Bukan tarbiyah ini yang kami terima - Salahuddin
Sikap Pas yang tidak lagi lantang menentang penindasan rejim Umno-BN bercanggah dengan tarbiyah atau proses pendidikan daripada kepimpinan Pas terdahulu, tegas Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Menurutnya, hal tersebut dapat dilihat ketika protes menggunakan plakad 'Di Mana Rm2.6 bilion?' pada 2015 apabila ahli parlimen Pas enggan berbuat demikian bersama-sama dengan gabungan Pakatan Harapan.
"Tak boleh sokong, cenderung pada kezaliman pun tidak boleh. Sekarang, angkat kertas pun tidak mahu. Ada yang kata tidak boleh sebab tiada saksi.
"Ini bukan tarbiyah yang dididik Yusof Rawa (bekas Mursyidul Am Pas, 1987-1995), Nik Aziz (bekas Mursyidul Am Pas, 1995-2015), Ustaz Fadzil Noor (bekas Presiden Pas, 1989-2002).
"Bukan tarbiyah ini yang kami terima. Kita lawan kezaliman dengan apa yang kita ada. Kita berjihad dengan apa termampu.
"Hari ini mereka (Pas) tidak berani menegur Najib Razak kerana kononnya dia Melayu dan Islam. Pulak dah," ujarnya dalam ceramah di Pasir Tumboh, Kelantan kelmarin.
Salahuddin berkata, kerjasama politik antara parti pembangkang berpecah-belah, rakyat keliru manakala Pas menjadi parti paling tidak boleh dipercayai ekoran sikap pemimpinnya pasca pemergian Almarhum Nik Aziz.
"Paling jelas isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan MO1 (Malaysian Official 1). Adakah kaedah feqah nak tunggu empat saksi lagi?" bidasnya.
Untuk rekod, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2015 dilapor berkata, sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Najib Razak perlu berasas dan memerlukan saksi.
Terdahulu, Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Dr Haron Din pula mengganggap laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa terdapat aliran wang 1MDB berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib sebagai 'tidak logik.
Mengulas lanjut, Salahuddin menegaskan pendirian Pas berhubung skandal 1MDB bercanggah dengan reaksi beberapa negara luar yang mengambil tindakan undang-undang termasuk ke atas ahli perniagaan Jho Low.
"Singapura, Switzerland, Amerika mengambil tindakan dan Jho Low mendapat waran dan akan didakwa tidak lama lagi. Tiba-tiba ada ulamak (Pas) katakan tidak boleh.
"Dalam sejarah dunia ini ada pemerintah yang zalim disokong oleh agamawan yang korup. Oleh itu, kita tidak boleh bertolak-ansur dengan kezaliman seperti ini.
"Semua orang tahu Najib korup, Umno tidak boleh diselamatkan. Kenapa DAP, Amanah, PKR ada di sini? Kerana kita hari ini tidak boleh lagi bersekongkol atau menyokong kezaliman yang dilakukan Umno-BN," ujar Salahuddin.
Tidak khianat
Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, beliau bersama beberapa pemimpin Amanah hari ini yang dahulunya menerima tarbiyah Pas boleh sahaja menyertai Umno jika mahu.
"Sekiranya kami meninggalkan Pas, kami masuk Umno. Datuk Husam bukan sekadar menteri, perdana menteri pun boleh. Mat Sabu (Presiden Amanah) boleh.
"Saya boleh jual kerusi saya dulu," katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu.
Walau bagaimanapun, mereka sama sekali tidak berbuat demikian kerana berpegang pada amanah yang diberi oleh rakyat dalam menentang Umno-BN.
"Kami tidak pernah khianat dengan mandat yang rakyat beri. Kami tidak khianat. Kami lawan Umno atas dasar bukan peribadi.
"Kalau peribadi, tidak akan duduk dengan Ariffin (Ketua PPBM Bahagian Kubang Kerian) pada malam ini (kelmarin). Kalau peribadi kami tidak terima Tun Mahathir kerana kita menentang kezaliman parti," tambahnya lagi. -MD
VIDEO BERKAITAN
FEATURED ADS

6 ulasan:
ulama donia..
