 atau 5 sen.

"Jadi minda kita sedia, boleh kita buat adjustment sikit," katanya.

Dr Jacob sebaliknya menggesa kerajaanmempertimbangkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat milik kerajaan dan juga pemberian subsidi gas kepada Penjana Kuasa Bebas (IPP).

Beliau juga mencadangkan satu jawatankuasa dibentuk bagi memastikan bantuan subsidi kepada kelompok sasaran, benar-benar kesampaian.

"Rayuan saya masih sama. Kita tidak mahu monopoli kepada gergasi-gergasi yang bawa masuk gula dan sebagainya. Di sanalah kita nampak ada salah guna kuasa dan macam-macam cerita.

"Kita tarik balik subsidi dan pertolongan yang diberikan kerajaan dari atas ke bawah. Kita jangan mula dari atas ke bawah, macam selalu. Kita target orang-orang atasan. Korporat GLC. Orang yang dapat subsidi, kita potong dari atas," katanya. -TVS


Kenaikan 5-dalam-1: PROTES rancang ke jalanan

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) sedia turun ke jalanan bagi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam tadi.

"Kita tidak menolak kemungkinan untuk turun ke jalan raya (bagi membantah kenaikan harga itu)," kata Penyelaras PROTES, Dr Mohd Hatta Ramli ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sehubungan itu, katanya, gabungan berkenaan dijadualkan bermesyuarat pada Ahad ini bagi mengkaji dan menentukan tindakan-tindakan yang lain.

Menurutnya, mesyuarat tersebut akan diadakan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada jam 10 pagi.

"Kita tidak menolak kemungkinan turun ke jalan raya dalam masa terdekat. Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

PROTES terdiri daripada gabungan daripada parti politik dan NGO antaranya Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan MTUC.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa hari ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen mankala RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan.

Harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Menurut Najib, dengan kenaikan yang didakwa sebagai 'penyelarasan harga' tersebut, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM750 juta perbelanjaan negara tahun ini.

Sementara itu, Harkahdaily melaporkan bagi PROTES, strategi kerajaan itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikan itu kecil dan tidak membebankan.

Dr Hatta dipetik sebagai berkata kenaikan tersebut mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti yang dicanangkan Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sebelum ini.

"Kononnya akan tumbuh 6 peratus, tetapi kenaikan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya," ujar beliau yang juga Bendahari PAS Pusat.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan mendakwa kenaikkan harga gula dan minyak itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat.

"Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambung naik," tkatanya.

Mengulas alasan kerajaan kononnya pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ia tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno-BN.-mk


16 Jul 2010

Bukti Kerajaan Najib Melembukan Wartawan Media Arus Perdana

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu. -mk

Kenaikan Harga Tidak Membebankan... Ungkapan Bangsat Yang Basi

Kabinet akan pantau reaksi rakyat, pasaran berikutan pengurangan subsidi

Kabinet akan memantau reaksi rakyat dan keadaan pasaran berkaitan penyelarasan subsidi membabitkan bahan api dan gula yang diumumkan semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha di sini.

"Pada peringkat ini, secara keseluruhannya orang ramai boleh menerima penyelarasan subsidi itu," katanya kepada media sebelum berlepas dengan penerbangan sulung Penerbangan Malaysia (MAS) ke Bandung, iaitu destinasi ke-enam MAS ke Indonesia, hari ini.

Kong yakin kenaikan harga bahan api dan salah satu barang kawalan itu tidak akan membebankan rakyat.

Namun, beliau berharap peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang yang berkaitan.

"Pengurangan subsidi bukan saja mengurangkan beban kerajaan tetapi turut mengelakkan penyeludupan."

"Walau pun harga gula dinaikkan tetapi di Thailand gula berharga RM2.60, harga kita RM1.90 dan ia masih ada perbezaan. Singapura pula RM3.70... masih ada jarak yang besar antara dua negara ini."

Beliau berharap rakyat melihat penyelarasan ini dalam sudut yang positif.

"Pengurangan subsidi adalah sebahagian daripada pengurusan perbendaharaan negara," katanya.

Ketika mengulas status permohonan AirAsia untuk mendapatkan laluan ke Sydney, Kong berkata "kementeriannya akan memberikan pertimbangan penuh terhadap syarikat penerbangan itu."

