17 Sep 2016

[VIDEO] Penyertaan Beramai-ramai Ke Dalam AMANAH Di Kelantan Malam Tadi

Ahli, tokoh politik Pas Kelantan akan sertai Amanah malam ini

Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor hari ini dijangka akan menerima ahli baru Amanah dalam satu majlis ceramah perdana 'Harapan Baru Kelantan' yang diadakan dipejabat Adunnya Datuk Husam Musa malam ini.

Majlis itu akan turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi meraikan sempena setahun tertubuhnya Amanah di Kelantan.

"Bertarikh 16 September 2016, bertempat di Bangunan Salor, satu majlis Ceramah Perdana dan perisytiharan kemasukan beramai-ramai ahli baru ke dalam Amanah sempena sambutan setahun Amanah Kelantan.


"Majlis ceramah perdana ini akan diumumkan ahli yang telah menyertai Amanah bersekali dengan pimpinan mereka di dalam Pas," ujar Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Zahari Sidik dalam satu kenyataan.

Orang ramai juga dimaklumkan untuk bersama hadir menyaksikan peristiwa bersejarah perisytiharan tokoh politik pentng Kelantan yang menyertai Amanah.

"Kami di pihak Amanah Kelantan menjemput dan mempersilakan semua rakyat Kelantan hadir ke majlis ini seterusnya dapat bersama menjadi 'turning point' merealisasikan 'Harapan Baru Kelantan," ujarnya.

Pada 30 Ogos lalu bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa telah mengisytiharkan beliau masuk Amanah dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya selepas beliau dipecat dari Pas.

Selepas tiga hari beliau menyertai Amanah dua cawangan dibuka di Dun Salor.

Ini kerana sebelum itu pada 2 September Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar agar mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu.

"Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar dari Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila seperti dilaporkan portal berita.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa menyertai Amanah.

Justeru majlis pada malam ini diadakan khusus untuk meraikan kehadiran beliau dalam Amanah Kelantan. Selain pengumuman kemasukan ahli- ahli Pas bersama pimpinan mereka, majlis juga dijangka akan mengisytiharkan penyertaan pimpinan "hardcore" NGO yang menuntut 'Royalti' serta profesional dan pegawai kerajaan yang sudah bersedia untuk diumumkan bersama menyertai parti itu pada malam ini. -MD







FEATURED ADS


16 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:

SYABAS,Kepada tenaga kerja yg terlibat,kerjakuat anda memang dihargai.Tahniah dan diucapkan selamat datang ka Amanah kepada ahli baru.


sekian

Tanpa Nama berkata...

terkejut juga bila dgr ramai aktivis2 R dipecat dr jwtn dlm kerajaan selepas YB Husam dilucutkan exco.

terbukti dendam kesumat lebai2 malang dlm pas yg berhati busuk thdp YB Husam.

Pengasas UG dah pergi. semoga dptlah dia beri jwpn knp nak bersatu dgn umno yg zalim.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...terlalu ramai semalam di salor..kereta berderet sehingga 5km..insya Allah..Amanah bakal perintah Kelantan

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa...kita pon mati sok kene jwp...dah bsedia ke...???

sb dehlawi berkata...

R akan diaktifkn kembali di bawah amanah

Tanpa Nama berkata...

yg buat fitnah kata YB Husam rampas harta pas tu dah minta maaf ke?

yg kata wisma tg tu guna duit pas, dah minta maaf ke?

tak ambil iktibar ke dr bekas musyidul am pas?

tertanya2 apa alasan arwah haron din utk berug dgn umno?

Tanpa Nama berkata...

AMANAH, BERSATU DAN Pakatan Harapan akan menjadi BARISAN RAKYAT untuk menewaskan Umno/BN.

HIDUP BARISAN RAKYAT....

Pemuda parit kings berkata...

Tahniah buat amanah Kelantan...semoga dpt membantu rakyat Kelantan dan meneruskan usaha TGNA...

Tanpa Nama berkata...

Biarlah kita berlainan parti, tapi untuk Islam kita wajib bersatu teguh. Untuk apa sahaja alasan, tiada apa yg boleh memisahkan kita sebagai saudara seagama. Siapa juga yg membawa kita ke jalan yg diredai Allah, wajiblah kita sokong. Jangan biarkan politik memecahkan kita sebagai saudara seagama kerana di kubur nanti kita perlu menjawab soalan "siapakah saudaramu?". Ingat tu.

Tanpa Nama berkata...

Kita benci pada fitnah. Jauhilah fitnah kerana dosanya amat besar. Fitnah boleh merosakkan ukhuwah.

Namun untuk yang sudah pergi meninggalkan kita, biarkanlah dia pergi. Ampunkanlah jika ada kesilapannya. Doakanlah semoga Allah mengampunkan dosanya. Doakanlah semoga Allah mengangkat darjatnya bersama orang2 yg bertaqwa. Doalah mudah2an Allah menghadiahkannya syurga. Doakanlah yang terbaik untuk saudara seagama kita. Hentikanlah fitnah terhadapnya. Saudara kita itu mungkin berjuta2 kali lebih baik drp kita.

Ingatlah, kita juga akan kembali pada Pencipta kita, sama seperti dia.....

Tanpa Nama berkata...

Yg dah meninggal tu dah la. Apa perlunya sedara ungkitkan semula? Sepatutnya sebagai saudara seagama, kita doakan arwah ditempatkan bersama mereka yg bertaqwa. Ingatlah, dia mungkin sejuta kali lebih mulia drp kita. Ingat jugak, kita juga akan mengikuti dia satu ketika nanti....

Tanpa Nama berkata...

Amanah memerlukan ahli2 yang aktif seperti Hussam. Jika ada 1000 HUSSAM dalam Amanah, masa depan amanah akan menjadi lebih gemilang.

Justeru tingkatkanlah gerak kerja. Tanamkan semangat perjuangan dalam setiap ahli Amanah.

Tanpa Nama berkata...

Ko percaya kat madey?
Aku ni kan, madey dgn najib tu 2x5.
Jgn harap sangat la....
Jenis spesis yg sama!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau Islam menjadi teras perjuangan Amanah, inshaAllah Amanah boleh berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Mmg betul tu madey jib 2x5...
Tapi apa yg madey buat atau ckp yg tak 2x5 ngan jib... kita sokong la.

Abu Hurairah berkata...

AMANAH bukan sahaja akan menawan Kelantan, AMANAH akan menawan Malaysia. Ahli AMANAH diseluruh Malaysia bertambah mengatasi parti lain. AMANAH akan memimpin PH.