8 Apr 2017

Siapa Sebenarnya "Bloody Fool"?

Tuan Speaker... ikut arahan gunakan kuasa juga 'bloody fool'

Tindakan Speaker Dewan Rakyat menggunakan kuasanya untuk menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang akta 355 di Dewan Rakyat semalam juga boleh dianggap 'bloody fool' (sangat bodoh) kerana jelas penangguhan itu dibuat atas arahan pihak tertentu, tegas Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Dalam satu kenyataan hari ini, Salahuddin mengulas tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang secara tiba-tiba menangguhkan sidang Dewan Rakyat setelah anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hasan berucap menyokong usul RUU Akta 355 yang dikemukakan anggota parlimen Marang.


Bagi Salahuddin, tindakan speaker itu secara jelas menjatuhkan kredibiliti Pandikar dan institusi Dewan Rakyat.

"Kita mahu Speaker Parlimen seorang reformis yang mampu merubah struktur institusi Parlimen kita sebagaimana kita belajar proses Parlimen di negara-negara Komanwel yang mencapai kecermerlangannya.

"Cara Speaker membuat keputusan terhadap pembentangan usul YB Marang semalam adalah jelas menjatuhkan kredibiliti beliau dan intitusi Parlimen itu sendiri. Di mana lagi tempat yang terbaik dan mulia untuk sesuatu usul atau RUU itu dibahaskan?" tegasnya.

Menurut Salahuddin, semua pihak perlu diberikan ruang yang saksama untuk berbahas di parlimen menjadikan sikap adil dan bijaksana seorang Speaker amat perlu untuk mengendalikan perjalanan dewan yang mulia.

"Parlimen adalah tempat untuk membahas dan melulus sesuatu rang undang-undang bukan medan permainan politik bagi mencapai agenda pihak berkuasa. Jawatan Speaker sepatutnya diselamatkan dari diperalatkan sebegitu rupa," tegas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan isu RUU 355 sebagai sandiwara yang telah disempurnakan skripnya.

"Begitulah hinanya satu RUU yang dikatakan memartabat bidang kuasa Mahkamah Syariah diperlakukan semahu-mahunya dalam Parlimen kita.

"Maaf Tuan Speaker, sekiranya kita hanya mengikut arahan untuk menggunakan kuasa, ianya juga boleh dianggap "bloody fool"," ujar beliau sinis.

Semalam, Pandikar menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat apabila bertindak menangguhkan persidangan secara tiba-tiba walaupun ramai anggota dewan telah bersedia untuk membahaskan usul RUU Akta 355 yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Pandikar, beliau berkuasa penuh untuk menentukan perjalanan mesyuarat dewan dan membuat keputusan berdasarkan kuasa yang ada padanya.

"Saya ingin kongsikan satu kata-kata hikmat yang terpahat di fikiran saya hingga sekarang - if you are in power, you are powerful, if you don't use your power, your are a bloody fool.

"Pada hari ini saya tak mahu menjadi bloody fool. Saya nak gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan (usul meminda Akta 355 dibawa hari ini) diadakan pada sesi akan datang," katanya.

Penangguhan sidang itu dibuat kira-kira jam 4 petang. Sidang Dewan Rakyat selanjutnya dijadual diadakan pada 24 Julai ini.

Penangguhan dibuat Pandikar itu mendorong anggota parlimen pembangkang bangkit mengecam keputusan berkenaan kerana mereka tidak diberi peluang membahaskan usul Abdul Hadi itu.

Bagaimanapun Pandikar enggan berganjak, sebaliknya terus meninggalkan sidang.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden MIC Dr S Subramaniam ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat semalam berkata, mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BN sudah menetapkan bahawa usul persendirian ahli Parlimen Marang, yang juga Presiden Pas itu akan dibentangkan dan dihuraikan namun tiada pengundian akan dilakukan.

“Keputusannya adalah membenarkan Pas membentangkannya dan terdapat persetujuan untuk tiada sebarang pengundian,” kata Dr Subramaniam dipetik The Malay Mail Online.

Kenyataan yang dibuat Subramaniam dan beberapa pemimpin BN berhubung pembentangan usul RUU 355 menguatkan andaian parti pembangkang bahawa tindakan Speaker menangguhkan persidangan adalah bagi memenuhi keputusan yang dicapai Majlis Tertinggi BN.

Untuk rekod, tiada seorang pun ahli parlimen Pas yang membantah tindakan Pandikar menangguhkan persidangan semalam walaupun Pas berharap usul RUU 355 itu mendapat sokongan anggota dewan.

