21 Sep 2016

Mahathir-Anwar Tutup Cerita Lama, Kini Berganding Untuk Selamatkan Malaysia

HUBUNGAN SEMULA TUN M - ANWAR TIDAK PERLU LAGI KATA2 MAAF

Setelah bertemu dan bersalaman pada 5 September lalu selepas 18 tahun bermusuhan, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sekali lagi membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan media bersama berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Dalam kenyataan bersama satu mukasurat yang mengecam Najib Razak kerana melaksanakan Akta Majlis Keselamatan Negara itu, tandatangan Tun Mahathir dan Anwar terpampang sebelah-menyebelah di atas sehelai kertas, suatu keadaan yang tidak dijangka akan dilakukan oleh kedua-dua tokoh itu.



Dengan seorang di luar dan seorang lagi dalam penjara, kenyataan bersama beserta tandatangan masing-masing itu seperti memperlihatkan gandingan Tun Mahathir dan Anwar sedang berpadu tenaga semula, bukan saja untuk menyingkirkan Najib, tetapi juga memulihkan imej negara.

Dua langkah besar Tun Mahathir dan Anwar, bertemu serta bersalam dan kemudian mengeluarkan kenyataan secara bersama beserta saksi tandatangan masing-masing, ia seharusnya menutup sama sekali semua cerita-cerita lama penuh duka antara mereka.

Sebelum Tun Mahathir mengunjungi Anwar, bekas Ketua Pembangkang itu sudah acapkali mengatakan beliau telah lama memaafkan kesalahan bekas Perdana Menteri itu selepas pemecatannya pada 1998 dahulu.

Melalui kunjungan ke mahkamah, bertemu, bersalam dan turut mengadakan perbincangan selama 30 minit, Tun Mahathir sebenarnya sudah dianggap bermaaf-maafan dengan Anwar. Genggaman erat tangan Anwar menyambut salam Tun Mahathir juga bererti Anwar sekali lagi menunjukkan kepada umum bahawa beliau sudah memaafkan dan melupakan sejarah lalu.

Perbuatan yang ditunjukkan jauh lebih bermakna daripada ungkapan maaf yang diluahkan melalu kata-kata.

Lagi pun kedua-dua mereka, Tun Mahathir dan Anwar adalah pemimpin hebat. Tiada duanya seperti mereka di negara kita ini. Kepentingan negara yang ada dalam jiwa mereka sentiasa mengatasi dendam peribadi.

Semalam Anwar sekali lagi melahirkan penghargaan kepada Tun Mahathir, tidak saja kerana sokongannya berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara, tetapi juga mengenai reformasi untuk negara.

Di sebalik memahami derita yang mungkin ditanggung oleh keluarga dan anak-anaknya, terutama Nurul Nuha yang mahukan Tun Mahathir memohon maaf baru-baru ini, beliau turut mengatakan, "Cukuplah, saya sudah maafkan ramai orang tetapi yang saya bimbangkan ialah keadaan sekarang kerana pada masa ini rakyat harus hentikan gangguan dan ketidakadilan."

Kata-kata Anwar menggambarkan betapa iltizamnya ialah ingin terus bergerak ke hadapan bersama apa yang sedang diusahakan oleh Tun Mahathir dengan parti-parti pembangkang sekarang ini.

Dengan itu, sama ada perlu Tun Mahathir melafazkan kata-kata maaf atau Anwar secara terbuka memaafkan bekas Perdana Menteri itu, seharusnya tidak berbangkit lagi.

Sudah bergerak bersama untuk menyelamatkan negara, dalam erti kata lain, kedua-dua mereka telah saling memaafkan, melupakan peristiwa silam dan sedang membina tali persahabatan baru yang lebih bermakna. -shahbudindotcom

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

GB bersetuju dengan pandangan Sdra Shahbuddin Husin. Apabila salam bersambut dan deklarasi bersahut, apa lagi perlu diunkit kisah lama.

Yang penting kini ialah negara perlu diselamatkan. Negara kini berada di tebing jurang kehancuran dan malapetaka angkara Najib dan konco-konconya.

