PAS TERENGGANU DESAK SYED AZMAN TINGGALKAN PAS?
Notis usul yang dikemukakan oleh Adun Batu Buruk Syed Azman Syed Ahmad Nawawi supaya DUN Terengganu membincang semula serta meneliti Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan dizaman Pas menjadi Kerajaan Terengganu, ditolak oleh Speaker Dun Terengganu, Zuber Embong hari ini.
Penolakan usul berkenaan tidak dinyatakan apakah sebab-sebab signifikannya sekaligus menggambarkan "penolakan" kerajaan Terengganu terhadap Enakmen digubal semasa Hadi anak Awang jadi MB.
Syed Azman mengemukakan usul agar Enakmen itu diteliti semula akan cacat celanya serta membahasnya, memandangkan sampai sekarang ini ianya tidak dilaksanakan walaupun sudah dilulus oleh DUN Terengganu tahun 2002 dan sudah diperkenan oleh Sultan dan telah digezetkan dan dikuatkuasakan Oktober 2003.
Gara-gara mengemukakan notis usul berkenaan Syed Azman tidak disenangi Pas Terengganu termasuk Pesuruhjaya dan seorang YB mendesak Syed Azman meninggalkan Pas. Itulah cara Pas bertindak dalam sesuatu hal yang tidak mampu ditangani dan dijawabnya. Bila berbalut dengan pukat basah mereka akan mengambil jalan mudah "sembelih" orang lain.
Mereka tidak sepatutnya mendesak Syed Azman meninggalkan Pas sebaliknya menyokong keberanian dan kepekaan Syed Azman itu dalam usaha untuk menegakkan syariat Islam. Syed Azman disokong bukan dicemuh.
Ada munasabah dan logik baginya mengemukakan usul notis agar Enakmen itu diteliti semula kerana ia seakan dijadikan "ayam serama" sahaja oleh kerajaan Pas Terengganu dahulu dan disambung oleh kerajana Umno kini. Ianya diakui cantik, perfect tetapi liat untuk melaksanakannya. Ayam serama memang cantik tetapi gunanya sekadar peliharaan semata-mata.
Seharusnya juga parti agama itu tidak bersusah payah berusaha dan memaksa ahli parlimen menerima RUU 355 yang kini sudah jadi macam terung celor itu, sebaliknya lebih wajar usaha agar Enakmen Hudud dan Qisas Terengganu itu dilaksanakan dahulu.
Pas boleh membuktikan kesungguhan dan kejayaan usahanya berbaloii kalau Enakmen itu dilaksanakan. Natijah atau kesan daripada pelaksanaan Enakmen berkenaan di Terengganu itu tentu dapat dijadikan model atau menyakinkan orang ramai terhadap RUU 355 yang tempa dan digegak gempita sekarang ini. Wolah... Trims. -MSO (28/3/17)
ULASAN GB
Tak perlu bagi GB mengulas panjang mengenai tindakan PAS Terengganu yang dikatakan mendesak YB Syed Azman untuk meninggalkan parti gara-gara membongkar semula Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang tertangguh hampir 15 tahun.
Sepatutnya UMNO yang panas bontotnya dengan usul berkenaan, alih-alih PAS pula yang melompat, yang menjelaskan kepada rakyat bahawa benarlah apa yang dikatakan oleh Syed Azman bahawa:
Ia seperti mendedahkan tentang persamaan gaya politik PAS dan UMNO.
Apa-apa pun sekalung tahniah untuk YB Dr.Syed Azman, sekalipun usulnya ditolak, namun rakyat sudah boleh membuat penilaian apatah lagi apabila PAS Terengganu kepanasan dengan bahang usul yang dibawanya.
FEATURED ADS

Speaker Dun T'ganu tolak usul teliti semula hudud dan qisas tertangguh 15 tahun
Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul bagi menggesa Dun meneliti semula Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang tertangguh hampir 15 tahun.
Usul itu dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 31(2) peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu dengan memberi notis 14 hari.
Kesal dengan penolakan tanpa alasan kukuh itu, Syed Azman berkata, di sebalik penolakan usul itu, surat Mohd Zubir jelas memperakui bahawa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M telah diluluskan oleh Dun Terengganu pada 7 Julai 2002.
Beliau juga turut memperakui bahawa enakmen itu juga telah diperkenan oleh Sultan Terengganu pada 2 September 2002 dan disiarkan dalam warta pada 25 September 2002 serta telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003.
"Malangnya surat penolakan Yang Dipertua Dewan tidak menyatakan secara langsung sebab-sebab kenapa di sebalik kelulusan enakmen yang telah diwartakan ini namun pelaksanaannya tertangguh sejak 15 tahun yang lalu.
