18 Jul 2010

Rakyat Sokong Tindakan PROTES Bantah Kenaikan Harga

PROTES Lancar Gerakan Bantah Kenaikan Harga Barangan

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) bercadang untuk mengadakan beberapa siri demonstrasi dan program penerangan sebagai sebahagian daripada kempen bantahan terhadap tindakan terbaru kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG).

Menurut penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli satu perjumpaan akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 28 Julai ini sebagai langkah permulaan kempen bantahan yang dirancang.

"Pada hari tersebut, kita akan susun beberapa siri aktiviti seperti edaran risalah dan menetapkan tarikh 'road show' di seluruh negara. Dalam mesyuarat hari ini, kita bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan itu. Ia merupakan acara kemuncak dan dilihat sangat berkesan," kata Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dijangka hadir pada perjumpaan itu termasuk Pengarah Strategi KEADILAN Tian Chua, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, wakil Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah, wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema).

Dr Hatta juga memberitahu Protes akan menyegerakan tindakan dan kempen sebelum pertengahan bulan Ogos menjelang bulan Ramadhan.

Beliau menjangkakan program tersebut akan disertai oleh banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan sekerja dan mahasiswa.

Ketika ditanya mengenai tindakan Perdana Menteri yang menaikkan harga minyak dan keperluan asas, sebaik sahaja sidang Parlimen tamat, Dr Hatta menegaskan terlalu jelas ketakutan yang diperlihatkan oleh Barisan Nasional.

"Sebaik sahaja persidangan tamat, kita mendapat maklumat mengenai perkara tersebut. Memang dia tidak berani untuk berhadapan dengan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat," kata beliau.

Dr Hatta turut menyelar tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memanipulasikan istilah dalam kenyataan media bagi mengelirukan rakyat seperti 'rasionalisasi' dan 'penyelarasan' harga bahan bakar dan keperluan asas.

"Itu semua alasan 'karut-marut' Barisan Nasional. Kalau nak mengurangkan penggunaan gula, bukannya dengan cara menaikkan harganya. Kita sepatutnya mendidik masyarakat berkenaan kesan daripada pengambilan gula berlebihan melalui program kesihatan," tambahnya.

Beliau menjangkakan kesan berantai akibat dari kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan harga dalam makanan, terutamanya kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, sama ada pengguna mahu pun peniaga yang bakal menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal akan datang.

"Kenaikan bahan makanan pun telah meningkat, ditambah pula dengan kenaikan harga bahan bakar. Ini membebankan, terutamanya kepada kakitangan dan swasta yang berpendapatan kecil, serta peniaga kecil-kecilan," tambahnya.

Dr Hatta menyelar tindakan kerajaan yang boros dalam pengurusan. Dalam pada masa yang sama memangsakan rakyat dengan memotong subsidi.

Baginya penjimatan perbelanjaan kepada kerajaan berjumlah sebanyak RM750 juta itu sebenarnya boleh diperolehi dengan cara lain antaranya mengurangkan pemberian subsidi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), mengurangkan perbelanjaan kepada projek mega dan mengelakkan ketirisan.

"Kesan kepada rakyat akan berganda. Tindakan (kenaikan) ini menambah kesengsaraan. Kelihatan kerajaan seolah-olah berdendam dengan rakyat," katanya. -SK


PAS tidak pergi ke jalanan untuk protes

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata parti itu tidak akan menganjurkan protes jalanan mengenai kenaikan harga petrol dan gula yang berkuasa mulai semalam.

Beliau kelihatan bersetuju dengan tindakan para pemimpin pusat mengenai keperluan untuk memotong subsidi memandangkan hutang negara semakin meluas dan berkata terdapat "beberapa isu lain" yang perlu diberi perhatian.

"Tidak, saya tidak fikir kita perlu menganjurkan demonstrasi jalanan. Terdapat baik buruknya perkara ini dan kita mesti memikirkan nasib rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini semalam.

PAS biasanya menganjur protes di jalan-jalan raya sebagai menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak terutama ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi apabila harga bahan itu dinaikkan lima kali sejak bekas perdana menteri itu mengambil alih pentadbiran pada Oktober 2003.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak, harga petrol telah dinaikkan sebanyak dua kali untuk RON97 dan sekali untuk RON95, yang baru diperkenalkan di pasaran Malaysia tahun lalu.

Kesan selepas kenaikan harga petrol

Lewat petang semalam, kerajaan pusat mengejutkan rakyat apabila secara tiba-tiba mengumumkan pengurangan subsidi ke atas beberapa barang keperluan. Harga baru berkuatkuasa mulai tengah malam.

