18 Ogo 2016

Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1

Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

Seorang peguam kanan hari ini menggesa polis menangkap Datuk Nawawi Ahmad selepas ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1” (MO1), ungkapan yang digunakan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mendakwa salah laku dan kecurian dana dari 1MDB.

Rosli Dahlan melahirkan rasa terkejut dengan Nawawi yang dianggapnya sebagai biadap terhadap Agong, dan berharap semua pihak mengutuk kenyataan itu.


“Tidak ada yang lebih gila dan keji daripada apa yang dikatakan dalam Facebook beliau (Nawawi),” kata peguam terkemuka itu.

Katanya, sekiranya peguam negara tidak bertindak, beliau sendiri akan membuat permohonan untuk mendakwa Nawawi demi mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam beberapa komen bersama pengguna Facebook, Nawawi berkata ungkapan “MO1” itu merujuk kepada Agong, dengan memberi alasan pegawai nombor satu negara menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Agong.

“MO1 ialah Malaysian Official No 1. Mengikut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari 3 entiti utama yang berasingan dan independent iaitu 1) badan kehakiman diketuai chief justice atau ketua hakim negara 2) badan perundangan parlimen diketuai Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar dan 3) badan eksekutif diketuai oleh YAB Perdana Menteri.

“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab pada DYMM Agong. Maka mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” tulis Nawawi dalam Facebooknya baru-baru ini.

Beliau merujuk dokumen 136 muka surat DOJ bulan lalu membutirkan salah laku dan kecurian wang 1MDB, yang turut menyebut “MO1” sebanyak 36 kali.

Walaupun spekulasi mengaitkannya kepada perdana menteri, pemimpin Barisan Nasional (BN) berkata Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam siasatan DOJ itu.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bagaimanapun berkata hanya “orang bodoh” yang tidak tahu identiti MO1.

Dokumen DOJ itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho. Rosli berkata dalam “mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan”, Nawawi merasakan wajar memburuk-burukkan institusi raja.

“Inilah yang berlaku sekiranya keadilan dibelakangi dan keluhuran undang-undang dipijak. Kita tidak boleh biarkan kelakuan sebegini menjangkiti masyarakat semata-mata mahu membela pegawai yang rasuah,” kata Rosli. -FMT

ULASAN GB

Kalau ya pun nak mengampu Najib janglah heret nama Yang Dipertuan Agong sebagai MO1.

Dah jelas dah MO1 itu merujuk kepada "seseorang yang merupakan ada tali persaudaraan dengan Riza Shahriz dan tak ada kena mengena dengan Yang Dipertuan Agong.


Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sendiri mengungkapkan Najib sebagai Malaysian Offial 1.


Pihak polis sepatutnya tidak berdiam diri dan bersikap profesyenal tanpa pilih kasih. Tangkaplah segera ahli parlimen yang cuba mengkaitkan nama Yang Dipertuan Agong dalam kes 1MDB ini.


VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS


34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ramai2 buat report polis. adukan pada agong juga sbb yb ni cuba kaitkan agong dgn jenayah 1MDB.

Usop ali berkata...

hahahaha......semut dah salah makan gula.....

Tanpa Nama berkata...

Semut dah kena kencing manis

Tanpa Nama berkata...

Memang biadap dan celaka.

Anti Fitnah berkata...

Kasihan melihat rakyat Malaysia ...
Kasihan melihat rakyat Malaysia ...
Kasihan melihat rakyat Malaysia ...

Kasihan melihat rakyat Malaysia kerana asyik diperBODOHkan oleh pemimpin pilihan depa yang MODOH, MANGANG, MINGONG dan kuat MOHONG pulak tu.

Letih, Letih, Letih, ...
Lagu mana Malaysia nak capai Negara Maju pada tahun 2020 ???

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha. Selfie dah makan diri! Yg dok Langkawi bergelar Dato serta Ir sudah2lah memperbodohkan diri krn dedak

Tanpa Nama berkata...

Ampu! Jangan tak ampu..... kerana dedak akan menghujani kehidupan kamu!!!

Tanpa Nama berkata...

Korang ingat siKhalid Tu brani ke nk tangkap Lanun dibawah naungan Umngok tu.Khaid Abu Bakar kan Penyembah Tegar Umngok yg bagi Rezeki kat Dia.

Tanpa Nama berkata...

Akai takdak.

Ada ka Agung dia samakan dengan jawatan seorang Pegawai.