"YDP Dewan tidak memberikan sebarang alasan kenapakah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah lama diwartakan ini tidak dikuatkuasakan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hudud dan Qisas alat politik?
Syed Azman dari Pas itu khuatir jika enakmen kesalahan jenayah syariah itu hanya menjadi alat politik semata-mata.
"Adakah benar telahan saya bahawa enakmen ini hanya menjadi alat politik semata-mata dan dijaja di segenap penjuru negara apabila pilihan raya menjelang tiba? Lebih malang lagi, enakman ini akan kembali dipetisejukkan dan dilupakan sebaik sahaja pilihan raya berakhir," katanya.
Beliau juga menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab setiap Adun untuk berbahas soal isu yang penting ini dan Dun juga bertanggungjawab meneliti pelbagai aspek untuk menegakkan Maqasid Syariah, iaitu matlamat utama Syariah, dan melindungi agama daripada pengaiban.
"Sepatutnya di dewan yang mulia inilah tempat untuk enakmen ini diteliti dan dibahas kembali dan bukannya dibiarkan perdebatan berlangsung di padang-padang bola atau di pelbagai medan pertemuan sosial lain yang penuh dengan kecelaruan," tegasnya.
Justeru beliau menggesa kerajaan negeri meneliti kembali sama ada enakmen-enakmen jenayah syariah yang telah diluluskan semenjak 15 tahun lalu benar-benar dapat memelihara nilai-nilai utama syariah, seperti keadilan, rahmat, kebijaksanaan dan kebaikan.
"Begitu juga setiap tanggapan negatif terhadap syariat harus ditangani dengan usaha dakwah dan mendidik, memberikan kefahaman menerusi pendekatan berhikmah dan bukannya bersifat ‘menghukum’ semata-mata agar tidak ada lagi yang 'dimunafiqkan', 'diliberalkan' dan 'dikafirkan'," katanya lagi.
Islam bukan menghukum
Sementara itu, Syed Azman berkata, agama Islam tidak berkisar kepada persoalan undang-undang yang bersifat menghukum semata-mata sebaliknya Islam adalah lebih bersifat mendidik daripada menghukum, menegakkan keadilan dari beretorik di mimbar-mimbar perbincangan, memperjuangkan kebebasan serta menghapus salahguna kuasa dan rasuah.
"Lebih buruk lagi jika isu pelaksanaannya juga terdorong kepada kepentingan politik semata-mata dengan menjadikan hudud sebagai taruhan untuk meraih sokongan dan bukan diberi perspektif berpandukan disiplin ilmu yang mahal harganya.
"Sikap mengambil mudah dalam isu perlaksanaan syariat khususnya Hudud dan Qisas tanpa memberi gambaran tujuan syariat atau maqasid syariah yang lebih besar akan memberi ruang kepada tuduh menuduh yang boleh membawa kepada mendukung kelompok Takfiri (mengkafirkan orang lain).
"Malah sarjana besar pada zaman ini seperti Sheikh Mustafa al-Zarqa, Muhammad Abu Zahra dan Sheikh Yusuf al-Qaradawi telah banyak membahaskan keperluan terhadap ijtihad, keutamaan (fiqh al-awlawiyat) dan keadilan sebagai asas maqasid al-syariah dalam pelaksanaan hukum-hukum Islam ini," jelasnya.
Sehubungan itu beliau memohon Mohd Zubir meneliti semula usul yang telah dikemukakan agar Dun dapat mengadakan sidang khas bagi membahas kembali Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu.
"Kita tidak boleh berselindung dengan meletakkan kegagalan melaksanakan enakman ini kepada pihak lain terutama daripada kalangan bukan Islam.
"Adalah wajar rakyat Terengganu perlu diberikan penjelasan akan kegagalan perlaksanaan enakmen ini sehingga hampir 15 tahun kerana Syariat Islam bukannya bersifat retorik politik tetapi menjadi kewajipan mereka yang berkuasa. Ia adalah suatu yang penuh dengan segala kemuliaan dan kerahmatan," ujarnya. MD
ULASAN GB
Tak perlu bagi GB mengulas panjang mengenai tindakan PAS Terengganu yang dikatakan mendesak YB Syed Azman untuk meninggalkan parti gara-gara membongkar semula Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang tertangguh hampir 15 tahun.
Sepatutnya UMNO yang panas bontotnya dengan usul berkenaan, alih-alih PAS pula yang melompat, yang menjelaskan kepada rakyat bahawa benarlah apa yang dikatakan oleh Syed Azman bahawa:
"Adakah benar telahan saya bahawa enakmen ini hanya menjadi alat politik semata-mata dan dijaja di segenap penjuru negara apabila pilihan raya menjelang tiba? Lebih malang lagi, enakman ini akan kembali dipetisejukkan dan dilupakan sebaik sahaja pilihan raya berakhir,"
Ia seperti mendedahkan tentang persamaan gaya politik PAS dan UMNO.