AirAsia dilaporkan masih berusaha untuk mendapatkan laluan itu selepas gagal pada percubaan pertama Jun lalu. - Bernama

Ulasan GB

Masyarakat marhaen terus tertindas dan dizalimi oleh kerajaan UMNO BN dengan kenaikan harga barang keperluan yang diumumkan semalam.

Ungkapan "kenaikan harga tidak membebankan rakyat" dan "peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang" adalah kenyataan-kenyataan bangsat dan basi pada setiap kali kenaikan harga diumumkan kerana adalah mustahil kenaikan harga berkenaan tidak membebankan rakyat dan adalah mustahil juga para peniaga lain tidak menaikkan harga barangan berkaitan kerana kos pengeluaran telah meningkat.

Ramadhan semakin hampir, bererti juadah berbuka puasa akan bertambah mahal. Kueh yang dahulunya 3 keping seringit akan menjadi 2 keping seringgit.

Begitulah yang lain-lain apabila kos gas dan kos pengangkutan turut naik.

Kesan tidak dirasai oleh mereka yang berpendapatan tinggi, tetapi akan mencerut leher mereka yang berpendapatan rendah.


Kecurian Pasir Berkurangan Berbanding Zaman Pemerintahan UMNO BN

Selangor Tegas Atasi Curi Pasir, Rampas Peralatan & Tanah

Kesungguhan diiringi tindakan tegas yang dilakukan kerajaan Selangor dalam mengekang masalah curi pasir berjaya mengurangkan kejadian itu dari berleluasa berbanding ketika zaman pemerintahan kerajaan Umno Barisan Nasional.

Hal ini ditegaskan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Ariff Abdul Rahman yang membandingkan rekod pengurangan kecurian pasir pada zaman pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding Umno BN.

“Kecurian pasir sebenarnya sudah kurang dan apakah kerajaan negeri sudah membuat pemantauan hari-hari dan rondaan, setiap-setiap pejabat daerah perlu membuat rondaan kerana untuk memulakan operasi satu pasir, ia mengambil masa.

“Ia tidak boleh mengambil masa satu dua jam. Bila kita jalankan rondaan kalau ada batu, dan kedua kita adakan kawalan secara statik,” katanya.

Selain meletakkan penguatkuasa kerajaan di kawasan yang disyaki berlaku kecurian pasir, kerajaan negeri juga mengerah anggota Rela bagi memantau kegiatan berkenaan.

Tawaran ganjaran RM55 000 bagi aduan sehinggakan kerajaan negeri dapat membanteras masalah kegiatan curi pasir.

“Kami memberi mereka elaun untuk mereka bersama-sama dalam 24 jam sehari maknanya kawasan itu ada kawalan,” katanya.

Kerajaan negeri menggunakan dua pendekatan berbeza dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan terhadap pencuri pasir berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Bagi tanah kerajaan, kita masuk ke kawasan itu, ada sahaja mesin apa sahaja jentera di atas tanah kerajaan, kita rampas. Pada tahun lepas sahaja kita telah rampas 27 barang peralatan perlombongan pasir,” katanya.

Bagi kes kecurian pasir di tanah milik persendirian, kerajaan negeri tidak ada kuasa merampas barangan dan peralatan melombong pasir tetapi mengeluarkan Notis 7A dan 8B kepada pemilik tanah.

Kegagalan pematuhan kepada notis berkenaan, sama ada tidak berupaya memulih tanah atau gagal memberi penjelasan, membolehkan tanah mereka dirampas yang dibuat berdasarkan Notis 8A.

Untuk rekod, sebanyak 11 lot tanah dirampas setakat ini manakala 86 lagi lot tanah dalam proses tindakan sama. -SK

Ulasan GB

Apa khabar Khir Toyo? Apa khabar Utusan Merapu? Apa khabar Barita Haram? Apa khabar Media Primadona?

Rolls Royce Guna Nama "Sultan Melaka" Dirampas

Polis merampas sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce (RC) bernilai RM2.85 juta yang menggunakan lambang nama "Sultan Melaka" sewaktu majlis perasmian bangunan oleh sebuah syarikat pelaburan tempatan di Bandar Puteri, Puchong, di Serdang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata hasil siasatan mendapati kenderaan mewah yang tertulis "DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah" itu disewa daripada sebuah kedai jual kereta terpakai dengan menggunakan nama Sultan Melaka supaya mampu menarik kepercayaan pelabur asing.

