13 Mei 2009

Hanya Kulit Zambry Saja Yang Sama Dengan Mereka!

Sebenarnya saya hendak menulis mengenai perkara ini malam tadi lagi. Ia berkaitan kenyataan Zambry yang dipetik di Petaling Jaya kelmarin yang menyamakan perjuangannya dengan Nelson Mandela dan Mahatma Ghandi. Berejam-rejam saya memikirkan di manakah persamaan watak dua kelompok manusia ini, di mana persamaannya antara Mandela/Ghandi dengan Zambry? Pikir punya pikir, tak dapat juga, hingga mata pun terpejam di meja komputer, tak dapat tulis apa-apa....

Hari ini bangun pagi memikir lagi di mana persamaan Zambry dan dua tokoh popular itu? Sungguh, saya tak dapat jawapannya, kecuali:

Mandela dan Ghandi pejuang kemerdekaan bangsa, Zambry pula pejuang yang merompak suara majoriti rakyat.

Mandela dan Ghandi pejuang persamaan hak manusia universal tanpa mengira perbezaan warna kulit dan agama, Zambry pula pejuang yang mempertahankan ketuanan Melayu sempit.

Mandela dan Ghandi pejuang yang rela masuk penjara demi mempertahankan negara, Zambry pula pejuang pangkat yang rela menggunakan mahkamah untuk kembali menduduki takhta MB yang bukan haknya.

Mandela dan Ghandi tidak mementingkan kuasa, Zambry lari sana-sini untuk mempertahankan kuasa.

Mandela dan Ghandi berperwatakan pemalu, Zambry pula tidak malu mengaku dirinya MB yang tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana mahkamah.

Mandela berkulit hitam, Zambry pun berkulit hitam.
Ghandi pejuang India, Zambry moyangnya berasal dari India.

Oh, akhirnya saya telah mendapat jawapannya, itulah persamaan antara mereka yang saya cari-cari sejak malam tadi! :

Mandela berkulit hitam, Zambry pun berkulit hitam
Ghandi pejuang India, Zambry moyangnya berasal dari India. -pendikargunungkriang


Syarat Yang Diletak Oleh Najib Altantuya Amat Tidak Waras

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyelar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kerana meletakkan syarat yang tidak waras sebelum berunding dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

"Najib kata, kita (PR) seharusnya tidak meletakkan sebarang terma dan syarat bagi apa-apa jua perundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

"Suruh kita jangan letak syarat sebenarnya adalah satu syarat, iaitu syarat yang tidak waras," kata beliau.

Mohamad berkata, orang gila pun tidak berani melakukan apa yang dikehendaki Najib itu.

"Orang berunding kerana dia ada sesuatu yang dikehendaki atau ingin dipertahankan. Apa yang dikehendaki atau ingin dipertahankan itulah yang menjadi syaratnya.

"Kalau terkam meja perundingan tanpa syarat, itu bukan berunding. Itu serah tengkuk untuk disembelih namanya. Orang gila pun tak berani serah tengkuk untuk disembelih," tegas beliau.

Ditanya mengenai penyelesaian krisis di Perak, Naib Presiden PAS itu berkata, satu-satunya jalan penyelesaian ialah dengan mengadakan semula pilihan raya di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka mahu.

Mohamad seterusnya mengecam kenyataan Najib yang membayangkan ketidaksediaannya mengadakan pilihan raya baru di negeri itu.

"Najib lebih suka budak-budaknya yang gila kuasa merempit dengan kuasa yang melanggar undang-undang di Perak.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata pengambilalihan kuasa oleh BN di Perak bertentangan dengan undang-undang. Maknanya apa sahaja yang lahir dari pengambilalihan kuasa yang bertentangan dengan undang-undang itu adalah bertentangan dengan undang-undang juga.

