29 Ogo 2016

Bukan RM2.6 Bilion, Tapi RM4 Bilion Yang Masuk Akaun Najib

Muhyiddin dakwa hampir RM4 bilion dalam akaun Najib

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.

Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.


Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum 'derma Arab' itu selepas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.

"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.

"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan semalam.

Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV.

Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.

Dakwaan Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News yang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan penyata bank.

Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 juta dari Kementerian Arab Saudi dan AS$ 75 juta daripada Putera Faisal bin Bandar Al Saud.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News, termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$ 10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Faisal yang dirujuk sebagai "pengasas bersama PetroSaudi".

Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19 November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI), menurut DOJ.

Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada AS$ 325 juta, atau di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada tahun 2011 dan 2012.

DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.

Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku.

Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.

Muhyiddin mendakwa beliau dipecat selepas menentang isu kemasukan wang berkenaan ke akaun perdana menteri. Pemecatannya kebetulan sama dengan penyingkiran peguam negara waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.

VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS


10 ulasan:

Lelakidicermin berkata...

Yalah bang din.. tuah ayam nampak dikaki.. tuah manusia sape lah tahu.. gani patail dpt juga jadi pengerusi elektrik swak. Abg din je dpt telur.. kalau ikutkan ulasan tum M.. tak sri yg mengkhianati mcm rakyat malaysia dah boleh agak.. kalau di campurkan ulasan RPK. Sian khalid terkena fitnah..dengar ceritanya.. mantan ketua SPRM susah nak tidur mlm..yg zety je rehat jaga cucu..

Malaysiabaru berkata...

Salam

Di sini apandi Ali adalah merupakan baruah negara...

Tidak pernah ada MACAI semacai apandi Ali dalam sejarah Macai negara...

Abu Talib pun kalah...

Ketua Hakim negara dulu dulu pun kalah

Sistem Macai Najib mengalahkan segala sistem macai negara..

BOH .. Apandi mengucap sikit apandi

Tanpa Nama berkata...

ye rafizi penah dedahkan sebelum ini 4.2b masuk perut monggol.

sebenarnya itu baru first payment. kita percaya dengan pelaburan ghaib dan tidak potensi oleh 1mdb, rasanya klu boleh kesemua 42b pun akan masu ke perut monggol dan isterinya.

buat apa dirompak 42b kalau ketua geng monggol dpt 10% saja. tak logic.

takkan nk bg jho low berjudi 40 ari 40 malam saja atau riza buat 100 lagi filem sampah. sudah tentulah ketua mesti dpt persen paling besar.

si asnaf yg terima 90j mana? senyap jeee

Tanpa Nama berkata...

Cerita RPK jangan lah percaya lagi. Jika dia tahu mengapa tak cakap awal-awal. Ada sebab Mahathir kata orang ke empat. Sebab antara keempat-empat mereka cuma Khalid yang tak kena pecat. Orang terakhir yang tahu ialah Khalid. SPRM siasat dan Bank Negara pun siasat di peringkat awal dan kemudian serahkan pada Peguam Negara. Peguam Negara pulak perlu maklumkan pada Muhyiddin supaya bersedia dan Khalid pun kena dimaklumkan untuk buat tangkapan.

Bank Negara, SPRM dan Peguam Negara dah lama tahu.. sehingga siap kertas pendakwaan pun, rahsia masih tersimpan... tiba bila nak bertindak, Najib boleh tahu...

RPK geng Najib. Khalid pun geng Najib.

Tanpa Nama berkata...

Silap, banding dengan ulama pas suci mulia, apanidi pun kalah.

Ulama pas memang tersuci termulia

Tanpa Nama berkata...

Semua ORG2 yg MKN duit 1MDB itu lah sa BANGSAT2 MANUSIA...Apa tah lagi ORG yg MENGIZINKAN NYA....BAPA SEGALA BANGSAT

Anti Fitnah berkata...

Tok Jib mana ada kebas duit tu ... Cina DAP juga yang kebas.
Tok Jib kan maksum. Tak mungkin Tok Jib ambil. Tok Arab DAP yang bagi kat dia tu. Hangpa jangan jaki kat dia.
Bukan senang nak bela Kak Mah tau. Perlu banyak fulus, Tengok sahaja kat Badan Kak Mah. Tengok sahaja kat Rambut Kak Mah. .... Hangpa tahu berapa banyak fulus nak "maintain"?
Hanya manusia BODOH shj yang kata Tok Jib kebas duit ... kenyataan Menteri yang Paling Cerdik di DUNIA. Tak kan hangpa tak faham lagi? Yang dok ada di Putrajaya, Malaysia tu semuanya CERDIK-derdik belaka.

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Hebat hebat tok jib..

Tanpa Nama berkata...

Masuk 1 billion pun terkejut.. Masuk lagi 2.6 billion. Itu yang terkejut nak pengsan.

Lepas ini apa nak cakap..
Apa nak buat ..
Jika hujung tahun ini masuk lagi 1 billion ?

Entah-entah sekarang ini pun duit masuk dalam akaun dia..

Tanpa Nama berkata...

Nak harap sprm, sprm katanya tak ada kuasa pendakwaan, nak harap ag? Mmmm...