6 Sep 2016

[VIDEO & GAMBAR] Mahathir - Anwar Bersalaman Selepas 18 Tahun

Mahathir-Anwar bersalaman semula lepas 18 tahun

Jarang-jarang berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Bekas perdana menteri pernah memecat Anwar pada 1998, ketika itu timbalannya, diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Langkah itu dilihat sebagai sokongan moral terhadap Anwar kerana kedua-dua pemimpin itu kini senada menentang akta itu dan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.


Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.

Mahathir setakat ini enggan mengulas kehadirannya di mahkamah itu hari ini.

Mereka malah bertegur sapa dan bersalaman dalam mahkamah ketika tiada sidang, sambil diperhatikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir.

Tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar.

Kedua-dua mereka tiba di mahkamah hampir jam 3 petang ini.

Pertemuan hari ini dipercayai yang pertama dirakam sejak pemecatan Anwar pada 18 tahun lalu.

Mahathir memecat Anwar pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat, yang kemudian membawa kepada kes mahkamah.

Ia menyebabkan perpecahan besar Umno yang membawa kepada gerakan reformasi dan penubuhan Parti Keadilan Nasional (kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, membentuk Parti Keadilan Rakyat atau PKR).

Selepas Anwar dimasukkan dalam penjara selepas disabitkan kes Liwat II, Mahathir memainkan peranan penting sebagai pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir, kini penasihat serpihan Umno Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), malah mengimpikan pembentukan sebuah gabungan pembangkang besar.


Saya datang untuk sokong Anwar kes saman akta MKN, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan sokongan kepada tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari segi perlembagaan.

"Saya datang bagi sokongan moral kepada beliau karana lawan akta ini. Sebagaimana saya tulis dalam blog saya, saya juga menentang akta ini," kata Tun Dr Mahathir kepada media selepas bertemu Anwar di mankamah.

Tun Mahathir berjumpa dengan Anwar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini dan bersalam erat antara satu sama lain.

Ketika bercakap kepada media selepas itu, Mahathir tidak menjawab persoalan wartawan apakah perseteruan antara beliau dengan Anwar sudah selesai.

"Saya tak tahu tentang kerjasama, tetapi saya bercakap dengan dia," kata Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, terlalu awal untuk beliau mengulas apakah beliau menyokong Anwar sebagai bakal perdana menteri.

Perseteruan selama 18 tahun antara Mahathir dengan Anwar hari ini disifatkan sebagai selesai apabila kedua-duanya bersalam erat di mahkamah hari ini.

Ia berlaku di depan penyokong kedua-dua belah pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Kamarudin Jaffar, bekas setiausaha agung Pas dan juga bekas setiausaha agung Abim ketika Anwar adalah pemimpinnya.

"Hari ini negara mencatatkan satu kejutan baru yang ditunggu oleh rakyat selama 18 tahun.

"Ia bukan satu keinsafahan tetapi satu tindakan politik yang bijak dari Tun Dr Mahathir dan Anwar juga bijak menerima kedatangan Tun Mahathir itu yang mengorbankan segala emosi dan segalanya," kata penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar.

Bagi beliau, apa yang dibuat oleh bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa sebelum ini dan diikuti dengan pertemuan antara Mahathir dengan Anwar ini, "Ia satu permulaan politik baru untuk negara."
-MD





ULASAN GB

GB ingin memetik kata-kata Zainuddin Maidin dan Ibrahim Ali tatkala mengulas kejutan terbaharu Mahathir-Anwar seperti yang dilaporkan oleh FreeMlaysiaToday hari ini:

“Saya ingat Dr Mahathir sudah memikirkan masalah RM2.6 bilion dan masalah menyekat demokrasi adalah lebih besar daripada masalah moral Anwar.

“Kini Umno tidak menghormati rakyat dengan mengambil kuasa raja. Umno sendiri sudah sampai ke peringkat yang kuasa raja diambil untuk mempertahankan individu,” katanya.

Malah katanya, tindakan Dr Mahathir ini menghidupkan harapan baru buat rakyat walaupun masih terlalu awal untuk membuat ramalan.

“Tindakan Dr Mahathir menghidupkan harapan rakyat yang baru muncul. Soal Anwar untuk kembali menjadi perdana menteri sudah tidak nampak sebagai mustahil lagi,”
katanya.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pula melihat tindakan bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu dituntut dalam Islam.