"Tengku Razaleigh (Hamzah) pula kata kerajaan yang diketuai (Dato' Seri Dr) Zambry (Abdul Kadir) adalah haram sejak dari awal lagi dan kesemua keputusan dan kontrak yang dibuat oleh kerajaan itu tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

Mengambilkira pandangan-pandangan itu, Mohamad menyeru rakyat "memberikan isyarat yang lebih jelas menurut lunas undang-undang negara ini untuk menghentikan kedegilan mat-mat rempit gila kuasa itu dari terus merempit dengan kuasa haram mereka".

"Selagi mat-mat rempit gila kuasa itu terus merempit dengan kuasa haram mereka, rakyat Perak khususnya patut mempertimbangkan tindakan menurut lunas undang-undang negara ini contohnya terus memakai baju hitam sebagai tanda bantahan terhadap apa yang disebut oleh Tengku Razaleigh sebagai kerajaan haram Perak itu," katanya.

Al-Fatihah Kanda Sultan Azlan Mangkat

Takziah kepada DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah dan seluruh kaum kerabatnya di atas kembalinya kekanda Tuanku YM Raja Baharom jam 10.45 pagi. Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. YAB Dato' Seri Hj Nizar akan menziarahi jenazahnya dan akan turut mengerjakan solat jenazah sebentar lagi.

"Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan"
Al-fatihah

Zambry Hanya Sebagai Penjaga Sementara (Caretaker)

ZZambry Abdul Kadir hari ini enggan untuk memberikan jawapan yang jelas terhadap persoalan samada adakah beliau menteri besar yang sah, menyebabkan rakyat Perak keliru terkepung dengan lebih banyak soalan yang tak berjawab apabila krisis politik Perak menemui jalan buntunya.

Zambry tiba di bangunan kerajaan negeri pada jam 9.16am di dalam kereta Toyota Harrier. (Hipokrit betul, jual Toyota Camry yang dibeli dan digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana kononnya kereta impot sedangkan beliau sendiri guna kereta Toyota Harrier). Beliau telah disambut oleh wartawan yang sudah berpeluh di pintu masuk bangunan yang berada di situ sejak dari jam 7 pagi.

Seperti yang dinyatakan semalam, keputusan yang diperolehi dari Mahkamah Rayuan semalam yang menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyatakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai MB yang sah dan memberikan hak Zambry untuk menjalankan tugasnya.

Persoalan kini, Zambry menjalankan tugas sebagai apa? Majlis Peguam semalam mentafsirkan penanggunhan perlaksanaan yang diperolehi oleh Zambry hanyalah sebagai seorang "penjaga sementara" dan dalamasa yang sama Nizar mendakwa beliau masih MB yang sah walau apapun penangguhan perlaksanaan yang wujud.

"Anda tidak sepatutnya menanya soalan itu. Anda patut menanya soalan itu kepada mahkamah," kata Zambry, yang nampaknya berang dengan soalan-soalan wartawan terhadap persoalan tersebut.

Zambry pada ketika itu keluar dari keretanya untuk mengizinkan jurugambar mengambil fotonya memasuki bangunan kerajaan negeri Perak.

Difahamkan Zambry akan mempengerusikan mesyuarat “exconya” dan akan mengadakan sidang akhbarnya pada sebelah tengaharinya.


AMANAT TUANGURU NIK AZIZ

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyampaikan amanat penting kepada seluruh rakyat Malaysia sempena memperingat 13 Mei.

Amanat tersebut akan disampaikan di Dewan Teratai, Kompleks SUK, Kota Darulnaim jam 11.00 pagi dan boleh diikuti melalui siaran langsung di Blog Kelab GB. Jika tidak boleh terus ke Kelantan.tv

KONFLIK NIZAR ZAMBRY SENGAJA DIRANCANG

Melihat senario yang berlaku di Perak, saya merasakan bahawa apa yang berlaku di Perak adalah sesuatu yang sengaja dirancang untuk mewujudkan suasana tidak stabil agar rakyat melupakan isu lain yang berlaku di dalam negara.

Hari ini rakyat seolah-olah lupa dengan isu Altantuya, rakyat 'selesa' dengan krisis ekonomi yang berlaku dalam negara serta rakyat tidak lagi membicarakn konflik hebat yang sedang berlaku dalam Umno sebelum ini.

