17 Ogo 2016

AMANAH Minta Semua Bekas Tokoh Negara Bela Perjuangan Rakyat & Tegur Najib

Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menyeru semua tokoh penting negara termasuk cendikiawan, budayawan, karyawan, seniman, ahli akademik, agamawan dan ahli politik supaya berani berdiri untuk meyuarakan pandangan mereka terhadap isu penyelewengan negara paling besar sejak merdeka iaitu 1MDB, demikian saran Timbalan Presiden AMANAH, Salehuddin Ayub.

Beliau yakin, tokoh-tokoh seperti bekas Ketua Turus Tentera, bekas Ketua Polis Negara, bekas Peguam Negara dan hakim-hakim, bekas Ketua Setiausaha Negara dan bekas kakitangan tinggi kerajaan yang lain telah berkhidmat dengan penuh integriti dan menamatkan karier mereka dengan moral yang sangat tinggi.


"Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB," tambah Salahuddin dalam kenyataannya.

Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman mahu menyita aset berkait 1MDB berjumlah AS$1 bilion, atas dakwaan kecurian wang dan korupsi.

Siasatan beberapa agensi Malaysia seperti PAC, BNM dan lain-lain ke atas syarikat milik negara itu bagaimanapun tidak diteruskan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan tiada salah laku melibatkan 1MDB dalam penerimaan wang RM2.6 bilion oleh Najib pada 2013.

Salehuddin menyatakan keyakinannya rakyat akan terus menyanjung mereka di atas jasa kepada rakyat dan negara. Oleh itu wajar untuk mereka mewujudkan satu gelombang baru dalam kelompok mereka sendiri yang pastinya akan dapat memberi kesan besar kepada kesedaran rakyat dalam mempertahankan maruah negara ini.

"Meskipun mungkin mempunyai pandangan politik berbeza, saya yakin, kita semua dapat bersatu dalam usaha menentang penyelewengan yang tiada tara ketika ini," katanya lagi.

ULASAN GB

Ada sebuah fenomena yang sangat jelas dan tertanam kuat pada masyarakat dan bangsa kita saat ini yaitu membiarkan kemungkaran terjadi dan malu untuk mencegah ataupun sekadar untuk menegur. Bahkan mungkin sekarang sudah mencapai taraf takut untuk mencegah atau sekadar menyampaikan sepatah dua patah kata untuk mencegah atau mengingatkan orang dari berbuat kemungkaran. Parahnya lagi hal itu semakin ditunjang dengan kondisi dan sarana yang cukup memadai untuk melakukan segala kemungkaran dan kerosakan itu terus berlaku.

Sedangkan kesemua tokoh-tokoh negara itu ada diantaranya telah pun menerima kesan dan implikasi ditukar, dibuang malah dipecat dari jawatannya.

Jadi kenapa membisu untuk mengungkap kebenaran di dalam membela hak rakyat?

Kewajiban mengubah kemungkaran ini juga telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam salah satu hadith sahih:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ،
 فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ،  وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Artinya: “Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisan, jika tidak mampu, maka dengan hati (dengan menunjukkan ketidak ridhaan terhadap kemungkaran tersebut), dan itulah selemah-lemah iman.






FEATURED ADS


12 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

Dulu Dr Maza sudah tegur golongan agamawan jangan jadi bisu. Tapi, malangnya....golongan agamawan sehingga kini senyap sepi penyelewengan,rasuah terbesar dana negara. Golongan agamawan..lebih pentingkan slot mereka di kaca television. Tidak kiralah..tv1,tv3,astro mahupun tv al hijrah.

Serupa juga nanti...golongan ini dah kenyang dengan pencen. Baik duduk rumah shj. Akhirnya nanti, golongan rakyat kebanyak kan yang akan angkat senjata. Golongan2 cerdik pandai hanya fikirkan keselamatan diri dan keluarga.

Lelaki Dicermin berkata...

tokoh-tokoh seperti bekas Ketua Turus Tentera, bekas Ketua Polis Negara, bekas Peguam Negara dan hakim-hakim, bekas Ketua Setiausaha Negara dan bekas kakitangan tinggi kerajaan yang lain telah berkhidmat dengan penuh integriti dan menamatkan karier mereka dengan moral yang sangat tinggi
Mintak maaflah 95% org2 dinyatakan org melayu..faham2lah.. bg aku dia org bila dah berehat lama..pencen ok.. kehidupan anak2 ok..kenapa perlu cari masaalah.. sedang jiran sebelah rumah tak di ambik tahu.. nikan hal2 negara..org melayu katakan...

Pemuda parit kings berkata...

Sebenar nya banyak benar Teguran demi Teguran buat pemimpin Malaysia dan ulama2 Malaysia...Dari dr maza...yg celaka nya diorang ni pengecut lagi Bebal...sanggup berdiam dgn segala kemungkaran...sibukkan diri dgn isu yg remeh temeh...disinilah letaknya mentaliti melayu khasnya.bodohnya yg amat sangat...melayu pengecut!!!sanggup pun aku ni melayu...namun tak sebebal sebanyakk an yg ada...

