28 Jul 2016

[VIDEO] Tidak Syak Lagi MO1 Memang Najib - TDM

Sekarang rahsia telah terbongkar Oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengambil tindakan untuk merampas aset individu-individu yang dinamakan yang disyaki mencuri wang hak milik 1MDB dan Kerajaan Malaysia.

Secara keseluruhannya 17 aset telah disenaraikan. Ini termasuk harta, pelaburan, pesawat udara, kapal layar, syarikat-syarikat, lukisan dan filem-filem. Jumlahnya bernilai USD1 bilion. Dokumen sepanjang 136 halaman itu menunjukkan secara terperinci cara wang itu disalurkan melalui pelaburan penipuan dalam syarikat-syarikat palsu, melalui pelbagai bank dan individu-individu serta berakhir dalam akaun MALAYSIAN OFFICIAL 1.


Siapakah Malaysian Official 1 yang disebut 36 kali dalam laporan ini. Beliau digambarkan sebagai “seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB. Sepanjang keseluruhan masa berkaitan dengan aduan itu, Malaysian Official 1 adalah “pegawai awam” sebagai istilah yang digunakan dalam 18 USC – 1956 (c) (7) (B) (iv) dan “penjawat awam” sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia.”

Dalam para 39 laporan tersebut “Malaysian Official 1 memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB. Malaysian Official 1 mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan kepada, dan penarikan balik daripada, Lembaga Pengarah 1MDB dan Kumpulan Pengurusan Kanan 1MDB. Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB, termasuk pelaburan yang mungkin memberi kesan kepada jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia, memerlukan kelulusan Malaysian Official 1.”

Para 102 laporan menyatakan bahawa Malaysian Official 1 adalah benefisiari muktamad AmPrivate Banking – Akaun MR adalah akaun sama yang kemudiannya menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira USD681 juta pada Mac 2013. Seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 263 di bawah, Peguam Negara Malaysia telah secara terbuka menyatakan bahawa akaun yang menerima bayaran $681 milion itu dipunyai oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia. Tidak mungkin akaun dan jumlah USD681 juta dimiliki oleh dua orang yang berbeza.

Para 28 menyatakan “Malaysian Official 1″ adalah seorang pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dengan 1MDB.”

Para 29 “Riza Shahriz bin Abdul Aziz (“Aziz”), seorang warganegara Malaysia, adalah saudara kepada Malaysian Official 1 dan seorang kawan LOW. Beliau adalah pengasas bersama Red Granite Pictures, iaitu studio pengeluaran dan pengedaran filem Hollywood, pada tahun 2010.”

Dalam Para 39 Malaysian Official 1 mengambil alih kedudukan berkuasa dengan 1MDB dan lain-lain.

Saya tidak tahu mengapa pegawai-pegawai Amerika yang menulis laporan segan memberi nama sebenar Malaysian Official 1 pada hal dengan rela hati menyebut nama-nama pesalah lain, iaitu Riza Aziz, Jho Low dan Khadim Abdullah. Jika ini adalah kerana bukan peringkatnya untuk membuat tuduhan jenayah, maka mana-mana nama pun tidak patut disebut.

Sekarang Najib dan penyokong-penyokong bodoh beliau mengatakan bahawa Najib tidak terlibat oleh sebab namanya tidak disebut. Najib sendiri berkata, “Biarkan proses undang-undang berjalan bagi mereka yang nama mereka disebut oleh US DOJ.” Jelas sekali bahawa beliau menganggap proses undang-undang itu tidak mengandungi siasatan berhubung peranannya sendiri di dalam mencuri wang milik 1MDB.

Namun rujukan kepada Malaysian Official 1 bertepatan dengan apa yang diketahui dan yang diakui oleh Najib sebagai mempunyai kaitan dengan beliau. Ini termasuk rujukan kepada USD681 juta dalam akaun Malaysian Official 1, rujukan kepada kuasa Malaysian Official 1 atas Kerajaan dan 1MDB yang bertepatan dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Dan begitulah seterusnya dengan 30 penerangan lain mengenai hal kuasa dan peranan Malaysian Official 1 serentak dengan peranan Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan Malaysia dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Walaupun terdapat penerangan terperinci dalam laporan DOJ bagaimana wang 1MDB telah dipindahkan melalui pelbagai syarikat, termasuk Good Star, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low dan bank-bank di beberapa negara dan akhirnya menjelma dalam akaun Malaysian Official 1 di Ambank, Peguam Negara menegaskan bahawa tidak ada bukti bahawa wang daripada 1MDB telah disalah gunakan.

Di bawah 11 pada Para 14 laporan DOJ “Fasa The Good Star: Lebih daripada $1 bilion disalah gunakan daripada 1MDB.”

Para 40, cara bagaimana $1 bilion wang 1MDB telah dilaburkan dalam Petro Saudi diperincikan.