Saya berharap pihak Pakatan Rakyat tidak terperangkap dengan strategi dan provakasi yang cuba dilakukan oleh Umno@BN dalam kemelut yang berlaku. Sehingga hari ini saya melihat ada kematangan cara dan gaya pemimpin Pakatan Rakyat menangani isu ini cuma ada seorang dua pimpinan yang kadangkala mengeluarkan kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat seolah-olah Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang.

Pernah tak kita terfikir apabila keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengiktiraf Dato seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Zambry Abdul Kadir hanya menunjukkan reaksi selamba seolah-olah seperti dapat jaminan dan menduga apa yang berlaku pada hari yang berikutnya?

Saya juga yakin selagi DUN tidak dibubarkan lebih banyak adegan dan drama yang memualkan akan berlaku di Perak. Pakatan Rakyat mungkin boleh memikirkan formula lain bagaimana untuk terus meraih sokongan rakyat Perak dan ' membuka hati' Istana Perak untuk membubarkan DUN Perak. Selain siri ceramah dan penerangan serta usaha untuk mengadap DYMM Sultan Perak secara berterusan dan proses perundangan di mahkamah, kempen tanda tangan mungkin boleh digunakan sebagai satu usaha untuk membuktikan sokongan rakyat Perak terhadap pembubaran DUN -angkasanuri


ZAMBRY MASIHKAH ADA TELOQ?

Maafkan saya sekiranya tajuk komentar saya kali ini agar kurang sopan bunyinya. Setelah seharian mencari satu tajuk yang sesuai, namun hanya inilah sahaja tajuk yang saya rasakan paling sesuai untuk menggambarkan senario dan isi kandungan komentar saya kali ini.

Zambry Kadir mengusulkan didalam rayuannya yang dibicarakan di Mahkamah Rayuan semalam agar perlunya ada satu penangguhan perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahasa Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang sah. Alasan yang dikemukakan oleh para peguam Zambry Kadir adalah jika ianya dibenarkan, kemungkinan DUN Perak akan dibubarkan dan seterusnya kes rayuan beliau hanyalah akan menjadi satu nilaian akademik sahaja (sia-sia).

Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan menginginkan satu penyelesaian yang adil bagi semua rakyat Negeri Perak iaitu dengan membubarkan DUN Perak dan seterusnya memungkinkan satu piliharaya peringkat negeri diadakan secara menyeluruh. Dengan ini dapatlah rakyat (para pengundi) menentukan pilihan mereka sama ada mahukan Pakatan Rakyat memerintah Perak atau Barisan Nasional memerintah Perak.

Persoalan yang ingin saya kemukakan adalah kenapakah pihak Barisan Nasional bermati-matian berusaha untuk menghalang terjadinya pembubaran DUN Perak dan seterusnya memungkinkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan? Adakah kerana Barisan Nasional sedar bahawa jika DUN dibubarkan dan adanya pilihanraya, maka mereka pasti akan dikalahkan dengan seteruk yang mungkin (kemungkinan Barisan Nasional akan berkubur di Negeri Perak)? Ataupun mereka sebenarnya tidak berani untuk berhadapan secara “jantan” dengan rakyat?

Jika Barisan Nasional “masih ader telur”, tentunya mereka berani untuk berhadapan dengan satu pilihanraya peringkat negeri yang sepatutnya adil, telus dan saksama.

Yang pastinya saya beranggapan bahawa Zambry Kadir dan Najib Razak sememangnya telah “kecut telur” dalam melihat tindakbalas (respon) daripada rakyat marhaen yang menolak Barisan Nasional pada skala mega. Saya dapati jika Zambry Kadir dan Najib Razak berterusan mengusutkan lagi masalah di Negeri Perak Darul Ridzuan, janganlah kita terkejut bahawasanya pada PRU13 nanti, kemungkinan hanya tinggal 2 negeri sahaja dibawah Barisan Nasional (Johor dan Sarawak). Negeri yang lain mungkin akan kecundang tahap mega kepada Pakatan Rakyat.

