27 Nov 2016

[VIDEO] UMNO Perlu Pecat Tajuddin Dan Anaknya

Umno patut pecat Tajuddin dan anaknya, kata Loke

Umno perlu memecat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan anak lelakinya susulan kekecohan terbaru di kawasan Parlimen semalam, kata ahli Parlimen Seremban.

Anthony Loke yang juga setiausaha organisasi kebangsaan DAP berkata demikian ketika mengulas kejadian semalam membabitkan anak lelaki Tajuddin, yang bersama sekumpulan 30 lelaki cuba menyerang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.


“Jika Umno serius yang mereka (Tajuddin dan anaknya) memalukan parti, maka mereka patut pecat orang seperti ini.

“Saya pasti anak lelaki Tajuddin ialah ahli Umno, jadi mereka boleh ambil tindakan terhadapnya juga,” katanya kepada wartawan pada sidang media di ibu pejabat DAP di Pudu, di sini hari ini.

Faizal ialah ketua Pemuda Umno Pasir Salak.

Loke berkata insiden itu tidak boleh diterima langsung, dan Parlimen perlu dihormati kerana ia badan penggubal undang-undang tertinggi dalam negara.

“Tidak ada sesiapa patut dibenarkan buat kecoh atau gangguan dalam kawasan Parlimen. Tindakan serius perlu diambil.

“Mereka (Tajuddin dan anaknya) patut malu,” katanya.

Kekecohan tercetus di luar Parlimen pagi semalam apabila Pemuda Umno dari Pasir Salak berdepan dengan Khalid, wakil rakyat daripada Amanah.

Kumpulan itu mula mengganggu Khalid dengan menjerit: “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak!” sebelum cuba menyerangnya.

Pengawal keselamatan Parlimen dapat melindungi Khalid daripada serangan itu dan membawanya ke dalam bangunan.

Tajuddin menyebabkan kegemparan di Dewan Rakyat pada awal minggu ini kerana mengeluarkan kenyataan ahli Parlimen DAP “satu-satunya wanita dengan Kok”.

Ini menyebabkan Khalid melabel Tajuddin, ahli Parlimen Umno Pasir Salak sebagai “menteri sial”.

Perang mulut antara kedua-dua ahli Parlimen, yang bermula beberapa hari lalu, bertukar lebih buruks selepas sekumpulan individu yang mengaku sebagai ahli Umno Pasir Salak, menyerbu dan hampir menyerang Khalid.

Polis pada masa ini masih menyiasat insiden itu sebagai kes merusuh dan mengenal pasti beberapa individu terlibat termasuk Faizal. -FMT






FEATURED ADS



14 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Najib mahu

Org perak sial mcm taikpuddin

Org cilaka mcm nazi acis

Org mcm zashit komedi

Sorang otak blue sorang mulut khinzir dan last jaga keamanan pun gagal ...

3ekor perakians... Makanan kesayangan Najis

Husni tambun dah taubat bila tinggi mula jatuh dan tiada apa yg bank negara pondan boleh buat.. Tiada apa menteri kewangan boleh buat !!! Tiada apa ruuusmah boleh buat !!!

Rm 5.10 Target kita... Untuk Malaysia bankrap najis jatuh..

Setiap keluarga cina atau India sudah beli Us Dollar... Melayu bila lagi???? Jgn tunggu bila rnggot dah tak laku!!!

Tanpa Nama berkata...

Tengok muka bapaknya pun memang Muka Sial!

Tanpa Nama berkata...

UMNO jawab. Tunggu Hadi pecat MP dan ADUN yang hadir perhimpunan BERSIH.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Admin....
Maaf saya nak ulang posting saya ni semula pada tajuk yg bertepatan ni dan saya ada buat sedikit penambahan.

Saya heran kenapa kebanyakan barisan kabinet dan ahli2 Parlimen sekarang ni kurang cerdik, kurang bijak.......ada antaranya kenyataan yg mereka buat langsung tak masuk akal.....jawapan yg tak kena dgn soalan.....jawapan macam kartun yg tidak memberi jawapan tepat pada soalan yg ditanya.

Mereka bukan jawab soalan tapi menambah belitkan lagi persoalan. Yg mengelak tak nak jawab soalan pun ada.

