Hubungan BERSATU-PAS bertambah baik - Muhyiddin
Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah mendapat jemputan daripada PAS untuk rundingan agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
"(Hubungan kami dengan PAS) bertambah baik. Kami dijemput ke majlis (anjuran) PAS setiap hari... ini perkembangan baik.
"Sebelum ini, tiada tetapi mereka sekarang menjemput kami untuk membincangkan agihan kerusi.
"Ini satu kemajuan," kata Muhyiddin dalam satu sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini. -mk
ULASAN GB
Bila baca kenyataan Muhyiddin, terdapat tanda-tanda PAS dah nak hanyut. Terpaksa minta PPBM selamatkan Kelantan.
Teringat kata-kata seorang putera raja, "orang dah nak lemas, tahi pun mereka capai".
Bagi PPBM dan PKR pula, tindakan mereka menyokong PAS akan dilihat oleh rakyat sebagai bersama-sama dengan PAS. PAS bersekongkol dengan UMNO BN. Justeru itu tempiasnya akan terkena kepada PPBM dan PKR juga jika mereka bersama PAS.
Rakyat telah mengetahui sikap dan perangai PAS yang khianat dan kerap tikam belakang. Semasa di dalam PRU13, PAS yang pada ketika itu masih di dalam Pakatan Rakyat telah menikam belakang rakan komponen PR dengan meletakkan calon di tujuh kerusi yang menyebabkan calon-calon PR tewas dan dimenenagi oleh BN.
PAS memenangi kerusi-kerusi di parlimen dan di DUN adalah kerana mereka ketika itu bersama Pakatan Rakyat tetapi kemudian mereka mengkhianati pengundi dan memutuskan hubungan dengan PR tetapi kerana jawtaan dan kebendaan mereka mempertahankan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. PAS akan bungkus di dalam pilihanraya kali ini sepertimana kajian INVOKE baru-baru ini yang mendedahkan PAS tidak akan memenangi walau satu kerusi pun di dalam PRU14 nanti.
FEATURED ADS
Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah mendapat jemputan daripada PAS untuk rundingan agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
"(Hubungan kami dengan PAS) bertambah baik. Kami dijemput ke majlis (anjuran) PAS setiap hari... ini perkembangan baik.
"Sebelum ini, tiada tetapi mereka sekarang menjemput kami untuk membincangkan agihan kerusi.
"Ini satu kemajuan," kata Muhyiddin dalam satu sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini. -mk
PPBM, PKR tak faham permainan PAS, kata Amanah
Amanah Kelantan tidak panik dengan pendirian pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR untuk mempertahankan kerajaan Islam PAS di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Muhamad Hussin berkata pendirian pemimpin PPBM dan PKR ingin mempertahankan kerajaan PAS Kelantan kerana mereka masih belum faham dengan mendalam taktik parti Islam itu.
“Saya rasa PPBM dan PKR tidak faham sangat dengan PAS, kami pernah berada dalam PAS dan kami sudah masak dengan permainan parti itu.
“Kita tidak panik dan tidak kisah dengan kenyataan pemimpin PPBM dan PKR untuk pertahankan kerajaan PAS Kelantan.
“Amanah Kelantan sedang giat mempersiapkan parti untuk mengambil alih kerajaan PAS negeri dan Amanah akan bertanding di sini tidak kira berapa penjuru pun,” katanya kepada FMT.
Setakat ini, katanya Amanah akan bertanding di 32 kerusi DUN dengan paling minimum dan 7 atau 8 kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU akan datang.
Hussin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang parti itu akan turut mempertahankan kerajaan negeri Kelantan yang ada sekarang. - petikan FMT
ULASAN GB
Bila baca kenyataan Muhyiddin, terdapat tanda-tanda PAS dah nak hanyut. Terpaksa minta PPBM selamatkan Kelantan.
"Sebelum ini tiada, tetapi mereka sekarang menjemput kami untuk membincangkan agihan kerusi."
Teringat kata-kata seorang putera raja, "orang dah nak lemas, tahi pun mereka capai".
Bagi PPBM dan PKR pula, tindakan mereka menyokong PAS akan dilihat oleh rakyat sebagai bersama-sama dengan PAS. PAS bersekongkol dengan UMNO BN. Justeru itu tempiasnya akan terkena kepada PPBM dan PKR juga jika mereka bersama PAS.
