15 Ogo 2016

Muhyiddin Minta Najib Akui Kesilapannya

Akui kesilapan kamu, Muhyiddin beritahu Najib

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hendaklah mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas timbalan Najib itu berkata, bekas bosnya itu tidak seharusnya bertindak sebaliknya dengan berpura-pura kononnya semua dalam keadaan baik.

"Presiden Umno terpalit dalam banyak skandal yang saya boleh katakan mencecah perkadaran global, inilah yang menjadi keprihatinan setiap rakyat Malaysia.


"Kamu sedang duduk di kerusi itu, jadi, menjadi tanggungjawab kamu untuk melindungi kepentingan negara," kata Muhyiddin lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen menderma darah di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, hari ini.

"Jika kamu hadapi masalah hari ini, kamu harus akui kesilapan yang dibuat. Bukan lagi rahsia. Seluruh negara, seantero dunia tahu mengenainya," ujar beliau lagi.

Kira-kira dua bulan yang lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memecat Muhyiddin bersama-sama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu.

Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan berkenaan dicapai sebulat suara.

Kata Najib, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Susulan pemecatan beliau, Muhyiddin dilihat terus aktif menentang bekas bosnya itu dengan menyertai beberapa ceramah mengkritik Najib dan Umno.

Terbaru, Muhyiddin mendaftar parti politik baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU yang menyasarkan untuk bertanding melawan Umno dalam pilihan raya umum akan datang. -mk

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Najib tidak mengaku mempunyai apa-apa kaitan dengan 1MDB dan tidak mengaku MO1 itu adalah dirinya. Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim menyatakan kes 1MDB ditutup walaupun kerajaan-kerajaan di seluruh dunia masih meneruskan siasatan ke atas kes berkenaan.

Begitu mudah mereka cuba melarikan diri dan memperdayakan rakyat namun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Perencanaan Allah mengatasi perancangan manusia. Kebenaran tidak dapat diatasi oleh kebatilan. Yang bersalah akan pasti terhukum walaupun mendakwa sekalipun berlaku petir halilantar dia tidak akan mundur dari jawatannya. Itu mencabar hukum namanya dan mencabar Allah swt.

Kita tunggu sedikit masa lagi. Kita berharap mereka yang berkenaan sempat bertaubat.

Mereka hanya menunggu satu teriakan sahaja, yang akan membinasakan
tatkala mereka ketika itu mereka sedang berbalah-balah.

YaSin:49

Maaf. GB hanya mengingatkan sesama kita. Wallahu alam.



FEATURED ADS


17 ulasan:

AyahDi berkata...

Jgn nanti ada yg mampos di panah petir sudah la naa...

Tanpa Nama berkata...

As salam tuan GB

Tujuan saya dtg melawat blog yg pro Amanah spt GB dan alhussein adalah utk dpt maklumat dari kalian ttg Amanah..namun agak kurang berita,berbanding berita ttg Pas pis pus yg disensasikan..sy nak bagi pandangan,harap kalau boleh kurangkan atau xyah langsung ada berita pasal pas ni..tapi lebihkan berita ttg aktiviti dan ahli J/kuasa Amanah di tempat yg dah ditubuhkan..sbb dgn berita tersebut boleh mudahkan org ramai join. mcm contoh,sy di Semanggol Perak..tempat Tuan Guru Ahmad Awang sendiri,tp masih ramai yg x tahu siapa org Amanah di sini. sepatutnya blog2 pro Amanah cerita Ajk tiap2 bahagian parlimen supaya senang org ramai dpt maklumat. Blog2 ini juga boleh jd medium utk tambah ahli dan bg penerangan.

Cerita pasal Pasik tu dh x penting,biar depa pi menopaus..rakyat pun dah tau dan meluat.Lagipun berita depa dh byk blog lain cerita,jadi blog pro Amanah cuma fokus utk kuatkan dan kembangkan Amanah dgn lbh cepat. Dari pemergatian sy,Amanah kuat di Negeri tapi di bahagian parlimen agak kurang menonjol.

Yg penting Amanah kena bykkan aktiviti,kenalkan diri. Mcm di tempat sy,dominasi pas masih kuat sbb tu nmpak Amanah disini masih berhati2 utk mulakan langkah..tapi klu byk aktiviti dijalankan,x mustahil majoriti yg x puas hati dgn pas akan pindah ke Amanah.

Sy hanyalah penyokong Pakatan Harapan yg mahu lihat Amanah kuat. harap dpt perhatian dari tuan2..just my 2 cent. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Dalam facebook Amanah bnyak aktiviti dilakukan..boleh jenguk kat situ, bnyak program dan info ada kat situ...jgn masuk yg fake accnt pulak..masuk yg original..

