18 Sep 2016

[VIDEO & GAMBAR] Berduyun Rakyat Kelantan Ikut Husam Sertai AMANAH

Malam tadi (16 September 2016) bertempat di pejabat Dun Salor, tecatat satu sejarah indah dimana berduyun-duyun rakyat Kelantan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) mengikut jejak langkah ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang telah mengistiharkan menyertai parti itu di Cyberjaya beberapa minggu lalu.

Ia sekali gus menafikan kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menyatakan "tiada ahli PAS ikut jejak Husam".

Haji Abdul Hadi seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan sebelum ini menegaskan:
"Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam)."


Namun kehadiran sebegitu ramai rakayt Kelantan malam tadi membuktikan kenyataan presiden PAS itu tidak benar.

Diantara beberapa tokoh terkenal negeri Kelantan yang menyertai AMANAH ialah dua orang adik kepada Allahyarham Ustaz Yahya Othman (bekas Ketua Lujnah Tarbiah PAS Pusat) iaitu Abdul Kadir Othman (bekas Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Dr. Abdullah Tahir Othman (seorang professor matematik), berserta dengan cicit Tok Kenali, Prof Dr. Wan Ahmad Kamil bin Abdullah.

Mantan ADUN Dabor Sdra Arifibillah Ibrahim, mantan Pen Setiausaha PAS Kawasan Tanah Merah Datuk Sobar Hussin, bekas calon PAS Manek Urai Ustaz Zamsuri Md. Nasir, dua orang bekas exco Pemuda Rantau Panjang Mohd Ainuddin Shamad bin Daud dan Ramizu Ali dan bekas ketua pemuda UMNO Gua Musang, Aziz Awang,

Turut juga menyertai AMANAH ialah beberapa petugas yang pernah berkhidmat dengan Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat sewaktu Allahyarham menjadi Menteri Besar Kelantan iaitu Hj Anual Bakri Haron dan Dr. Mohd Fauzi Zakaria, yang masing-masing pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar kepada TG Nik Aziz.

Bekas Ketua Risikan PAS Kelantan, Major(B) Mohd ismail, bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga bekas AJK PAS Pusat, Ustaz Hafiz Musa, bekas ahli Majlis Daerah Ketereh Wan Rosli Wan Abd kadir, bekas Pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan Ustaz Hamid Derami.

Selain dari itu, terdapat beberapa aktivis NGO dan professional turut menyertai AMANAH seperti aktivis R Sdra Hishamuddin Ghazali (Sham Ghaz), beberapa orang pendidik IPTA/IPTS dari kalangan professor seperti Prof Nurul Azman Alias, Prof Mokhtar Nor dan Prof. Dr. Chia Hock Peng.

Pihak AMANAH juga turut menerima beratus-ratus borang permohonan untuk menjadi ahli AMANAH dari kawasan-kawasan dan majlis penyerahan sijil keahlian yang telah siap diproses turut diserahkan pada malam berkenaan.

Sementara itu, pemilik tanah yang menjadi tapak bangunan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Salor, Rosli Ibrahim mencadangkan agar Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub memecat salah seorang exconya kerana bercakap bohong, lapor Malaysia Dateline.

"Pecatlah Datuk Mat (MB Kelantan), malu kepada orang exco macam ni," kata Rosli merujuk seorang exco kerajaan negeri Kelantan yang mendakwa tanah tapak bangunan pusat khidmat Dun Salor itu adalah milik kerajaan negeri.


Menurut Rosli, bekas setiausaha Semangat 46 Kelantan itu, tanah tapak bangunan pejabat itu beliau beli dengan harga RM5,800 dari seorang bernama Minah binti Musa.

Kemudian beliau memberikan tanah itu atas nama isterinya Haripah binti Dollah.

"Memanglah milik 'pah'. Tetapi bukan 'pas'," kata Rosli dalam ceramahnya di perkarangan pejabat Adun Salor itu.

Rosli berkata, beliau kemudiannya menyerahkan tapak itu kepada Datuk Husam Musa untuk dibina bangunan yang ada sekarang.

Sehubungan itu, Rosli meminta semua pihak tidak lagi membuat dakwaan yang bukan-bukan terhadap tapak tanah tersebut. -Greenboc






VIDEO





FEATURED ADS


54 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bersatulah untuk memartabatkan Islam dan membangunkan rakyat. Jauhilah cita2 untuk mengayakan diri sendiri, keluarga dan kroni jika sudah berjaya. Tunaikanlah janji supaya kamu tidak menjadi munafik apabila kamu telah dipilih sebagai pemimpin. Jadikanlah apa sahaja yg berlaku sekarang sebagai panduan dan teladan. Berkhidmatlah hanya kerana Allah. Mudah2an kamu semua berjaya di dunia dan di akhirat.