Di media sosial tersebar foto-foto pertemuan Tun Mahathir dengan pemimpin pakatan pembangkang. Ini petanda baik. Kesediaan TDM untuk mengepalai Pakatan Pembangkang akan menyeragamkan fikiran dan tindakan di kalangan parti-parti pembangkang.


Inilah harapan rakyat, tunggak rakyat untuk Selamatkan Malaysia.

Yang jelas di dalam foto itu ialah pemimpin DAP, AMANAH, PKR, PPBM dan beberapa orang pemimpin NGO. Dan amat nyata bahawa mereka yang yang hadir itu mewakili pelbagai lapisan rakyat.

UMNO, PAS dan komponen BN tak masuk book. Mereka adalah penghancur negara dan pemusnah harapan rakyat.






FEATURED ADS


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku respek Anwar.walaupun dinayai mahathir tp tetap sanggup memaafkan kesalahan lalu mahathir, tidak mengungkit perkara lalu.pemaaf spt yg dituntut dlm islam..aku doakan anwar cepat bebas dan jd pm Malaysia segera utk selamatkan kembali malaysia

Tanpa Nama berkata...

Andaikata utk kali ini tun m sekali lagi ada niat utk mempergunakan anwar demi kelangsungan politik dia dan anaknya maka pada aku dia nanti akan di pandang teruk lebih drp binatang... harap itu tidak akan berlaku...

Timnajib Jomfikir berkata...

Aku merayu kepada blogger2,forumers2 dan rakyat Malaysia.

Kita juta2kan rakyat di BERSIH 5.0 !!!

Tanpa Nama berkata...

Nuha ada hak tuntut maaf dari Mahathir bagi pihak diri nya sendiri bukan untuk ayahnya kerana ayah nya telah maafkan Mahathir malah dari dulu lagi. Harap Nuha ikut seperti ayahnya

Apabila Mahathir di minta membuat permohonan maaf secara terbuka, ianya akan menggoncangkan banyak sistem negara seperti kehakiman dan PDRM. Sedangkan kedua-dua ini hanya dapat diperbetulkan dengan menumbangkan UMNO bukan dengan mohon maaf secara terbuka.

Satu lagi dalam keluarga Anwar, selagi UMNO terus menjahanamkan negara atau di masa akan datang berlaku lagi sekali ketidakadilan yang sama, keluarga Anwar akan terlibat sama sebab ini lah perjuangan keluarga Anwar malah mungkin sampai ke cucu sekali.

Nuha perlu belajar mengorbankan kebencian dan kemarahan nya dan ia nya sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan PIGS mana?

Tanpa Nama berkata...

PIGS xpayah campurlah. Malaun2 pun dah cukup ramai berketuakan mahathir yg terkenal penipu nya. PAN pulak pengkhianat kpd Islam sanggup ikut telunjuk DAP meruntuhkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Sebaik-baik nya biarlah ada lafaz dan akad.

Kepada umum, Mahathir boleh lah melahirkan kekesalan nya secara tidak langsung kerana ramai juga yang sengsara akibat permasalahan ketika itu iaitu dengan menghadiri lebih banyak kes Anwar bukan hanya kes lawan MKN.

Lagi pun yang salah bukannya Mahathir seorang macam kesalahan Najib, bukan Najib seorang sahaja yang bersalah, bukan sahaja UMNO sahaja yang bersalah malah PAS pun bersalah kerana menyokong Najib.

Tanpa Nama berkata...

Kau tanya mana PIGS dalam pertemuan antara pembangkang dengan Mahathir.. pertemuan dengan Kadir pun tak ada, yang ada dengan persatuan hokkien pasal RUU tapi tak berkesan. Sepatutnya Kadir dan Ustaz UMNO pun mesti ada sekali tanda sokongan....

Kalau dia datang pun, nanti dia akan kata Mahathir pulak melutut kat dia. Tak payah !

omar daud berkata...

Salam;

TAHNIAH semua,'Bersatu kita Teguh,Bercerai kita Roboh',diharap gandingan 'Bersih,Cekap,Amanah',era 1981,dahulu,akan berputik semula,ketika itu Hadi amat mencemburui Gandingan Mahathir/Anwar,maka lahirlah fatwa Hadi.

