10 Okt 2016

Sedar Pun Kamu Tu Anjing Kurap!

Jamal bidas polis layan pihaknya seperti 'anjing kurap'

Ketua gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunus mendakwa pihak polis memberi 'layanan istimewa dan luar biasa' terhadap peserta BERSIH 5 yang kini mengadakan konvoi di seluruh negara.

Sebaliknya, kata Jamal, pihak berkuasa itu melayan kumpulannya seperti 'anjing kurap'.

"Kumpulan BERSIH 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah pihak polis turut mengiringi setiap konvoi BERSIH 5 mengalahkan escort Perdana Menteri Malaysia.

"Walhal tindakan BERSIH 5 telah terbukti bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah agenda kotor mereka menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mencabul sistem demokrasi menerusi turun ke jalan raya.


"Sebaliknya, layanan yang diberikan kepada Gerakan MERAH V2 saya sifatkan seperti anjing kurap," kata Jamal dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan dua lelaki memakai baju BERSIH dilempar telur oleh kumpulan Baju Merah di Sabak Bernam, Selangor.

Kedua-duanya yang menunggang motosikal diserang apabila mereka melintasi jalan masuk ke kawasan yang dipenuhi kumpulan Baju Merah.

Salah seorang daripada peserta BERSIH itu turut ditendang sebanyak dua kali oleh anggota kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, Jamal berkata pihak polis menyekat kumpulan Baju Merah di setiap lokasi dan menahan tiga daripada mereka.

"MERAH V2 ditahan hampir di setiap tempat dan kami diarahkan pihak polis menghentikan serta merta konvoi kami. Malah seramai tiga penyokong MERAH V2 telah ditahan," kata Jamal.

Jamal berkata tindakan polis menunjukkan layanan berbeza terhadap peserta BERSIH 5 walaupun mendakwa mereka sebelum ini sering mencetuskan keganasan kepada pihak berkuasa itu.

"Layanan (ke atas) kami amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan BERSIH 5.

"Padahal kumpulan BERSIH inilah yang selama ini menghasut rakyat dan menghina pihak polis di sepanjang kempen yang diadakan sejak sekian lama.

"Malah BERSIH sebelum inilah yang mencetuskan keganasan melampau sehingga menggugat keselamatan negara, menyerang pihak polis dan memecahkan kereta polis," katanya. -mk

VIDEO BERKAITAN




ULASAN GB

Sedar pun kamu adalah anjing kurap.

Orang lain tak tuduh, orang lain tak kata, kamu sendiri yang mengaku dan terasa.

AMANAH Melaka baru sahaja mengeluarkan kenyataan agar pihak polis segera menangkap Dato Seri Jamal serta gerombolan Baju Merah demi memerlihara keharmonian dan keselamatan negara.

Pihak polis bertindak tegas dan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka secara adil, professional dan tanpa pilih-kasih.

Keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Bagaimanakan keadilan dilihat ditegakkan oleh pihak berkuasa keselamatan apabila gerombolan yang berlagak samseng itu dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan?

Semua rakyat Malaysia berharap demi menjaga keharmonian negara, tindakan undang-undang yang tegas perlu diambil terhadap individu yang melakukan perbuatan-perbuatan yang mengancam keselamatan tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik.

Mereka yang melakukan kesalahan wajar ditangkap dan dibicarakan di mahkamah untuk dihukum sewajarnya.

Perhimpunan Bersih hendaklah dihormati kerana ia adalah hak Perlembagaan di bawah Perkara 10 selaras dengan amalan demokrasi dalam negara ini.

Negara akan menjadi porak-peranda dan hancur binasa apabila ada pihak dibenarkan meletakkan undang-undang di dalam tangannya dengan bertindak ganas seperti yang dilakukan oleh gerombolan baju merah berkenaan.



FEATURED ADS


24 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Anjing peliharaan Najib Tun Razak ikut arahan dengan baik sekali..oleh itu gelaran Dato diberikan untuk menaikan ego dalam diri dan senang melakukan kerja2 anjingan tanpa tangkapan. Bangsat punya anjing melayu...Jamal Md Yunus!

mfi usj berkata...

Bukan setakat Polis je kena ambil tindakan, malah olamak terulung Punasehat pun kena ambil tindakan untuk menentang dan memastikan islang melayu tak buat kerja macam tu.....di akhirat nanti olamak2 ni akan ditanya Allah. Tak kan nak jawab ini semua salah Amanah kot! Kalau tak berani tak usah jadi presideng islang Nusantara dah!

Tanpa Nama berkata...

Dulu orang gelar dia Jamal Pak Tongkol, kira ok lah tu ikan tongkol. Sekarang sendiri bagi gelaran Jamal Anjing Kurap. Jangan salahkan orang lain, awak sendiri mahu gelaran itu. Jamal Anjing Kurap.... kira ok lah tu, sekurang kurangnya bukan 'PIGS' kurap macam kawan kamu tu.

Tanpa Nama berkata...

Dah anjing kurap...kena layan mcm anjing kurap lah!
Kenapa nak marah pada polis plak?
Rupanya masih x sedar diri...
Terbaik PDRM

Tanpa Nama berkata...

Jamban Pak Tongkol

Tanpa Nama berkata...

Cerita parang terbang lah...ko ingat apa!
Kan dah kena sound dgn anak buah Kiai Salleh Batu Pahat!
Diaorang tak akan bela ko yang perangai macam haram...!!!

usop ali berkata...

Dato bangang bin bahlol...sesuai LA nama anjing kurap....ka kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Ada persamaan antara Anjing Kurap dengan Anjing Salak Babi Dalam Bukit. Dua2 mengaku bertaraf anjing.