Tanpa Nama berkata...

bila menyebut petir dn halilintar itu mencabar allah kerana kedua2nya adalah tentera allah.

org sesat disesatkn lagi. ketika saifool bersumpah quran dan bervideo superimpose latarbelakng kaabah... dilihatnya Allah hanya 'diam' tiada petir seprti yg difahami org melayu.

lupakan dia bahawa firaun tidak dipetirkn tetapi hnya seekor nyamuk sudah memadai.

klu di malaysia ini seekor tungau pun sudah memadai utk menjadi tentera Allah yg mmbinasakan seseorg bongkak.

amiin

Tanpa Nama berkata...



AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
CAHAYA Menyuloh...Kedasar HATI
Menyuloh HATI...Terang Ter BUKA

HATI yg Ter Buka...Peka SIMPATI
HATI yg Ter Buka...IBU-Khazanah-CINTA
HATI yg Ter Buka...Pe MAAF Tak PentingDIRI
HATI yg Ter BUKA...Pe MAAF Utk Semua
HATI yg Ter BUKA...Terbuka "Mengakui" SilapDIRI
HATI yg Ter BUKA...Terbuka "Membuka" RAHSIA
Menyuloh "rahsia" GELAP...Dgn Cahaya Dari ILAHI
Itulah TAUBATAN-Nasuha...Bak Bayi yg LAHIR Smula
TAUBATAN-Nasuha...Cahaya CINTA Azali Abadi

Kembali Ke Asal FITRAH...Fitrah Syurgawi
FITRAH Syurgawi...Yg Sentiasa Kaseh Mem-BERI
FITRAH Syurgawi...Fitrah INTEGRITY-Transparency
FITRAH Syurgawi...Yg "WUJUD" Cuma KeAgungan ILAHI
Tak "WUJUD" pentingDIRI..Ego-SOMBONG-FITNAH-menCURI



Tanpa Nama berkata...

Najib mesti menganggap Muhyiddin nak perangkap dia. Jika dia akui kesilapan nya bererti dia mengaku salah.

Sebalik nya jika Najib akui kesilapan, sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan.

Tetapi kerana degil dan takut, satu demi satu kesilapan yang telah Najib lakukan sehingga tidak dapat dibendungkan lagi.

Dan ini juga cara nak mempengaruhi fikiran pemimpin UMNO dan BN yang selama ini membantu Najib walaupun Najib tidak mahu mengaku yang silap ialah dia sendiri. Lalu mereka lihat dan mengusik di tempat yang
bukan dimana puncanya.

Najib cuma mengakui kesilapan bukan mengaku bersalah. Kalau Najib mengaku bersalah bukan dia seorang sahaja yang dihukum, semua termasuk Zaid Hamidi, AG, KPN, Bank Negara, SPRM, kepimpinan UMNO dan BN...

Najib silap masukkan duit dalam akaun tetapi Najib tak bersalah sebab semua kabinet dan pemimpin parti tahu dan menerima tindakannya tanpa banyak soal sehingga Ketua Pemuda sanggup jadi macai.

Lebih baik Najib mengaku kesilapannya itu... Kalau dia bodoh lah sangat. hihihi...

Tanpa Nama berkata...

Masalah Najib ialah kerana kuat menipu.
Semua Ketua Negara menghadapi masalah dan tidak seorang pun terkecuali. Tapi yang kuat menipu ini yang ada cuma seorang sahaja ia itu mewakili negara Malaysia.

Dan telah berada di ranking teratas selama 5 tahun berturut.

Malaysia Boleh !

Tanpa Nama berkata...

Sy tahu dan follow Fb Amanah,maksud sy di atas biarlah blog2 Amanah lebih fokus utk cerita pasal Amanah..dan lupakan pasal pas yg merapu tu. banyakkan pasal amanah,perkenalkan Ajk Amanah di setiap kawasan..tq.

Anon 2.00ptg

Tanpa Nama berkata...

Najib bukan sahaja telah melakukan kesilapan bahkan kesalahan,,pegawai awam yg terima derma adalah melanggar akta rasuah SPRM yg diluluskan parlimen..menyalurkan duit derma haram juga menggubah wang haram..gabnor bNM boleh tutup kes tetapi Apandir tidak boleh tutup..

Ibn Sabil berkata...

wahai Tanpa Nama 4:51 PTG

kan lebih baik kamu membuka blog kamu sendiri dgn cara kamu dari mengkritik blog orang...

Kami dah hampir 10 tahun ikut blog Kelab Greenboc ni.... dan kami berpuashati dgnnya. Rencam ertinya semua ada. Ada masa dia menghuraikan yang kusut, ada masa dia terangkan dasar dan aktiviti parti, ada masa dia pertahankan parti dari serangan musuh, ada masa beri pukulan maut kpd pihak sana... dan kebanyakan sarat dengan fakta dan bukti serta jawapan yang berlandaskan kepada hukum kebenaran dan keadilan.

