30 Mac 2017

[VIDEO] Rafizi: Panggil Aku Biawak Pun, Apa Aku Ada Kisah?

MP Setiu Ditegur Pandikar Cuba Ganggu Ucapan Rafizi

Sidang Dewan Rakyat digamatkan apabila ungkapan 'jangan jadi seperti biawak' digemakan sewaktu persidangan berlansung pagi tadi.

Ahli Parlimen Setiu, Mohammad Zulkifly Yusof yang ketika itu membahaskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 mengingatkan supaya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya 'jangan sampai dia digelar sebagai biawak'.

"Pandan jangan orang panggil kita biawak esok...tapi saya tidak kata dia biawak.

"Semua benda dia hentam tetapi akhirnya berkata apa yang dicakap itu sekadar gurauan," katanya.


Rafizi kemudiannya menjawabb perkara itu dan berkata, beliau tidak ada masalah untuk wakil rakyat kerajaan menghentamnya.

Namun merasa sedikit ralat apabila platform Dewan tidak digunakan sebaiknya oleh mereka untuk membahaskan perihal rakyat.

"Saya tidak ada masalah untuk dihentam tiap-tiap hari di dalam dan luar dewan.

"Tetapi amatlah merugikan rakyat dari Setiu apabil wakil rakyat mereka masuk ke dalam dewan membahaskan rang undang-undang yang cukup penting bagi rakyat tetapi tidak menggunakan sepenuhnya ruang itu untuk membahaskan tentang rakyat tetapi cuba membodek Pekan dengan menghentam saya.

"Saya tidak ada terkesan langsung. Panggil saya biawak, panggillah saya apa pun, saya buat tugas saya sebagai pembangkang,"
katanya.

Sewaktu Rafizi berucap mengulas ucapan perbahasan, wakil Setiu itu telah bangun mencelah namun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegurnya supaya duduk.

Kata Pandikar, jangan mengganggu orang lain jika seseorang ahli Parlimen tidak mahu diganggu ketika berhujah dalam perbahasan, seperti menyindir dengan kata-kata pedas.

"Selama lebih kurang 9 tahun, saya cuba untuk mewujudkan satu budaya Parlimen di mana dalam perbahasan mesti kita beretika dan mengikut peraturan mesyuarat.

"Apabila kita berhujah kita tidak mahu diganggu maka kalau kawan lain berhujah jangan kita ganggu.

"Kalau kita tidak mahu umpamanya disindir ataupun ada hujah-hujah yang kita rasa pedas, jangan berhujah menyindir dan nanti kita akan rasa pedas," katanya.

Sekali lagi, Che Mohamad Zulkifly bangun untuk mencelah yang kemudiannya diminta duduk oleh Pandikar.

"Apabila tadi Yang Berhormat sedang berhujah ramai yang sedang berdiri tetapi Yang Berhormat tidak beri laluan.

"Jadi, kalau Pandan (Rafizi) berdiri lepas itu Yang Berhormat ganggu saya beri laluan pula, bermakna saya nampak tidak adil.


"Kalau Yang Berhormat saja duduk di sini nampak tidak adil, tidak mengapa. Tetapi ada di Galeri Awam sana yang tengok," kata Pandikar.

Drama berakhir apabila Mohammad Zulkifly menghabiskan perbahasan beliau.








ULASAN GB

Nampaknya paggilan "biawak" ni semakin hangat mutakhir ini. Sebelum ini seorang presiden parti Islam menyebut "biawak" yang ditujukan kepada BN dan PH, malah kononnya biawak dalam PH lagi besar dari BN.


Hari ini ungkapan biawak itu telah disambut dan dipopularkan semula oleh ahli parlimen UMNO dari Setiu.

Hukum kebenaran dan keadilan tidak pernah berdusta. Sesuatu panggilan buruk itu tetap akan kembali kepada penuturnya.

Kini rakyat sudah pun mengenalpasti siapa sebenarnya "biawak" yang dimaksud iaitu tidak lain tidak bukan kepada kedua-dua penuturnya sendiri. Nabi bersabda: "Kullu kalam addua" - setiap perkataan itu adalah doa!







FEATURED ADS





9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuba lihat siapa yg jd biawak sbnrnya.berikut berita terbaru blh menampakkan pas kene tipu bulat2 tp xkisahlah pas mmg suka ditipu pun tp yg pas jd pengacau ni lah sebenarnya biawak..bukan bn atau ph...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak membentangkang rang undang-undang 355 selaras dengan dasar dan amalan mereka yang membuat keputusan berdasarkan konsensus.

Najib yang juga pengerusi BN memberitahu, ekoran keputusan berkenaan usul persendirian yang asalnya dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal menjadi rang undang-undang persendirian.

"Justeru rang undang-undang ini akan terus menjadi bil (rang undang-undang) persendirian dan terserah kepada speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan (kedudukannya)," kata beliau sebentar tadi.

