8 Ogo 2016

Najib Tak Terlibat? Memang Sah Dia Bangang....

'Hanya orang bodoh tak tahu siapa MO1, tapi Najib tak terlibat'

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata adlah bukan rahsia mengenai siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai identiti MO1 kerana sesetengah pihak mendakwa MO1, yang disebut 36 kali dalam dokumen mahkamah DOJ, sebenarnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya pada sidang akhbar, sambil menambah mereka yang sudah biasa dengan isu itu dan membaca dokumen mahkamah akan tahu siapa yang MO1.

"Soalan yang paling penting ialah mengapa mereka meletakkan Malaysian Official 1 (dalam kertas mahkamah dan bukannya terus menamakannya)?

"Malaysiakini tak tanya, mereka hanya tanya siapa MO1. Mengapa mereka (DOJ) tidak menamakan dia tetapi nama MO1 ...?

"Sebab mengapa orang itu tidak dinamakan sebagai Najib adalah kerana beliau tidak terlibat atau sebahagian daripada siasatan," katanya.

DOJ hanya menggunakan ini bagi merujuk mengenai seseorang kerana menamakan beliau tidak akan berlaku adil kepadanya, katanya.

"Ini sebenarnya satu petunjuk bahawa Najib bukan di kalangan orang-orang yang disiasat," katanya.

"Mereka menggunakan nama samaran kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan dan ini adalah satu perkara yang baik," katanya.

Rahman, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata demikian selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Umno bahagian Kepong malam tadi. -mk


Mahathir: Bangang sahaja tak kenal Najib sebagai 'MO1'

Bilakah pemimpin Umno akan mengakui kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?

Sejak mula skandal 1MDB didedah, pemimpin-pemimpin Umno cuba menidakkan tuduhan terhadap Najib.

Kononnya semua tuduhan ini berniat jahat – bertujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang dipilih secara demokratik. Mereka sengaja lupakan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri kelima juga dipilih secara demokratik tetapi dijatuhkan oleh Najib sendiri.

Dalam negara demokratik banyak sudah pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya yang dijatuhkan sebelum edahnya.

Demikian Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

Presiden Brazil digantung jawatan atas keputusan mahkamah tinggi supaya siasatan dapat dibuat ke atasnya tanpa halangan.

Sekarang ini pula tuduhan dibuat bahawa saya yang membuat laporan terhadap Najib kepada Amerika Syarikat sehingga laporan berkenaan salahguna kuasa dan melesapkan wang kerajaan dibuat oleh pasukan keadilan Amerika terhadap Najib.

Saya tidak buat apa-apa laporan. Tetapi jika saya buat laporan pun, hanya kerana itu kesalahan Najib tidak akan menjadi tidak salah.

Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah.

Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah.


Negara penipu

Sejak skandal 1MDB didedah, bukti-bukti salahguna kuasa dan penipuan Najib menjadi semakin nyata.

Bermula dengan laporan dalam akhbar, ia diikuti dengan laporan oleh Bank Negara, SPRM, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Tiap satu menerangkan kesalahan Najib.

Menjadikan laporan-laporan ini rahsia pemerintah tidak berjaya menutup isi kandungan laporan.

Di zaman ini tidak ada cara bagi merahsiakan dokumen.

Sarawak Report melapor berkenaan wang yang ada dalam akaun Najib di Ambank yang disertai dengan dokumen-dokumen yang tidak boleh disangkal. Najib tidak dapat membuat apa-apa, jauh sekali dari menyaman malu Sarawak Report.

Akhirnya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bukan sahaja mengeluarkan laporan bertulis tetapi penjelasan dibuat secara terperinci oleh pegawai-pegawai DOJ melalui TV.

Malaysia sudah jadi negara penipu dan rasuah yang terbesar di dunia. Semua orang berasa malu tetapi pemimpin Umno sahaja yang tidak tahu malu.

Walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib.

Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka.

Wahai pemimpin Umno berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Merahsiakan segala laporan berkenaan dengan kesalahan Najib melalui OSA mungkin mengelirukan sebahagian kecil dari rakyat Malaysia. Tetapi OSA tidak boleh rahsiakan perbuatan Najib di kalangan masyarakat dunia.

Kamu, pemimpin Umno akan dipandang hina kerana masih mencuba menidakkan penipuan Najib dalam pengurusan 1MDB.


Kerajaan sekarang menghadapi kekurangan dana.

Untuk menampung beban hutang 1MDB rakyat dipaksa bayar cukai GST, tol dinaikkan, subsidi minyak dihapuskan, Langkawi dan Labuan sebagai pulau bebas cukai ditamatkan.

Bayaran dilewatkan

Bajet yang besar dibuat tetapi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan diarah supaya mengurangkan belanja sebanyak 20 peratus. Bayaran kontrak dilewat-lewatkan.

Untuk membayar hutang 1MDB, tanah kerajaan yang bernilai RM 7,000/- skp dibeli dengan harga RM 60/- skp dan dijual dengan harga RM 3,500 skp.

