Surat terbuka Orang Asli selepas ditangkap bantah pembalakan
Sepucuk surat bertulisan tangan yang didakwa cetusan luahan Orang Asli di Kelantan selepas dirinya dibebaskan daripada penahanan selepas membuat sekatan menghalang pembalakan di Gua Musang, semalam sedang disebarkan di laman sosial, khususnya di Facebook.
Bagaimanapun, surat yang bertarikh 1 Disember itu tidak mempunyai nama.
Kelmarin 47 Orang Asli yang ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di hutan simpan Balah selepas tahanan reman antara dua dan tiga hari.
Berikut transkrip penuh surat itu yang juga dimuat naik di laman Facebook PSM.
ULASAN GB
Pedas dan panas membara warkah dari orang asli itu.
Ada menuduh pihak luar seperti NGO dan parti politik menghasut orang asli.
Apakah pihak berkuasa dan kerajaan Kelantan merasakan semua orang asli buta huruf, tidak tahu undang-undang, tidak tahu apa itu "geran", apa itu "tanah adat", apa itu "tanah TOL"... yang sewenang-wanangnya mereka ditahan dan ditangkap?
Dan dari mulut orang asli sendiri di video tersebut menyatakan bahawa ia bukan hasutan pihak tertentu. Ia adalah luahan kemarahan orang asli sendiri yang telah ditindas.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Yang berlaku kejam dan zalim akan tetap menerima balasan.
FEATURED ADS
Sepucuk surat bertulisan tangan yang didakwa cetusan luahan Orang Asli di Kelantan selepas dirinya dibebaskan daripada penahanan selepas membuat sekatan menghalang pembalakan di Gua Musang, semalam sedang disebarkan di laman sosial, khususnya di Facebook.
Bagaimanapun, surat yang bertarikh 1 Disember itu tidak mempunyai nama.
Kelmarin 47 Orang Asli yang ditahan dalam operasi merobohkan sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di hutan simpan Balah selepas tahanan reman antara dua dan tiga hari.
Berikut transkrip penuh surat itu yang juga dimuat naik di laman Facebook PSM.
1 Disember 2016-mk
"Kamu marah bila kami panggil wilayah kami sebagai tanah adat. Tapi kamu tolak permohonan kami walau tanah TOL pun!
Walau kami dah duduk situ zaman sebelum orang putih. Kubur kami usia ribu tahun.
Kalau kamu luluskan tol, kami panggil tanah kami tanah tol, lulus geran, kami panggil tanah kami bergeran! Kamu kata cadangan dah lulus. Belas tahun kami dengar alasan itu.
Kenapa tak warta? Kenapa tak buat? Guna alasan kampung lain yang luluskah?
Guna penghulu tanpa kampung yang dapat gaji kerajaankah?
Berpuluh lagi kampung kami susah sangatkah nak susun semula?
Wartakan, bagi geran. Kalau tuntutan kami tidak tepat, betulkanlah, berundinglah, takut jubah kotorkah?
Kamu suruh patuh undang-undang tapi undang-undang kamu yang buat. Undang-undang kamu lindungi siapa? Syarikat Singapurakah? Syarikat Taiwankah?
Jangan jual agama pada kami.
Tuhan kamu bukan Allah tapi kapitalisme.
Kamu yang tentukan siapa yang boleh tanam sayur siapa tak boleh, siapa boleh tebang pokok, siapa tak boleh.
Kalau potong tangan hudud pun, kamu yang tentukan siapa kena, siapa terlepas, siapa pencuri, siapa bukan?
Jangan bawa cerita nabi pada kami. Kenapa kamu tidak susah macam nabi?
Kamu susahkan orang lain pula. Cuba kamu hidup 24 jam di tempat kami. Minum air kami yang kamu kotorkan.
Buat susu bayi kamu guna sungai kami yang kamu cemarkan racun itu. Basuh baju keluarga kamu. Takut nyamuk, takut pacat, atau takut racun?
ULASAN GB
Pedas dan panas membara warkah dari orang asli itu.
Ada menuduh pihak luar seperti NGO dan parti politik menghasut orang asli.
Apakah pihak berkuasa dan kerajaan Kelantan merasakan semua orang asli buta huruf, tidak tahu undang-undang, tidak tahu apa itu "geran", apa itu "tanah adat", apa itu "tanah TOL"... yang sewenang-wanangnya mereka ditahan dan ditangkap?