Kami rakyat sentiasa menilai.

Tanpa Nama berkata...

Jadilah glgn yg tidak ajar manusia hidup menghina manusia Islam yg sudah mati. Mengumpat, mengeji dan mencaci bukan sifat tulen seorg muslim. Ajarlah glgn belum/bukan Islam rasa hormati manusia yg sudah tiada. Biar kita dihina manusia utk tegakkan agama-Nya, jgn ditertawakan syaitan kerana menjadi penenannya di neraka.

Tanpa Nama berkata...

Jika pun ada perbezaan dengan orang yang baru meninggal, orang yang bijak akan menangguhkan pendapatnya pada waktu yang sesuai. Pilihlah masa yang sesuai. Hanya pemimpin yang bodoh sahaja yang tidak tahu menjadi sensitiviti awam ataupun kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah.

Apalah faedah dari kenyataan buruk pemimpin DAP tertentu mengenai kematian Allahyarham Dato Haron Din pada waktu ini? ! Jika ini mentaliti pihak berkenaan, maka tidak layak untuk menjadi pemimpin di mana-mana peringkat bagi masyarakat majmuk di Malaysia ini.

Namun, tidak dinafikan juga di sana ada kenyataan rasmi DAP yang menunjukkan ada kematangan politik. – Dr Maza

Ia merujuk kepada tindakan Jeff Ooi yang menulis ‘Adios Harun Din. Let there be peace‘ di twitternya mengenai kematian arwah Haron Din semalam.

Tanpa Nama berkata...

Usaha spt inilah yg patut mnjd pegangan Amanah. Amanah ganti PAS di seluruh neg Kelantan dan sebhgn bsr drp Terengganu serta kwsn2 luar bandar di Pantai Barat Semenanjung. Jgn bersaing dgn PKR di kawasan2 tradisi PKR baik di Semnanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.

Tanpa Nama berkata...

Sbb tu ahli mana2 parti jgn suka sgt nak caci maki ahli parti lain. Cth la... jgn maki " berua, dapigs, mahafiraun, pil kuda, imam lkc, tokong lks" dll. Kang org lain pulak caci kita.

Ingat tu....
Jaga lidah. Jaga mulut.

Lelakidicermin berkata...

Sebenarnya pasal kes jeff ooi.. susah kita nak ckp ( bukan aku menyokong ) dia kata twitter kena godam..kita caya je lah.. sbb skg aku tgk tak kira parti pembangkang ke parti kerajaan ke dah pandai buat u-turn.. dia org belajar dr satu parti yg selalu buat uturn.
Berkenaan perhimpunan parti amanah di salor aku taknak komen..cuma kalau tgk2 gambar tu..aku membayangkan kalau aku jadi...MB ktan ke.. jadi nik amar ke
Jadi tuang presiden ke.. apakah masa aku letak kepala di bantal.. aku boleh terus lenaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Alangkah baiknya kalau pemimpin2 yg gila harta dan kuasa semuanya ditukar. Kemudian semua islam dlm pas, umno, amanah, pkr dan lain2 bersatu dlm satu ikatan Islam yg kukuh dan harmoni.

Sama2lah kita berdoa waktu itu segera tiba.

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan Kelantan akan ditadbir oleh AMANAH dan rakyat Kelantan memilih Husam sebagai MB Kelantan. Mereka yang bersama-sama Husam bukan calang-calang orang.

Jadikan lah Kelantan seperti satu ketika dulu dimana Kelantan menjadi satu acuan untuk negeri-negeri lain.

Paling kurang, Kelantan dapat menandingi Pulau Pinang dalam segi ketulusan dan perbelanjaan yang berhemah.

Kerajaan Kelantan yang tidak serious menyiasat dan menangkap pembalakan haram hendaklah di tukarkan. Banjir lumpur bukan sahaja disebabkan oleh cuaca buruk tetapi kerana bukit telah ditarah tanpa kawalan. Aduan Husam di buang begitu sahaja ke dalam tong sampah.

Dengan sambutan begini, insyaallah, wakil rakyat PAS merasa kecut dan hanya mereka yang yakin dan merasa kan mereka setanding dengan orang-orang yang menyertai Husam akan pantas meninggalkan PAS. Jika tidak sememangnya mereka sama taraf dengan si beduh.

Mereka, Husam dan yang lain-lain adalah butiran mutiara yang ditinggalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Tanpa Nama berkata...