Rakyat telah mengetahui sikap dan perangai PAS yang khianat dan kerap tikam belakang. Semasa di dalam PRU13, PAS yang pada ketika itu masih di dalam Pakatan Rakyat telah menikam belakang rakan komponen PR dengan meletakkan calon di tujuh kerusi yang menyebabkan calon-calon PR tewas dan dimenenagi oleh BN.
PAS memenangi kerusi-kerusi di parlimen dan di DUN adalah kerana mereka ketika itu bersama Pakatan Rakyat tetapi kemudian mereka mengkhianati pengundi dan memutuskan hubungan dengan PR tetapi kerana jawtaan dan kebendaan mereka mempertahankan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. PAS akan bungkus di dalam pilihanraya kali ini sepertimana kajian INVOKE baru-baru ini yang mendedahkan PAS tidak akan memenangi walau satu kerusi pun di dalam PRU14 nanti.
Kaji selidik dijalankan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) menunjukkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh membentuk kerajaan jika keadaan memihak kepada pembangkang.
Simulasi dijalankan pusat itu mendapati, HARAPAN dan BERSATU boleh memenangi 126 kerusi parlimen berbanding 96 oleh BN. PAS pula diramalkan boleh kehilangan semua kerusinya di Dewan Rakyat.
27 ulasan:
.
.
Pertahan kan Kerajaan Kelantan yang sedia ada? Yang tolak PAS ialah rakyat Kelantan kerana PAS terpalit dengan berbagai skandal dan perangai bodoh sombong.
Bukan kerana PAS bersama atau tidak dengan PKR dan PPBM. Langsung tidak kena mengena. Jika mahu berkerjasama bukan sahaja di Kelantan tetapi di semua negeri.
Dan juga kerana sudah ada AMANAH ganti PAS. Apa pula pendirian PKR dan PPBM mengenai RUU ?
Harap pemimpin AMANAH sekat dulu kemasukan PPBM ke dalam PH.
Mahathir, AMANAH dan DAP mahu tumbang kan UMNO. PKR dan Muhyiddin mahu selamat kan Kerajaan PAS Kelantan. Kebodohan apa kah ini ?
Wallahualam.
Kena faham, ini taktik bijak TSMY..akibat perkara mcm ni polarisasi dlm kepimpinana PAS mungkin berlaku, team A condong kpd UMNO najib dan team B condong kpd PPBM / PKR..ada kemungkinan PAS akan berpecah lagi dan semakin lemah..PAS yg semakin lemah tak akan dapat lagi menjadi tongkat kpd UMNO najib
Saya harap Parti Amanah Negara, di negeri kelantan masuk bertanding di semua kerusi dalam DUN Kelantan. Ramai rakyat kelantan sudah siap sedia tukar kerajaan.
Peh el pas ni macam syi'ah, boleh main Takiyyah @ dihalalkan menipu / kecoh / lidah biawak / khianat/ tikam belakang. Dalam masa dah suntuk nak bincang agihan kerusi, nak bermesyuarat hari hari.Memang ini petanda orang yang dah lemas, tahi yang timbulpun dia menggapai, jangan cuba nak selamatkan dia kerana dia bukan reti berenang tapi bongkat kisahkan dirinya sebagai pakar renang; bila nak selamatkan dia, dengan kita kita tenggelam sama. Biarkan dia .
Bila aku belajar faham apa itu syi'ah , buat aku terkenang macam mana mereka telah membelot Sayyidan Hussin. Merekalah yang membunuh Hussin. Beginilah mereka semasa PRU13 lalu. Bersihkan mereka bawa masuk pendokong TGNA baru boleh kawtim.
ya bodoh bin bengong ..
pas nk pecahkan PH..full stop! mana punya pekak tak tau la...tak paham paham...jenis butakarane...zaman la ni pas bukan masa zaman anwar berahim woiii..la ni pas d kuasai oleh spesis yg lg bahaya dari GRO kelab malam...jenis pedukang...jenih doktrin kasi bengkok pemikiran ..