Sekarang laporan akhbar luar mendedahkan kontrak membina landasan keretapi di pantai timur yang ditawar oleh syarikat China sebanyak RM 30 billion dinaikkan kepada RM 60 billion, supaya lebihan dari harga kontrak sebanyak RM 30 billion boleh diguna untuk bayar hutang jaminan RM27bilion yang dituntut oleh IPIC, Abu Dhabi.

Hutang 1MDB boleh dibayar secara ini. Tetapi wang yang dilesapkan melalui 1MDB masih berada di tangan orang yang diketahui melesapkannya.

Jenayah ini masih perlu ditangani melalui proses undang-undang. Dengan perkataan lain, walaupun hutang dibayar oleh kerajaan, penjenayah yang menghilangkan duit 1MDB tidak terlepas dari dituduh dan dibicara dalam mahkamah.

Pemimpin-pemimpin Umno perlu sedar akan hakikat ini dan mendesak supaya proses undang-undang dikuatkuasakan. Jika tidak kamu mungkin dianggap sebagai bersubahat dalam perlakuan jenayah ini.
-chedet


VIDEO BERKAITAN 


ULASAN GB

GB dah ulas sebelum ini:

Satu dunia sudah tahu MO1 itu ialah Najib, Jdi seperti katan Mahathir memang bangang jika pemimpin UMNO cuba untuk menyatakan MO1 itu bukan Najib.

Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka.

Wahai pemimpin Umno berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

GB sudah berulangkali menyatakan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Dan Mahathir kini seperti mengulangi dakwaan GB yang  berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan.

Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah.

Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah.

Sindrom penafian (denial syndrome) yang melanda Najib dan UMNO tidak boleh menutup hukum kebenaran dan keadilan.

Malah segala tindakan mengugut, mengancam, menekan dan menindas samasekali tidak boleh menghalang hukum kebenaran dan keadilan itu terus berjalan. Lagi banyak ugutan, ancaman, tekanan dan penindasan dilakukan lebih besar balasan yang bakal menimpa Najib dan pemimpin UMNO.

Itu keyakinan orang beriman, itu keyakinan orang yang berpegang kepada hukum kebenaran dan kadilan dan hukum Ilahi.

Najib dan UMNO serta para pemakan dedaknya hanya menunggu masa!




FEATURED ADS


20 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Nama nama Najib

Altatuya - mongolia - isteri rosmah - najis - ahjin gor - mo1 - firaunbaru- mahanajib- najibullah laknatullah -

Ada lagi tak ????

P s apa nama itu kerul haiwan bin haruan bro ... Benih pemuda lagiiiii bangang ... Bankrap mara

Tanpa Nama berkata...

Harap Najib dapat membantu dan mempermudahkan usaha menangkap MO1.

Anti Fitnah berkata...

Betul, betul betul tu.
Memang betul cakap Pak Ramlan tu.

'Hanya orang BODOH tak tahu siapa MO1, tapi Najib tak terlibat'

Sekarang kita dah kenal dan yakin akan siapa manusia yang BODOH di Malaysia ni. Patutlah Malaysia dah jadi cacamarba sebab dipimpin oleh orang BODOH-BODOH belaka.

Yang paling seronok ialah orang BODOH dok mengaku BODOH tanpa dia sedar. Malaysia Boleh.

Patutlah LGE tak layan orang BODOH ni. Mentang-mentang diberi peluang untuk bercakap, maka bercakaplah tanpa berfikir. Malaysia Boleh.

HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH. Kata Tok Jib kepada manusia ini yang sokong bawa rebah.

Tanpa Nama berkata...

Tolak najib wahai rakyat malaysia...dia dan kuncu2nya di 1mdb dan menteri2 yg bangang...dh curik duit kita...bukan sikit..beratus ribu juta..pandai dia errkk...hutang 1mdb kita yg tolong langsaikn....mmg malaun hutan betul dorang nie

Tanpa Nama berkata...

Ya mungkin Najib tak terlibat.. siapa No.1 dalam malaysia? Mungkin Agong? Mungkin perdana Menteri yang pertama?

Lelakidicermin berkata...

Di sekeliling aku..semua dah tahu kes 1mdb.sampai ulasan peguam amerika dia org maklum..tak kira org2 sekeliling aku pro BN.. pro PH .. Pro pas.. pro atas pagar.. tp nanti seandai BERSEH 5 terjadi berapa % yg turun..aku boleh agak je.. 2.5% hingga 5% yg turun..adakah aku gagal mempengaruhi mereka..tidak juga.. sbb byk org sekeliling aku maklum kes 1mdb dan kesannya..tp aku pasti % yg turun nanti byk tu..kenapa aku boleh buat anggaran skg.?..sbb org sekeliling aku tu ORANG MELAYU..perbezaan kesukaran hidup dia org seblm dan sesudah ķes 1mdb tak nampak perbezaan.dia org tak nampak kesan pada anak cucu nanti. Pandai2lah anak cucu aku menghadapi kehidupannya sendiri.. jadi aku pasti di fikiran dia org.. dr turun bersih 5 lebih baik..tgk astro kat rumah..lepak kedai mamak..itu bangsa yg hang tuah banggakan.. TAK MELAYU HILANG DI DUNIA..