Tanpa Nama berkata...

Musa Hitam salah seorang tokoh negara.

Apa tujuan dia buat buku mengisahkan kisah silam tak tahu lah.

Musa Hitam lah salah seorang yang sepatutnya bersuara mengenai 1MDB dengan lebih fokus bukan sekadar jual buku, macam lah dia seorang yang teraniaya.

1MDB lebih teruk kesannya dari dia terpaksa letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Hampir kesemua tokoh dilantik untuk kerja-kerja seperti pemantauan atau sekurang-kurangnya di tawar jawatan dalam lembaga pengarah. Baru-baru ini ramai di lantik sebagai panel pemantauan SPRM.

Tokoh masyarakat tak ramai kerana ramai tak sanggup bersusah payah sejak dari dulu lagi.

Mereka lebih suka terlibat dengan aktiviti alam sekitar, seminar kesihatan, perangi dadah ..

Apa jadi pada kehidupan masyarakat dan masa depan negara adalah hal politik. Biar orang politik yang buat kerja tersebut.

Mereka sanggup ketepikan kepercayaan mereka dan menafikan kata hati mereka.

Mereka sepatutnya di kutuk bukan di ajak bersama-sama bersuara demi rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Memang hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan selemah-lemah iman ialah dengan hati.

Jika kemungkaran di lihat sahaja dengan berdiam, hati itu langsung tidak ada sekelumit iman pun !

Apa lagi mereka yang bersongkol dan mempertahankan kemungkaran yang telah menyusahkan ramai orang malah ada yang terkorban maruah dan kedudukan.

Tapi mana boleh bila hati yang ada iman menolak kemungkaran tersebut boleh duduk diam. Hati lah yang mengerakkan tangan dan lisan.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

najib je ke?
najib soRang tak kan mampu dia.

nun orangorang yang sepatutnya memantau najib pun patut kena tegur.
macam AG, IGP, BNM, SPR, JPN, SPRM... suatu masa.mereka kan pencen.. bn mungkin ilang kuasa... masa tu... kesalahan lama mungkin diUngkit balik...

Tanpa Nama berkata...

Bila dah pencen kena diam. Jgn kritik najib. Susah cari makan maa. Jaga anak cucu sudah lah. Atau berbini muda. Poket tebal mesti pompuan suka. Hihihihi. Geng olamak mufti pon diam. Depa duk sibuk fatwa pokemon go. Depa tk kesah najib go ke tidak. Depa pemalu bebb. Hihihi

Yong Intan Noor berkata...

Yang pencen tu dah dapat jawatan apa-apa entah. Demer happy dapat dedak bertimbun.

Tak payahlah buang karan nak seru bagai.

Kalau ikhlas, join jer.

Amanah guna jer human capital yang ada. Itupun tak pandai-pandai.

Tanpa Nama berkata...




AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...LURUS Menerangi
Menerangi Ke GELAPAN...Hati Sanubari
Menerangi MINDA...Yg Samar KELIRU Tak Pasti
Menerangi Ke HIDUPAN...Dek Tipu-FITNAH-menCURI

Menerangi Hakikat-ERTI...Oh!Indahnya Kaseh Mem-BERI
Menerangi Makna-HAKIKI...No!Jijiknya Fitnah-MenCURI
Menerangi Keakar-UMBI...PUNCA Penyelesaian Abadi
Disitu lah FITRAH Asal mu...FITRAH Syurgawi
FITRAH Menerangi..Big-PICTURE Universal yg AZALI


FITRAH Menerangi...Dari Akar-UMBI Keranting2 Pucuk yg Tertinggi

FITRAH Menerangi...JASAD Akal Budi JIWA Nurrani dari "NAFAS" yg SUCI

FITRAH Menerangi...Hakikat-TerSurat TerSIRAT-Hakiki
Yg Tak dpt Difahami selagi 'kau' ada pentingDIRI


pentingDIRI...Yg Mnjdkan 'kau' Syirik-MURTAD Tanpa 'kau' Sendiri Menyedari

pentingDIRI..Krn 'kau' Lucutkan Ikatan FITRAH Syurgawi Kaseh Mem-BERI-"NYA" yg Univrsal Azali









Tanpa Nama berkata...

macam celakalah mp langkawi ir nawawi punyalah nak jilat najib di kluarkannya statement agong kita dalang 1mdb official.siallalu. itu sultan kedah tuanku abdul halim antara sultan yang terbaik. orang baik baik itu. berambus la kau dr tanah langkawi jugak bumi kedah.sonok sangat la tu jd mp..tok sah nak bangga sangat la aih!

Tanpa Nama berkata...

Ulamak akhir zaman adalah ulamak yang lebih pentingkan periuk nasi. Mungkin bukan semua. Tetapi itulah hakikatnya. Takut hendak menegur kemungkaran kerana akan hilang pekerjaan. Syariat yg di bawa hanya sekadar mengajar bagaimana solat,puasa pergi haji sahaja. Sedangkan tugas menegur pemerintah adalah tanggung jawab semua termasuk golongan ulamak