Klu ikut graf, pas skang dah sampai pd tahap bawah 25%. Sbb utamanya ialah pas tidak bijak merancang dan kurang membuat R&D. Satu lagi, pas ni bergerak from top to bottom dan bukan from bottom to top. Senang cakap macam seorang gembala membawa 50 ekor lembu dengan tali yg dicucuk pada hidung. Lembu akan ikut saja ke manapun gembala tu tarik... masuk lobang jamban pun dia ikut.

Itu ibarat aje la. Jgn ko marah aku pulak. Itu pendapat aku atas pagar...

Tanpa Nama berkata...

Amanah dan Bersatu....

Janganlah berangan sangat nak menang sampai puluh2 kerusi. Awak tu baru aje lahir. Baru aje tumbuh. Janganlah cita2 terus nak berbuah bertangkai2... Kuatkan batang dulu. Kukuhkan dahan. Keraskan ranting. Rimbunkan daun. Lebatkan bunga dulu.

Pelan2. Jgn terus berangan nak buah besar berbakul2. Kang tak cukup baja mampooos terus. Slow and steady. Gerak perlu pantas. Aksi perlu tepat. Tindakan kena cepat. Muafakat!

Insyaallah.
Pakatan baru ini bakal jadi juara.

Unknown berkata...

Salam:


Saya amat kagum cara Husam bekerja,tak sangka beliau ada master plan untuk kerja2 parti sebelom menjelang PR14.Dari cara penjelasannya corak kerja yg dilakukan mencirikan bagaimana "kerajaan in waiting bekerja",tanpa kuasa tapi kerja2 tetap dijalankan,menampakkan "keikhlasan service yg akan di offer jika PH/Amanah memerintah di kelantan dan di Malaysia amnya.


syabas..syabas..pada anak muda kumpulan group "R" dan professional dari golongan professor.NAK BERJAYA ,KENA USAHA,TAK BOLEH CAKAP/GOYANG KAKI,HarapKAN orang lain buat kerja.

bAGI KAMI YG TAK MAMPU BERI TENAGA,CUMA DERMA YG TAK SEBERAPA DIHULURKAN.

Al-Fatihah buat Haron din.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

Saya tak rasakan sgt tulisan Jeff Ooi itu sensitif. Biarpun telah ramai cuba membuat pelbagai ayat2 cuba meyakinkan menunjukkan ketidaksesuai perkataan Adios digunakan.

Hanya rakyat Malaysia yg terlalu inferiority complex dan sensitif. Mungkin tidak faham English dgn baik. Setakat 5-6 patah perkataan itu, ianya tiada masalah. Namun jika ada penambahan atau susulan drpd itu, ianya diluar pengetahuan saya.

Terlalu sensitif ini menunjukkan kita tiada kemampuan untuk membangun. Buatlah apa pun, semuanya hendak dikawal itu dan ini. Hati lembik dan manja.

Masyarakat kita tidak banyak membaca, hanya terperuk dgn bahasa sendiri. Sbb itu kita tidak terbuka dan tidak mampu flexible.

Tanpa Nama berkata...

Tuan 1 52

Target mesti tinggi setinggi yang boleh. Bukan untuk berangan tapi supaya kerja kuat lebih . Kalau setakat lawan BN senang nak ukur sejauh mana boleh pergi. Ini .. dengan kerja jahat spr dalam persempadanan semula..

Dengan pertolongan Allah sahaja PH boleh menang.. Kalau UMNO juga yang menang lagi, jangan berputus asa mengharap pertolongan Nya.

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan Kelantan akan ditadbir oleh AMANAH dan rakyat Kelantan memilih Husam sebagai MB Kelantan. Mereka yang bersama-sama Husam bukan calang-calang orang.

Jadikan lah Kelantan seperti satu ketika dulu dimana Kelantan menjadi satu acuan untuk negeri-negeri lain.

Paling kurang, Kelantan dapat menandingi Pulau Pinang dalam segi ketulusan dan perbelanjaan yang berhemah.

Kerajaan Kelantan yang tidak serious menyiasat dan menangkap pembalakan haram hendaklah di tukarkan. Banjir lumpur bukan sahaja disebabkan oleh cuaca buruk tetapi kerana bukit telah ditarah tanpa kawalan. Aduan Husam di buang begitu sahaja ke dalam tong sampah.

Dengan sambutan begini, insyaallah, wakil rakyat PAS merasa kecut dan hanya mereka yang yakin dan merasa kan mereka setanding dengan orang-orang yang menyertai Husam akan pantas meninggalkan PAS. Jika tidak sememangnya mereka sama taraf dengan si beduh.

Mereka, Husam dan yang lain-lain adalah butiran mutiara yang ditinggalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Tanpa Nama berkata...

Ini lagi satu Lebai yang kalau mati, bumi 'tanah tumpahnya darahku' tak mau terima.