Dan dari mulut orang asli sendiri di video tersebut menyatakan bahawa ia bukan hasutan pihak tertentu. Ia adalah luahan kemarahan orang asli sendiri yang telah ditindas.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Yang berlaku kejam dan zalim akan tetap menerima balasan.
21 ulasan:
PAS da jd parti celaka...menindas org asli sendiri. Kuman seberang Myanmar nampak!!!! Gajah..org asli di kerajaan kelantan sendiri..diusir tindas...tumbang3 kerajan PAS Umno
Sejak akhir-akhir, agama dijadikan candu seperti mana yang berlaku pada zaman pertengahan di Eropah seolah-olah apa yang di"beri" tak boleh dihujahkan kerana khuatir menjadi "murtad" atau di"murtad"kan.
Agamawan berlagak seperti Tuhan (Hakim) atau wakil Tuhan dengan menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya. Malahan yang pergi belajar agama pun dah pandai menjatuhkan hukum pada orang lain. Puak ini bukan tahu berhujah dengan baik dan selalu menggunakan nada yang tinggi/keras dalam mempertahankan hujah mereka. Orang bukan nak mendengar hujah sahaja tapi apa yang diamalkan itu selari tak dengan hujahnya? Bukan cakap tak serupa bikin.
Tak perlu pun memberitahu orang lain bahawa Islam tu sebaik-baiknya kalau penganutnya lintang pukang. Minggu ini sahaja kita dah lihat gelagat "Juara" yang kononnya memperjuangkan agama dan bangsa membuat fitnah pada orang Islam maupun bukan Islam. Malahan memperBODOHkan umat Melayu Islam.
Satu persoalan yang timbul hari ini ... adakah BOLEH umat Islam berlaku zalim kepada bukan Islam? Adakah perbuatan itu diBENARkan? Ada tak tercatat dalam Al Quran atau Hadis yang menyatakan umat Islam boleh melakukan kezaliman terhadap bukan Islam? ATAUPUN ISLAM YANG DOK ADA LA NI HANYA KULIT SAHAJA seperti mamak eee kerling tu Melayu juga kan?
Orang asli ada i.c ker? Nanti di batalakan oleh umno.mcm di Sabah
SAUDI WAHABI GILABABEE DAH ROMBAL MAJLIS SYURA DAN MASUKKAN WANITA DLM MAJLIS
PAS BILA PULAK NAK MARTABATKAN WANITA???
Opss silap org asli pun dia rembat.. Wanita bawah lebai timur tengah akan jadi bahan mainan atas ranjang sgj !!!
Mana pi MP Gua Musang dan 2 adun tu duk bertapa gua ka..?Sakit hati rasanya nk komen panjang bertambah sakit hati ada la,langsung tak nampak muka 3 ekoq ni...!
Kawasan UMNO kan? Apa depa buat? pi PAU sampai tak mau blk tgk kg sendiri ni. Cara biar betul, tgk dkt selangor, berpindah randah mereka. tak dak plak mcm ni. Mcm tak tau puak2 PAN yg cuba menangguk di air keroh ni. Ini perangai mereka. Org asli ni PrU nnt dpt habuan hilang la marah mereka, ngundi BN jgk. mcm kebanyakkan mak cik & pak cik felda.
Jangankan orang asal..aku org melayu pun x akan undi parti bangsat jahanam umno dan pas..
Mcm ni ka kepimpinan islam yg diterajui lobai2 yg nak ditunjukkan pada dunia. ZALIM...
Menindas dan mengambil hak org asli. Mereka sudah tinggal di sana ribuan tahun sebelum lobai2 ini wujud lg.
Ini lah di namakan lobai perompak.
Pakai lobai tetapi mebolit.
Yg president nya sibok hudud2...
Islam itu sempurna la..adil lah..
Tapi lihat ..apa yg lobai2 buat.
Rakyat di bawah ditindas
Cakap tak serupa bikin...
BUANG LAH LOBAI2 DAN JUBAH2 TU.
BUAT MALU NAMA ISLAM SAJA.