“Memupuk dan menjalinkan silaturahim ialah ajaran Islam, selebihnya Allah saja yang tahu dalam hati masing-masing.

“Isu undang-undang MKN amat serius pada Dr Mahathir. Mungkin ini mendorongnya datang memberi sokongan kepada Anwar di mahkamah,” katanya.




FEATURED ADS


31 ulasan:

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik...semoga ada jalan pemudah utk menegakkan keadilan rakyat...

abrarmujahideen berkata...

Ameen.

Tanpa Nama berkata...

mahdey salam anwar. kita tktau takat mana pulihnya hubungan selepas ini.

tp org yg keras hati mcm mahdey blh salam anwar bermakna najib 2.6b kali lebih teruk dari segala krisis yg pernah berlaku dlm sejarah politik malaysia.

jgn sampai setan pun salute najib mcm salute firaun yg mengaku tuhan itu.

cumanya mungkin mahdey akn kehilangan tiltle unggul diberi rakyat yg bakal dirampas oleh najib iaitu.... mahafiraun

Lelakidicermin berkata...

Aku ingat malam ni dan hari2 seterusnya setiausaha politik dan pengarah2 strategi najib tak tidur mlm.. memikirkan tindakan kalau anuar dan tun m benar2 bergabung..bg rakyat malaysia golongan pertengahan dan atasan.(tak termasuk makcik dan pakcik felda2 dan org kg.. 2 org ini pernah mencatat sejarah.. malaysia paling gemilang waktu pemerintahan 2 org ini. Jadi masa pru 14 nanti kena berhati2 bg pehak najib..seboleh2 salah seorg jgn di nampakkan di dlm media.. walau pun utk seketika. Lepas ini rasa kemunculan anuar di mahkamah... secara tiba2 je.. tak boleh di war2kan..

Unknown berkata...

salam:

Kita merancang,allah juga merancang,tapi rancangan allah jua yg sebenarnya.

Kalau kita ikuti politik malaysia ini,bagaikan politik main-main,dulu musuh,sekarang berkawan,sekarang bermusuh,mungkin akan datang berkawan.

Siapa menjangka,bila nuar join umno 1981 dari abim,manakala hadi di rusila sibuk mencipta nama jadi pembangkang yg vokal.NUAR dlm kerajaan promote "bersih/cekap/amanah".Hadi pula sebagai pembangkang promote berjihad dgn umno,akibatnya diperingkat bawah bermusuhan dan kes memali adalah klimaks hadi menentang kerajaan.Pada masa itu nuar diandaikan memasukki tong najis,nak cuci najis dari dalam.Dalam kerajaan nuar banyak buat perubahan,mess angkatan tentera tiada lagi arak di sediakan,jabatan2 kerajaan nilai2 islam hebat diterapkan.sejak nuar dilantik TPM dari 1993,ekonomi malaysia memacu dgn jayanya.1994 saham2 malaysia naik,diketika ini instant jutawan melayu dihasikan,kementerian pelajaran ditukarkan pada kementerian pendidikkan,subsidi barangan keperluan rakyat banyak dibantu,tol dan minyak tak pernah naik sejak 1993 sehingga 1997.station TV di seluruh negara pesat menyiarkan rancangan2 agama dan motivasi utk rakyat.
APA HADI/HARON buat ketika itu???????MASA ITU pas,parti kampong2 jerr,kalau dibandar dianggap "parti ajaran sesat: jer asyik hilang wang pertaruhan.Bila nuar diterajang macam kucing kurang,hasil kebijakkan ustaz fadhil noor dan TGNA, pas dapat momentom sokongan rakyat hasil dari "exodos" beramai2 orng2 melayu,impact pertamA yg menguntungkan pas,ialah terengganu ditawan,pada 1999,hadi ditabalkan jadi MB...SESIAPA yg masih ingat bertapa sombongnya hadi masa itu,bila tidak menghargai langsung pada orang2 yg membantunya menjadikannya MB,pilihanraya seterusnya HADI/PAS tewas,hasil kesombongan HADI.
Sekarang bila nuar di penjara hasil sodoMi 2 yg direstui oleh ulamak2 pas,yg dibrainwash oleh BTN, Yg menanyang vedeo2 nuar pada mereka dan diendorse oleh mereka dan mempercayai najib,dari orang2 yg sanggup bersusah payah utk mereka.Takkan hadi lupa,siapa yg merecommendkan dia menjadi "naib pereding ulama dunia"
Apa hadi buat bila nuar dipenjara /diluar kerajaan:
1.Dia support najib mengatakan najib kena ada saksi utk sahkan 2.6billion,sedangkan nuar terang2 dianiayai,tiada 4 orng saksi.Masa nuar jadi TPM dulu ada tak nuar menginiayai Hadi???
2.Hadi terang2 bersedondon dgn sipenzalim,dan tak berbuat apa2 nak menghapuskan rasuah.
3.Di negeri pas perintah sendiri,ada rasuah balak,report sprm sudah dibuat lebih 6bulan lalu..kenapa hadi membisu??kenapa najib tak suruh sprm siasat kelantan??sedangkan nuar semasa jadi TPM,dulu ,menyuruh polis menyisat adiknya/bapanya tentang kes MOI.
4.KENAPA NEGERI dap PERINTAH KES RASUAH ENTAH APA2 TAK SAMPAI MILLION2,tapi lagak/pas/umno,macamlah malaysia nak runtuh,tapi bila rasuah terang billion2 yg akan menghancurkan negara..pas/umno membisu seribu bahasa.

