23 Ogo 2016

Husam Akan Sertai AMANAH Hujung Bulan Ini

Salor Tegak Berdiri

Salor Tegak Berdiri
Salor dah lama menangis,
Menangis sendiri di dalam hati,
Tiada siapa yang tahu,
Tiada siapa peduli,
Penistaan tanpa kenal batas sahabat,
Cercaan dan hinaan,
Tuhan sahaja yang mengerti,
Salor dicincang,
Bagai kita tidak pernah berkawan,
Amanah ku dan rakyat Salor dikhianati,
Engkau bersuka ria atas keperitan kami,
Hati mu berisi keangkuhan
Salor terlalu kerdil,
Disepak diterajang segala ruang dan peluang,
Mulut mu berbau permusuhan seakan tidak padam,


Hari ini,
Izinkan Salor bangkit Meneruskan sisa sisa perjuangan,
Walau berbekal sekeping papan,
Ombak dan lautan,
Seizin Tuhan,
Tetap ku harungi,
Tangisan silam,
Ku lipat dalam kenangan
Moga Tuhan kekal memberkati.
Salor Tegak Berdiri

Husam Musa
Kuala Lumpur
22 Ogos 2016


ULASAN GB

GB dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai bahawa Datuk Husam Musa akan mengumumkan penyertaannya ke Parti Amanah Negara (AMANAH) hujung bulan ini.

Dengan pengumuman penyertaan Datuk Husam ke dalam AMANAH maka terhentilah fitnah dan lemparan tuduhan kononnya "AMANAH pun tak terima Husam" seperti yang dicanaikan oleh mereka yang memusuhi kedua-duanya, Husam dan AMANAH.

Mudah-mudahan penyertaan Datuk Husam ke dalam AMANAH juga akan menguatkan diri Husam untuk terus membela rakyat Salor sekaligus memperkukuhkan AMANAH khususnya di Kelantan.

TAKBIR!!!


VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Datuk Husam.

Tanpa Nama berkata...

Lama juga Husam nak buat keputusan. Tetapi kerana dakwaan RM90 juta tidak dinafikan, membuat Husam tawar hati. Bait
"Amanah ku dan rakyat Salor dikhianati,
Engkau bersuka ria atas keperitan kami, " ... ada kena mengena dengan RM90 juta tu. Lebai-lebai mana faham.

Salur menangis dalam hati..
pusaka ayahanda tidak dibawa sekali..
wasiat ayahanda adalah satu janji
jangan tamak kuasa, binasa lah diri.

Orang berkuasa yang bukan dari cai dalam PAS kenal Husam. Tahu sejarah Husam. Hubungan Husam dengan TGNA bukan rahsia. Mengapa kamu tidak berpihak pada kebenaran itu?

pak maun berkata...

Dia yang paling aku harapkan utk jd PM selepas DSAI. Pernah aku berdebat dgn geng2 walaun di kampungku. Tetapi diorang guna isu kambing. Jadi, aku x dpt komen ttg itu sb menjadi prinsip aku, jika x tahu aku diamkan aje supaya x timbul soal fanatik. Itu pun setelah aku keluarkan isu fitnah pil kuda oleh presiden dan soal watikah calon pilihanraya, yang mana ianya mmg terbukti. Sesiapa yang tahu ttg isu tersebut, boleh bg pencerahan supaya senang nak berdebat dgn geng2 walaun nanti.

Teuku Zacharyah Iskandar Teuku Nyak Khairi berkata...

Isu Janapari Hussam dan menang kes saman dlm maakamah.. ko tak ikut perkembangan ker? Hadoii...!!

Lelaki Dicermin berkata...

Alhamdulillah.. kalau itu jadi kenyataan.. aku kagum dgn husam ni pasal otak dia.. orgnya biasa2 je.. harap2 nanti salur berikan pada anak didikan dia.. husam cari adun lain.. selain dun harap2 bertanding juga utk perlimen.. dgn aura yg husam ada.. 3 kerusi dapat di pegang..

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

Sedih sebab PAS bangang politik. Pemimpin yg hebat dan golongan Profesional dihina dan dibuang. Ingat pakai lebai dan bergelar ustaz dan perasan hebat berpolitik ? Bodoh betui puak PAS ni berpolitik. Selamat maju jaya utk Datuk Husam. Anda hebat dimata rakyat biasa !!!!

Tanpa Nama berkata...

PAS Kelantan bakal direbus Husam. Sekarang pun tengah kepanasan. PAS lebih takut kat AMANAH melebihi takut mereka kepada UMNO.

Harap Husam akan terus mendedahkan segala penyelewengan yang PAS buat selama ini kepada seluruh rakyat Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Bertambah kecut lah PAS dan akan bertambah busuk lah lagi mulut permusuhan mereka terhadap AMANAH.

Patut lah AMANAH tidak boleh bertanding di Kelantan..

Husam orang yang sabar. Tidak banyak bercakap. Politik Husam bukan main acah-acah dan jolok sana, jolok sini. Husam tidak menyerang terus ke peribadi dan tidak mendakwa-dakwi orang yang tidak sehaluan dengan nya.

Itu sebab kita tuntut semua pemimpin dalam PKR, menghormati Husam.

Adakah masih perlu lagi untuk berunding dengan PAS setelah Husam bersama AMANAH ?


abrarmujahideen berkata...

Gerak politik HUSAM sgt cermat, teliti tidak gopoh gapah menunjukkan daya pemikiran dan strategi politik yg mampan dan pemimpin masa depan.salute

Tanpa Nama berkata...

Bertambah kecut lah PAS dan akan bertambah busuk lah lagi mulut permusuhan mereka terhadap AMANAH.

Patut lah AMANAH tidak boleh bertanding di Kelantan..

Husam orang yang sabar. Tidak banyak bercakap. Politik Husam bukan main acah-acah dan jolok sana, jolok sini. Husam tidak menyerang terus ke peribadi dan tidak mendakwa-dakwi orang yang tidak sehaluan dengan nya.

Itu sebab kita mesti tuntut semua pemimpin dalam PKR, menghormati Husam.

Adakah masih perlu lagi untuk berunding dengan PAS setelah Husam bersama AMANAH ?

Percaya lah jika Husam orang Selangor, jangan mimpi lah Azmin boleh jadi MB.
Mungkin Azmin akan makan hasutan Hadi.

mustapa m said berkata...

Jika benarlah nanti YB Husam menyertai Amanah, Alhamdulillah, syukur.

omar daud berkata...

Salam:



Walaupun saya bukan orang Kelantan,Husam adalah layak bakal PM,selepas DSAI..

TAHNIAH Husam.

Tanpa Nama berkata...

In shaa Allah Husam bersama Amanah beserta gabungan PH akan ambil alih pentadbiran kelantan pada pru akan datang...

Tanpa Nama berkata...

husam bakal menteri besar kelantan jika pakatan harapan menang di kelantan...aku takkan undi PIS lagi di kelantan....PIS bakal hilang 30 undi di Parlimen Kota Bharu dan DUN kota lama dari seisi keluarga aku...adios PIS...

Unknown berkata...

Tahniah dhm

Pemuda parit kings berkata...

Tahniah buat husam...semoga dpt menguatkan lagi gerakan amanah Di Kelantan...

Tanpa Nama berkata...

Terbaek.tp sebelum penyertaan secara sah kita belum blh kata apa2 lg.biar diumum secara sah barul kita blh sambut.walaubagaimanapun Alhamdulillah berita gembira utk Amanah..mahfuz bila lagi?