30 Ogo 2016

SAHIH, Husam Umum Sertai AMANAH Malam Ini

Seperti yang GB tulis di blog ini beberapa hari lalu, sahih, bahawa bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa akan mengumumkan penyertaannya ke Parti Amanah Negara malam ini (30 Ogos 1016) di Cyberjaya. Baca : Husam Akan Sertai AMANAH Hujung Bulan Ini.

Di dalam satu tulisan terbaru di akaun facebooknya, Datuk Husam menyatakan bahawa esok beliau akan menyarung jersi baru.

Beliau berkata berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan.

"(Tempoh) empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.

"Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding mencuba merealisasikan: Islam Adalah Penyelesaian," katanya.


Kata Husam selepas dipecat tiada sebarang petunjuk diterima daripada parti yang pernah disertainya dulu atau semakan ke atas penyingkirannya.

Surat penjelasan saya kepada presiden Pas tidak berguna apa-apa," katanya sebentar tadi.

Husam yang suatu ketika dulu dilihat sebagai pengganti allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat namun terpinggir sedikit demi sedikit selepas tokoh berkenaan meninggal dunia pada Februari 2015.

Ketika PAS mengadakan muktamar dan pemilihan pimpinan di Kuala Selangor pada Jun 2015 Husam antara pimpinan bukan ulama yang disingkir perwakilan.

Pimpinan tertinggi yang disingkirkan ialah Mohamad Sabu yang ketika itu menjadi timbalan presiden. Penyingkiran beramai-ramai itu, kata Mohamad, dianggap "pelik bin pelik bin pelik" kerana disambut baik oleh Umno.

Penyingkiran beramai-ramai itu kemudian melahirkan parti baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dilihat sangat dimusuhi PAS.

Selepas menyertai beberapa program yang tidak disenangi PAS, Husam kemudian disahkan dipecat daripada parti itu pada 6 Mei lalu.

Pengumuman pemecatan Husam dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok.

Bagaimanapun Husam tidak segera menyatakan penyertaannya ke dalam mana-mana parti sebaliknya menegaskan memerlukan masa untuk membuat penilaian.

Kata Husam semasa menikmati tempoh bertenang dia menemui masyarakat untuk mendapatkan pandangan mereka dan mengelak mengambil tindakan terburu-buru.

Pada masa sama Husam "merenung dan mencari petanda-petanda pedoman".

Ternyata, katanya negara menuju ke arah lebih kritikal berbanding sebelumnya, manakala Kelantan "tidak menjadi lebih baik" selepas ombak pengislahan bermula 1990 (ketika PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah membentuk kerajaan).

Pada masa sama katanya parti yang dianggotainya dulu seperti "terjual" dan berdepan masalah seperti kejumudan tanpa inovasi mentakwil nas di luar sepatutnya serta "syok sendiri" selain membelakangkan budaya berhujah.

"Berdiam diri bukanlah pilihan. Al-Quran menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al-Qa'idun.

"Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur," katanya.

"Saya mencapai ketetapan, perjuangan Islam bukan hanya milik satu pihak, apa lagi satu parti. Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya.

Dan mengumumkan parti baru pilihan saya."

Sementara itu, YB Md Alwi Kok Lanas semasa berucap di satu kursus untuk ahli UMNO di Ilham dilaporkan telah berkata bahawa UMNO sudah tidak bimbang lagi dengan PAS di Kelatan kerana PAS kini sudah tidak mempunyai hulubalang lagi.

"Husam bukan lagi bersama Pas, kita (Umno) tak payah bimbang lagi pasal Pas sebab Pas sudah tiada lagi hulubalang. Pas sudah dalam tangan kita...jangan rusing".

Dalam pada itu pula sebelum ini, beberapa orang ahli parti sejarah mengambil sikap terus memperlekeh dan mencemarkan nama Husam dan AMANAH dengan menyatakan kononnya AMANAH pun tak nak terima Husam dan kononnya Husam akan menyertai parti BERSATU yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Husam akan mengumumkan penyertaannya ke parti AMANAH dan seperti yang GB katakan sebelum ini "penyertaan Datuk Husam ke dalam AMANAH akan menguatkan diri Husam untuk terus membela rakyat Salor sekaligus memperkukuhkan AMANAH khususnya di Kelantan. -Greenboc



VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS


13 ulasan:

sb dehlawi berkata...

Insyaallah jadi kenyataan dan Allah permudahkn urusan penghijrahan husam ke Amanah

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Syabas DHM,kami sentiasa berada bersama anda, Amanah & PH..
Takbir!!

omar daud berkata...

Salam:

congratulate!! syabas husam.

semoga diberkati ALLAH,dan beristiqamah membawa kejayaan di dunia dan akhirat.

sekian.

Tanpa Nama berkata...


Tak sama dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur.. yang lemah yang uzur pun lawan dalam hati .. sekurang-kurang nya dengan doa.

PAS macam ular sawa yang kekenyangan selepas makan seekor lembu NFC.

Tanpa Nama berkata...

PAS tak ada hulubalang ?

Kah.. Kah.. Kah..

Kok Lanas jangan buat lawak.. nanti kena tikam dengan keris .. Keris panjang !

Kan tempohari Abduh, Tuan Ibrahim dan ramai lagi berpakaian sebagai hulubalang..

Atau pakaian tak semestinya menjadikan seseorang itu hulubalang macam berjubah berjanggut tak semestinya orang itu baik dan berakhlak ?

Lelaki Dicermin berkata...

Tahniah saudara husam.. harap2 lepas masuk parti baru tu.. buat satu ceramah mega di kelantan. Supaya terkedu pas kelantan. Yg pengikut2 pas sebok tanpa pas setiap demo tak ramai... tp parti pas masih tak berani buat demo...

Tanpa Nama berkata...

Pas akan beri alasan..di sbbkan amanah,pas kalah di kelantan

anuariun zaidin berkata...

Langkah yg berhemah dan berstrategi.
Tahniah dhm

Tanpa Nama berkata...

kerja kuat jangan pedulikan pas lg. analisa di sg besar mengatakn amanah mndapt sokonagan anak muda. harap anak muda kelantan ramai2 sokong amanah.biarkn pas pula nanti jmpa amanah untk brkawn bla dah merasa serba kekosongan sbb trlalu suka brsndirian.

Tanpa Nama berkata...

Aku doakan husam berjaya. Harap sgt next pru husam jd mb kelantan...

Tanpa Nama berkata...

Ini yg dikatakan Constructive Dismissal. PAS mmg terer amalkan cara ni.

Jenis majikan nak buang staff pekerja. Taruk dlm cold storage blablabla..

sb dehlawi berkata...

Agaknya ade lagi yb yg mengikuti langkah husam selepas ni. Selewat-lewatnya selepas dun & parlimen dibubar utk beri laluan pru 14. Insyaalah

Tanpa Nama berkata...

PAS kan ada hububalang siku danlutut. Apa heran kalau DHM masuk parti lain.