Tanpa Nama berkata...

BERITA SEDIH untuk Walaun2ta:

Baru sebentar dapat makluman bahawa Najib tidak akan bentangkan RUU355. Pejuang Islam dalam PAS serata negara mengatakan tidak apa- aspirasi Islam PAS tetap membara. Apa yang mereka boleh kata?
Mereka boleh lah kata apa sahaja yang mereka mahu untuk mengubat hati nan luka. Fakta nya, ialah PAS sudah ditipu lagi oleh UMNO. PAS boleh terus berkata yang kena tipu bukan orang PAS tapi semua umat Islam di Malaysia.
Mungkin PAS tidak dengar agaknya, PAS tidaklah mewakili semua umat Islam di Malaysia. Bukan semua orang Islam percayakan PAS dan ada sebahagian besar orang Melayu, menerima bahawa ada cara lain memuliakan Islam.
Itu karakter Najib yang sebenar. Mengapa PAS tidak mahu belajar karakter Najib dari skendel 1MDB? Mungkin pemimpin PAS dalam parlimen tidak faham isu ini. Atau tidak peduli. Bukankah nampak jelas dari 1MDB- Najib ialah seorang yang tidak amanah, suka berbohong, bersubahat dengan Jho Low untuk mencuri wang dari 1MDB dan sifat2 keji yang lain? Namun PAS merasakan boleh berkawan dengan orang yang seperti ini.

Apa nak jadi... apa nak jadi... (ikut rentak lagu Allahyarham S.M Salim)

Tanpa Nama berkata...

Dengan kerajaan Pakatan Biawak itu la menantu kau Ding Ayang dpt cari makan buta bergaji puluh ribu.. x kan kau berani nk putus pulak..tidak mati kelubur la menantu kesayangan hg tu..... aku cabar... Dengan dedak 90juta dari Barisan Biawak la org2 bwah kaw boleh pkai Audi,porche & range rover... + boleh merayap dgn En Somi lagi kt KL...baru terbeliak mata org tgk org En Somi & wife..Lori & kapal terbang pun boleh beli... Ingat sama jasa 2 ekoq biawak ni...nk harapkan hasil dari P@$... tgk kelantan,Kedah,Terengganu dulu2 time perintah... KO.... x sembang besaq la... Tuhan dh bagi peluang kt hg dulu... tapi hg x pandai guna...

Tanpa Nama berkata...

.
.

Jarang Tuan Speaker bertindak begitu.

Kalau apa yang di katakan oleh Rafizi mengarut dan tak masuk akal pasti Tuan Speaker akan memberitahu Pandan supaya beri laluan.

Maksudnya yang akan menganggu Rafizi ia lah Tuan Speaker sendiri dengan mengatakan Pandan pun pernah berdiri minta mencela untuk membantah atau minta penjelasan ....

Tuan Speaker dapati hujah Rafizi tidak boleh di sangkal dan Tuan Speaker tahu kalau di beri laluan, habis kuat yang Setiu akan katakan pada Rafizi ia lah apa yang telah dia sebut ia itu biawak.

Syabas Rafizi.

Tanpa Nama berkata...

kalau kena tipu dgn yahudi zionis aku x kisah.. sb diaorang memang cerdik & licik.. ni kena tipu dgn Umnos biawak je pasal RUU. lawak.. olama no2 Donia kena tipu dgn umnos biawak... kah.. kah. kah.. lawak...hg yg kata dia biawak.. yg hg percaya kenape???

andikbolong berkata...

biawak ldah bercabang.. kena kantoi tak serik2 orang matang..klu bebudak tap pe mi lebai2 serban besaw lagi matang tspi tak gantang.apa nak jadi .. nak menyorok mana nak tarok muka depa lebai2.. menyalak kat ahli2 walaun jelah.. ni mesti dap dan pan punya angkara kot?$$$

Tanpa Nama berkata...

.

Itu lah masalah nya dengan politik matang PAS.

PAS langsung tak tahu hal-hal mengenai 1MDB sebab kurang bijak atau sebab 90 juta?

Jika betul PAS ada kekuatan, PAS guna 1MDB untuk tekan Najib. Persoalkan semua tindakan Najib yang melibatkan 1MDB.

Ini tak RUU entah apa jadi, Najib terlepas dengan 1MDB.

Tanpa Nama berkata...

biawak hidup sebenar Ding Ayang... ape fungsi dia pun x tahu.. nk suruh betelur pun x leh...berketak je lebih..bayar gaji mahal... menghabiskan duit rakyat selangor lagi ade je.. simpan bt pe lagi.... tendang je la.... biar dia cari makang kt kelantan.. baru taw.. x berkokok dia.... jangan kata 37 undi.. 0 undi pun belum tentu....

Tanpa Nama berkata...

Allah dah bagi Kat PAS PIGS selepas pusing kiri kanan Dan u turn...