Selagi kemelut ini tidak diselesaikan secara membubarkan DUN dan membuat satu pilihanraya peringkat negeri, selagi itulah saya beranggapan bahawa Zambry Kadir, Najib Razak dan Barisan Nasional umumnya sudah tidak “bertelur” lagi. Kalau anda (Zambry Kadir, Najib Razak dan Barisan Nasional) rasakan bahawa anda “masih ada telur”, silakan kita bersilat dipadang yang rata secara anak jantan.

Zambry Kadir, masihkah ada telur?

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS


Kemelut Politik Perak - UMNO BUAT KERJA BODOH, JAHAT DAN GILA

Kemelut politik Negeri Perak yang berlaku adalah akibat pemimpin UMNO yang rakus merampas kuasa secara bodoh, jahat dan gila kuasa.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan yang memalukan itu disaksikan oleh manusia di seluruh dunia.

“Hari ini dia (Umno) pakai rampas bodoh saja, sudahlah bodoh jahat pula, ‘bodoh.. jahat.. gila’.

“Kita (PAS) kena banyak sabar dan percayalah orang yang bodoh, jahat dan gila ini lama-lama kena berkas. Dia (Umno) tidak boleh kuat selama-lamanya,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-49, di Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman.

Apa yang berlaku, katanya, menandakan kelemahan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini dan PAS perlu memperbaiki kelemahan bagi menarik sokongan rakyat.

“Apa yang berlaku itu (kes Perak) menandakan kelemahan dia (Umno) dan kita (PAS) baiki kelemahan kita (PAS).

“Inilah kekuatan kita (PAS) dan Insya’Allah, dengan sambutan yang menarik kepada perjuangan kita (PAS) oleh seluruh rakyat Malaysia. PAS semakin kuat,” tegasnya di hadapan lebih 800 orang perwakilan dan pemerhatinya.

Beliau berkata strategi politik yang ditentukan oleh kepimpinan parti, hendaklah difahami oleh ahli untuk mencapai kemenangan.

“Strategi hendak lawan untuk kita (PAS) mencapai kemenangan. Kadang-kadang kita (PAS) tegang, kadang-kadang kita (PAS) kendur. Ini strategi politik.

“Bila kita (PAS) buat strategi politik orang kita (PAS) kena faham. Kadang-kadng orang kita (PAS) sendiri tidak faham.

“Bila orang kita (PAS) tidak faham, saya kata ‘belajar dengan lembu’. Jika kita tengok lembu berlawan dia (lembu) tidak ‘sodok sokmo’(lawan). Kadang-kadang dia (lembu) ‘sodok’ (lawan) dan kadang-kadang dia (lembu) undur,” ujarnya.

Mengimbau sejarah silam strategi PAS ditahun 60-an ketika PAS di bawah kepimpinan Dato’ Asri Muda, Ustaz Abdul Hadi suatu strategi yang Berjaya dibawa oleh PAS waktu itu.

Katanya, pada tahun 1969, Dato’ Asri Muda menggunakan strategi politik ‘Kerajaan Campuran’ dengan Barisan Nasional (BN) meski pun ramai yang membantah kerana tidak bersetuju.

“Banyak (ramai) orang kita (PAS) marah sebab dia (ahli) tidak tahu strategi politik. Di mana strategi politik waktu itu kita (PAS) berjaya menarik minat di kalangan orang yang terpelajar, pegawai-pegawai kerajaan sokong perjuangan PAS,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut dua bekas Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang dan Haji Yusuf Tahir, Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat (PKR) Kemaman, Haji Abdul Rahman Yusuf dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kemaman, Encik Lip Woon Chang. -buletinonline


NIZAR ZAMBRY ; POLITIK JONGKANG JONGKET DI PERAK

Kita semakin pening dengan permainan yang sedang berlaku sekarang. Ada kalanya ia seperti permainan jongkang-jongket. Sekejap satu di atas dan yang lain di bawah. Dan sekejap lagi, yang dibawah pula berada di atas.