Apa lagi yang kamu hendak...

Tanpa Nama berkata...

komen 2.0 harus diambil berat juga.

cuma tk semesti dlm blog gb. amanah perlu krmpen perkenal pemimpin bawahan. pengundi biasa memilih berdasarkn calon yg ada nama.

nama itu kitalah yg perlu ketenghkn. perbykkn nama yg blh menjadi ikon pd pengundi.

kerana itu sesetengah pemimpin umnu tetap menang walaupun bodoh sebb popular.

mempunyai kelulusan tinggi saja tk memadai... pengundi akn kata saya tk kenal dia tu.

kita perlu hargai komen mcm anon 2.0

Tanpa Nama berkata...

Setiap blog termasuk akhbar mempunyai konsep dan falsafah masing-masing. Kalau bercampur aduk atau memainkan peranan orang lain ianya menjadi celaru. Kedua-dua blog dan akhbar mesti mempunyai ciri-ciri tersendiri bagaimana untuk menyampaikan mesej.

Malaysiakini hanya menyampaikan berita sahaja. Utusan mempertahankan pemimpin dan menyampai pembohongan UMNO atas kepentingan melayu. Harakah dahulu menyampaikan mesej Islam dengan menolak segala bentuk kemungkaran. Metro dengan cerita yang pelik-pelik dan Sinar tertumpu pada hal-hal politik.

GB telah memberi ruang kepada penyenguk blognya bukan sekadar membaca tetapi memberi komen untuk mengurangkan tekanan kerana rasa tidak puas hati.

Sebaiknya blog AMANAH dan pemimpin nya yang menengahkan pemimpin harapan dan pemimpin yang muda-muda di blog AMANAH termasuk aktiviti AMANAH. Kalau semua nya di borong oleh GB, takut-takut pulak suratkhabar AMANAH tak terjual.

Dan juga mana saya nak pergi kalau GB buka kedai baru dan berpindah ke tempat lain ?

Apa jadi pada Harakah apabila, taukeh nya orang lain. Taukeh baru menukar falsafah Harakah sehingga Subky Latif yang saya minati dulu pun ternyata berubah. Ke sana tidak. Ke sini pun tidak.

Adakah kerana GB sangat popular dibandingkan dengan yang lain-lain maka tuan membuat cadangan tersebut? Kalau itu alasan tuan saya terpaksa menerima cadangan Tuan.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...


Lepas ini ada pula yg minta pemimpin2 pas mengaku kesilapan menerima dedakah RM90 juta.

Komisen 10% = RM10 juta dari RM100 juta siapa pula yg ambil?

Ada orang yg makan sorang ni....

Tanpa Nama berkata...

Najib sangat berjaga-jaga. Sebelum ini apa-apa tuduhan dan kenyataan dia akan jawab. Tapi kali ini dia tidak akan jawab sebab kalau dia mengakui kesilapan dia, kesilapan yang mana? Tak kan beli jet kapalterbang, sebab kerugiannya tak seberapa jika di bandingkan dengan 1MDB.

Tak mungkin Najib tak buat silap, sampai hutang pun tinggi menggunung.
Begitu juga kesilapan demi kesilapan yang telah Najib lakukan.

Najib juga telah menyerah diri awal-awal dan mengakui kesilapannya kepada SPRM se belum SPRM mengeluarkan kenyataan akan membeku dan merampas harta individu yang terlibat dengan rasuah.

Kesilapan Najib yang paling besar ialah berpura-pura kononnya semua dalam keadaan baik.

Pemuda parit kings berkata...

Komen2 yg membena harus difikirkan...jgn abaikan...dimana harus diketengahkan...biar jgn sampai boring...sedekit sebanyakk perlu diambil berat...harap GB pertimbangkan...

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Betul tu tuan GB, saya setuju dgn Pemuda Parit Kings..semua cadangan yg diuatarakan itu adalah disebabkan famousnya blog GB berbanding yg lain..makanya ada perlulah dikembangkan & diperbaiki serta ditambahkan lagi kolum2 tulisan pemimpin amanah serta penerangan halatuju matlamat parti secara berkala agar penjenguk GB dpt info yg up to date berkenaan aktivitas parti secara berkala jua..

harap pertimbangkan komen Ano 2.00

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih tuan2 yg meminta dipertimbangkan komen sy. Pandangan ini saya utarakan tidak lain adalah utk melihat blog2 pro Amanah berkembang dan mendapat pembaca baru dari pelbagai lapisan rakyat. Harap pandangan sy ini tidak disalah erti. Terima kasih kpd Anon 8.04, Pemuda parit kings dan Pemuda Pinang Sebatang. Harapan sy biarlah parti Amanah ini mendapat pemimpin seperti kalian yg boleh meraikan perbezaan pandangan..Terima kasih.

Anon 2:00