"Kami juga menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 35 tahun yang mendakwa pemandu dan penganjur majlis itu untuk siasatan lanjut. Setelah diperiksa, seorang daripada mereka positif dadah jenis ketamin," katanya pada sidang media di Serdang.

Abd Razak berkata polis akan mendapatkan keterangan daripada Raja Noor Jan Shah, yang sebelum ini pernah mendakwa dirinya waris Kesultanan Melaka, sama ada beliau mengetahui namanya digunakan oleh syarikat pelaburan berkenaan.

"Kes ini juga akan dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk siasatan lanjut dan lelaki yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya," katanya.

Majlis kira-kira pukul 1 petang itu disedari sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar kawasan itu dan mendapati kenderaan mewah yang dipamerkan itu menjadi tumpuan ramai terutama kira-kira 150 pelabur asing dari Hong Kong, China dan Vietnam.

"Setakat ini, polis hanya menahan seorang individu atas kesalahan positif dadah dan dua lagi dibebaskan. Namun siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mendapatkan keterangan daripada wakil syarikat pelaburan berkenaan," katanya.-Bernama Gambar: Metro

Setahun Berlalu, Apa Muslihat SPRM Mengucap Takziah Kepada Keluarga Teoh?

SPRM berkongsi kesedihan kematian Teoh

Sehari sebelum ulangtahun pertama kematian Teoh Beng Hock, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah yang dilihat luar biasa dengan secara terbuka menyatakan yang ia turut berkongsi kepiluan dan kesedihan dengan keluarga mendiang ekoran insiden malang itu.

Ianya terkandung dalam kenyataan tiga perenggan - dalam bahasa Mandarin - yang diemelkan kepada pihak media hari ini.

"Saya mewakili diriku sendiri dan semua kakitangan SPRM. Kami berkongsi kesedihan dan kekecewaan bersama-sama dengan keluarga Teoh terhadap apa terjadi pada 16 Julai 2009," kata ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed dalam kenyataan tersebut.

"Walaupun setahun sudah berlaku sejak berlakunya insiden malang itu, kami masih merasa kesedihan dan kepiluannya. Sebagai seorang ayah dan yang paling tua dalam keluarga, saya dapat merasai betapa dalamnya kepiluan yang tidak tertanggung apabila anggota keluarga," tambahnya.

Abu Kassim berharap keputusan inkues kematian Teoh dapat diketahui secepat mungkin.

"Sebagai pesuruhjaya SPRM, saya menegaskan bahawa kami akan mematuhi keputusan inkues tersebut. SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini."

Beliau juga berkata, langkah-langkah seperti meningkatkan keselamatan saksi dan penambahan prosedur yang berkaitan dengan saksi, telah diambil bagi memastikan sejarah itu tidak akan terulang.

Selepas Teoh, 30 - pembantu politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati pada 16 Julai tahun lalu selepas disoal siasat semalaman di pejabat SPRM Shah Alam, imej suruhanjaya itu telah tercemar teruk, terutama di kalangan masyarakat Cina.

Sejak itu, SPRM telah mengambil inisiatif untuk memulihkan imejnya di mata rakyat, termasuk merekrut kakitangan di kalangan mereka yang boleh bertutur bahasa Cina serta memperuntukkan RM500,000 untuk menerbitkan sebuah siri TV mengenai SPRM dalam bahasa Mandarin.

Ulasan GB

Begitulah tajuknya, apa muslihat sebenar SPRM memohon maaf setahun setelah kematian Teoh Beng Hock?

Inkues masih berjalan, dan rakyat sedang mengikuti perekmbangan inkues dengan penuh teliti.

Daripada keterangan-keterangan saksi SPRM, rakyat berpersepsi, SPRM masih terus menyembunyikan sesuatu, melakukan cover-up terhadap jenayah seorang pegawai kanannya dengan rekaan satu sandiwara sejak hari mula Teoh ditemui mati bahawa - Teoh kononnya terjun bangunan.

Keterangan dan siasatan ahli patologi lansung terbabas. Tidak ada rakyat yang waras boleh menerima keterangan mereka yang sarat dengan andaian-andaian yang tidak logik.

Ya, benar-benar kini perlu disiasatkan, apa motif dan muslihat sebenar SPRM?

Apakah mereka telah mengetahui "keputusan" inkues yang bakal tidak berpihak kepada keluarga Teoh? Atau apa?

Tiada siapa boleh menyekat rakyat dari berteka-teki seperti di atas kerana SPRM sendiri yang telah memulakan langkahnya.