24 Feb 2017

[VIDEO] PAS Sekarang Sudah Tidak Menentang Asabiyah...

Pas sudah lupa perjuangan menentang asabiyah, kata Mohamad

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu meminta pemimpin dan ahli Pas agar mengingati semula perjuangan parti Islam itu menentang pemikiran asabiyah suatu ketika dahulu.

"Tajuk muktamar Pas 1986 'menggempur pemikiran asabiyah'. Kami semua hafal hadis berkaitan asabiyah.

"Selepas berlaku kezaliman kepada ahli dan penyokong Pas di Memali, Pas memilih tajuk meuktamar 'bergerak menentang kezaliman'.


"Tapi apabila Pas semakin berumur semakin dilupakan perjuangan menentang pemikiran asabiyah dan kezaliman ini.

"Bahkan Pas dan Umno boleh satu kapal sekarang ini. Dulu selepas muktamar kita bakar akhbar Utusan sebab terlalu marah dengan akhbar itu yang sering buat laporan salah tentang Pas. Tapi sekarang boleh pakai baju berlogo Utusan," katanya dalam ceramah Pakatan Harapan di Kuala Krai malam tadi.

Beliau menegaskan, sejarah politik tanah air membuktikan pembangkang tidak mampu menang jika bertanding bersendirian.

Justeru Amanah semakin semakin yakin dengan kekuatan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditambah pula dengan kebersamaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Politik di Malaysia dalam pilihan raya mesti ada muafakat. Tak boleh bertanding bersendirian.

"Invoke mengatakan kalau berlaku pertandingan tiga penjuru Pas tak akan menang. Jadi ahli dan penyokong Pas pilihlah nak bersama parti mana dalam pembangkang ini.

"Kita kena muafakat kita dah ada Pakatan Harapan semua orang tahu di sebelah pantai barat undi orang Tionghoa besar sekarang bila sebut negeri mana BN tak selamat orang sebut Johor, Pulau Pinang dan sekarang ada kajian kata lapan negeri akan jatuh kepada Pakatan Harapan," katanya. -MD





ULASAN GB

Ya, PAS sudah tidak menentang fahaman asabiyah lagi kerana mereka kini pejuang asabiyah. mereka bersama UMNO kononnya untuk perjuangkan Melayu dan Islam dan memusuhi yang bukan Melayu dan bukan Islam. DAP yang paling menjadi sasaran kerana dituduh menentang hudud sedang Haji Hadi sendiri dahulu menyatakan DAP berhak tolak hudud.







FEATURED ADS



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.

Nampak sangat Melayu itu Islam dan Islam itu melayu.

Jadi PAS sudah tidak ada perjuangan.

Itu perjuangan UMNO. PAS hanya mengiringi UMNO.

Wallahualam.

Malaysiabaru berkata...

Pas adalah dajjal

Pura pura islam tapi satu habuk islam pun tak ikut. Setakat tongeng sujud itu bukan solat bagi pas tapi utk.memunjuk mereka alim umaral ularak

Solat mereka ceramah mereka utk lekal status quo sebagai umarak yg alim kumun supaya duit ceramah agama masuk duit umno masuk duit derma masuk dan duit projek negara masuk.

Pas bukan contoh terbaik islam. Kerana hina dan bermusuh dgn non.moslem.

Bencinya pas kpd org kapir seolah org cina India ni donald trump. Benci dap seolah dap lebih teruk dari mca.

Mca yg chinakan Malaysia melalui duta khas yg bawa masuk 900 billion duit komunis.

Mca yg bersama BN 60 tahun mengkorporatkan cina jadi tauke. Mca yg bawak along pusat urut dan judi. Toto 4d zaman mca.

HARI NI BAGI PAS MCA UMNO ADALAH SUMBER KEWANGAN MEREKA. JADI KELDAI UMNO MCA PUN TAKPE. PUSAT JADI HIDUP SEIRINGAN 'HUDUD' PAS HIDUP SEIIRINGAN MCA KAPIR HARBI!

p.s strategy kami di Johor belasah MCA. China rampas tanah . Melayu Johor bakal jadi anjing Singapore .

Di kelate cukup utk husam one mam show tour kelate dah tumbang pak lebai haji korup. Membalak bersama ularmak. Banjir bersama pas umno.