Selepas PRU 12, Ir Nizar berada di atas dan kemudiannya datang pula Dato’ Zambry. Belum pun puas Dato’ Zambry berkuasa, Ir Nizar pula di atas. Dan belum pun panas punggung Ir Nizar di atas kerusi, giliran Dato’ Zambry pula berkuasa.

Dan selepas ini bagaimana pula? Mungkin Ir Nizar akan membuat rayuan da beliau kembali di atas lagi. Melihat keadaan itu, Dato’ Zambry pula akan membawa kes ini ke Mahkamah PErseketuan yang tidak dapat dicabar kuasanya.

Jika Dato’ Zambry menang, mesti rakyat tidak puas hati. Jika Ir Nizar menang, ADUN BN yang tidak puas hati. Dan siding DUN akan kembali kecoh dalam usaha menggugurkan Ir Nizar.

Ampun Tuanku beribu Ampun,
sembah patik pacal yang hina ini mohon mendapat keampunan Tuanku,
Tiadalah layak untuk patik bersuara apatah lagi pada Tuanku yang berkuasa,
Patik pacal yang hina ini kurang ilmu berbanding Tuanku,
Namun, patik berharap Tuanku dapat membuat pilihan yang tepat,
Semoga Institusi raja berada di tahap tertinggi,
Semoga Tuanku mendapat ilham untuk membuat keputusan,
Bukan ingin patik menggesa Tuanku,
Tapi sekadar berkongsi bicara dari semua rakyat,
Semuanya di tangan Tuanku,
Tapi patik yakin pembubaran DUN lah yang terbaik.
- tintaemas

UMNO BN Jadikan Mahkamah Gelanggang Sarkas

Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.

Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.

Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini Mahkamah Rayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemngesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.

Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.

Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.

"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yangamat singkat ini mengejutkan,"katanya.

Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.

Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.

Walhal,Nizar sudahj tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.

Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah.

Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.

Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.

Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.

Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya.

Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.

Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN.-harakahdaily


Nizar Zambry : Pembubaran Dun Perak Tidak Boleh Disekat Oleh Mana-mana Mahkamah

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak boleh terus dibubarkan atas permintaan Menteri Besar Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang tindakan Dato Seri Dr Zambry Kadir membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan pagi 12 Mei lalu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sehari sebelum itu, mempertegaskan kuasa membubar dewan terletak di tangan sultan dan tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya.

"Tidak ada peruntukan undang-undang untuk membolehkan permohonan injuksi umpamanya," katanya.

Beliau berkata lagi, apa pun yang dilakukan oleh Zambry atau Mahkamah Rayuan, kuasa membubar dewan tidak boleh disekat atau dihalang oleh mahkamah.

"Mahkamah Tinggi telah memberi sedikit laluan semalam (11 Mei) dan terpulang kepada istana untuk memainkan peranan bagi menyelamatkan negeri Perak dari terus dilanda krisis sejak 5 Februari lalu", tambahnya. Aziz berkata melalui pembubaran semua masalah akan selesai.

"Kerajaan yang sah dan tidak was-was dapat dibentuk, istana dapat bebas dari pelbagai tuduhan dan prasangka dan rakyat gembira kerana negeri bebas dari suasana keliru dan tidak menentu," tegas beliau.

Satu-satunya cara menyelesaikan krisis politik Perak yang makin kusut dan mengelirukan ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak supaya rakyat dapat memberi keputusan.

Pandangan yang sama juga diberikan oleh Tan Sri Abu Talib Othman, Pengerusi Suhakam. Abu Talib adalah bekas Peguam Negara (1988-1994). Selain Abu Talib, Presiden Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh juga berpandangan demikian. Semalam, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga menyeru Sultan Perak membubarkan DUN.

Aziz berkata di dalam keadaan sekarang sultan boleh bertindak membubarkan DUN mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Di bawah peruntukan ini sultan tidak perlukan permohonan dari menteri besar dalam membubarkan DUN. Saya berpendapat di bawah Perkara 36(2) ini sultan boleh menggunakan apa yang dipanggil kuasa simpanan (reserve powers). Ini amat kritikal kerana jika tidak keadaan akan makin runcing dan mengelirukan," tambahnya.

