Zam label menteri Umno ‘pondan Padang Rengas’
Tan Sri Zainuddin Maidin menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana menolak cabaran untuk bertanding menentang Tun Dr Mahathir Mohamad di kerusi parlimen Langkawi pada pilihan raya akan datang.
Merujuk kepada laporan berita yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa beliau hanya bersedia untuk bertarung dengan Mahathir di kubunya sendiri, Zainuddin, menulis di tweet: "Pondan Padang Rengas".
Padang Rengas adalah kawasan Parlimen Nazri di Perak.
“Menteri Nazri Aziz sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri. Masih muda pun pengecut nak keluar kampung untuk lawan orang tua nyanyuk,” kata bekas menteri Umno itu yang lebih dikenali sebagai Zam.
Pengkritik Mahathir lazimnya membidas negarawan berusia 92 tahun itu sebagai nyanyuk kerana sering menukar pendirian dan pendapatnya, malah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menyebutnya dalam ucapan baginda, baru-baru ini.
Menurut Nazri, beliau tidak boleh bertanding dengan Mahathir di Langkawi kerana sistem pengagihan kerusi Umno tidak membenarkannya untuk meninggalkan Padang Rengas.
"Mahathir sepatutnya lebih tahu. Beliau adalah presiden BN selama bertahun-tahun dan saya tidak perlu mengajarnya. Beliau tahu bagaimana sistem ini berfungsi," katanya yang dipetik FMT.
Nazri mencetuskan perbalahan apabila beliau mencabar bekas perdana menteri dan presiden Umno itu untuk bertanding menentangnya di Padang Rengas.
Semalam, Mahathir membuat cabaran balas dengan ‘menjemput’ menteri itu untuk bertanding menentangnya di Langkawi.
Ini menimbulkan spekulasi bahawa pada usia 92 tahun, Mahathir merancang untuk membuat kemunculan semula.
“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.
“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja," beliau dipetik sebagai berkata di Facebook Mukhriz Mahathir FC.
Mengulas perkembangan terbaru ini, Zainuddin berkata, jika benar bahawa Mahathir akan bertanding, “ini sahaja sudah memuncakkan semangat rakyat untuk jatuhkan (Perdana Menteri) Najib (Razak) tanpa sabar."
VIDEO BERKAITAN
ULASAN GB
Rakyat dapat menilai, siapa yang lebih banyak memberi sumbangan bermakna untuk negara, Mahathirkah atau Nari?
Malah jika dinilai sumbangan Najib yang menjadi pujaan Nazri itu pun belum dapat menyaingi sumbangan Mahathir.
Berkali-kali GB sudah menyatakan, ada kemungkinan kita tidak berapa setuju dengan dasar pemerintahannya sebelum ini, tetapi "kebenaran" bahawa beliau telah banyak memberika sumbangan untuk negara dan rakyat jelata tidak dapat dinafikan.
Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan akan memperlihatkan mereka yang menafikan sumbangan Mahathir, termasuk Najib sendiri yang sentiasa meperkecilkan usaha dan sumbangan Mahathir, akan tetap tewas.
Malah Putrajaya yang Najib dan para mentrinya duduki kini itu pun adalah hasil usaha Mahathir. Dan tidak mustahil Putrajaya akan menghalau keluar Najib dan koncc-konconya pada pilihanraya yang akan datang ini.
FEATURED ADS

Menteri Nazri Aziz sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri.Masih muda pun pengecut nak keluar kg utk lawan orang tua nyanyuk.Poraah

16 ulasan:
.
.
Pasal sistem pengagihan kerusi Umno tidak membenarkan dia untuk meninggalkan Padang Rengas lah yang dia berlagak macam samseng cabar Mahathir.
Apa Nazri tidak sedar ke semua sistem pengagihan menetapkan orang tempatan sahaja yang di letak sebagai calun. Baik BN baik PH +PPBM.
