Hubungan PAS-Umno baik untuk perjelas arah politik masa depan Oleh Liew Chin Tong
Ramai rakan terutamanya mereka yang tidak membaca akhbar Cina bertanya kepada saya tentang berita eksklusif di muka depan Nanyang Siang Pau bertarikh 18 September, 2016, mengenai kerjasama Umno-PAS untuk memenangi kuasa di Selangor. Berita ini diedar secara meluas di luar kelompok pembaca Mandarin.
Laporan tersebut memetik sumber yang tidak dinamakan, mencadangkan Umno dan PAS menjalankan satu rundingan dengan satu perjanjian, dan kini hanya menunggu lampu hijau dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya lagi, perjanjian itu melibatkan satu pakatan pilihan raya yang akan memastikan kedua-dua Umno dan PAS tidak akan bertanding melawan antara satu sama lain, sebaliknya Umno akan bertarung menentang PKR manakala PAS akan menghadapi Amanah.
Adalah suatu yang sukar untuk memastikan kesahihan laporan ini tetapi kemungkinan untuk ianya berlaku (kerjasama pilihanraya Umno-PAS) tidak boleh dipandang ringan.
Sememangnya, ia adalah logik berdasarkan perkembangan berkaitan hubungan yang semakin erat antara Umno dan PAS.
Kita seharusnya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia akan membuka satu garis yang jelas bagi penjajaran semula politik negara.
Apa yang diperlukan sekarang ialah suatu garis yang jelas, yang mengukuhkan lagi kesatuan di kalangan orang yang menentang Najib.
Dalam beberapa tahun yang lalu, semenjak pembubaran Pakatan Rakyat, ada suara dalam gerakan anti-Najib yang mahu bekerjasama dengan PAS dengan harapan untuk mencapai prinsip “satu lawan satu” dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Jika laporan berita Nanyang ini boleh disandarkan, maka adalah jelas sekarang PAS tidak berminat sama sekali dengan prinsip itu.
Terdapat juga teori jika 4% undi Melayu beralih arah, ia akan menumbangkan Umno jika terdapat kerjasama dengan PAS.
Walau bagaimanapun, dengan cadangan persempadanan pilihan raya yang baru ini, yang memberi kelebihan kepada Umno, maka teori kerusi marginal ini kini diragui.
Saya masih berpendapat bahawa keadaan politik dan ekonomi akan menyediakan asas untuk berlakunya Gelombang Kaum Melayu. Tetapi ini hanya boleh dicapai apabila terdapat garis yang jelas dalam penjajaran semula politik negara.
Kita perlu membuat pilihan, di antara mereka yang mahu mengekalkan status quo, yang menyokong Najib dan juga agenda politik perkauman Umno-PAS, dengan orang yang mahukan perubahan dan pembaharuan, iaitu Pakatan Harapan, kumpulan anti-Najib, bekas ahli Umno seperti pemimpin Bersatu, dan majoriti rakyat Malaysia.
Penyusunan semula perlu bermula dengan orang yang mahukan perubahan dan pembaharuan. Terdapat keperluan mendesak untuk mempunyai satu konsensus bagi menjelaskan garis pemisah ini kerana kepimpinan PAS hari ini hanya seperti cawangan tambahan bagi Umno Najib.
Hubungan Umno-PAS akan meletakkan puluhan ribu ahli PAS dalam keadaan serba salah bila mana ramai di kalangan mereka berjuang menentang Umno dan Barisan Nasional selama berpuluh tahun dengan memakai jenama Islam yang inklusif, yang kini tidak lagi menjadi agenda utama kepimpinan semasa.
Oleh itu, garis yang jelas diperlukan untuk penyusunan semula politik Malaysia demi membentuk pilihan baru bagi rakyat, termasuk ahli PAS yang mahu berjuang menentang Umno dan yang tidak bekerjasama dengan Umno. Liew Chin Tong mengetuai biro pendidikan politik DAP dan Ahli Parlimen Kluang.
ULASAN GB
Setakat ini Ketua Lajnah Penafian PAS belum keluarkan apa-apa kenyataan atau menafikan laporan Nanyang Siang Pau itu atau belum ada sebarang respons dari pimpinan dua-dua parti, samada PAS atau UMNO.
Namun sebelum ini beberapa kenyataan dari pimpinan PAS dan pemudanya seperti mengiyakan laporan di atas. Contohnya:
Kita berharap ia adalah benar supaya senarionya lebih jelas untuk rakyat membuat pilihan.
Ia adalah hak PAS untuk bersama dengan UMNO dalam apa bentuk hubungan sekalipun. Namun PAS perlu jujur untuk mengakuinya secara terang dan jelas, bukan mewujudkan hubungan dalam gelap seperti sebelum ini.