Pakar perlembagaan itu menegaskan kuasa sultan membubar dewan dalam keadaan sekarang tidak bergantung kepada kedudukan Dato Seri Nizar atau Dato Seri Dr Zambry. Aziz tidak bersetuju dengan hujah peguam Zambry yang seolah-olah melihat kuasa sultan membubar DUN terikat atau tergantung kepada kedudukan Zambry.

"Kuasa sultan adalah kuasa budibicara dan tidak tertakluk kepada kepentingan sesiapa. Yang penting di sini ialah suasana dan kestabilan di dalam negeri," kata Aziz lagi.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun menerima hujah peguam Zambry. Profesor UIAM itu berpendapat di sisi undang-undang tidak ada siapa yang boleh menghalang atau memohon injunksi menyekat keputusan sultan membubarkan DUN.

"Sebab itu benar seperti kata ramai penganalisis bahawa bola berada di gelanggang sultan; maksudnya sultan perlu bertindak menyelamatkan negeri dan jangan dibiarkan isu ini berlarutan di mahkamah," tegas Aziz.

Sebelum ini Majlis Peguam, Abu Talib dan Dato Param Cumaraswamy menyebut bahawa mahkamah bukan tempat dan cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak. -sanggahtoksaga



Hanya Najib dan Zambri Tidak Mahu DUN Perak Dibubarkan

Pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang juga Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan, Dr Hsu Dar Ren (gambar bawah kanan) menggesa BN bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) mengakhiri kemelut politik negeri Perak dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata sudah terlalu banyak kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan pilihanraya negeri sahaja yang dapat menyelesaikannya.

“Ia bukan lagi perkara siapa yang benar atau siapa yang salah, keputusan siapa yang berhak menubuhkan kerajaan seharusnya tidak lagi dibuat di mahkamah, tetapi lebih baik diputuskan oleh rakayat Perak sendiri, balik kepada prinsip asas demokrasi,”katanya dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Kenyataan Dr Hsu Dar Ren tersebut disokong oleh Gerakan Muda Parti Gerakan negeri Selangor.

Ketua Biro Penerangannya, Delren Terrence Douglas yang mewakili seluruh pemuda Gerakan Selangor berkata hanya pembubaran DUN Perak sahaja yang dapat merungkai situasi semasa di negeri Perak.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam, Gerakan Muda Selangor berkata walaupun Gerakan adalah komponen BN mereka menyarankan agar rakyat Perak diberikan hak untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan.

etua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri DUN) dibubarkan serta-merta.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media kelmarin.

Katanya ia (pembubaran DUN) membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar mendesak pembubaran DUN Perak mesti dilakukan dalam tempoh terdekat.

Dalam kenyataan beliau semalam menegaskan, jika DUN dibubarkan, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis yang melanda negeri Perak.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam blognya.

Tengku Razaleigh juga pernah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)Tan Sri Abu Talib Osman juga menggesa pembubaran DUN dan seterusnya pilihanraya untuk menyelesaikan kemelut politik Perak.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Abu Talib.

Beliau yang juga bekas Peguam Negara berkata "Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak."

Menteri Besar Perak yang sah sebagaimana diisytiharkan Mahkamah Tinggi kelmarin, Dato’ Seri Nizar Jamaludin berkata, beliau ingin mencari penyelesaian muktamad menerusi mandat rakyat.

Tegas beliau, krisis politik negeri ini tidak boleh diselesaikan dengan menggunakan mahkamah semata-mata.

Dalam sidang media lewat petang semalam beliau berkata, parti-parti politik di negeri Perak perlu kembali kepada rakyat untuk memberikan mandat dengan pembubaran DUN.

Katanya Pakatan Rakyat telah menggerakkan usaha tersebut dan telah pun menghadap Sultan Perak bagi menyampaikan hasrat.

"Kami mohon menghadap Sultan Perak pagi tadi dan seterusnya akan memohon pembubaran DUN," katanya.

