12 Jun 2017

[VIDEO] Insiden Kluang Memalu & Mencemarkan Islam Dan Umatnya

Lelaki mengaku 'imam' halau rombongan PH di bazar Ramadan

Sekumpulan lelaki (berkopiah biru) bertindak kasar dengan menghalau rombongan ziarah Pakatan Harapan (PH) di bazar Ramadan Kluang sehingga mencetuskan kekecohan lewat petang semalam.

Dalam insiden sekitar jam 6.45 petang semalam, sekumpulan lelaki tiba-tiba menghalau dan memaki hamun rombongan PH yang mengedarkam kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong turut dikasari kumpulan tersebut sehingga kaca matanya terjatuh, lapor Roketkini.


Pembantu Khas Ahli Parlimen Kluang, Sheikh Omar Ali berkata, sebelum insiden tercetus, edaran kurma berjalan dengan baik, muhibah dan penuh semangat silaturahim.

“Namun kami amat kesal dengan apa yang berlaku setibanya kami di bahagian gerai menjual pakaian.

“Kami telah dimaki hamun, dikasari dan dihalau oleh sekumpulan pemuda.

“Salah seorang dari kalangan mereka dapat saya kenalpasti sebagai individu yang sama pernah menghalang kami memasuki bazar ramadan Bandar Kluang pada 2014 lalu yang lebih dikenali sebagai insiden ‘mana surat?’,” jelasnya.

Video insiden berkenaan kemudian tular di media sosial.

Seorang lelaki yang bertindak sebagai ketua menghalang rombongan itu beberapa kali menyebut "saya imam, saya imam".

Kejadian seperti itu kata Sheikh Omar amat tidak wajar dan melampau.

“Bulan Ramadan yang mulia ini tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran,” ujarnya.

Menurutnya, rombongan PH tidak menghadapi sebarang masalah ketika berada di bahagian makanan.

Beliau difahamkan, kawasan bazar yang dibahagian kepada dua bahagian itu diuruskan oleh dua urusetia yang berlainan.

“Kami ucapkan terima kasih kepada urusetia Bazar Ramadhan yang menguruskan bahagian gerai menjual juadah makanan dan kuih-muih,” katanya.

Rentetan dari peristiwa itu, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Kluang pada jam 10.40 dan 11.45 malam tadi. -MD





ULASAN GB

Entah ajaran Islam mana yang digunapakai oleh golongan yang menghalang orang lain melakukan kebaikan. Sungguh, insiden tersebut amat memalukan dan mencemarkan Islam dan umatnya.

Rupa-rupanya insiden tersebut merupakan perulangan daripada insiden yang sama pada tahun 2014 dilakukan oleh watak yang sama.


Jikalah negara ini mempunyai sistem keselamatan yang saksama dan adil, dan pemuda yang dulu itu yang menghalang dan melakukan provokasi di tempat awam itu ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan, sepastinya kejadian yang sama tidak berulang.

Tetapi malang bagi rakyat Malaysia, apabila sasaran tangkapan dilakukan hanya terhadap kumpulan pembangkang sementara mereka dari kalangan UMNO BN bebas lepas untuk melakukan apa saja yang mereka suka.

Sudah sampai masanya kesemua hal ini diperbetulkan dengan rakyat mengundi Pakatan Harapan di dalam pilihanraya selepas ini.




RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

SASARAN KUTIPAN: RM4,000
Jumlah terkumpul setakat ini: RM1,665


p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.
.

Dalam tidak sedar, orang bukan Islam lah yang sebenarnya mengajar orang Islam cara yang mengikut Islam sebenarnya walaupun bukan itu tu tujuan orang bukan Islam masuk mesjid atau mengedar kurma di pasar ramadhan.

Jika semua kejadian seperti ini tidak berlaku selama-lama nya orang Islam menganggap Islam nya atau dirinya betul tidak salah dalam mengamalkan kehidupan mengikut Rasullullah saw.

Allah sedang menghina kita dengan mengutuskan bukan Islam mengajar kita tentang Islam.

Wallahualam.

Aziz Naim berkata...

Setuju dgn you. Nampak Non-muslim lebih Islamic dpd "IMAM" dalam video tu. Patut bersangka baik.
Ada orang nak bersedekah .... kalau tak nak .... jgn ambil ... bukan itu cara Islam sebenar.

Hj.Shah berkata...

Lepas ni apa?? Kurma hak eksklusif orang Islam??....haha....oh bangsa ku...

Borhan Sharif berkata...

Pinggir kan gulongan bangang yg tak pernah mahu untuk berubah....
Mereka ni wajar disampahkan ajer...
Nak mencari kebenaran mereka ni malas.... Maka biarkan mereka terasing dan kekal mundur.....

Tanpa Nama berkata...

imam jual baju ka?

Tanpa Nama berkata...

Habis busuk imej imam gara2 perangai huduh pentaksub2 pas..

Tanpa Nama berkata...

Imam haramjadah....langsung tak layak digelar imam

Tanpa Nama berkata...

mereka yang mengaku Islam tapi tak mempunyai ilmu Islam yang sebenar itulah jadinya.

Tanpa Nama berkata...

Sibotak tu buat bising-bising..kalau dibagi duit RM1000 diamlah dia.. Menikus...

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlulah aku ulang semula propaganda yang sering digunakan oleh Umno untuk memperbodohkan orang Melayu supaya takut dengan DAP sekaligus menolak untuk menyokong parti itu dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.

Di depan orang Melayu Umno memainkan sentimen rasis dan agama, kononnya DAP anti Melayu dan anti Islam. Namun di depan orang-orang Cina, Parti komponen Barisan Nasional, Parti Pertubuhan Orang Cina Malaysia, (MCA) memainkan sentimen rasis yang serupa namun mesej yang bertentangan.

Sebagai contoh, Halaman Facebook MCA Bahagian Kulai dikesan menghantar mesej berbayar dan bersasar dalam bahasa Cina kepada orang-orang Cina. Maklumat ini aku terima daripada salah seorang rakan berbangsa Cina yang menghubungi aku melalui WhatsApp.
Terjemahan:

Inilah budaya DAP, Orang Cina semua jangan undi DAP!

Tulisan berhuruf tebal — Dalam melaksanakan "Malaysian Malaysia", DAP melakukan perkara-perkara berikut:

1. Bantah Orang Cina pegang jawatan Perdana Menteri (PM)
2. Bantah Orang Cina pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM)
3. Bantah Orang Cina pegang jawatan YDP majlis.
4. Lagu parti (DAP) dalam bahasa Melayu.
5. Guna bahasa Melayu dalam mesyuarat (DAP).
6. 97% projek kerajaan (DAP) untuk Orang Melayu
7. 97% peruntukan untuk (DAP) Agama Islam

Poster ini disebarkan oleh Parti Cina MCA kepada orang-orang Cina melalui mesej berbayar Facebook yang hanya mensasarkan pengguna Facebook yang pandai membaca tulisan cina.

Anda boleh baca sendiri poster ini di Facebook MCA Bahagian Kulai, sila klik link ini — MCA Bahagian Kulai (cepat sebelum kena padam)

Senangnya tipu rakyat supaya undi BN, depan Orang Melayu Umno kata DAP anti Melayu anti Islam, depan Orang Cina MCA kata DAP sokong Melayu sokong Islam.

Tanpa Nama berkata...

Apa hukum menghalang suatu kebaikan... guna pulak samaran imam.. .

'Imam' yg tk beriman

Tanpa Nama berkata...

Manusia sendiri yg mnghina manusia.... Menimbulkn bnda yg akhirnya mnghina islam