Pas juga menganjurkan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur Februari lalu yang antara lainnya bertujuan menggesa ahli parlimen menyokong usul RUU 355 yang dibawa Abdul Hadi. -MD


Tangguh sidang, Pandikar enggan jadi 'bloody fool'


Memetik "kata-kata hikmat" seseorang yang tidak dinyatakan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sesi kali ini sebelum usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibahaskan.

Menurut Pandikar, beliau berkuasa penuh untuk menentukan perjalanan mesyuarat dewan dan membuat keputusan berdasarkan kuasa yang ada padanya.

"Saya ingin kongsikan satu kata-kata hikmat yang terpahat di fikiran saya hingga sekarang - if you are in power, you are powerful, if you don't use your power, your are a bloody fool.

"Pada hari ini saya tak mahu menjadi bloody fool. Saya nak gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan (usul meminda Akta 355 dibawa hari ini) diadakan pada sesi akan datang," katanya.

Penangguhan sidang itu dibuat kira-kira jam 4 petang. Sidang Dewan Rakyat selanjutnya dijadual diadakan pada 24 Julai ini.

Penangguhan dibuat Pandikar itu mendorong anggota parlimen pembangkang bangkit mengecam keputusan berkenaan kerana mereka tidak diberi peluang membahaskan usul Abdul Hadi itu.

Bagaimanapun Pandikar enggan berganjak, sebaliknya terus meninggalkan sidang.

Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) berkali-kali menyebut: "Islam bukan macam ni!"

Kira-kira 30 minit sebelum itu Khalid bangkit mencelah untuk mendapatkan penjelasan daripada daripada Pandikar sama ada beliau akan memberikan masa untuk usul pindaan Akta 355 itu dibahaskan.

Untuk rekod, hari ini adalah hari terakhir sidang dewan pada sesi ini dan usul Abdul Hadi dibawa ke sidang kira-kira jam 12 tengah hari tadi. Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) kemudian bangkit berucap untuk menyokong usul berkenaan.

Sepanjang tempoh itu - sejak sidang disambung pada jam 2.30 petang - Takiyuddin menyampaikan ucapan panjang lebar dan beberapa kali anggota parlimen BN bangkit untuk mendapatkan penjelasan.

Keadaan itu mendorong Khalid bertanya sama ada anggota pembangkang akan diberi masa membahaskan usul berkenaan.

"Adakah kami akan diberi peluang membahas, atau hari ini (adalah) hari PAS dan Umno," katanya.
-mk


ULASAN GB

Dah lama betul GB tak dengar istilah "bloody fool" digunakan. Tetapi tiba-tiba muncul dari mulut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

GB seringkali menyatakan bahawa setiap makian dan sumpah itu biasanya merujuk kepada tuan penuturnya. Itu hukum pasti, hukum kebenaran dan keadilan.

Jika ada orang sebelum ini menyumpah dan memaki seranah "haramjadah" kepada peneroka FELDA, maka jelas perkataan itu telah berbalik kepada dirinya. Apa yang nyata, FELDA hancur binasa angkaranya dan peneroka kini menanggung hutang yang tak pernah berlaku di dalam sejarah akibat kerugian FGV.

Begitu juga seorang pemimpin parti agama yang memaki hamun dengan perkataan-perkataan broker, barua, tolol dan sebagainya. Ia kembali terus kepada dirinya apabila dia benar-benar menjadi broker dan barua kepada UMNO dan mendedah sikap tololnya dari hari ke sehari.

Kembali kepada istilah "bloody fool"... memang dia bloody fool nampaknya tetapi saja tak mengaku. Bodoh yang bukan kepalang...

Mungkinkah penggal ini merupakan penggal terakhir baginya menjadi Speaker setelah menyedari dia selama ini menjadi "sang bloody fool" kepada parti yang diwakilinya semasa pilihanraya dulu. Mungkin!

Tetapi yang terlebih "bloody fool" ialah pihak-pihak yang telah berkongsi menipu rakyat dengan mempermainkan hukum Allah sebagai modal politik selama ini sedangkan di dalamasa yang sama membisu dan menutup mata terhadap kebobrokan pemerintah dengan isu-isu 1MDB, GST, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kumpulan "bloody fool" itu pasti ditimpa kehinaan dan hancur binasa kerana kebenaran tidak akan sekali-kali dapat dihapuskan oleh kebatilan.


FEATURED ADS





6 ulasan:

Unknown berkata...