Lebai yang mana lagi... Yang cakap buke tanah pok dio, buke tok dio .. kalau dio kato belum check tak apo .. ini kata dio dah check dah..itu fitnah. Tapi kalau tak kato dah check, itu dakwo (saja).

Macam ini lah jadi sebabnya keluar perkataan adious dan mengaitkan dengan kisah hidup seseorang... Ulamak membentuk masyarakat, membentuk pengikut, membentuk ahli, membentuk individu yang menjadi muridnya... Siapa yang membentuk Lebai yang ngaku dah check ?

Kalau masih ada yang terus buat kerja tak betul macam ini.. mohon diampunkan .

Tanpa Nama berkata...

Malang sungguh Hj Hadi.
Harap dia yang juga beberapa kali masuk keluar hospital dapat menerima perkhabaran ini dengan bertawakkal.
PAS tentu bimbang kehilangan seorang lagi pemimpin yang sukar di ganti.
Bertambah ramai ahli yang akan ikut Husam apabila janji untuk menyaman tak jadi. Apakah pulak amanat terakhir Hj Hadi?

Tanpa Nama berkata...

Kalau SU parti sendiri puntak bersetuju & Mufti pun menegur, ada lagi geng nk jadi pencacai tulen si Jeff tu. Tak tahu la melayu ka atau masyarakat malaysia mcm mana org2 sebegini. Inilah boleh dikatakan penyokong kpd amalan salah dan jahil membuta tuli & tidak langsung ada rasa sifat ihsan dan simpati. elok la meraka di perjuangan baru yg tiada kaitan langsung dgn perjuangan yg dianjurkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Mudah sangat percaya pada org yg senang2 keluarkan kata2 kena hack. Mmg keturun hakim coklat hack rasanya mereka ni? Itu lah, suruh buka mata hati sbb kepura-puraan makin menjadi2 buat masa ni. semua sbb kepentingan nk kaut sokongan. habis pecah sesama sendiri. tapi org yg ditentang tetap utuh walaupun teruk.

rizal berkata...

Ucapan selamat itu pun nak buat hal.. Sbb klua drp mulut org DAP. Bunyi mcm mn pun kita xtau. Niat dia pun kita xtau.. Drp kita trus letak hukum yg dia biadab ddalam keadaan kita pun xjelas maksudnya, knp kita xbersangka baik sepertimana ajaran islam? Ssh dgn org yg suka cr pasal

rizal berkata...

Cita setinggi langit, kalau jatuh dipucuk pokok...
Cita setinggi pucuk pokok..jatuh terus kebumi..

Tanpa Nama berkata...

Aku mohon seluruh ahli pas memecat hadi sbg presiden..kerana dia PR hancur..krn dia..1mdb masih dgn penyelewengan..sbb kena cari 4 saksi..sdgkan najis dh mengaku masuk akaun dia 2.6b..hadi x relevan dgn perjuangan pas..dia bersekongkol membalun duit rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Adios kan maknanya selamat tinggal..apa masalahnya..kalau jeff oii ckp innalillah kan..kau ckp hina islam pulak..

Tanpa Nama berkata...

Apa masalah dgn adios..itu bahasa mexico..maknanya selamat tinggal..

Tanpa Nama berkata...

Yo lah, iyekan aje

Tanpa Nama berkata...

Ayuh rakyat Kelantan berhijrah ke amanah. Pas sudah tidak relevan gagal membela anak Kelantan walau sudah 64 tahun. Ke arah Kelantan lebih maju dan makmur. Amin

Tanpa Nama berkata...

Org melayu yg golongan tu dah jd emosional tak tentukan pasal. Bila FZT penyokong pimpinan ulama keluar kenyataan dlm satu entri blognya berbunyi : husam sudah mengesahkan menjadi barua dan balaci kafir Mampus bila lagi??
Tak ada siapa golongan dia kutuk pun

Tanpa Nama berkata...

Tak usahlah perbesarkan isu..wahai pak lebai pigs pergilah dakwah kat jeff oii moga2 terbuka hati beliau, kan tok ketua dah bagitau politik biar matang dan untuk berdakwah...memelah usaha nk berdakwah ada banyak kesakitannya...ntah2 tok ketua cakap saja brdakwah tapi diri sendiri pun tak pernah dakwah...harap walaun lg la, maki saje kerjenye....

Tanpa Nama berkata...

18/09/16

DAP akui Jeff Ooi tak sensitif, tidak wakili pendirian parti


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang dikatakan mempersenda kematian allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semalam.

"Saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga sekiranya tersinggung dengan apa yang berlaku berkaitan tweet Jeff Ooi kerana ini tidak mewakili pendirian parti.