Memang pelik ya,Anwar konsistent samada ia dalam kerajaan,atau dipenjara,dia tetap untuk Agenda rakyat DAN "PENERAPAN NILAI2 ISLAM.Sementara Hadi,entah apa yg dibawanya ,PAS kaArah mana?.Semasa anwar dalam kerajaan,tak sikitpun dia nak menginiayai hadi,atau nak memenjarakan hadi dgn apa cara sekalipun.Tapi pelik bila kena batang tubuh anwar,hadi dipertontonkan vedio anwar oleh BTN,dan seakan membisu,malah seakan2 merelakan anwar dipenjara,padahal anwar diiniaya ,sepatutnya anwar didakwa dimahkamah syariah dan perlukan 4 saksi .Pelik tiada pembelaan kawan yg bersama dlm PR.lAGI PELIK bila dgn tak semena2 membela najib,tentang accont 2.6b najib,dgn mempertikaikan najib memerlukan saksi.

jelas memang benar kata2 salehuddin,hadi mempunyai sifat cemburu/jealousy,tiada orang lebih daripadanya.Demi utk mencapai cita2nya,dia sanggup 'melakukan tindakkan Machieveli",dia nak jadi ketua,menganggap orang lain,tak sehebat dia,mencari jalan mudah sanggup bersama si perompak/penyamun/pemimpin yg memberi mudharat pada negara.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Adios Senor..



Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya jealous atau cemburu biasa lah tapi ini tahap iri hati . tak senang dia siang dan malam . mana ada orang kata iri hati itu tanda sayang.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah..kau berkatilah usaha kedua2 pemimpin yg kami sayangi ini..demi utk negara tercinta..

Tanpa Nama berkata...

Sekarang yang jadi penipu paling hebat ialah Najib dengan 1MDB, dengan perbelanjaan isteri nya yang didakwa guna kad kredit dan hutang negara yang banyak. Ini lah yang jadi kawan Hj Hadi sehingga didakwa telah menerima RM90 juta.

Mahathir yang di kata penipu datang kepada PH. Di panggil tidak di ajak pun tidak. PAS pergi kepada Najib sebab dipanggil oleh RM 90 juta seperti di dakwa. Najib janji akan saman, PAS pun janji akan saman.

Dalam Islam yang diharamkan ialah PIGS bukan DAP. PIGS sekarang dibela dalam kandang yang bersih dan makanan yang tertentu. Tabiat buruk dan kotor PIGS telah di alihkan kepada sekumpulan manusia yang mengikut ketua yang angkuh dan iri hati.

Tanpa Nama berkata...





AR-RAHMAN AR-RAHIM...Yg Maha7PEMBERI
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Yg Maha7PENYAYANG
Ber SATU Ber KASEH...Ber Budi Ber BAKTI
TRANSPARENCY Menyerlah...Integrity GEMILANG
Miracle INSPIRATION...Kan Ber Putik BERSEMI
Miracle INSPIRATION...Kan Mekar BERKEMBANG
Miracle INSPIRATION...Yg CINTA Kaseh Mem-BERI
Miracle INSPIRATION...Yg TAK wujud FITNAH sgl yg CURANG
Miracle INSPIRATION...Yg TAK sklumit "Hingin" MenCURI SamaSKALI!


Miracle INSPIRATION...Totally-ABSOLUTELY Fullness of AMANAH-Taqwa-INTEGRITY
Miracle INSPIRATION...TAK Wujud lg PentingDIRI & Yg Maha7PENTING SYSTEM-deen-ILAHI
Miracle INSPIRATION...Dgn Kaseh Mem-BERI itu, Rahmat Rezki"NYA" Berganda2 DiLIMPAHI


Miracle INSPIRATION...CINTA Kaseh Mem-BERI itu,Adalah FITRAH Nya Syurgawi
Miracle INSPIRATION...Kau Sentiasa ""MERASA"..Cukup..Puas..Indah & NIKMAT Sekali


Kau ""MERASA"" Nikmat Ingin TERBANG...Meninggalkan Donia yg Sgt7KECIL lg Fana Ini


Smoga Tun M, singgah membaca bingkisan "ILHAM-idea" dari"NYA" ini..