Kalau Agung nombor satu pun takdak orang panggil dia pegawai.

Tanpa Nama berkata...


Yg eloknya jd paspispus.

Ekk pun tidak. Okk pun tidak.

Burrp...kenyanggg... makan dedakah 90 juta.

Kita tunggu saman bulan depan.

Sorang lagi kata nak putus dgn pkr lepas raya.

Senyap je..

Tanpa Nama berkata...

Org UMNO dah meroyan kerana IMDB dn MO1. Hahaha. They know they will lose the battle.

Tanpa Nama berkata...

Yang paling hina sekali ialah YDP Agung di kaitkan dengan kaki mabuk, kaki judi dan kaki parti.

Ini padahnya tak mahu tubuh suruhanjaya diraja.

Tanpa Nama berkata...

Dakwa memakan masa yang lama.

Seelok-eloknya YDP Agung menitahkan kerakyatan Nawawi di lucut dan diberi taraf pendatang warga asing.

Dia hendaklah di larang meninggalkan Langkawi selama 30 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Yang paling barua..tolol..bangang pengundi dia ni la. MP bangang dipilih oleh Pengundi yang tiga kali lebih bangang. Patutnya dibatalkan warganegara atau didakwa cuba menggulingkan Yang DiPertuan Agong. Cubaan menghasut rakyat mempercayai Agong seorang yang pecah amanah. Harap DYMM Yang DiPertuan Agong lebih sensitif dlm perkara ni. Jgn dimaafkan!!!

Tanpa Nama berkata...

Bodohlah orangnya kalau tak dapat bezakan antara Raja-Raja (ROYALTY) yang berdaulat dan berduli dengan Pegawai (OffICIAL) yang bisa dilantik dan dipecat.

Dah lupa kot, saat mengangkat sumpah tu, RAJA yang duduk kat depan dia, bukan PEGAWAI. Pangkat Datuk yang dia julang, letak dalam Twitter, letak dalam Facebook tu, RAJA juga yang kurniakan.

Naya kalau Tuanku murka nanti jadilah Encik semula macam si Razif kat Ganu tu.

Tanpa Nama berkata...

kalau tiada tindakan, ini menunjukkan pemimpin umno lebih tinggi darjat dari agung.

kita lihat adakah tentera akan bertindak setelah Chief of Staff kena hina sebegini. ataupun sultan memang dah tak ada kuasa apa pun?

walhal dlm saman tsb tertera dgn jelas bhw MO1 adakan ikatan kekeluargaan dgn riza anak lelaki Aziz.

agung tu sedara rosmah atau Aziz?

Tanpa Nama berkata...

M.maaf lah semua yer,kerjaan najib saje nau test power,xkan seorg ahli parlimen x tau apa yg dia katakan tu,kerajaan najib nak tengok sejauh mana peranan istana/raja2 dlm isu 1mdb..masih ada taring lg kah?? atau masih berdaulat lg kah??

Tanpa Nama berkata...

Kalau Tak sebut kes DOJ pun, Agong adalah Pemerintah yang tertinggi, bukan "officer" jer.

Tanpa Nama berkata...

Yb paling bangang.
Next election mangkok bangang ni jgn dicalon dan diundi.
Bodoh kemudian membodohkan org

Tanpa Nama berkata...

Bila 1st lady puak2 umngok ni beria-ria angkat rosmah. Tp bab mo1 ni kaitkan dgn YDP Agong pulak.

bob berkata...

rosmah patut saman nawaweee ni....bodoh serupa lembu kak jat....malu laaa penduduk langkawi undi MP banggang tahap 3.85....

Unknown berkata...

Nama saja polis diraja malaysia..
Kalau org najib kutuk raja pun,kutuk laaa...

Tanpa Nama berkata...

Weeeiii yb bengong
Jgn kaitkan Agong dlm jenayah 1MDB
Lembu pun tak bengong mcm hang

Tanpa Nama berkata...

bodo ape hang larang dia kluar langkawi? hambat dia kluar dr tnh langkawi n bumi kedah la wei..

Tanpa Nama berkata...

Telah ada beberapa kes yang di ambil tindakan oleh polis diantara nya remaja yang di penjara kerana menghina TMJ dan seorang warga emas yang didakwa menghina raja dalam whatsup.. Apa lah sangat kesalahan mereka dibandingkan dengan nawawi yang merupakan seorang ahli parlimen yang mengaitkan dengan dakwaan pengubahan wang..