Gula naik 25 sen sekilo (harga baru RM1.90 sen sekilo) sementara minyak jenis RON95 dan diesel naik lima sen sekilo (harga baru untuk RON95 ialah RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.)

Gas Cecair Asli (LPG) juga naik 10 sen. Harga baru ialah RM1.85 sekilo. Harga RON97 akan ditentukan oleh kuasa pasaran.

Mustafa lebih bimbang mengenai kesan kenaikan harga barang apabila para peniaga akan mengekploitasikan harga baru dan para pengguna menjadi mangsa.

Oleh sebab penguatkuasaan yang lemah, ahli-ahli perniagaan telah melonjakkan harga barang-barang keperluan ketika mengekalkan harga baru walaupun harga minyak turun.

Mustafa berkata jika kerajaan mahu mengurangkan bil subsidi yang membebankan, ia boleh membuat pilihan lain seperti mengkaji semula perjanjian kontrak dengan para pengeluar tenaga elektrik bebas, yang menikmati harga tinggi untuk kegunaan rakyat tetapi masih menerima subsidi. -FMT


Ulasan GB

Rakyat secara umumnya bersetuju dengan tindakan PROTES. Kena manifestasikan bantahan kepada kerajaan pimpinan Najib terhadap keputusan kerajaan yang menaikkan harga barangan secara mengejut.

Yang hairannya GB ialah kenyataan Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS yang nampaknya tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

Mustafa bertindak seperti seorang sahabat karib UMNO yang cuba untuk menghalang rakyat dari melakukan demo di jalanan. Mungkin beliau sudah ada perancangan lain - diplomasi - tetapi bagi GB dengan kerajaan UMNO BN yang kini, diplomasi bukan jalannya kerana mereka sepanjang masa adalah perompak dan penipu.

Dan GB tidak nampak juga Mustafa Ali sebagai seorang yang bijak. GB telah mengikuti perkembangan politik beliau semenjak beliau di dalam BN lagi, iaitu semasa di era Dato Asri di mana Mustafa dilantik menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Sementelah lagi, jika beliau bijak sangat berstrategi seperti mana yang disebutkan oleh beberapa orang, sudah pasti beliau menang di dalam PRU 2008 yang lalu.

Lagipun jawatan Setiuasaha Agong yang dipegangnya adalah lantikan Presiden, bukan pilihan ahli-ahli PAS.

Setiausaha Agong, malah Presiden dan mana-mana AJK Tertinggi PAS yang merasa telah kaya raya boleh tidur dirumah, biar ahli PAS yang miskin-miskin berdemo di jalanan.

Maaf Setiausaha Agong, kami tidak sehaluan dengan kamu di dalam bab ini.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS juga harus gerakakan penentangan kepada SPR supaya jadi lebih adil dan telus

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, PAS sudah ada wawasan membantu rakyat

Tanpa Nama berkata...

Yang senang hanya menteri UMNO, rakyat makin susah, mereka tak pernah kepasar?

Tanpa Nama berkata...

yg tak tau susah oghang umno hang penaiklah harga barang banyak mana pun depa takan meghongut kata keghajaan teghok malah depa seghonok jadi penyokong umno/bn sekali sekala depa dibawak pimelawat lepaih tu balik oghang bagi duit lagi leppaihtu kalau ada majlis oghang panggay pi pu aghang bagi duit lagi pendek kata semua oghang bagi duit.

Tanpa Nama berkata...

kalau biarkan UMNO perintah malaysia lagi, semua rakyat terpaksa hidup melarat

Tanpa Nama berkata...

harga barang makin naik, insuran mahal, harga minyak kualiti murah dijual mahal,UMNO nak kumpul wang pilihanraya, harga UMNO makin jatuh dan tak bernilai dikalangan orang muda

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas semakin perihatain masaalah rakyat berbanding UMNO, wajar Pas jadi pemimpin utama orang melayu dan islam

Tanpa Nama berkata...

UMNO mendahulukan rakyat hidup susah, pemimpin UMNO hanyalah fikir kenapa mereka tak dapat projek gali pasir di selangor

Tanpa Nama berkata...

ooops.... bukan kenaikan harga barang... pelarasan subsidi... AGAKNYA BINI DAN NAJIB NI sangka kita ni bodoh mcm najib kot... dibodohkan dek bini.... TUNGGULAH BALASAN DARI ALLAH AKAN DATANG JUGA KEPADA KAMU WAHAI BINI DAN NAJIB... TUNGGU YA....

Tanpa Nama berkata...

TUMBANGKAN bn PRU 13, KALAU TIDAK KITA MAKIN MELARAT

Tanpa Nama berkata...

Najib juga makin tindas rakyat dengan saman ekor yang belum tentu kebenarannya, tapi tentu nak cari wang dari rakyat