Beliau yang juga bekas Peguam Negara berkata "Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak."

Hanya Zambry dan kerajaan UMNO/BN Pusat sahaja yang tidak mahu DUN Perak di bubarkan.

Di Mahkamah Rayuan semalam, ketika memohon untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Nizar Menteri Besar Perak, peguam Zambry berhujah, penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili kerajaan persekutuan turut menyokong hujah peguam Zambry. -buletinonline

Kekuasaan Najib Altantuya Berada Di Penghujung!

Krisis terbaru Perak menjelaskan kepada semua bahawa ia berlaku dari satu perencanaan yang dilakukan oleh PM Mohd Najib Tun Razak bersama Peguam Negara Abd Gani Patail.

Hal ini diakui oleh Najib sendiri yang sebaik saja Mahkamah Tinggi memutuskan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, Najib telah mengeluarkan amaran kepada rakyat Perak agar jangan "terlalu teruja" dengan keputusan itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.”

Justeru tindakan luarbiasa Mahkamah rayuan yang dengan serta merta mendengar dan membuat keputusan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam adalah "sebahagian perencanaan Najib berserta Peguam Negara yang telah diaibkan oleh keputusan Hakim Mahkamah Tinggi.

Sebab itu sudah sampai masanya untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuk Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tukul besinya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengulas Keputusan Mahkamah Rayuan tengahari tadi yang menyebelahi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir seperti dilaporkan harakahdaily.

Beliau juga menyeru Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengambil pendirian yang berbeza dari Najib dan jangan sesekali berada dalam bakul kemusnahan yang sama.

Menurut Husam, keutamaan Najib bukan lagi masa depan Umno dan Barisan Nasional (BN) "tetapi memilih untuk melayari tempoh honeymoon sebagai Perdana Menteri baru dengan agendanya sendiri tanpa menoleh kepada realiti yang berlaku".

Walaupun BN memperolehi perintah mahkamah yang menyebelahi mereka, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu, tetapi keyakinan rakyat terhadap kesucian doktrin pengasingan kuasa di bawah BN semakin luluh.

"Keputusan Mahkamah Rayuan tengahari tadi yang menyebelahi Zambry tidak mengejutkan. Itulah sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Najib, katanya, "telah kehilangan peluang keemasan untuk muncul mendapat political mileage dari keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

"Beban ke atas Najib semakin berat. Hari ini, empat kenyataan penting meminta pilihanraya semula di Perak dibuat".

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan penyelesaian terbaik bagi krisis di Perak ialah dengan mengadakan pilihan raya yang baru di negeri itu.

Pandangan yang sama juga datang Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow dan Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Dr Hsu Dar Ren.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pula berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusinya Tan Sri Abu Talib Osman.

Mengulas desakan-desakan itu, Husam berkata: "Kalau sekutu Umno sendiri sudah bersuara dari dalam kelambu BN, menunjukkan mereka bukan sahaja mempunyai mimpi yang berbeza dalam isu ini, malah mungkin tilam yang juga berbeza".

Keputusan Mahkamah Rayuan itu, katanya, tidak dapat membeli keyakinan anggota BN sendiri, apatah lagi membeli keyakinan rakyat.

MCA dan Gerakan, katanya lagi, lebih jujur mengenai ketakutan mereka terhadap hukuman rakyat yang lebih dahsyat akibat tingkah laku Umno di Perak.

"Jika sikap keras kepala Umno berterusan, bermakna pilihanraya umum akan datang adalah masa gelap bagi BN.

"Namun, Umno masih dilamun mimpi. Jalan undang-undang yang menjerut diri walaupun kehilangan rasa hormat rakyat kepada mereka masih pilihan mereka," katanya.

Beliau menyeru Dr Chua, Teng Chang Yeow dan Dr Hsu bertindak lebih lanjut dan menggesa Najib supaya bersetuju dengan pembubaran disuarakan dalam forum BN yang lebih efektif.

Jika Najib masih terus berfantasi untuk berkuasa dengan membelakangkan suara hati rakyat Perak yang mahukan pilihanraya, itu petanda kekuasaan Najib dan UMNO BN sudah berada di penghujung.