Tanpa Nama berkata...

Terbukti ini sume tak kire sape2 yg bercakap mahupun yg tidak mengambil tindakkan mereka itu semuanya LEMBU LEMBU NAJIB

GEBU berkata...

Nawawi ni memang MP yg paling bangang, bengap dan bodoh dlm dunia. Adakah ini standard pemikiran MP Malaysia? Malulah parlimen Malaysia! dimata dunia. Mcm mana nak jadi negara maju ni kalau MP ada otak yg tak boleh pakai? Dunia mentertawakan negara maju yg bernama Malaysia.

Tanpa Nama berkata...



AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pem-BERI Penyayang
Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
AR-RAHMAN AR-RAHIM...AMANAH Di Julang
Siratol MUSTAQIM...LURUS-Tembus-Terang-&-NYATA
Audit-Hisab-"NYA"...Finite-INFINITE Tak Cuai-LEKA

AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...LURUS Menerangi
Menerangi Ke GELAPAN...Hati Sanubari
Menerangi MINDA...Yg Samar KELIRU Tak Pasti
Menerangi erti-HAKIKI..Syirik MURTAD yg Keji
Menerangi Ke HIDUPAN...Dek Tipu-FITNAH-menCURI

Menerangi Hakikat-ERTI...Oh!Indahnya Kaseh Mem-BERI
Menerangi Makna-HAKIKI...No!Jijiknya Fitnah-MenCURI
Menerangi Keakar-UMBI...PUNCA Penyelesaian Abadi
Disitu lah FITRAH Asal mu...FITRAH Syurgawi
FITRAH Menerangi..Big-PICTURE Universal yg AZALI


FITRAH Menerangi...Dari Akar-UMBI Keranting2 Pucuk yg Tertinggi

FITRAH Menerangi...JASAD Akal Budi JIWA Nurrani dari "NAFAS" yg SUCI

FITRAH Menerangi...Hakikat-TerSurat TerSIRAT-Hakiki
Yg Tak dpt Difahami selagi 'kau' ada pentingDIRI


pentingDIRI...Yg Mnjdkan 'kau' Syirik-MURTAD Tanpa 'kau' Sendiri Menyedari

pentingDIRI..Krn 'kau' Lucutkan Ikatan FITRAH Syurgawi Kaseh Mem-BERI-"NYA" yg Univrsal Abadi

pentingDIRI...'kau' Tergamak dgn bodoh-TOLOL 'mu' melawan "KUASA"-TUHAN 'mu' yg menjulang seMutlak7AMANAH Integrity dan TRANSPARENCY!


pentingDIRI...'kau' Dijdkan "NYA" peka-BISU-buta Ddlm Gelap PEKAT yg Tiada Jalan Kembali






Tanpa Nama berkata...

bangang betul mp ni...... jom semua rakyat melaysia buat laporan polis. jangan biarkan mp kepala masuk air najis ni biadap terhadap raja kita......

semua rakyat wajib membuat laporan polis.

ni taraf mp kelulusan tadika....

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik dia kata MO1 itu bukan Malaysia Official 1. Tetapi Melaka Official 1. Atau Macai Official 1.

Nawawi kata yang dia kata ialah Malaysia Official Number One bukan Malaysia Official 1.

Beza. Satu 'number' dan satu lagi 'one' bukan '1' ...

Ikut mana 1 atau one ialah angka atau nombor melainkan jika ejaan nya Wan iaitu nama.



Tanpa Nama berkata...

Mp mcmtu naik lemak sbb MP umno semua kebal..Agong pun senyap xberkata apa2 maka lebih berani lah si mp2 umno...kalau pembangkang ker dah tentu heboh kuar tv 24jam,siap buat himpunan lagi baju merah la,tarian punggung la,terus dilabel penderhaka raja.silap2 terus masuk lokap ditahan bwh akta poca,osa,mcm2 akta la keluar.Disini kita blh melihat di Malaysia ni umno paling berkuasa,agong pun x berkuasa spt umno...

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Siakap senohong kerapu,
gelama, gerut-gerut ikan duri,
becakap bohong dan merapu,
lama-lama membohong rakyat jadi menteri.

Tanpa Nama berkata...

Inilah jenis manusia dari baka anak haram yg pertahankan kebatilan dan sanggup mengambing hitamkan agong.

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

PDRM p mana?!