PADA saya Hadi dan nuar ni kes "cemburu" utk dapatkan popularity.Bila nuar dlm kerajaan,hadi bagai nak gila rembat umno (berjihad konon),tapi bila nuar diluar kerajaan,Hadi pula bersama dgn siperasuah.

BEZANYA, hADI GUNAKAN Status tarbusnya,utk dapatkan popularity,mengambil jalan mudah/senang..takut dipenjara,suka publisity mudah,nak Jadi president/mempertahankan president sanggup menipu gunakan "cai"sanggup mengadaikan prinsip islamnnya"amar maaruf nahi mungkar"demi hudud..dengan cara senang dan bukan cara yg ditunjuk ajar nabi,cara "mujahadah".

sEKURANG2NYA SEJAHAT2 MAHATHIR DIAKHIR HAYATNYA,Allah beri kesempatan padanya untuk "repent" DAN MEMPERBETULKAN KESILAPANNNYA SEBELOM MENUTUP RAPAT MATANYA,YG PELIK NI ORANG2 YG SO CALLED PADAI AGAMA,TAPI MENGARAH "KEDUNIAAN/KEBENDAAN" dan mereka pela lebih2 jahat dari orng2 yg kurang pengetahuan agama.,

wallah'ualam.

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik...

pak maun berkata...

Tepat sekali

Lelakidicermin berkata...

Setelah pas memerintah tgganu.. ada satu masa tu..MB tgganu dan exco buat perjumpaan anak2 tgganu.. di salah sebuah universiti. Rasa setahun lepas dpt pegang tgganu.( tu dr dulu aku yakin tuang presiden ni ada ug dgn umno.. sbb acara dpt di buat di universiti awam ) Aku kena hadir..sbb bertugas. Masa vip2 sampai aku lihat je MB dan exco2 sampai.cara dia org tiba di loby tempat acara tu. Aku boleh bayangkan sampai skg.. berkata dlm hati aku masa tu..SEPENGGAL JE KAU MEMERINTAH. Takdirnya betul.. bg aku dia org ni mcm beruk dpt bunga. Selalu jd org biasa je.. tiba2 dpt pegang tgganu.. dah jadi vip. Bayangkan dgn penampilan islamik.. turun je kereta masing2 bukannya bg senyum atau melambai tetamu kè sewaktu nak masuk dewan. Terus je melulu masuk.. klu kita tgk obama keluar kereta.. kemaskan kot..senyum dan akan melambai tetamu yg berhampiran.. itukan iklan mudah dan murah.. tp tidak pimpinan yg pegang tgganu satu masa dulu.bila berjubah patut lagi mesra dgn org ramai.. ini tidak. Dr risik dengarnya pas dpt pegang tgganu memang sengaja Tun m buat percaturan supaya pas dpt pegang tgganu.. sbbnya nak redakan kemarahan org melayu pada tun m berikut kes anuar . masa pas tgganu tu masa paling singkat sejak merdeka pru di adakan..kalau tak silap 3 tahun je. Segala program pas di tgganu semua tak menjadi..sbb pas pegang tgganu terlalu singkat..