APABILA BANGSA 1ST DIDAHULUKAN SEBELUM AGAMA, MAKA HANCURLAH PERJUANGAN ISLAM TERSEBUT SBB NIAT DAH JADI TAK BETUL. AGAIN TO ULAMA PAS, TOLONG CARI SATU HADIS AND AYAT AL QURAN SAID ISLAM IS EKSLUSIF UTK BANGSA MELAYU? TINDAKAN U PAS AUTOMATIC MENGHINA BANGSA LAIN BERAGAMA ISLAM. I BUKAN BANGSA MELAYU, BUT I BERAGAMA ISLAM. SEBAB PERJUANGAN PAS TAK JAUH BEZA DGN UMNO, SATU BANGSA MELAYU, SATU MELAYU BERAGAMA ISLAM. ANY DIFFRENT.? LU FIKIRLAH SENDIRI.
jgn diusik ulamak2 jenis ni, sudahkekenyangan akibat menyokong kleptokrasi.. dan bersubahat sekali.. biarlah pas dengan labu2 nya... dia rasa dia selama ada labu sayong yg penuh duit..biarkan mereka menjadi lebai malang..
.
.
Bagi PAS walaupun semua duit hilang samada di sebab rugi atau di ambil cara salah atau di guna oleh Kepala Negara ada lah dengan niat yang ’baik’.
Sebab nya ialah Najib berani mengaku duit 2.6 billion telah di masukkan ke akaun Najib sendiri. Jika Najib berniat jahat mana mungkin Najib berani mengaku.
Apalagi semua tuduhan ke atas Najib telah di beri jawapan iaitu derma dari Pak Arab.
Maka itu PAS yakin Najib tidak buat sebarang kesalahan.
Bagaimana pun PAS pura-pura tidak tahu mengenai pemecatan Peguam Negara, campurtangan dalam Bank Negara dan mengena kan tindakan ke atas Pegawai SPRM. Peristiwa tersebut sikit pun tidak menimbulkan sebarang keraguan pada PAS. Ini lah politik fahaman PAS di mana kadang kala Kepala Negara perlu ambil tindakan yang keras.
Apa akibat nya pada negara dan rakyat tidak penting bagi PAS. Bagaimana sistem dan undang-undang sepatutnya di jaga dan di patuhi tidak di pedulikan oleh PAS. Jika agama menegah manusia pun PAS boleh buat alasan (keadaan) yang membolehkan demi atas nama Islam.
Apabila pemimpin pembangkang mendedahkan kejahatan Najib, PAS akan memburukkan pembangkang seperti mana PAS memburukkan Tun Mahathir.
Jasa PAS cukup besar dengan menyelamatkan Najib dan 'niat PAS se mata-mata kerana Islam'
Sesiapa yang jahat dan pernah buat jahat apabila bersama PAS atau di tolong oleh PAS, akan menjadi baik.
Sedangkan yang paling jahat sekali ia lah PAS !
Pas telah jadi parti munafik disebabkan pemimpinnya munafik..firasat & hati saya dapat merasakan kali ini PH akn menang pilihanraya & membentuk kerajaan. Saya yakin kali ini allah swt akan memberi cahaya utk malaysia. Dulu saya sering terfikir mengapa pembangkang ini susah sgt nk menang sedangkn brbagai usaha tlh dibuat.solat hajat & adanya pas trdiri drpd ulama2 yg dikatakn doa berkat.Tp masih jgk kalah.Bila saya fikir semula ada hikmahnya..allah ingin tunjuk siapa benar & salah..rupa2nya adanya org2 yg munafik dlm pakatan & umno plk masih ada org2 yg jujur. Skg semua org2 yg ikhlas brjuang telah bersatu didalam harapan manakala pengkhianat & munafik telah tiada.in'allah kali ini allah akn beri prtolongan pd pakatan sebagaimana allah tlg tntera islam di perang badar.ketika mana tntera islam kurang dari tntera kafir tp dgn jiwa yg ikhlas n bersih islam menang dlm perang itu..
Takbir..
Catat Ulasan