Nizar Zambry : Razaleigh Kata Sultan dan Sistem Beraja Tanggung Malu

Semuanya kelihatan seperti drama bersiri yang belum ditetapkan bilangan episod terakhirnya. Pengarahnya terlalu ramai.

Kelmarin apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Mohd Nizar Jamaludin masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah, terlalu banyak komen termasuk daripada politikus veteran mengatakan, "demokrasi telah dikembalikan" dengan keputusan tunggal hakim berkenaan.

Bagi saya, adalah terlalu awal untuk mencerminkan demokrasi, kebebasan kehakiman, ketelusan kerajaan, kewibawaan institusi istana dan sebagainya hanya dengan satu penghakiman yang dilihat sebagai "mewakili suara majoriti rakyat".

Biar mulut Zambry Abdul Kadir bertasbih beribu kali mengatakan, "kita terima keputusan mahkamah", namun tindak-tanduk awalan Abdullah Ahmad, Najib Abd Razak dan Zambry sendiri telah mencontengkan arang ke muka pengadilan dan demokrasi itu sendiri.

Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa, "kita bimbang tiada penyelesaian. Perkara ini perlu dilihat dari perspektif rakyat" ketika mengulas kemelut di Perak.

Malah, isu penculikan V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri biar hanya untuk seketika merealisasikan kebiadaban penggubal undang-undang yang dilihat sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.

Sudahlah perlantikannya Speaker baru datang dari satu kumpulan yang tidak sah, tanpa upacara mengangkat sumpah seperti lazimnya dan tindakan mereka 'mengkatunkan' DUN yang sebelum ini dikira mulia, sangat-sangat mencemar dan memalukan rakyatnya.

Mei 7 pasti meninggalkan kenangan pahit dan manis. Perak masih menangis sesudah Gaza.

Anak raja Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan bahawa peristiwa ini bukan sahaja telah membelit Perak, malah merosakkan keluhuran undang-undangnya, mencalarkan badan kehakiman, polis dan pentadbiran awamnya serta mencemarkan sistem beraja di mata umum.

Tegas Razaleigh lagi, "sultan dan sistem beraja itu sendiri menanggung malu dengan babak ini".

Ahli-ahli politik dari Gerakan, Pakatan Rakyat, pakar perlembagaan, Suhakam, NGO, mereka yang berminat dengan politik dan undang-undang, pemerhati politik, penulis, mahasiswa, pekerja, individu dan rakyat bukan sahaja dari Perak hatta seluruh Malaysia mengharapkan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan supaya hak rakyat dikembalikan ke tangan mereka.

Mahkamah tidaklah merupakan institusi terbaik. Ia bertindak seperti "muzium". Tiada roh di dalam undang-undang buatan manusianya.

Dewan Undangan Negeri telah dicemarkan dengan kerakusan politikus, polis dan senjata, dan banyak 'binatang betopengkan manusia' di dalamnya baru-baru ini.

Sistem monarkinya sentiasa menegaskan bahawa mereka bukanlah bisu dan pekak. Tetapi tidak ke mana jua tindakan mereka.

Kuasa hebat yang ada hanyalah pada rakyat. Makkal shakti sahaja dapat merubah keadaan. Bukan sahaja mahkamah, DUN dan monarkinya malah kepimpinan yang buta boleh digantikan dengan kuasa hebat ini.

Tengku Razaleigh menambah, "kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri".

Jangan jadi macam, "hidung sudah rampung, masih mahu diatur orang".-alkerohi


Zambry MB Yang Haram Yang Tak Mungkin Menjadi Halal

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan (yang dipegang secara sah oleh Nizar) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar (bukannya Zambry) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.


Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut, Nizar juga memohon perintah gantirugi. Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi. Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang (iaitu Nizar). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman (stay of execution of judgment) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini (12 Mei) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik (special circumstances) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman (dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi, Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman (judicial review) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak. -Mohd Hanipa Maidin