Tanpa Nama berkata...

Org pas kata,madey nak guna anwar,lps dah berjaya misi madey,madey akan tendang anwar,kenyataan ni yg byk dlm group wasapp org pas

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..akhlak pemimpin terpuji..kerana akhirnya kita akan pergi mengadap Allah jua..

Tanpa Nama berkata...

Penghujung kehidupan amat penting.Tidak mustahil seorang penzalim menyesal atas kezalimannya. Tidak mustahil juga seorang agamawan tengelam dalam nikmat dunia hingga lupa kehambaan kepada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Anwar kena berhati2 .... jgn kena patuk 4 kali. Setakat ni dah 3 kali.

Dulu masuk ameno ...hampir nak jadi PM tapi kena kencing dgn mdir

Keluar kena kencing lagi dgn mdir pasal kes liwar

Keluar penjara kena kencing lagi dgn kes saipool. Si saipool kencing

La ni belum keluar lagi dah ada pancing baru. Balik semula pada mdir.

So akhir kata .... cuba le tengok umpan yg baru ni. Takut umpan dgn strategy lain. Sy kesian dgn anwar yg berpotensi besar, karisma, anti-rasuah tapi yg naik jadi PM semuanya mangkok ayun. Ini semua masalah orang mayu yg layu di tasik madu.

Tanpa Nama berkata...

Memang kalau diikutkan hati..., rasa tersangat sedih apabila mengenangkan bagaimana anak-anak Anwar Ibrahim dan Kak Wan di perlakukan. Menurut cerita dari salah seorang keluarga, Kak Wan meraung seraung-raungnya. Apabila Kak Wan kata Anwar Ibrahim lebih pentingkan politik dari keluarga, sekali lagi Kak Wan kena korban kan perasaan. Begitu juga anak-anaknya. Allahhuakbar.

Dan rakyat pula di belasah dan di maki oleh FRU dan Polis. Apakah perasaan mereka sekarang yang macam gila babi membelasah menerajang kami ketika itu? Apa kah Rahim Noor tidak menyesal melebamkan mata Anwar Ibrahim? Apakah hakim-hakim tidak terasa yang mereka telah menzalimi anak-anak Anwar Ibrahim yang masih kecil ketika itu?

Tetapi Anwar Ibrahim tidak salah tindakannya kerana keadaan negara meruncing dan menuju kemusnahan. Mereka berdua perlu selesaikan masalah yang bermula dari mereka berdua. Ini lah satu-satu nya jalan untuk memperbetulkan keadaan dan selamatkan negara dari Najib.

Mahathir tidak perlu hadir di mahkamah semata-mata kerana isu MKN. Sokongan menentang MKN boleh dibuat dengan membuat kenyataan. Kerana yang membuat keputusan ialah mahkamah dan hakim yang mengikut peraturan undang-undang. Bukan sebab Mahathir berbaik dengan Anwar Ibrahim. Tindakan mereka berdua memerlukan keinsafan yang tinggi dan keakraban mereka dan keluarga sebelum berlaku perselisihan faham juga hendaklah diambil kira. Kerana mereka orang politik maka tindakan mereka dikaitkan dengan politik. Adakah Hj Hadi memusuhi pemimpin AMANAH kerana satu tindakan politik juga sehingga tidak bersedia memaafkan mereka ? Tidak terlintas kah di hati Hj Hadi menjadikan peristiwa diantara Anwar Ibrahim dan Mahathir sebagai teladan ? Ini lah satu kesempatan yang sangat baik untuk kembalikan negara bebas dari rasuah dan hutang dengan menerima AMANAH setelah Anwar Ibrahim berdamai dengan Mahathir. Pemimpin PAS perlu membuat keputusan samada mendesak Presiden menerima AMANAH atau mereka sendiri yang tinggalkan PAS. Buatlah keputusan yang terbaik dan juga yang bijak.

Jika tindakan mereka berdua semata-mata adalah tindakan politik, adalah pelik kerana pertemuan tersebut tidak di umumkan. Jika tidak pasti Najib kecut perut kerana beratus ribu akan ke mahkamah untuk menyaksikan pertemuan tersebut.

