15 Ogo 2016

Matthias & Husam Musa Berusaha Dapatkan Semula Wang Yang Dicuri Dari 1MDB

Matthias dan Husam saman Red Granite, Riza

Satu lagi tuntutan saman difailkan di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat oleh Matthias Chang dan Datuk Husam Musa terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz iaitu anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, syarikat filemnya Red Granite Pictures, Jho Low dan bank Goldman Sachs berhubung wang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad.

Tuntutan saman itu dibuat bagi memohon ganti rugi atas kecurian wang daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli menggunakan wang curi itu.


Matthias, seorang peguam yang juga bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Husam, bekas naib presiden PAS yang dipecat daripada parti Islam berkenaan pada Mei memfailkan saman itu di Mahkamah Daerah AS di New York pada Selasa, menurut The Hollywood Reporter.

Pihak yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah Red Granite Pictures yang menerbitkan filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.

Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.

Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.

Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio. -FMT



ULASAN GB

Tahniah kepada kedua-dua, Matthias Chang dan Husam Musa yang kini sedang berusaha untuk mendapatkan semula wang yang dicuri dari 1MDB bagi penerbitan filem Wolf of Wall Street

Kita akui ia bukanlah satu perkara yang mudah, namun kedua-duanya telah maju ke depan bagi menuntut semula wang rakyat negara ini.

Najib sebelum ini menafikan 1MDB mempunyai asset di luarnegara khususya Amerika Syarikat. Tetapi wang 1MDB itu, menurut DoJ telah dicuri olah pihak tertentu. Nama Riza Aziz, anak tiri Najib disebut berkali-kali oleh DoJ sebagai salah seorang dalang di sebalik 'kecurian'

Wang yang diperoleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti membeli hartanah di New York, London, dan Beverly Hills - di mana ketiga-tiganya didiami oleh Riza Aziz - serta menghasilkan filem blokbuster Hollywood.

Sebahagian wang digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas dan menganjurkan parti mewah. Jho Low, Riza Aziz bersama barisan pelakon filem 'Wolf of Wall Street'.

Jho Low didakwa mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas pada 2012 untuk berjudi bersama beberapa individu.

Mereka termasuk Riza Aziz, Christopher 'Joey' McFarland; seorang pelakon utama filem 'The Wolf of Wall Street', dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.

Wang itu juga turut dibelanjakan bagi membeli pegangan dalam EMI Music Publishing, membayar AS$35 juta jet pesawat Bombardier dan membeli lukisan Claude Monet.

Selain dari itu, wang derma yang didakwa diterima dari putera Arab Saudi sebelum ini sebenarnya merupakan dana 1MDB.

Mereka mendakwa 'Malaysian Official 1' menerima ratusan juta dolar daripada 1MDB yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Aliran wang tersebut dikatakan mempunyai banyak "cut-outs", salah satunya melalui putera Arab Saudi, yang kemudiannya dihantar kepada Najib.

Kita ucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua "yang berusaha" tersebut.



FEATURED ADS


15 ulasan:

Arouse Mah berkata...

Selamatkan Malaysia dr penyamun laki bini anak beranak & rakan2.

Selamatkan Malaysia dari parti umno & menteri umno yg korup, bangang & menyanjung salahlaku terkutuk.

Selamatkan Malaysia dari rakan2 umno yang bertopengkan agama yang makan dedak 90juta.

Selamatkan Malaysia dari cyber trooper umno yang bahalol dan pemakan dedak yg tidak bermoral.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !

Timnajib Jomfikir berkata...

Mewah sungguh mereka2 yang makan duit milik rakyat dan negara. Memang tebal betul kulit mereka2 itu... untuk menahan azab api neraka kepunyaan Allah SWT.

Go ahead Husam Musa...In Shaa Allah dipenghujung nanti...Allah SWT akan beri kemenangan kepada anda dan pasukan anda.

Sebagai rakyat, saya bangga mempunyai pemimpin seperti anda.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya 1mdb jita duitnya tak hilang, pac juga kata duit tak hilang mcm tu....

Ammy Hassan berkata...

Anon 9:38 PG, Sape kata DUIT tu tak hilang? Kalau dah guna utk minum ARAK dan makan BABI atau apa jua makanan haram bila jadi TAIK, hilanglah namanya tuh!

Tanpa Nama berkata...

AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pe NYAYANG Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...LURUS Menerangi
TERANG Menyuloh...Menerangi HATI
Menyuloh Kedlm DIRI...Pekerti NURRRANI
Menyuloh BUAS-Rakus...Pada DIRI Sendiri
Menyuloh DENDAM-Dengki..."Specialnya"DIRI
Menyuloh EGO-Megah-Besar.."Aku"lah yg Penting skali
Menyuloh "PRASAN" Pandai..IDEA2 Terbaik Tak Dihargai
Menyuloh "Kebanggaan"..Pangkat & HARTA Dek Hasil Fitnah-menCURI

Menyuloh "Aku-Aku-Aku"lah..Seolah ALLAH Tak Dipeduli
Menyuloh Nafsu-RAKUS-FitnahKu..Seolah AMANAH Tak Bernilai lg


Menyuloh Bodoh-BEBAL-TololKu..Krn Aku sbnr2nya Tlh Menipu DIRI Ku Sendiri


Oh! Sapelah "Aku" Ini...Utk Dibandingkan Dgn The Wholeness-UNIVERSE Isi Langit & Bumi??