Kita boleh tengok dalam sesi Parlimen ada antara mereka yg sikapnya macam budak2......macam kartun mengejek2 balik orang yg bertanya. Malu kita tengok ahli Parlimen macam org tak sekolah. Sungguh memalukan....!!

Hal dalam Parlimen sepatutnya habis dalam Parlimen saja. Tidak dibawa keluar. Kenapa mesti sampai bawa gengster menyerang ahli Parlimen??

Kalau tak puas hati......boleh debat semula hal yg sama berkali2 dalam Parlimen. Bukan bawa tukang pukul untuk pukul ahli Parlimen.

Sekarang ni Malaysia ni guna undang2 apa?? Undang2 Rimba ke..?? Dgn mudah dan senang sekali orang luar boleg datang ke Parlimen dan menyerang ahli Parlimen yg bertugas membawa usul dari rakyat.

Apa yg boleh diselesaikan dgn sepak terajang....pukul memukul..?? Adakah tindakan begini rasional??

Inikah barisan pemimpin yg kita nak hornat?? Yg kita nak letakkan harapan?? Inikah barisan menteri2 dan ahli2 parlimen yg memimpin kita?? Macam tadika..!!

Kalau nak dibandingkan dgn barisan para pemimpin dulu2....jauh panggang dari api......macam langit dgn bumi.

Dulu2 barisan kabinet dan ahli2 Parlimen penuh dgn orang cerdik pandai, berwibawa dan pemimpin yg berkualiti. Tp sekarang hanya penuh dgn tukang angguk, ampu-bodek dan tukang kipas saja.....jauh dari kualiti yg baik.

Itu sebab sekarang ni banyak hal2 bodoh dan pandir yg dulu tak pernah jadi tapi sekarang dah jadi dalam Malaysia ni.

Dulu2 Malaysia negara yg dihormati tapi sekarang....lu fikirlah sendiri.

PRU akan datang fikirlah dalam2 sebelum memangkah. Jangan kita terpangkah orang yg bodoh dan pandir memimpin kita.

Kita tak nak pemimpin kartun selepas PRU14.

Sekian.


Tanpa Nama berkata...

Bapak borek anak rintik. Kikiki

Tanpa Nama berkata...

Anthony Loke tak faham. Org mcm ni lah najib dan rosmah sgt sayang. Dia amat setia dan sanggup cium kaki jibmah, selagi ada dedak la.......

Tanpa Nama berkata...

Najib gagal membentuk ahli supaya hormat pada undang-undang. Mengutuk dan mengaku malu dengan perbuatan samseng tapi tidak ada tindakan adalah sikap kepala samseng.

Mana ada kepala samseng yang betul-betul marah pada anak buah yang buat huru-hara. Kalau marah pun.. auta je.

Sebab itu Najib kena berundur kerana terlalu ramai samseng yang ujud semasa dia jadi Presiden.

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah aku jadi khalid samad
Din: Teresa adalah satu2nya wanita yang ada kok
Lid: oh saya baru tahu. Dan awak tidak ada kok lah kann ?
Din: memang saya tidak ada kok
Lepas tu pakat ramai2 ketawakan dia
GUNA STRATEGI "SIAPA MARAH AKAN DIJUAL" 3 ABDUL

Tanpa Nama berkata...

Maaf.

Bapak sial anak pun sial.
Apa punya keturunan mainkan nama keturunan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Sial kau uddin ngajar anak kau jadi sial utk tidak menghormati parliment. Dimana kok enkau utk berhujjah sebagai ahli parliment.
Memalukan melayu pasir salak dgn sifat sial2 engkau org

Tanpa Nama berkata...

Aa jugak ahli yang pening seperti Anoym 26 November 2016 1:43 PTG. Sudah2 la tu mat, jgn org samakan perangai anda dgn Pasir Salak plak lps ni.

Kita yg khilaf berkata...

buat malu bangsa melayu

Tanpa Nama berkata...

Patut anak nasihat bapa. Tobat lah pak. Kubur kata mari. Rumah kata pergi. Ahh sial betull. Hihihi

Tanpa Nama berkata...

Yang tak payah susah-susah buat perangai hodoh macam samseng dan pahriah ialah anak-anak Najib dan anak-anak tiri Najib. Anak anak Zahid. Macam KJ terus jadi Ketua Pemuda. Yang lain-lain tak selamat. Masa bapak nya hidup lah kena tunjuk kurang ajar dan biadap.