Kedua2 jenis anjing ini tak sama taraf dengan Si Khitmir Anjing Ashabul Khafi.

Tanpa Nama berkata...

yg amat memalukan dan memelikkan ialah:

1. MCM MN SAMSENG INI BOLEH DPT GELARAN DATUK? SULTAN MANA YG BERI GELARAN PD SAMSENG?

2. MCM MN SAMSENG INI BOLEH DPT LESEN PISTOL? TIDAK TINDAKAN DIA MENGANCAM ORGRAMAI LEBIH2 LG DGN ADANYA PISTOL?

Malaysiabaru berkata...

Kurang hina jika kata jamal bankrap niaha sbg anjing kurap

Elok naik taraf jamal sbg anak bb.. Baru ada kelas...

Khnizir suka memyondol manakala anjing hya menyalak..

Julung kali ada samseng taraf kurap dlm umno sjk zaman pemuda umno

Tanpa Nama berkata...

Jangan panggil Jamal lagi .. tapi panggil dia dengan panggilan JAK. Senang tuan nya panggil ..

Tanpa Nama berkata...

Jangan cepat-cepat memuji tindakan Polis.

Macam wrestling... bila nak tamat, yang geng baik berpaling tadah. Perlu bersedia dan berhati-hati..

Kena bijak ambil kesempatan apalagi Najib jenis tidak tahu malu.. BERSIH yang berjalan dengan kerjasama Polis tanpa rasa benci pada Najib sangat sangat tidak baik.

Ambil kesempatan dengan hadir beramai-ramai secara aman. Jumlah yang besar akan memberi kesan. Tetapi gagal sekira nya dengan kerjasama Polis yang datang hanya beribu sahaja.


Tanpa Nama berkata...

Dgn rasminya dia sekarang Jamal AK..haaha

Tanpa Nama berkata...

Anjing jalanan yang tak berkurap dengan Anjing Kurap tapi bertuan kan yang orang kaya .. dah lah berkurap tapi di ikat dengan tali dalam kurungan .. lagi hina anjing kurap yang bertuan.. kerana bila minta tolong dan menyalak .. tuan nya buat tak tahu ..

JAK .. dilayan begitu oleh polis kerana tuannya meng'anjing kurap'kan dia. Bila Polis nak ambil tindakan dan bertanya tidak ada yang mengaku anjing tersebut kepunyaan nya.

Terasa lah sekarang bagaimana menjadi anjing kurap.. betul-betul terasa sebagai anjing kurap..

Tanpa Nama berkata...

Jamal jamban anjing kurap lagi sesuai kot

Anti Fitnah berkata...

Alhamdulillah ... sekurang2nya Jamal sedar akan taraf diri dia.

Patik memohon keampunan ke bawah DYMM Sultan yang memberi "Datuk" kepada Jamal ni agar ditarik balik kurniaan itu. Ini utk tidak mengaibkan DYMM Sultan. Patik berharap selepas ni DYMM Sultan tarik balik semua anugerah daripada rakyat yang berbuat jahat.

PDRM ... Ketua dia ... boleh percayakah? Dia salahkan kedua-dua pihak sedangkan yang bertindak ganas hanya yang sebelah merah itu shj.

Siapa bilang Bersih 5 nak jatuhkan kerajaan secara tidak demokratik? Siapa bilang begitu sedangkan Bersih 5 nak adakah PR umum yang adil. Kalau dah tak mampu berlaku adil dlm PR umum, jangan tuduh yang tidak berasas. Tuduh tanpa bukti asas menyerlahkan lagi sifat kemunafikan dalam diri kita tanpa mengira yang bercakap tu ulamak atau tidak. Munafik ni sgt dimurkai Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

layan macam hanjin??? adaka patut
hanjin pon org layan baik punya.... inikan plak org
tapi kalau perangai lagi buruk dr binatang..... memang layak la dapat layanan cenggitu

Tanpa Nama berkata...

Bugis, Jawa dan Banjar memang dah sah jadi anjing kurap..keturunan lain seperti rawa, mendiling, boyan, minang, Jambi, acheh, kerinchi, kampar, batak dll tak anak join ker? Ngaku melayu tapi perangai macam setan..patut geng baju merah ni tembak dengan senapang gajah jer..kuang hajor!!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa mesti meletakkan nama JAMAL pada anjing??

Bukankah itu merupakan penghinaan yg berat pada specis anjing??

Tanpa Nama berkata...

Anjing jadi berkurap sebab makan kotoran makanan yang di buang.
Tapi Jamal yang di panggil oleh Tuannya dengan panggilan Jak dengan sebutan 'Jack' menjadi berkurap sebab terlalu banyak makan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Lain kali nak lebih dedak.. suruh budak Baju Merah lalu depan kumpulan BERSIH.. Kalau.. kalau lah kena tendang, boleh dapat tambahan dedak dan layanan baik dari Polis...

Tapi kalau keselamatan budak Baju Merah itu tidak di apa-apakan, Jamal dikira gagal dan tidak ada sebab BERSIH mesti di halang.

Tanpa Nama berkata...

Laa Taraf Anjing KURAP rupanya!!!!!!!!!!!!!. BERSIH5 ada kelassssssss.

Tanpa Nama berkata...

Memang dah standard anjing kurap ..
Sendiri sudah ngaku.
Jangan nak salahkan polis pulak.

Tanpa Nama berkata...

Tarik balik anugerah dato seri dari jamal ni. Tak wajar langsung ... dia lah yg kerap menjatuhkan maruah melayu dgn perangai yg kurang ajar ... The malay klu klux klan !!!