InsyaAllah, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kebenaran laksana cahaya matahari akan tetap muncul juga akhirnya sekalipun sekali sekala matahari itu ditutup awan gelap kebatilan.
FEATURED ADS

21 ulasan:
Aku tak nampak walaun pas akan berada dlm keadaan serba salah jk hubungan umno-pas ini terlaksana krn walaun pas akan ikut sj tindakan presideng mrk yg dah hampir maksum tanpa soal. Itu sebab mrk dipanggil walaun
Saya berharap sangat kerjasama pas dan umno jadi kenyataan. Kalau tak jelas kedudukan ini pas ibarat api dalam sekam bagi PH. Mudahlah pakar2 strategy PH dan Bersatu mengatur strategy dan pembahagian kerusi PRU. Kepada PKR janganlah pas dipujuk rayu lagi. Biarlah pas bersama umno kecualilah kalau PKR pun 2x5 sama macam pas, tamak haloba.
Eloklah pas join umno. Jilat cirit sendiri. Aku suka sangat nak tengok walaun jilat cirit mereka sendiri.
Penyokong tegar parti feudal Melayu samada PAS atau UMNO tidak akan memimikirkan masa depan negara, mereka lebih mementingkan taat kpd tuan tuan politik mereka. Dalam pemikiran mereka hanya tuan politik mereka sahaja berkata benar. Orang lain adalah bohong serta ini hati kepada kejayaan mereka harini.
Itulah sepatutnya majlis Munajat dan solat Hajat sebagai menyokong "penotisan" semula Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) 355 turut disertai oleh pemimpin dan ahli UMNO tapi tidak ada pun pemimpin UMNO yang berucap.
Kumpul orang datang guna munajat, guna solat.. bukan betul-betul nak munajat atau solat..
Yang betul nya nak serang AMANAH.
Memang terlalu ramai yang suka PAS bersama dan berkerja untuk UMNO secara terang tanpa sembunyi-sembunyi. Setelah Abduh berazam bersatu dengan UMNO arah ke situ tak nampak. Apa punya azam daa...
Apa lagi yang menyebabkan PAS teragak-agak jika ketuanya confidence ahlinya tidak akan tinggalkan PAS.
Ahli-ahli pun satu hal, entah apa yang ditunggu.. desak Hadi berundur pun tidak, sokong bersatu dengan UMNO pun tidak. Yang ketuanya tunggu ahli dan yang ahli nya tunggu ketuanya.
Kalau berita Nanyang Siang Pau tak betul, ianya adalah merupakan satu cabaran untuk mencabar Hadi putuskan samada untuk bersatu dengan UMNO atau tidak. Nak kuat dan nak orang melutut kena lah berani bila kena cabar.
Apabila berlaku 3 penjuru samada AMANAH atau PKR atau UMNO yang menang. Apa jadi pada PAS?
Syukur adalah perkataan yang paling sesuai sekiranya berita ini benar. Termakbul sudah hasrat, cita-cita, azam dan janji Hj Hadi, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Nik Abduh dan Zuhdi. Inilah ibarat orang berhutang terpaksa bergadai bergolok bagi melangsaikan hutangnya. Inikan pula orang yang telah termakan budi teramat banyak dan sebagai balasan agar lubang tak pecah. Sekiranya berita ini sahih, jelas kepimpinan PAS telah terperangkap dalam permainan politik ala UMNO iaitu politik kebendaan dan sudah jemu berpolitik bersandarkan idealisme. Mereka kini ingin meraih laba dan merasa selesa dengan kemewahan walaupun terpaksa mengorbankan prinsip parti. Inilah hakikat kepimpinan PAS pasca Nik Aziz. Harapan kita PAS segera mewar-warkan berita gembira ini dan juga jangan lupa saman terhadap SR perlu dipercepatkan. Takkan lah parti Islam makan duit haram..
Salam;
YES,PAS,Hadi apa tunggu lagi,Let's DU-IT.
Sekian.
Ulama bermuka-muka, jual nama Allah untuk hidup selesa di muka bumi. Mudah2an depa sempat bertaubat.
Apapun kita tunggu dan lihat perkembangan ini ...
Bersatu dengan umno demi Islam(pas Kata)namun adakah benar?
Jika kita sebagai manusia melakukan kerjasama dengan kerajaan bn...tak mungkin tak terlintas langsung berkenaan imbuhan?
Pas nak tunjukkan APA lagi buat ahli buta tuli?
Bila dikata...namun Bukan menghina...tapi hakikatnya penyokong pas membahalulkan diri demi manusia biasala yg dikatakan ulama.apakah ini yg mahu ditunjukkan hj hadi bahawasanya pas berpolitik matang dan ahlinya tak mengikut jejak langkah husam?