Mana pergi otak Menteri ini ?
Otak letak kat lutut mcm ulamak passikulutut
Agaknya Mama Fidah Aziz rasa "getik bebeno" dengan orang kampungnya sorang ni!!!
Keroje haram idak tapi bajetnye melampo-lampo.
Pasal dia ada Otak lah dia nk duduk kerusi tu sampai Dia MAMPUS sebab Pengundi pengundi PADANG RENGAS SEMUANYE BODOH BENGAP DARI LEMBU.Pangkah jer klu logo Dacing..
Jawatan Menteri tapi pengaruh setakat Padang Rengas. Bila cakap macam dia Menteri satu Malaysia.
Pengundi diingatkan jangan jadi kan Padang Rengas menjadi Padang Pondan.
Walau pun saya setuju, tapi tak baik ko bro sound org Padang Rengas cam tu. Kecik hati dia org. (Tulis sambil senyum).
Majority menteri dalam kabinet ni cakap sahaja berdegar2 tapi tak ada apa2 pun. mereka cakap tidak menggunakan akal yang Allah kurniakan. Cabaran Tun tidak akan sesekali disampbut oleh panglima2 BNatang nih.. Yang paling menggigil sekarang ni ialah penyandang kerusi Langkawi.. tak tidur malam la dia jika betul Tun M akan bertanding disana!
.
Padang Rengas Padang Merbuk
Haji Hadi sudah terhantuk
Padang Merbuk Padang Rengas
Haji Hadi kini sedang lemas
Padang Rengas Padang Merbuk
Kerja Hadi sudahhh ..jadi habuk
Padang Merbuk Padang Rengas
Haji Hadi memamg tak tegas
lebih baik rasanya tun bertanding di perlimen pekan.....
itu pondan padang rengas.
ada beberapa orang lagi pondan padang merbuk
semalam tak sihat.. tangguh lagi
kt padang merbuk berucap kencang nk sekel mufti
last2 pi mengadap nk kautim dgn mufti
Ada ke Perdana Menteri di dunia ni perfect 100%?
Tak payah pandang jauh2, kita sebagai ibu bapa sempurna 100% ke besarkan dan didik anak2 kita?
Tu la yg disebut jaguh kampung je bersorak sorang2 berani let bila ajak berentap lari mencicit dia.penyakit2 ini pula menular dlm pas skrg. Dlm ceramah kemain nk sekeh mufti last2 melutut dtg rumah mufti....malu ooooooo
Org Padang Rengas tak pondan... yg pondannya Nazri Aziz ni. Utk pengetahuan Padang Rengas merupakan kawasan yg paling tercemar sekali di Msia ni dengan pencemaran habuk kilang simen YTL. Tak tau la apa fungsi menteri pondan kat kawasan tu... awwwwwww
Dia bukan takut, tapi segan.
Dengar cerita sekolah bayar perkhidmatan bodoh bestari.net sebanyak rm599 sbln.Bayangkan berapa ribu buah sekolah di malaysia membayar rm599 dgn pelan data cuma 2GB sbln.
Bayangkan betapa untungnya kroni tun mahathir menelan wang rakyat hasil perjanjian bodoh dan bangang bekas tpm dgn YTL.
Harap sesiapa yg ada suara hebat dlm blog ini membongkar satu lagi perjanjian bodoh dan bangang bestari.net selain perjanjian bodoh dan bangang konsesi tol dan ipp.
Sblh tangan hebat mengata org dan sebelah lagi hebat mencuri memewahkan anak..waris..proksi dan kroni.
Eh.eh.eh.siapa yg ko cakap pondan pdg Rengas tu nyah,Nazri aziz? Sabor je naz
Diaorg belom tau penangan ko nyah,ko punya ais krim berapi nyah,haritu masa negro hamlau tu bedal ko,tak pedih ke nyah?ko mmg hebat lah Nazee I'm proud of you..
Catat Ulasan