Dalam UMNO masih ada penyokong Mahathir. Begitu juga yang menyokong Anwar. Sebaik-baiknya Husni bekas Timbalan Menteri Kewangan 2 yang memulakan tindakan menyertai perjuangan Anwar Ibrahim - Mahathir untuk menyelamatkan negara.

Allahhuakbar.

Tanpa Nama berkata...

Memang tidak mustahil tetapi kata-kata begini lah yang mengalakkan orang buat salah dan dosa. Begitu juga jika seseorang membuat salah keatas orang lain maka kata-kata yang di ucapkan ia lah dia pun ada anak.. Nanti anak dia kena baru padan muka. Apa pulak salah si ayah anak yang kena balasannya? Itu kerja Tuhan. Jangan di mintak si anak yang terhukum.

Orang yang hujung kehidupannya hodoh adalah kerana di awal membentuk kehidupannya tidak betul atau tersilap kerana niat yang jahat Kalau awalnya cantik, hujungnya pasti cantik. Jika tersilap atau buruk dipertengahan perjalanan kehidupan ini tetapi apabila umur nya masuk 40 tahun seseorang kena perbetulkan dan diperkuatkan kehidupannya supaya cantik. Sebab itu lah penceramah kata Nabi menjadi Rasul ketika umurnya 40 tahun.

Apabila umur 40 tahun tidak di jaga, itulah yang alim yang agamawan yang umur ke 60an menunjukkan siapa dia sebenarnya pada awal memulakan kehidupan. Nak penghujung yang baik yang cantik .. taubat lah atau insaflah semasa umur 40 tahun. Tetapi kalau dari awal baik dan seterusnya baik. Alhamdulillah.

Apa yang dilakukan oleh Mahathir suatu ketika dulu adalah salah dan zalim tetapi dengan niat menjalankan tanggungjawab nya kepada negara. Dihujung kehidupannya dia tersedar dan menyesal. Hj Hadi buat perangai selepas umurnya 50 tahun...

Percaya lah kita akan buat perangai kita semula apabila hari-hari tua kita sekiranya kita tidak menginsafkan diri kita sejak kita muda.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Adapun saudara Anwar telah memaafkan dosa Mahathir kerana tidak mahu bermusuhan yang merugikan dan sebab masing-masing dah berumur.

Banyak kali saudara Anwar menyebut yang dia telah maafkan Mahathir semasa berceramah. Kerana yang penting ialah melangkah kehadapan.

Jadi saudara Anwar telah benar-benar membuktikan yang dia telah memaafkan Mahathir.

Salah jika tindakan saudara Anwar ialah satu langkah politik. Jika Hj Hadi ada kesalahan besar terhadap saudar Anwar, Hj Hadi itu pun di maafkan oleh saudara Anwar.

Yang bagus nya si Salleh Keruak yang keciwa lalu mengatakan cium tangan Mahathir adalah ciuman maut. MAUT UNTUK UMNO !

Hidup Anwar.
Hidup Mahathir.
Hidup rakyat.
Takbir !! Allahhuakbar !

Tanpa Nama berkata...

Terbaek.harap menjadi kenyataan.rakyat dh semakin tersiksa.semoga Allah membantu kita dgn gabungan Anwar+Mahathir mengubah nasib rakyat..

Tanpa Nama berkata...





Siratol MUSTAKIM...Lurus Ber CAHAYA
Menyuloh Segala...Makna dan ERTI
Menuloh EGO...sang Licik Pen Dusta
Menyuloh FITNAH...sang Rasuah PENCURI
Menuyuloh Bakun...PKFZ IPP Perwaja
Menyuloh Se Terang7nya...sang "niat" di HATI



"niat" yg SUCI...TAK Pentingkan DIRI
"niat" yg sePENUH7nya Luhur...Kudus dan MURNI
"niat" yg Memancarkan...AMANAH Integrity
"niat" yg sePASRAH7nya...Ke Hadrat ILAHI
"niat" yg TAK Hingin lg...FITNAH Men CURI
Biarpun Apa HUKUMAN...Menimpa DIRI
Biarpun Di PENJARA...Sehingga "kau" MATI
Relakan Di KUTUK...Di Cerca Di MAKI

Di Sana "kau" Temukan...CINTA Abadi
CINTA Sejati...Yg Sentiasa Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Sbg Entiti FITRAH Syurgawi
Kaseh Mem-BERI...INSPIRASI "mu" yg Ter INDAH Skali
Yg Mem Bawa "kau" TERBANG...Nun Jauh dan TINGGI


Tun M...Moga2 "kau" Melintasi Bingkisan ku ini
Kembali Ke FITRAH yg Azali..










Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...setelah nyata akhirnya Husam masuk Amanah, sekali lagi impian aku utk lihat Tun M dan Anwar berdamai in shaa Allah akan jadi kenyataan...
Tun M rasanya wajar berusaha utk bebaskan Anwar keluar drp penjara dan jadikanlah Anwar sbg PM yg akan menggantikan najib sbg balasan atas apa dosa yg telah diperlakukannya terhadap Anwar sepanjang dua dekad yg lalu...tunjukkanlah keikhlasanmu wahai Tun M, rakyat tidak pernah lupa dan sedang memerhati segala tindak tanduk kamu...jgn sekali lagi cuba mpergunakan Anwar demi kelansungan politikmu...Allah Maha Pemurah dan Maha menerima taubat hambaNya...ambiklah peluang di kesempatan sisa ruang yg masih ada ini...naikkanlah semula imej dan kehebatan Malaysia di mata dunia sbgmana kamu berdua pernah lakukan suatu masa dulu...inilah harapan aku dan mungkin sebilangan besar rakyat Malaysia pada hari ini...jazakallah...aminnn.

Tanpa Nama berkata...

Berdamailah Tun M dgn Anwar...selamatkanlah Malaysia!!!

Tanpa Nama berkata...

Dalam politik, kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan, banyak kawan makan kawan, berkawan untuk satu harapan, berkawan untuk satu kehancuran.. Apa pun..ambil yang terbaik...

Dynamic Hijrah berkata...

Pertemuan mrk berdua ni suatu yg sgt hebat. Mohon Tun buat tindakan utk noktah terakhir bg rakyat Malaysia bahawa Anwar adalah pemimpin yg berkaliber utk memimpin selamatkan Malaysia. In Sya Allah Anwar dan Husam anugerah utk Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

semasa dsai masok umno ketika itu dr m sangat memerlukan kepakaran dn pengaroh dsai kerana dr m blm lg mmpunyai pengaruh yg kuat dlm umno.setelh dr m dikuatkn olh dsai macai2 disekeliling dr m mula mula memasang racun trhadp dsai shngga beliau disingkirkn,kita harp kali ini dr m hati2 spya prkara itu tidk brulng dn brhidup semati dgn dsai briuang untk negara,kalahkn bn

Tanpa Nama berkata...

Terharu bila melihat dua idola ku bersalaman. Tak terasa air mata ku bergenang. Semoga pakatan beroleh kemenangan demi untuk menghapuskan kebatilan. InsyaAllah..hidup tun m, hidup anwar.

Tanpa Nama berkata...

SALAM SEMUA.
BAGI PENTABSUB UMNO.
BAGI PENTABSUB PAS,
BAGI PENTABSUB MAHADIR,
BAGI PENTABSUB HADI,
DAN PENTABSUB DIRI SENDIRI.....

TERIMALAH HAKIKAT .
ORANG YG PALING BERPENGARUH DALAM POLITIK MALAYSIA,
...IALAH..DSAI...
SEMASA MAHDIR JADI PM....ANUAR DI KURUNG..
SEMASA PAKLAH JADI PM ..ANUAR DI LEPASKAN.
UNTUK BELA PAKLAH VS MAHADIR.
DAN SEKARANG NJIB JADI PM.
DI SUNGAI BULUH JUA TEMPAT MENGADU NASIB.
ANTARA NAJIB DAN MAHDIR,

INI RIALITI BUKAN OMONG KOSONG.
NAMUN KITA SBG RAKYAT BIASA TAK BOLEH FIKIRKAN SIAPA
SEBENARNYA WIRA MALAYSIA.

JANGAN TANYA NJIB.
JANGAN TANYA MAHDIR,
JANGAN TANYA HADI.

SEBAB MEREKA INI ADA AJENDA TERSENDIRI.
TANYALAH DIRI SENDIRI.