Unknown berkata...

Rahman la yg paling bodoh...ha2

Tanpa Nama berkata...

Mungkin FLOM??

Tanpa Nama berkata...

Memang bukan Najib MO1 yang disebut oleh DoJ tetapi Najib lah sememangnya MO1 tersebut. Tidak lain, tidak bukan.. dan tidak ada yang selain dari Najib yang layak di kaitkan dengan MO1.


Nak buat dia faham... walau pun DoJ tak sebut MO1 sekalipun... Najib lah yang bertanggungjawab !

Tanpa Nama berkata...

Amerika tak bubuh nama hanya kerana 1 sebab....................

diaorang tunggu 'You help me, I help you'

bukan kerana bapok pencuri tak bersalah, bodoh!

Tanpa Nama berkata...

Ilmu menterbalikkan macam ini, Presiden PAS belum buat lagi. Dia cuba buat pasal hudud, tapi tak menjadi. Setakat ini Presiden hanya berjaya menterbalikkan cakap Timbalannya sahaja.Dia sendiri susah nak faham apa yang Rahnan cakapkan..

'Hanya orang bodoh sahaja yang tidak tahu siapa MO1'. Kalau diubah ayat nya sama lah maksud nya dengan kata Pak Belalang.. 'Siapa tak nampak, dia nak mampos!'

Oleh kerana takut nak mampos maka di anggukan nya kepala..

Semuga Allah nyatakan siapa sebenarnya MO1.

Deantriseena berkata...

Ya Allah singkirkanlah pemimpin pemimpin kami yg khianat kepada Agama Bangsa & Negara dan gantikanlah mereka dengan pemimpin yg jujur dan ikhlas memimpim negara ke mercu kejayaan. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Macamana boleh tahu bukan Najib tetapi tidak tahu siapa sebenarnya MO1?

Jika tahu bukan Najib mesti tahu MO1 sebenarnya itu siapakah orangnya. Maka siasatan dan pendakwaan perlu di buat.

Jika bukan Najib pun, Malaysian Official 1 (MO1) adalah tetap penjawat awam, pegawai kerajaan dan orang kerajaan dan apa yang perlu dilakukan ialah menafikan MO1 adalah pekerja dari mana-mana jabatan kerajaan yang berpangkat pegawai tertinggi bukan sekadar menafikan Najib adalah MO1.

Oleh itu ini bererti perancangan Najib samada untuk apa kebaikan pun telah gagal dan telah memusnahkan sistem kewangan negara. Kenapa perlu dipertahankan juga ?

Tanpa Nama berkata...

Bodoh..jahil dan umno berpisah tiada..

Tanpa Nama berkata...

puak umno ni ingat rakyat bodoh macam mereka.... PODAH.....

Tanpa Nama berkata...

memang benarlah kata hang tuah.

takkan melayu hilang didunia.

sbb cina, bangla, india boleh jadi melayu...

Tanpa Nama berkata...

Weii...MO1 tu bukan Najib le. Korang kena faham bende mudah tu. Bukan Najib...bukan dan bukan Najib.

MO1 tu ialah PM Malaysia. Merangkap Menteri Kewangan. MO1 tu boss besor 1MDB. Yang ada kuasa melulus...mengendorse dan mengapprove apa yang berkaitan 1MDB.

Sapa lagi yg berkuasa dalam 1MDB selain MO1?? Dan kena ingat USD ratusan juta telah masuk ke akaun peribadi MO1??

Perlu beza...dulu yang masuk ke akaun Najib ialah derma dari raja gila negara Arab. Yang sekarang masuk ke akaun MO1 ialah duit orang gila dari USA yang berpusing gasing sumber dari IMDB.

Kena beza tu ye. Najib dan MO1 orang yg berbeza.

Kesimpulannya...MO1,tu setaraf power dengan Najib. Tak sapa berani sentuh MO1. DUIT yang masuk akaun personal MO1 sama jumlah dgn duit raja gila Arab yg masuk akaun personal Najin.

Mereka memang serupa. Gaya bercakap sama. Haram jadah pun sama. Malah gaya kencing pun sama. Tapi bukan dia...!!

Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Para pemimpin Umngok dan penjilat Najib sanggup memperbodohkan diri..semata-mata kerana nak jawatan dan habuan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Aminnn

Tanpa Nama berkata...

mo1 mungkin agen isis yg menyusup utk curi duit utk perang.

mo1 mesti ditangkap dn hukum mati kerana mengancam keselamatan negara dan membuka ruang campur tgn asing.

mo1 adalah pengkhianat negara dan musuh negara no.1 selepas daun ketum

laknat dan binasa kau mo1