"Meski kami sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik, DAP yakin dan percaya bahawa allahyarham telah menyumbang kepada agama Islam," kata beliau yang juga anggota parlimen Bagan dalam kenyataannya.

Ekoran tulisan dalam twitternya yang tertera catatan 'Adios Harun Din. Let there be peace' mengenai kematian arwah Haron Din semalam, Jeff Ooi mengundang pelbagai reaksi dan kritikan negatif pelbagai pihak.

Jeff Ooi kemudian menjelaskan di twitter itu bahawa maksud 'Adios' dalam bahasa Sepanyol ialah 'farewell' dan dalam Bahasa Malaysia sebagai 'selamat jalan'.

Antara yang mengkritik ialah Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang menyelar sikap biadap dan tidak bertanggungjawab Jeff Ooi sebagai bebal dengan pihaknya tidak bersekongkol dan akan menjarakkan diri dengan tindakannya itu.

"PKR sentiasa percaya bahawa manusia itu dilahirkan mulia dan kita seharusnya meletakan kemuliaan insan sebagai satu asas penting dalam etika kita berpolitik.

"Perbezaan politik tidak seharusnya menjadikan kita hilang sifat kemanusiaan dengan mempersenda-sendakan kematian sesiapa pun," katanya dalam kenyataan.

Pada masa yang sama, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata antara 'politik bodoh' pemimpin DAP tertentu ialah membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan sesuatu kaum tanpa sebarang faedah kepada politik dan negara.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, beliau dilihat jelas merujuk kepada tweet Jeff Ooi berhubung kematian Dr Haron Din.

Turut membidas ialah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang mahu Jeff Ooi memohon maaf kepada keluarga allahyarham Dr Haron Din di atas kenyataan biadapnya di Twitter berhubung kematian mursyidul am PAS itu semalam.

DPPM menyifatkan Jeff Ooi sebagai seorang ahli Parlimen yang "paling kurang ajar di negara ini" apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai dan mendakwa ia sekaligus membayangkan wajah DAP.

Mengulas lanjut, Lim berkata, beliau juga dimaklumkan Jeff telah memadamkan catatan twitter terbabit.

"Sesungguhnya, DAP turut mengucapkan takziah dan simpati atas kesedihan yang ditanggung ahli keluarga serta rakan-rakannya.

"Sekali lagi saya menitipkan belasungkawa buat arwah sekeluarga bagi pihak seluruh keluarga besar DAP dan berharap agar rohnya ditempatkan bersama para orang soleh," tambah beliau.

Sementara itu, Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH), Abdul Ghani Samsuddin berkata, parti itu ingin melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir individu yang bertindak biadap mengulas berkaitan pemergian arwah Haron hingga mencetuskan kemarahan semua pihak.

"AMANAH menolak sekeras-kerasnya tindakan seperti ini yang tidak mencerminkan sifat yang sepatutnya ditunjukkan oleh semua orang tanpa mengira agama, bangsa mahupun parti politik.

"Perbezaan pendapat dan idealogi tidak sewajarnya menjadi punca untuk tidak menghormati pemergian tokoh tersebut," kata beliau dalam kenyataan.

Justeru, AMANAH menasihatkan semua pihak khususnya ahli parti dan ahli rakan komponen Pakatan Harapan agar menghormati akan pemergian Almarhum, tambahnya.

Lihat ni kenyataan dari pemimpin DAP, PKR & PAN, semua kutuk Ooi tu... Ada lagi mangkuk tingkat dalam ni nk hijrah bersama dia... Apa punya bebal la...

Tanpa Nama berkata...

Tahap fanatik & kebebalan yg tak boleh dibilang lg. Moga sama2 kita beroleh taufiq dari-Nya. Jgn lah duduk sokong membuta tuli saja. semak sungguh2 sapa yg kita nk sokong tu. Patuh pada Allah kah kepada manusia?

Pemuda parit kings berkata...

Ada setengah pengomen Kat sini adalah walaun pas..dan terkluarlah kata2 kecewanya...itu jelas...apapun saya doakan yg terbaik buat amanah Kelantan...semoga terus ke depan demi rakyat Kelantan...persoalan yg bodoh jangan dilayan...saya baca setengah Dari penyokong paspispusss...macam nk marah.tapi nk buat macam mana...terimalah kebebalannya dek kerna dia risau akan kehilangan Kelantan ke tangan amanah...sebab Kelantan adalah keagungan org2 pas...

Tanpa Nama berkata...