UNTUK DSAI ..AWAS MUNGKIN MEREKA MEREKA INI
MAHU JADIKAN ANDA SEBAGAI AYAM SABUNG SAJA.
BERTINDAK BIJAKLAH.
ANDA MASIH ADA POTENSI UNTUK JADI PM.
IKLASKAN DIRI.
INSHAALAH ....

Tanpa Nama berkata...

Aku pun perasan waktu hari pertama masuk bilik MB,dgn bongkak dia pusing2 kerusi MB sebelum duduk..sejak tu aku curiga dgn sihadi ni..pakai jubah serban mcm ayatollah khomenei (waktu tu iran di sanjung) tp akhlak islam kurenggg.sekarang2 ni sah sah mcm peeangai syiah..bongkak sombong takbur dan tak sedar diri.

Tanpa Nama berkata...

Perkara yang paling penting ialah Mahathir berhenti berbohong walaupun sikit-sikit. Buat buku baru yang memperbetulkan buku sebelum ini iaitu Doctor in the house.

Sebut betul-betul yang Anwar Ibrahim bukan se orang peliwat, dulu dan sekarang. Walaupun pertemuan ini boleh di anggap sebagai satu pengakuan bahawa Anwar Ibrahim selama ini telah di fitnah.

Kerap kalau tak selalu beri lah gambaran siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya yang dikenalinya.

Katakan lah ada lah benar yang Anwar Ibrahim adalah seorang Pemimpin Islam yang hebat.

Tanpa Nama berkata...

HADI POPULAR DIATAS POPULARITI ORANG LAIN.
DIATAS POPULARITI NIK AZIZ.
MENANG PILIHANRAYA YG SEBELUN INI PUN
ATAS POPULARITI PAKATAN PKR DAN DAP.

TAPI DIA AMAT ANGKUH MENGATAKAN.
PKR YG MENUMPANG PAS,

APALAH PUNYA TAKABURNYA ULAMAK INI,

DALAM SITUASI HARI INI PAS RASA LEBIH TERTEKAN
KERANA KAWAN BAIK NYA UMNO/NJIB AGAK TERGUGAT,

DENGAN ITU PAS SEDAYA UPAYA MEMPERKATAKAN
MAHADIRLAH PUNCA PERPECAHAN MELAYU.

MEREKA SEMBUNYIKAN FAKTA YG HADILAH PUNCA
PERPECAHAN PAS/ISLAM.

INI FAKTA YG DIMAINKAN OLEH PENTABSUB HADI/PAS
UNTUK MENYERANG MAHDIR AGAR SEDIKIT SEBANYAK TERBELA
JUA RAKAN SEDONDONGNYA ITU.

SAMA SAMALAH KITA FIKIRKAN SIKAP PAS SEKARANG.

KALAU KITA TENGOK OMAKKAU PUN DAH TAKSANGGUP
MEMBELA PAS KERANA TERLALU FANATIK KPD PERASIDEN.
SEHINGGAKAN BLOK OMAK PENUH DENGAN KATA KATA CHARUT MARUT,,,,

Unknown berkata...

Alhamdulillah....moga datangnya aidiladha ini merupakan satu titik tolak dua tokoh politik paling berpengaruh di mslaysia n dunia suatu masa dulu bergabung kembali n saling memaafkn antara satu sama lain...inilah SEBUAH PENGORBANAN PALING BESAR DLM SEJARAH POLITIK TANAH AIR KITA...SEMOGA ALLAH BERI KEKUATAN PD MEREKA BERDUA UNTUK MENYELAMATKN MALATSIA...HARAP ADAKAN SOLAT HAJAT UNTUK PEMBEBASAN ANWAR N YG DI SERTAI TUN M DLN MASA TERDEKAT..MUDAH2HAN BERKAT PENGABUNGAN DUA TOKOH POLITIK INI MENYEDARKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA...AMIN.YA RABHHI ALAMIN

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.

Bukan semata-mata korban lembu kambing tetapi korban kan ego dan sifat buruk.

Jadi lah Islam yang terbaik.

Selamat Menyambut Eid Adha.

Tanpa Nama berkata...

Tolong lah jangan cerita pasal PAS lah ... muak. Biar Mathahir dan Anwar sahaja yang tahu kita ikut sahaja demi untuk kesejahteraan sejagat. SELAMATKAN MALAYSIA,LAWAN TETAP LAWAN.

Unknown berkata...

Pas barua umno..ada ker saper2 nk nafikn