Kena paham..sbenarnya ini strategi pas je nk ambil perhatian umno..skg ni RUU pun mcm umno nk kencing pas sbb x dibentangkn lg di parlimen..pas ni parti putar belit
Betul. Setuju dgn anda.pas dah nampak kene main dgn umno maka taktik nk ugut umno maka nk berbaik semula dgn pkr pbbm.nk jemput Amanah dan Dap xblh plak sbb dah terlanjur mengutuk pan dap.Dalam masa yg sama nk teruskan dendam manatau kot pkr pbbm setuju maka dap dan pan dipinggirkan maka dendam kesumat pas akan terlaksana..nasihat aku pada pkr dan ppbm jgnla jd bodoh. Rakyat dah tolak pas buat apa nk sembah lagi.nt rakyat tolak pkr dan ppbm sekali baru nk mnyesal nk kaji itu ini dah terlambat dah...
Plitik apa yang orang-orang ni nak main ni? Pengerusi cakap lain, Presiden cakap lain. Mesej yang sampai kat rakyat pun bercampur baur entah ke mana. Aku rasa dia orang ni nak main politik hanya nak jatuhkan Najib saja lah. Lepas tu apa nak jadi, jadilah. Dua kali lima belaka. Negara dan rakyat nak mampus, mampus lah. Asal dendam dah terbalas...
pas bukan nk menang pru.
pas nk lemahkan pakatan pembangkang
bukan percuma, lumayan upahnya
biar bersatu runnding dng pas kerusi. dimana kerusi utk pas.. amanah akan bertanding
dimana kerusi utk bersatu..biar bersatu lawan umno.
mcmana pun pas kena juga bertanding 3 penjuru.
sebb jika pas lawan umnu, disitu amanah akan bertanding.
kalau bersatu lawan umnu..tina2 pas bertanding, maka itulah pengkhianatan pas terhadap bersatu yg muhyidin perlu belajar
secara praktikal alami sendiri.
pas elbih takutkan amanah dpd umnu di Kelantan. pas lebih rela umnu menang dpd amanah menang di Kelantan.
sekurang2nya amanah dan dap lebih kukuh dan jelas arah tuju. pas dan bersatu masih bermain2 belum jelas kedudukan. tp yg ruginya bersatulah kerana pas tidak perlu takut apa sebb matlamat nk kalah.
pas umpama jho low yg berjudi 7 hari 7 malam habis rugi 11 juta wang Negara. sebb jho low bukan nk menang ketika itu.. hanya nak happy2 buang duit. kerana itulah pas sokong bapak tiri jho low kat Malaysia.
.
.
Sampai bila kita mahu berpolitik seperti Muhyiddin dan PAS, akhirnya rakyat yang rugi.
Politik berapa kerusi kami dapat dan berapa kerusi kamu dapat dengan cara sebegini perlu di hentikan.
Ini politik siapa licik dia menang. Lagi kuat menipu lagi bagus.
Selepas itu mungkin PAS ulang balik politik ala MB Selangor, dah pulak PH berpecah.
Kalau betul ada yang condong pada UMNO dan ada yang condong pada PPBM, salah satu kena keluar. Kalau tidak kedua-dua yang condong ini bermuka-muka.
Boleh percaya ke PPBM tak buat perkara yang sama dalam pakatan sekiranya BN kalah.
Kalau nak biar PAS yang datang dengan kesedaran. Di panggil tidak di suruh pun tidak.
Salam.
.
.
Kita mahu Husam Menteri Besar baru..
Masalah TSMY dia rasa seronok berunding nih...hari2 pas call...terasa penting...ph ajak tak datang....masalah paling besar masa dah suntuk....jentera praya kena mantap...mesti ade dateline utk berunding...camne berunding pun tetap min 3 penjuru....sebab pas tak mau dgn amanah dan dap...dia nak bertanding semua kerusi....kerusi dap pun dia mau...umnobn tetap nak kerusi dia....ape peduli pembangkang....amanah kate bagi 3 atau 4...ph/bersatu....so nampak tak....TSMY.....jgn terlepas.....melepas
tektik pas bantu umnu senang saja.
langkah 1 - pecah belah pakatan pembangkang
langkah 2 - mengujudkan imej bahawa 'PEMBANGKANG TIDAK PERNAH
BERSATU SESAMA MEREKA' supaya rakyat kecewa dan akan
kembali sokong BN yg dilihat tenang dan aman
dan masih bersatu.
kalau saat ini pas menetapkan pendirian utk sendirian atau
sekongkol dgn BN, maka pembangkang dilihat bersatu dan boleh
focus utk melawan BN dan rakyat akan menyokong.
perlawanan satu lawan satu semakin jelas. pas hanya menyibuk
dlm perlawanan PH dgn BN saja utk pecah undi.
pas menang atau kalah, yg pasti masyyuuukkk.