Heran jugak aku dgn pembela Si Jeff tu. Sedangkan parti dia pun kutuk. Masakan pula ada nk angkut buat member... Apa lg,angkut dia masuk dlm rmh & simpan. Bila perkara sekecil2 tak boleh nilai dgn baik, masakan perkara lagi rumit dan besar yg perlukan mata hati tulen utk menilai.
Dahsyat jugak jika keluar pembelaan dari org muslim sendiri bukan dgn teguran. Bila ulamak mati, habis tinggal kita yg jahil ni baru Allah takdirkan hidup tak tentu arah hatta sbg seorg muslim sekali pun.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana mengiyokan kato den.

Dalam PAS hilang sebiji mutiara di US, AMANAH pulak di beri bebriji-biji mutiara di Kelantan.

Takdir apa kah ini ?

Iye kan aje..

Tanpa Nama berkata...

Jeff 001 kena sebut innalillah jugak ke?..hadi dah hilang rakan UG,rakan 4 saksi dlm kes rasuah najib dan rakan untuk saman SR..
Najib pun hilang penyokong..

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan politik memang lah macam itu. Masa mati je baru lah tak boleh berbahasa kasar. Jika Guan Eng mati bulan depan dengan cara yang tragedis. Mendiang banyak menyumbang bla bla bla

Hello. Semua pemimpin kena hormat pada perjanjian bersama.

Kesan adios cuma beberapa hari. Kesan tidak hormat pada perjanjian bersama.. nak pulihkan balik pun satu hal.

Satu lagi perkataan seperti farewell dan selamat tinggal, ada dua bunyi. Adios satu perkataan dan suku kata bunyinya pendek. Itu yang bila disebut macam orang sedang bersuka-suka..

Adios 11 16.
Farrwell 11 16.
Good bye 11 16.
Selamat Tinggal 11 16.


Tanpa Nama berkata...

Tak payah perbesarkanlah isu yg mcm ni..bnyak lagi isu utama yg perlu kita ambil perhatian..kalau akhlak kita baik nescaya tempias yg baik kpd non muslim menerima islam..klau ulamak mati takkan kita nak berpeluk tubuh, carilah ilmu bukan sekadar duduk buat bodoh sj..mcm tu juga klau satu parti yg kita sokong sudah bersama pihak yg zalim, tak menentang penyalahgunaan kuasa dan khianati impian pengundi takkan kita nak buat bodoh juga... kenalah kita ubah iaitu dgn bersama wadah yang lebih baik..

Tun Perak berkata...

Kembalilah pada sirah dan akhlak rasulullah. Bagaimana org kafir boleh masuk islam dgn akhlak rasulullah walaupun rasulullah dihina.fikir fikirkan

mama berkata...

Moga politik Malaysia diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang ada jiwa Islam tidak kira apa nama partinya.

Tanpa Nama berkata...



Akhirnya nanti AMANAH akan me'lutut' kembali kpd PAS..

Itulah amaran Hadi yg terbaru yup..

Takleh gi klu takde 'lutut'

Tanpa Nama berkata...

Semakin hj hadi menjadi makin bongkak dan angkuh semakin ramai rakyat yg akan menyertai parti amanah...akhirnya nanti tinggal hj hadi dan walaun2 buta kayu jea dlm pas...pas buat ceramah skrg ni pun takder org yg nak dtg dengar...drp dengar ceramah mcm nik amar tu baik blk tido lagi baik...kihkihkihh...

Tanpa Nama berkata...

Ayat kau ni power ..

Apa lg,angkut dia masuk dlm rmh & simpan. Bila perkara sekecil2 tak boleh nilai dgn baik, masakan perkara lagi rumit dan besar yg perlukan mata hati tulen utk menilai.

Ini lah yang aku dengar semasa ustad-ustad berceramah. Jangan kan arak.. bekas botol arak pun, malaikat tak nak masuk rumah. Simpan video lucah pun begitu juga.. mereka yang dalam rumah tak dapat berkat.. malaikat tak masuk rumah..

Tapi fitnah .. rasuah yang
ujud dan dibiarkan dalam negara, duduk saja-saja sambil goyang kaki, tak apa pulak.

Buat kawan dan angkut Jeff .. terus kelabu mata tulen .. padankan lah 'adious' dengan bersongkol dengan rasuah dan fitnah..

Tidak kah dengan membuta mata pada keborosan dan kezaliman pemimpin bererti ulamak telah mati ?

Tanpa Nama berkata...

Betul sangat bro..

Tanpa Nama berkata...

Pemergian TGNA diratapi olih kawan Dan kawan.Dan kenapa pemergian U.Hd jadi polemic.Lu fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Petanda yang PAS akan tolong UMNO dalam pru. Dia tunjuk samseng sebab dia telah tenguk persempadanan semula. Itu sebab tidak ada bantahan dari PAS.