Apa-apa pun sekalung tahniah untuk YB Dr.Syed Azman, sekalipun usulnya ditolak, namun rakyat sudah boleh membuat penilaian apatah lagi apabila PAS Terengganu kepanasan dengan bahang usul yang dibawanya.
10 ulasan:
Bila tinggalkn PAS, senanglah PAS nak buat ceramah baiah 2.0 versi terengganu pulak. Kat kelantan tak habis2 isu baiah.. hahahaha
Admin mohon masuk bloglist :
http://bankami.blogspot.com
JZKK kepada Dr Syed Azman yang membongkar satu lagi tipu daya golongan yang tidak hikmah dan tidak cerdik berpolitik ini.
Daripada peristiwa ini, terbukti jelas bahawa RUU355 yang sedang digunakan untuk menuduh orang Islam lain dengan pelbagai label adalah gimik politik semata2. Isu ini menzahirkan lagi kelicikan UMNO dalam mempermain2kan PAS demi survival mereka. Enakmen yang dah diluluskan pun tak dilaksanakan, pergi sibuk nak buat enakmen baru!
Sampai bila lah golongan agamawan PAS ni akan insaf?
Orang2 kampung sendiri pun semakin sedar akan permainan politik ini.
Semua pentarbiyahan yang kita belajar daripada mereka sejak di universiti & di luar negeri dulu (tahun 70an-90an) sekarang semuanya mereka yang langgar sendiri. Waktu itu, bersusun keset-keset ceramah mereka kita buat, kita jual dan kita beli. Saya minta mereka dengarlah balik ceramah2 ini, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka sebelum bertemu denganNya.
Maksud ayat As Saff : ayat 2:
"Wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya?"
Jelas siapa yg munafik....Allah zahirkan siapa yg mempermainkan ayat2nya....semoga walaun2 dan ahli yg totok dapat melihat kebenaran dan hipokrasi
patut pung tak habis2 tangguh bila diberi peluang diparlimen. yg dah lulus dewan, diperkenan sultan pun tak dilaksanakan.
apa lagi ada pd puak2 ini? agama dah dijual dgn harga rm90juta; ada yg dpt rm2juta; ada yg membalak; jawatan, gaji dan elaun. kerja tak buat. sokmo monteng parlimen.
dewan utk berbahas bincang masalah rakyat bukan utk ceramah kuliah subuh. kalau nak buat kuliah sila buat diluar dewan.
apa kelulusan exco agama Kelantan? tak lulus university?
ada kelayakan imam kampong dilantik jadi speaker dewan?
.
.
Mengapa PAS Trengganu pulak yang back up UMNO ?
Yang kena jawab UMNO.
Jika di benarkan usul di bahas baru lah tahu memgapa Enakmen Jenayah Syariah yang telah di luluskan tidak dapat di kuatkuasakan ?
Tindakan PAS yang seperti kepanasan punggung menunjukkan PAS memperlekehkan mertabat mahkamah Syariah.
Wallahhuallam
AGAIN WE WILL NEVER EVER SOKONG RUU355 YG MASIH BERKITABKAN UNDANG-UNDANG PENJAJAH.WE WILL SOKONG IT DIBUANG TERUS KE TONG SAMPAH, TERUS DILUPUSKAN AND JANGAN SESEKAKI DIKITAR SEMULA. NAK BUAT AMBIL DAN IKUT 1000% AL QURAN DAN HADIS. SO IF NAJIB DAN WANITA PUAKA MEROMPAK, POTONG TANGAN DIKHALAK RAKYAT M,SIA. DAN JUGA FOR THOSE YG MULUT GATAL SANGAT FITNAH SANA SINI, DISEBAT 100 KALI, AND DIHALAU TERUS KELUAR DARI M,SIA FOR 1 YEARS. INI BUKAN ZALIM BUT THIS WAT YG DITETAPKAN DLM QURAN DAN HADIS.
Mcm pepatah melayu la. Cubit peha kiri, peha kanan yg nak menendang org.
PAS NGANU DAH JADI BARUA DAP
DAH DIPERKUDA DAP
DAH SEDIA NK MASUK JIRAT CINA
APALAH PUNYA PARTI ISLAM MEMALUKAN UMAT BETUL LA.
Berhati2 merujuk kpd AlQuran & hadis tu..mana ada hukum fitnah sebat 100 x & halau dari malaysia..jgn sembarangan menulis..
Lepas ni confirm syed Azman di label macai PAN
Catat Ulasan