.
.
PAS sudah nafikan kata Muhyiddin.
PAS tidak pernah berbincang mengenai agihan kerusi ?
Apa petunjuk yang menyokong kata-kata Muhyiddin ? Cakap lah dengan pimpin PAS yang mana satu yang ingin berkerjasama dengan PPBM dan PKR ?
Sebelum ini PAS nafikan dengan mengatakan hanya berbincang jika tidak ada hubungan dengan DAP dan AMANAH. Ini selepas Muhyiddin memuji sikap baik MB Kelantan.
Kalau Muhyiddin bercakap benar, langkah Muhyiddin seterusnya ialah ' kill ' kenyataan pemimpin PAS. Mana grup PAS yang konon nya mahu berkerjasama dengan PPBM dan PKR?
Yang penting orang politik mesti bekerja untuk rakyat. Elok juga kalau pembangkang boleh bersatu melawan BN. Malangnya ramai yang berpolitk mahu jadi wakil rakyat ... mahu cari nama... mahu cari duit... mahu pangkat... itu sahaja, Maka berebutlah sesama mereka untuk bertanding. Rakyat tidak dipedulikan lagi.....
Nt jd spt pepatah yg dikejar xdpt yg dikendong berciciran...
Tapi yg paling aku bengang... bersatu ni baru jea brp hari belajar jd pembangkang... alih2 dia pulak yg nak berlagak jd abg besar dlm pembangkang yg nak tentukan strategi itu strategi ini... si azmin tu pun satu hal... takut sgt ke hilang jawatan kalau tak berbaik dgn pas?.. aduhaiii politik haru biru betul pembangkang skrg ni...
Setuju...husam diangkat jd mb baru kelantan in shaa Allah... aku caya dgn politik org kelantan... ada pegangan dan pendirian sendiri... dok mudoh jadi bodoo... org kelantan majoriti celik politik...
Tp en min saye sgt kat dio...
Betul tu...aku pun dah ada rasa naik menyampah dgn pkr dan ppbm ni... nampak takda pendirian dan nampak lebih kpd nak jaga tembolok dan jawatan jea...
Nampak gaya diaorg ni tgh main politik jenis siapa yg akan dpt rebut dulu jadi pm...tak percaya aku dgn bekas umno yg baru jd pmbgkang tak sampai setahun ni... berbelit belit nampak agendanya...
Sebab tulah tak perlu istihar bergabung dgn umngok...cukup sekadar jd pemecah undi ph pun dah cukup baik...maka talian hayat umngok akan terus bersambung... ini taktik pun ppbm dan pkr x boleh faham ke..
Mana la pemimpin ppbm dan pkr boleh faham,pemimpin 2 ini adalah manusia yang teramat bodoh didunia malaysia ini.
Nak tumbang kan BN? tunggu la khiamat nanti.
Kalau beginilah keadaannya, pilihanraya umum akan datang aku tak akan undi PPBM dan PKR secara keseluruhan di kawasan aku mengundi tetapi berdasarkan calon.
Jika calon seperti Rafizi bertanding di kawasan aku mengundi, aku tak akan banyak berfikir dan terus undi dia. Tetapi jika calon lain, apatah lagi mahu bersekongkol dengan PAS, aku tidak akan undi dia walaupun diletakkan satu lawan satu menentang BN. Mungkin aku tak akan keluar mengundi, lagi-lagi kalau PAS lawan BN, langsung aku tak akan keluar mengundi.
Walaubagaimanapun, jika calon Amanah yang bertanding di kawasan aku mengundi walau beberapa penjuru sekalipun, aku tetap akan undi Amanah tanpa kompromi.
Assalam.. Saya mohon anak anak kelantan mulakan usaha-usaha memberi kesedaran kepada ibu ayah, adik kakok, sepupu sepapat, sedara mara dan kawan-kawan di kampung untuk mendokong Amanah. Sesekali balik saya mengambil kesempatan meninjau pandangan org tentang Amanah dan jawapan amat mendukacita bilamana dikatakan Amanah sebagai parti pemecah belah, tiada modal dan pengacau. Saya berharap sangat ada pihak yang dapat menyebarluas kewujudan Amanah bersama kebaikan yang dibawa ke peringkat akar umbi yang mana samada masih tidak tahu atau telah diberi maklumat salah tentang Amanah.
Catat Ulasan