Unknown berkata...

Demo lor ni tok supo mulo..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Lantaran terpengaruh dengan ideologi Umno, Pas sekarang seakan-akan sudah mengkesampingkan perjuangan untuk mendaulatkan agama. Pas sekarang sudah tidak banyak lagi membicarakan persoalan menegakkan keadilan Islam, sebaliknya sudah senada dengan Umno memperjuangakan Melayu. Menurut kamus Pas terkini, memperjuangkan Melayu bermakna memperjuangkan Islam, kerana kononnya Melayu itu Islam dan Islam di Malaysia bertunjangkan Melayu. Pas sudah terlupa bahawa memperjuangkan Melayu, bermakna memperjuangkan kaum. Perjuangan chauvanist Melayu adalah perjuangan assabiyah yang ditolak secara total oleh Islam.

Para pemimpin Pas sudah tidak kekok lagi memakai pakaian tradisi Melayu seperti bertanjak dan berkeris. Pemimpin Pas kini tampak seperti pahlawan Melayu zaman dahulu. Berkupiah, berserban dan berjubah tidak lagi menjadi pakaian yang dominan pimpinan Pas. Dasar perjuangan parti yang diamalkan oleh Pas kini lebih kemalayuan berbanding Islam, dan pakaian mereka juga lebih kepada tradisi Melayu berbanding dengan pakaian "sunnah" nabi. Persepsi awal menunjukkan bahawa Pas dan Umno sudah sehati dan sejiwa. Buktinya, kedua-dua parti ini sudah sanggup berpakaian sedondon, sepentas berceramah, sestadium berdemontrasi dan sekapal dalam misi "Food flotilla for Myanmar".

Tidaak hairan, pemimpin-pemimpin Umno sudah sinonim dengan kemewahan. Rumah mereka bagaikan istana dan kereta mewah mereka pula berpuluh buah. Pemimpin-pemimpin Pas pun sudah mula menjadi pesaing kepada pemmimpin-pemimpin Umno dalam konteks mempamerkan kemewahan hidup. Ada seorang pemimpin Pas yang menghadiahkan isterinya sebuah kereta Audi Q7 yang harganya mencecah setengah juta ringgit. TMB Kelantan pula dikhabarkan memiliki berpuluh buah kereta, dan ada antranya kereta mewah. Berita kemewahan pimpinan Pas kini sedang tular di media sosial.

Tidak berdosa memiliki kereta dan rumah mewah, tetapi mempamerkan kemewahan hidup adalah bersifat riak, yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Dalam situasi rakyat hidup menderita, wakil-wakil rakyat Pas pula bangga memperagakan kemewahan hidup. Menurut imam al-Ghazali, "rosaknya rakyat kerana pemimpin, rosaknya pemimpin kerana ulama dan rosaknya ulama kerana kemewahan dunia (harta). Apabila materialistik diutamakan, Islam akan dikesampingkan dan akhirnya assabiyah Melayu diformulakan. Fikir-fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

"PAS GANTI UMNO" .... banner inilah yg banyak digantung di serata Terengganu tahun-tahun sebelum ini. Benarlah apa yang banner ini maksudkan sekarang. Pas dah kencing kepada banner tu sendiri. Tobat aku dan keluarga tak akan pangkah parti ni lagi.

Tanpa Nama berkata...

nama2 yg menjadikan pas disokong pd pru13 yg lalu kebanyakannya telah bersama amanah. mereka tetap memperjuangkan dasar pas semasa di zaman TGNA. Amanah skrg adalah Pas yg dulu. Pas skrg bukan Pas lg. itu Pas HADIAh WANG drpd umngok.

Tanpa Nama berkata...

"PAS GANTI UMNO" .... banner inilah yg banyak digantung di serata Terengganu tahun-tahun sebelum ini. Benarlah apa yang banner ini maksudkan sekarang. Pas dah kencing kepada banner tu sendiri. Tobat aku dan keluarga tak akan pangkah parti ni lagi.