Krn Tiada SATU "habuk" pun Milik Kita Disini..





Tanpa Nama berkata...

Alangkah jauh bezanya antara Kenyataan Bersama Anwar dan Mahathir dengan Amanat Hj Hadi.

Kalau Hj Hadi jangan harap lah bagi orang lain namanya di dulukan atau di kekanan kan untuk tanda-tangan. Kalau ke bawah dia yang paling atas. Dan kalau ke kiri dia hendak yang paling kanan.

Anwar Ibrahim sangat merendah diri dan menghormati yang tua, susah untuk orang macam Anwar Ibrahim ini membenci seseorang apalagi berdendam. Apa lah salahnya Hj Hadi cuba berbaik dengan Anwar Ibrahim pula.

Tanpa Nama berkata...

Anwar sudah merasai berbagai-bagai keperitan dan asam garam hidup. Jika dilantik sebagai Perdana Menteri, pastinya beliau berjiwa rakyat, dan Mahathir pula sebagai penasihat Insyaalah Malaysia akan kembali menjadi negara pembangunan yang lebih maju dan makmur. Itulah harapan aku, mungkin disertai juga berjuta-juta rakyat Malaysia yang lain.

Tanpa Nama berkata...

Perkara penting Majib dan Rosmah harus disingkirkan terlebih dulu.
Kemudian baru boleh 1MDB (1@Malaysia@Dalam@Bahaya) diselamatkan.

Rafi Hamid berkata...

Amiin ya Rabbul alamin

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...Lurus dan SUCI
LURUS Se Luas...Langit dan BUMI
LURUS Se Suci...Putih Ber SERI
LURUS Menerangi...Tiada Ter SEMBUNYI
LURUS Menyuloh...Ke Diri SENDIRI
Menerangi Big-PICTURE...Universal AZALI



Big-PICTURE Memancarkan...Hakikat yg HAKIKI
Big-PICTURE Membenihkan...Keajaiban INSPIRASI
Big-PICTURE Menghindarkan...TAK Wujud Samaskali PentingDIRI
Big-PICTURE Meng-ILHAMkan...Cintailah CINTA yg Kaseh Mem-BERI
Big-PICTURE Mem-BUKTIkan...CINTA Kaseh Mem-BERI itulah Solusi yg PASTI
Big-PICTURE Mem-PAMERkan...Bhw Kaseh Mem-BERI itulah mnjd "NAFAS" Langit& BUMI
Big-PICTURE Men-TELADANkan...Bhw Ajaran SBNR7-Nabi2 as itu, FREE FREE FREE & FREE!




Big-PICTURE Me-WARISkan...Jiwa2 GAGAH yg TAK Akan Samaskali Mnipu-FITNAH-menCURI
Big-PICTURE Mem-BENTUK...Jiwa2 BESAR yg Langsung TAK Kemaruk GLAMOR-Puja & PUJI
Big-PICTURE Men-ZAHIRkan...Jiwa2 LAGENDA yg TAK "Lut" Sgl CERCA-HINA-Maki & KEJI




Krn Big-PICTURE Itu...Menyimpan RAHSIA "Kalimah" AHAD AHAD AHAD, yg Wajib DiGALI









Pemuda parit kings berkata...

Parah betul sedara ni...

Tanpa Nama berkata...

Tunjuk bukti pan khianat kpd islam...aku pun nak tau...kalau ckp ikut sedap mulut jea takder fakta baik kau pikir bila geng pigs tu nak serah saman secara rasmi pasal tuduhan 90 juta tu...

Tanpa Nama berkata...

Anwar paling layak bbanding yg lain...geng pigs ada ati nak calonkan presidennya sbg pm...telinga pun tak pernah kena jentik...ada ati nak jadi pm konon...piiidaaahhh...puuiii

Gedebe Besar berkata...

Orang tu cakap macam Nik Abodoh.
Tak ada ota Low quality brain.
Ini mesti ustaz PAS yg lepas bersharah minta derma. Itu saja kepandaiannya.