Yang tak keluar PAS ialah yang seronok dapat kekalkan kerusi. Tapi yang bawah-bawah dah ramai yang keluar. Pun dia tak kisah sebab kawasan di tandingi adalah separuh UMNO. Pengundi penganti pengundi PAS.

Apabila berbincang, perbincangan adalah secara perkumpulan bukan antara AMANAH dengan PAS.

Pemuda parit kings berkata...

Udah2lah kawan2...jangan dbesarkn isu arwah yg telah pergi...doakan yg baik utknya...APA yg kita hadapi sekarang lagi parah dan perlukan sokongan tuan2...jangan ikut Sgt usaha2 bn nk naikkan isu ni dan akhirnya menguntungkan bn...paling utama fokuskan usaha2 kesedaran pada rakyat tentang kebangsatan kerajaan yg ada...apapun yg kerajaan bagi...tak sama dengan yg rakyat bagi...eloklah GB tak usah layan dgn org yg telah pergi...naikkan isu lain yg lebih membena...memberi kesedaran mutlak buat rakyat...

Tudung Labuh berkata...

Saya sokong Dato' Husam.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu. dari sibuk duduk pegi kaut ahli PAS masuk PAN, baik pergi raih seramai mungkin ahli UMNU yg nk tinggalkan bahtera mereka. Mcm mana nak combine kalau ada usaha drastik nk pergi pecah belah parti yg ditinggalkan. Ibarat musuh utama bukan lg Umnu-BN, tetapi sesama pembangkang. Ini menampakkan wujud parti baru sebenarnya hanya akan kuatkan lagi parti yg dilawan. secara tidak langsung sayang pada parti berkenaan & beri peluang utk kekal perintah.

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana ada pendapat jahat mengatakan sgt mesra Umnu-BN dgn parti TGHD ya? Ditawarkan jet peribadi utk bw balik jenazah pun mereka tidak terima tawaran, ,masakan kata selalu mkn dedak mereka? ini lah tanggapan bila bebal sgt dlm berjuang bagi lapisan mentah & yg berpatah arang berkerat rotan. Suka sgt salahkan itu ini sampai seluar sendiri terlondeh pun salah org lain. Pelik sungguh manusia akhir zaman ni. Belajar2 la tgk Halaqah TV9: Kiamat, Ia Pasti datang 6.30 ptg, tiap Sabtu. Risau sgt perangai2 mcm kita ni Allah tinggalkan utk uji dgn kesatuan Islam, daripada suka memporak perandakan org2 Islam.
Mengenai TGHD kenapa kebumikan jauh dan dikata pelbagai rupa dari org muslim ke non muslim tu biarkanlah. Sbb kita sendiri tidak tahu di mana dan apa keadaan setelah kematian kita nnt. Itu adalah rahsia-Nya. Yg penting kejarlah husnul Khatimah. Jgn nnt dh nk meninggalpun asyik nk menuding jari kepada org lain juga. Sbb kita tak sedar hanya 1 jari ditujukan kepada org yg dituduh, berbanding 4 jari lagi kembali kepada diri sendiri. Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Hello anon 6:02 PG

1) Tawaran jet peribadi itu hanya selepas keputusan oleh keluarga almarhum sudah dibuat untuk mengkebumikan jenazah di California.

2) Berapa byk kenyataan2 pimpinan tertinggi PAS sebelum ini yang mahi PAS dan UMNO berbaik-baik. Semua orang mengetahuinya.

3) Perana hassan Ali dan Nasaruddin Ma Isa untuk menyatukan UMNO-PAS masih berjalan dgn pembiayaan besar dari UMNO.

4) Semua kenyataan pimpinan PAS yang kontradik dengan Presiden PAS akhirnya akan diuturn semula oleh Presiden PAS sendiri.

Jadi tak payahlah nak menafikannya lagi bahawa PAS bersekongkol dengan kezaliman UMNO BN.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak merengek bukan sini tempatnya..pergilah kat tok ketua 'melutut' kat dia...org jahat pun cerdik juga, takkan nak buat kerja tak elok depan2...

Tanpa Nama berkata...

Anon 6:02

Nilaikan sendiri kepergian 2 tokoh murshidul am, arwah TGNA dgn Haron Din. Beza sungguh. Seorang disemadikan di tanahair tumpah darahnya dan seorang lg di tanah org kafir yg selalu dicaci pemimpin2 dan penyokong2 Pas sbg negara laknatullah, sekutu yahudi israel, negara promosi LGBT serta sekular dan mcm2 yg buruk di sana. 1 jari tunjuk kt org, 4 lg tunjuk kt kebodohan diri sendiri.

Lagi satu, arwah pengasas pusat perubatan Islam tp byk kali menagih rawatan cara kafir harbi dan ubatan moden yg byk guna dadah. Berubat sajalah di Msia atau negara2 Islam yg ada. Kematian itu pasti.