Tanpa Nama berkata...

salam Jumaat GB.. hanya ingin mluahkan sdikit kesal dan ralat..masing2 kita tahu konflik antara Tun M n Tuanku sultan johor..ini satu kerugian besar dlm konteks negeri Johor n negara..Tun M kita mahu buah fikirnya bgitu juga Tuanku sultan kita mahukan pemikirannya..x bolehkah ada dr mana2 pihak k depan damaikan 2 tokoh ni..asyik n bercekau je..najibutak rosemarry duk tercokoh camtu jgk..APTB..yg puak parti lebai jgn harap dah le( kite nk sebut pas pn x tgamak dh)..mari plk mp kola nerus dok kriau kate duitnye bnyok leh li 10 lg biji audi..hoi awang! rakyat bkn kesah mu pitih bnyok nok bbini 4 pn bleh..tp tngok jgk le kiri knn..paham n rsa denyut nadi rakyat..blake orang tgoh ssoh skg ni.mnyk kte mnyk msok ikng naik blake loni..gst jgn ckap le..pru 14 attakiri ni jd calon jgok mmg budo le spe yg undi..haa..pkat blk awall...

Tanpa Nama berkata...

Ambo pun..seluruh keluarga undi amanah..

Tanpa Nama berkata...



BACA

BACA dan BACAlah..

Quran = BACAAN yg sgt2 terang

Uni = Unity = Universe = Universal

ISLAM adalah deen=System UNIVERSE merangkumi kerajaan Langit & Bumi..
ISLAM dtg bukan dgn NILAI2-kaum-assobiyah-korup-bangsa-darjat & harta..

ISLAM dtg dgn stiggi2 NILAI2 "Universal"-lurus-jujur-ikhlas-terbuka-cristal'Clear-terang'Bercahaya yg tiada & TIADA smaskali tandingan nya!!

ISLAM adalah deen=system FITRAH-lurus yg memahami serta mendasari jiwa-FEEL yg kudus-suci-peace & harmoni yg sentiasa peka rasa simpati..


Apb..

ada yg berjuang diatas garis kaum & bangsa, mrk itu sengaja LARI-songsang-&-MURTAD drp garis FITRAH yg lurus krn agenda2 korup yg coba mrk sembunyikan..krn,

..krn ddlm perjuangan assobiyah ugama-kaum & bangsa ini FITNAH mnjd alat mainan senjata mrk..DAN mrk sekali2 tidak akan "BERANI" bercakap soal jujur-ikhlas-ketelusan-cristal'Clear-terang'Bercahaya-AUDIT-@-hisab yg nyata!!

FITNAH = Sedahsyat2 pembunuhan yg telah membunuh sel2 OTAK semua pengikut pentaksub serta sgl KETURUNAN mrk turun temurun!

Mrk melihat MURTAD(tunggang terbalik) itu hanya ddlm ilusi patung-salib-tokpekong-@-berhala2-&-ungkapan2 shj..sdangkan MURTAD(tunggang terbalik) yg melawan FITRAH suci dgn berbelit2-menipu U-Turn-PONTENG-menCURI-memaki dan memFITNAH itu mnjd perkara biasa shj..alangkah kroniknya!?

Sesungguhnya golongan Munafiq dan golongan yg MURTAD itu sama shj..
"summum bukmumm umyum fa hum LAA yarjiun.."

"Mrk itu PEKAK BISU & BUTA maka tiada jln kembali"!!





Tanpa Nama berkata...

PAS LUPA ISLAM IS FOR ALL. BUKAN UTK MELAYU SHJ. APABILA PAS ONLY THINK ISLAM IS FOR MALAY DAN MENGGAPAP BANGSA LAIN BERAGAMA ISLAM HARAM JADAH, MAKA, PAS TAK JAUH BEZA DGN UMNO, TAK JAUH DGN ISIS DAN JUGA ISLAM SYIAH. U PAS TELAHPUN MENGIAKAN KATA-KATA DONALD TRIUMPH ISLAM ADALAH PENGGANAS. HOW U WANT US TO TRUST U? REMEMBER U PARA ULAMA PAS YG KONONNYA ALIM, U STILL OWN 1 QUESTION WITH US, HADIS ATAU AYT AL-QURAN YG MANA ADA MENGATAKAN ISLAM IS EKSLUSIF UTK BANGSA MELAYU? SO SILA JAWAP ULAMA PAS.

Abbas Juki berkata...

Penabur fitnah tidak akan selamat di dunia lebih-lebih lagi di akhirat..