Allah makbulkan doa doa orang yg dizalimi, semoga orang asli terus berdoa.
aku tak tengok rakyat ketika banjir sbb rumah aku pun banjir... heheheh...
rumah rakyat banjir hingga ke bumbung, hingga rumah hanyut. nak tengok apa? bukan nampak rumah pung...
rumah aku banjir hingga ke buku lali aje... heheheeee...
tapi bila najib landing di airport aku sanggup redah banjir pergi sambut... sbb dia pm... kena hormat a.k.a. kena bodek lah...
hahahaaaa.a.aahahaaa
takkan nak guna rr evoque pergi redah banjir, kotorlah kete mewah aku yg mahal tu nanti. yg aku beli dpt diskaun rm100000!
ulama jahat yg cinta dunia...
hadi dah kerap masuk hospital. bukan amaran ke tu?
Masa pru MP itu lah yang pakai sulaman daun kelapa lilit di kepala atau mengkuang kering macam dalam gambar..
Harap kat dia, dia yang salahkan orang asli tak ikut peraturan. Padahal selama ini apa dia buat? Dia buat tak tahu...
Jangan bawa cerita nabi pada kami. Kenapa kamu tidak susah macam nabi?
Ahduush.
Bukan kehidupan sahaja yang senang.. bahkan nak bentang hudud yang dulu begitu susah pun boleh jadi begitu mudah dan senang. Boleh tangguh-tangguh lagi.
Tak lama lagi kita sambut Maulidur Rasul. Ramai-ramai berselawat. Rasa diri begitu hebat.
Tapi sedar kah, atau adakah kita benar-benar sedar bagaimana kehidupan kita dan bagaimana masyarakat disekeliling kita. Paling malang pemimpin Islam di minta jangan hanya bercerita apasal Nabi kalau diri sendiri tak mampu buat apa yang Nabi buat.
Macamana la pas nk dakwah org Asal ni...dr segi urus tadbir pun dh kacau bilau...jgn sampai org Asal ni akan brpaling kpd mubaligh ...masa tu x de guna dh..
Kalau orang asli pun dah tak undi PAS dan UMNO... tak kan orang melayu tak tahu nak undi siapa?
Hari ini hari orang asli..
Lain kali hari orang lain.
Jangan bantah pas. Nt masuk neraka.org2 asli kene faham kerajaan pas kelantan tebang balak utk keredhaan Allah.nt Allah turunkan rahmat pada rakyat kelantan spt banjir besar hari tu semua merasa nikmatnya.ahahahahaha
tak terasa ke kerajaan pas kelantan?
telah hilang ke sifat sifat yg mulia seperti di bawah kepimpinan aruah TGNA.
Terabg kagi bersuluh...berebut jawatan bukan untuk nembela rakyat tetapi untuk kekayaan dunia...
semakin meluat dengan nama nama besaq dalam pas yg ada sekarang.
ugama hanya sekadar meraih sokongan .bertopeng jubah dan serban..di dunia lepas...di akhirat nanti tanggung la...
Hadi & the geng pelingkup legasi UFN & TGNA. Wahai hadi, adakah kau sedar inilah istidraj aliran perjuangan yg kau bawa amat jauh berbeza dgn UFN & TGNA. Ilmu bukan utk kemasyhuran ttp utk merendah diri. Dari dulu lagi aliran yg kau bawa merosakkan masyarakat. Mudah2an masyarakat sedar akan aliran salah yg dibawa lebai Hadi. Ilmu itu benar bila selari dgn praktikal kehidupan. Jgn jadi kakak tua wahai lebai Hadi dan lebih teruk jgn jd pasik atau munafik. Memalukan islam!!!
pengotor agama se-malaysia
yg suka sgt melabel wahabi pd saudi ni biasanya syiah.
bila tnya apa itu wahabi...nnti susah nk jawab.
suruh tok nenek mu yg sudah haji utk bertaubat kerana mereka ke mekah dn solat dimasjidilharam dgn imam wahabi.
Ulama Sunni Indonesia panggil Wahabi ja..
Peace
Dah habis setengah kurun. Dah habis berkapal-kapal balak. Dah beratus-ratus bukit gondol. Baru Orang Asal terbangun dari tidur. Takpelah. Ingatlah. Dia bagi kain ambik. Dia bagi duit ambik. Undi? Itu tak ternilai. Sendiri punya rahsia. Tentukan 7 atau 20 keturunan tak undi ameno dan pas. Yang pakai songkok dengan pakai serban sama je. Takde beza. Selamat berjuang untuk keturunan akan datang. Hoiii mamat oiii. Orang Asal dah sedar, orang Melayu bila lagi?
Catat Ulasan