Kalo benar undi Pas boleh masuk syurga knp takut kematian sehingga berubat jauh2 di negara kafir dgn belanja yg bkn sikit.1usd = 4.35.

Mana ulama ni dpt duit utk belanja hospital yg tinggi ini? Tepuk dada tanya iman.

Unknown berkata...

Gelombang Sokongan rakyat pada AMANAH bukan sahaja akan berlaku diKelantan tapi akan merebak keseluruh Malaysia.Selepas ini Perlis, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Selongor akan menjadi kubu kuat AMANAH. Borang keahlian terpaksa dicetak berjuta kali kerana rakyat tahu hanya AMANAH yang mampu memimpin Malaysia sejahtera.

Tanpa Nama berkata...

Yang mati kita biarkan dia dengan soal-jawab nya. Tetapi rentetan peristiwa perjalan hidup dia perlu di jadikan satu peringatan kalau tidak di jadikan satu ikhtibar.

Mengapa setelah ditawarkan jet lalu di tolak ? Kebanyakkan memilih untuk dibawa kerumah.. Kemudian atas amanat arwah (semuga roh nya di rahmati Allah swt) sendiri yang mahukan dikebumikan di sana. Jika sudah ada amanat mengapa pula mesti di war-warkan lagi pasal menawarkan jet.

Atas kemahuan arwah (semuga roh nya di rahmati Allah swt) beliau telah memilih satu perjalanan yang berjam-jam setelah mengetahui jantungnya di rawat dan di bedah berkali-kali disamping faktor umur untuk mendapatkan rawatan jauh disana. Ditambah sebelum meninggalkan negara, arwah (semuga roh nya di rahmati Allah swt) sendiri minta di kebumikan di sana. Patutkah UMNO menawarkan jet? Jika tidak di minta di kebumikan disana dan di bawa balik, dengan perkiraan dan risiko yang telah di ambil kira, memberi perkhidmatan jet adalah tidak kena pada tempatnya.

Perhatikan perjalanan TGNA, gambar nya bertongkat dan sungguh kelihatan uzur. Gambar beliau terjelepok di mesjid ... (sebak..)
Ok.. TGNA di katil wad.. Gambar TGNA katil nya di usung untuk di bawa balik ke rumah sebelum nafas nya yang terakhir.. Ada gambar nya Ada gambar yang merakamkannya. Tapi tidak ada kejadian dan kata-kata tidak elok padanya. Kebaikannya tetap mengatasi kekurangannya.

Si tua bertongkat tahu masa nya sudah tiba tidak lama lagi lalu dia buat persedian akhir untuk mengadap Si Pencipta nya yang Maha Agung.

Apabila melihat kedua-dua pemergian ini yang sememangnya telah di aturkan oleh Allah, aku memilih jalan si tua bertongkat yang tidak kemana-mana menunggu dia di panggil.

Kepada kedua almarhum semuga Allah tempatkan mereka yang semulia-mulianya disisiNya. Al-Fatihah.

Kepada Allah dikembalikan.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya penyakit kronik terutama bhgian dlamn spt sakit jntung,gestrik,ghout dll bolh diubati secara islam.tekniknya mesti betul dn banyk brsabar.bahan spt air,minyak,ketuln batu dll,pngalman mndpti lgi pejal bahn lg kuat kesnnya, dibacakn doa bbrapa kali sekurng2nya stngh jam.doanya pn mudh qursi, ayt wakulja alhak s.israk,ayt wamakaru wamakarallh s.imran,ayt fallahuhiarul s.yusf.bahn stlh dibacakn doa dgn izin allah meneluarkn haba yg menybbkn penyakit smboh.ultimate prubtn moden pn guna haba ykni gamma radiatn untk kanser.caranya klu sakit jntung batu2 yg dibalut diletkkn diatas dada skurng2nya 3jm shri untk bbrapa lama.prlu amlkn pd pringkt awl pnykit.insyaallh ok tk prlu prgi jauh2.

Pemuda parit kings berkata...

Kita tak memaksa tuan tanpa nama 5.50...untuk bersama dengan parti amanah negara...bermasuklah seluruh rakyat Malaysia khasnya Kelantan yg tuan Katakan...tiada paksaan Dari amanah...namun Allah kurniakan akal fikiran untuk menilai...jangan salah kan amanah jika hebat sokong an Dari rakyat Kelantan...sesungguhnya almarhum TGNA mendidik rakyat Kelantan dengan ilmu...Bukan ta'sub membuta tuli...maaf tuan jika tuan salah Satu penyokong pas...tapi inilah retention Allah...sama2 kita terima...