Pencolekhangek berkata...

Itulah permata yang telah dibuang oleh ustad ustad bongok yang tak tau mana intan dan mana kaca.

Tanpa Nama berkata...

PAS tunggu sampai bulan depan baru nak saman. Itu pun entah ya entah tidak. Kalau bulan depan tak nampak pada September nanti, bayang bulan pun tak nampak, jangan ingat PAS boleh lepaskan diri macam Najib dengan hari selasa nya.

PAS ikut bulan. Logo parti pun bulan. Najib ikut hari. Selasa. Ada bulan ke tak ada bulan ke tak di ambil kira.

Kata lah tak nampak bulan pada September nanti, maka perkiraan akan jatuh ikut rukyah.

Penyimpan mohor cop 90 kena jugak menetapkan tarikh untuk menyaman SR.

Agak-agak teropong siapa yang PAS akan guna untuk lihat ada bulan ke tidak September nanti ..

Tanpa Nama berkata...

Tak de angin tak de ribut tau2 DHM dah gi saman. Jgn mcm puak lagi satu tu. Berdegar degar ckp nk saman tp x saman2 gak.Nk saman tggu sebulan plak.

omar daud berkata...

Salam:

Sepatutnya kerja-kerja membeteras Lanun dan penyamun ini,adalah tugas utama pada parti yg nak buat hukum hudud,bagi menunjukkan kesusngguhannya.

Tapi malangnya,kerja-kerja ini dilakukan oleh orang2 yg dilevelkan pembenci hudud.

Bagaimana nak buat hukum islam Aiik?

Report resmi pencurian balak yg dibuat berbulan-bulan lamanya tiada tindakkan??anda bayangkan jika cina sepet LGE mkn babi, yg buat kerja ini?

Laporan tentang YIK kelantan??mana tindakkannya.

Laporan tentang pencerobohan orang Ganu,mengenai tanah kelantan??

Mangsa banjir kelantan,bagaimana keadaanya?


Nampak jelas,OMONGAN pas TENTANG PERLEMBAGAANNYA TENTANG HUDUD,hanyalah gurauan senda hari minggu.

Bagaimana nak buat hudud,tapi proses-proses nak buat hudud,di SHORT CUT.memilih-milh benda-benda yg mudah,selamat dan kesenangan,demi menjaga perut dan bawah perut sahaja.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Husam bila nk masuk Amanah ni gb.kelantan pun belum gegar lg.elok husam segerakan gerak kerja ambil alih kelantan dr pas jika tidak,kelantan akan kembali ke umno next pru

Tanpa Nama berkata...

PAS sepatutnya buka mulut untuk menawarkan Peguam-Peguam dari kalangan PAS kepada Musa dan Matthias Chang. Samada mereka berdua terima atau tidak, itu cerita lain. Tetapi sekurang-kurangnya tanggapan ramai mengenai RM 90 juta akan lebih jelas dan lebih ramai akan percaya PAS akan saman SR.

Politik dan kepimpinan Husam di peringkat antarabangsa. Berbeza dengan pemimpin PAScai, habis tinggi peringkat negeri dan yang paling jauh Selangor. Kira baru je nak berkembang dan meningkat. Kalau tak silap ada sorang pemimpin PAS yang sampai ke German, itu pun bilik hotel saja.

Ahli PAS yang percaya pemimpin PAS tidak bersalah dan yakin mereka berjuang kerana agama, yang tidak percaya dengan dakwaan balak, YIK dan pemilikan tanah berekar oleh individu sebelum ini, perlu kembali kepada kebenaran sekiranya pemimpin PAS berdolak-dalih dengan berbagai alasan untuk tidak menyaman SR.

Kepada Allah di kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Cmtu la..nk jgn kata nk saman..solat hajat pun x...nk tunggu 4 saksi yg adil kot

Tanpa Nama berkata...

Kami sentiasa mendoakan kejayaan dr usha Datuk husam dgn chang... buktikan tk semua rakyat malaysia terikat dgn Kuasa angkoh najis nazak negara satu Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Minta sue si Dicapro yang tamak tu

Tanpa Nama berkata...

Semoga usaha Datuk Husam & Matthias berjaya dan diberkati. Matthias bukan seorang Islam, tetqpi apa yangvdibuqtnya bersama Datuk Husam lebih mulia dari sebilangan besar cendikiawan,agamawan yang ada. Ulamak yang ada hanya tahu mengeluarkan fatwa pokemon go sahaja sedangkan bapak pokemon go bermaharajalela menyonglap keringat rakyat. Maaf jika saya katakan, Yang penting cukup bulan ada gaji