Sesungguhnya ahli pas banyak yg mampu melihat dengan jelas hala tuju pas sekarang...
Jika benar lagi dikata...ahlanwasahlan buat pas menjadi sebahagian Dari parti komponen bn...
Mudah buat kita dalam pH terutamanya amanah untuk berkempen Dari sekarang secara kecil-kecilan...
Gerak kerja Dari sekarang harus lah diperkuatkan dan dipermudahkan oleh Allah...
Apapun kesimpulan saya buat masa ini...pas akhirnya akan bersama umno bn semula demi Islam katanya...walaupun gelihati mendengar...namun perlu ada gerak hati yg benar demi hak rakyat...sebenar nya rakyat sudah ditipu buta dengan cara membawa nama agama Islam dikancah politik hina yg dibawa oleh pas dan umno...
90 juta sudah masyuuk... apa tangguh lagi! Kasi kacau itu Selangor daa...
Go hadik go...apa tunggu lagi. Elok nyatakan pendirian dgn segera, klu tidak org akan kata parti yg berlandaskan agama tak punya prinsip. Berdolak dalik akan memperlihatkan lagi ragam sebagai pembohong bersiri.
Kalau macam ini punya perangai tuan presiden rundingan sudah setuju pun sudah cuma masalahnya ialah bagaimana hendak mempengaruhi ahli nya untuk terima tanpa 'dibahas' sedang kan orang UMNO sendiri keluar UMNO dan tubuh parti baru.
Cepat lah Hj Hadi... teruja sangat ini nak ucap kan 'ADIOS' Seenor Hadi. Lama sangat nanti adios tu dah tak relevan.
Adois Hadi Awang....semoga bergumbira bersama UMNO/BN.
Ni berita benar cuma pemimpin pas masih ragu2 dan takut nk isytiharkan secara rasmi takut ramai penyokong pas akan lari ke Amanah..buat masa ni mrk akan tanam kebencian rakyat kpd dap amanah supaya nt rakyat blh menerima gabungan umno pas...mrk igt rakyat ni tuli mcm mrk...jika pas umum bersama umno maka sekurang2 nya 50% undi pas lari ke Amanah...bila pas makin lemah,igt umno nk terima pas ke????sendiri mau ingat laaaaaa
PAS harus berani berterus terang. Apa helahnya lagi untuk berselindung dalam samar. Bukankah berkata benar itu juga tuntutan agama? Biarlah rakyat membuat pilihan dengan hati terbuka.
Ahli-ahli PAS juga boleh menentukan ideologi masing-masing samada mahukan UG atau sebaliknya. Dalam pada itu ahli-ahli PAS tegar juga harus mengkaji kembali teras perjuangan PAS yang selama ini berjuang menentang UMNO-BN, sehingga suatu masa dahulu wujudnya Amanat Haji Hadi. Tolong selak balik dan kaji semula amanat tersebut. Kemanakah perginya Amanat Haji Hadi itu sekarang?
Elok juga kalau admin menyingkap kembali Amanat Haji Hadi itu disini supaya kita semua boleh membuat perbandingan hala tuju perjuangan PAS dulu dan sekarang.
alhmdulilah, jika benar, maka kerajaan dan pas akan bersatu... maka pandap dan pkr kekal menjadi pembangkang dalam kerajaan persekutuan... bukan skdr utk pru 14, tapi buat selama lamanya... dan hudud akan dilaksanakn kerana penantang hudud adalah dr zaman mahathir, skrg mahathir dah masuk pmbangkang.. dia tiada kuasa
Adios hadi n d geng..aku ahli pas akan join amanah..
Umno nak menang Selangor sendiri tak mampu. Jd terpaksa guna pas. Selangor lubuk duit, umno terlalu lama idam nak dapatkannya kembali. Helah mcm ni pun tak faham lg. Mmg patut kena kencing
Lantaran terhutang budi kerana pemberian dedak, Pas tiada pilihan selain bergabung dengan Umno. Penggabungan ini cukup baik untuk Pas dalam usaha untuk mendapat kuasa politik. Sekarag ini Pas dilihat sanggup menggadaikan prinsip perjuangan parti semata-mata kerana inginkan kuasa. Sebagai contoh, Hadi Awang dengan angkuh menyatakan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP, dan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP. Ironinya, Pas masih bekerjasama dengan PKR dan DAP mentadbir Selangor. Walaupun ucapan Hadi Awang menggambarkan ketegasan, namun pada hakikatnya merapu. Namun begitu, pengikut-pengikut setia Pas masih berbangga dengan kehadiran presiden mereka yang cakap tak serupa bikin.
Oooiii... Pas.
SR bila nak saman ddaa...
Catat Ulasan