Skip 1
Surat dr mahkamah dah sampai ke tangan speaker perlimen.. speaker perlimen begitu garang kali ini.. puak2 pak lebai berkokok kegembiraan bila ru 355 di bentang dia saat2 akhir berakhir sidang perlimen...
Skip 11
Tuan speaker kata.. tidak boleh di bentangkan sidang ini sbb tuan speaker dpt perintah mahkamah... kita tgk riaksi muka puak2 pak lebai nanti.. dia org akan jawab.. ini bukan kenq kencing...ini pengorbanan..

Unknown berkata...

Salam:


Nak buat Macamana,dah jadi macam kanak-kanak orang kata jangan panjat nanti jatuh patah kaki.DEGIL nak panjat juga.jatuh gedebuk sakitnya.

Teringat saya semasa jadi "expatriate di timur tengah di awal 90'an dulu-dulu"kebetulan bersama rakan-sekerja yahudi (warak orngnya)tak silap namanya Jacob Smith.

pernah berhujah dgnnya pasal bangsa Arab/Yahudi.

Pernah dia beri soalan pada saya kenapa Tuhan turunkan Nabi2 dan rasul-rasul pada bangsa Yahudi dan Arab???

saya tiada jawapan.Dia beri jawapanya, kerana orang2 Yahudi adalah bangsa no#1 yg paling degil/jahat/penipu ,suka hidup didunia dan yg keduanya bangsa arab.

Bngsa Arab ada kelebihannya,selain dari ciri-ciri Yahudi,bangsa yg /bodoh,malas nak fikir.

umpamanya didepan mata ada terpampang besar signbord kata ""DANGER"do not enter this area within 30 meter diameter," the bomb will explode.Bengap dan bodohnya pak arab masih lagi,nak tenguk singborad dekat-dekat.last-last meletup,cedera atau mati.

Jadi tak-hairanlah katanya,Yahudi boleh menempek di tanah arab, dikelilingi oleh bangsa-bangsa arab yg bodoh,itu.Dia kata senang aje nak tewaskan yahudi,jika bangsa2 arab yg mengelilingi Yahudi itu nak menang,senang ajer,mereka2 itu mengamalkan agama islam dgn betul/sempurna.pasti allah akan bantu orang2 islam.ITU adalah janji-janji Allah,TERDAPAT DLM "tAURAT/Injil"sesiapa bantu agama Allah,pasti allah akan tolong.

Dia eleborate lagi apa bezanya,antara orang2 islam dan zionist sekarang,dia kata sama sahaja.Masing2 CINTA DUNIA.Orang yahudi kata orang islam jahat,manakala orang islam kata orang2 yahudi jahat.dia kata ada persamaan antara taurat/injil dan al-quran,iatu mereka2 yg "BERIMAN" dan taat perintah allah melalui pertunjuknya.MELALUI RAHAMAT ALLAH akan kasyurga.

dulu-dulu saya tak berapa ambil kisah sangat,tentang apa yg dia perkatakan,BILA keadaan ini berlaku,"KEBODOHAN yg melantun-lantun,yg diwarisi oleh ulamak2 pas,nampak jelas,ulamak pas mewarisi BUDAYA/PERANGAI orang2 Arab,BUKAN MEWARISI Ajaran/amalan/akhlak Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat yg berbangsa Arab..



wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Bloddy Abduh begitu memuji Pendekal (pendek akal) dengan berkata Pendekal mendapat kemulian yang tertinggi. Sebab Bloody Abduh kata begitu ialah kerana nama Pendekal ada Mulia.

Antara Pendekal dengan Subra Presiden MIC, yang lebih mulia ialah Subra sebab dia dan MCA yang awal-awal tangguhkan RUU. Hadi akan berasa malu sekiranya Hadi tidak tahu mengenai penangguhan RUU. Adakah Hadi malu ?

Nama yang Mulia tetapi tidak mencerminkan peribadi dan sikap yang mulia itulah yang memakan diri Pendekal.

Tanpa Nama berkata...

Puak puak ni mereka hanya tau Kona kiri, Kona kanan, gohead, gostan Dan u turn.. lepas tu mereka dapat PIGS...

Tanpa Nama berkata...

PAS For All Bloody Fools

Tanpa Nama berkata...

.

if you are in power, you are powerful, if you don't use your power, your are a bloody fool.

Kalau Pandikar orang yang kuat taat pada Islam, Pandikar tak guna bloody fool sebab ayat-ayat Islam akan mengatakan If you use your power, you must honest dan be fair ..


Pandikar is bloody fool sebab jadi Speaker without power. Dia ada power untuk mengatakan tangguh tapi dia tak ada power untuk kata bahas.

Yang paling paling bloody and fool ia lah Hadi dan Ahli Parlimen PAS kerana ikut rentak kehendak Najib.