Para 41 menjelaskan bahawa Jho Low dan rakan-rakannya menyebabkan $700 juta daripada $1 bilion bertujuan untuk dilaburkan dalam Petro Saudi, dihantar ke satu akaun di RBS Coutts Bank di Zurich yang dipegang atas nama Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low.

Para 42 menyatakan bahawa “di antara bulan Mei dan Oktober 2011”, kira-kira $330 juta dana tambahan telah dihantar atas arahan pegawai 1MDB ke akaun Good Star yang kononnya mempunyai kaitan dengan suatu perjanjian pembiayaan antara 1MDB dan 1MDB-Petro Saudi JV.

Mungkin Peguam Negara Malaysia dapat menjelaskan mengapa pelaburan 1MDB sebanyak $1 bilion harus pergi ke dalam akaun Good Star dalam RBS Coutts Bank di Zurich. Atau adakah beliau akan menafikan bahawa ini berlaku? Dalam kes ini beliau patut menunjukkan bukti bahawa ianya tidak berlaku. Semata-mata dengan berkata ianya tidak benar tidak mencukupi. Kata-kata Peguam Negara tidak mempunyai sebarang kredibiliti sama sekali. Dakwaan bahawa tidak ada bukti salah laku Najib dalam semua laporan-laporan yang dikemukakan kepadanya adalah seandai mempercayai air mata tangisan buaya. Dakwaan Peguam Negara bahawa Najib telah mengembalikan RM2.3 bilion daripada RM2.6 bilion yang diberikan oleh seorang Raja Arab Saudi yang telah meninggal dunia mempunyai kredibiliti yang sama. Tiada dokumen pemindahan dan tiada resit telah dipamerkan.

Mencuri wang adalah satu jenayah. Semata-mata merampas wang yang dicuri tidak membatalkan jenayah itu. Satu-satunya urutan logik untuk menyita wang yang dicuri adalah membuat pertuduhan jenayah terhadap pencuri. Bagaimanakah DOJ dari Amerika Syarikat akan mengenakan tuduhan terhadap Malaysia Official 1 tanpa menyebut namanya?

Rakyat Malaysia mahu menebus semula nama baik mereka. Mereka tidak mahu dipimpin oleh seorang pemimpin yang disyaki kleptokrasi mencuri berbilion-bilion wang Kerajaan. Mereka sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana Malaysian Official 1 mengawal Peguam Negara dan polis – agensi-agensi penguatkuasaan. Mereka tidak boleh menyingkirkannya melalui undi tidak percaya kerana beliau mengawal majoriti Ahli-ahli Parlimen melalui langkah-langkah yang haram.

Suka atau tidak, mereka terpaksa bergantung kepada tindakan oleh negara-negara asing. Jika Amerika Syarikat benar-benar percaya dengan membasmi rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan negara mereka, mereka sepatutnya tidak segan untuk menyebut nama dan membiarkan proses undang- undang berlaku.

Apabila pencuri adalah pengawas polis dan agensi pendakwa, hanya campur tangan asing sahaja yang boleh membawa keadilan.

Tangislah negara ku yang tersayang.






FEATURED ADS


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selagi umno/BN perintah tiada jaminan tidak akan wujud Najib 2.0, 3.0, dst selepas Najib Razak. Terpulang kpd rakyat utk menentukan. Tak cukup lg dgn umno ka?

Tanpa Nama berkata...

Tujuannya USA nak ugut najib...gergaji dua mata.

Tanpa Nama berkata...

Hairan betul rakyat malaysia ni masih rilek2 sahaja. Masih sibuk dgn urusan masing2..

Unknown berkata...

Salam:

Malaysian Official 1, ialah isteri Rosmah.Rosmah suami Najib adalah Mastermind,siapa yg nak glamour sangat,hollywood,bollywood dan kesenangan /kemegahan yg terlampau-lampau,shopphing yg tanpa sempadan!!luxury jet yg melampau,Jho low kawan siapa!!Riza anak siapa!! 1ST lADY Konon!!

Najib dari dulu,sampai sekarang hanya ikut cakap bini.dia anak spoilt brat tun razak,selalu ponteng sekolah st.john k.l.Hidup dgn kemewahan,dihantar ka u.k.A-level pun kantoi,enjoy enjoy..itulah hidupnya.berjumpa minah kaki melaram,enjoy..

Bila kedua-duanya "BERKUASA" beginilah jadinya.

Rakyat terima padahnya....Membayar harga yg cukup mahal..GST

Tun mahathir patut menyesal kerana ,membenarkan ini berlaku.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Ugut Najib untuk terima Tentera US membuat latihan di perairan Laut China Selatan...

Kalau pelaburan ekonomi, Najib kena usahakan sendiri, tidak ada kena mengena dengan kerajaan Amerika..

Setiap kali nak sebut namanya Najib, adalah yang US minta dari Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Che det yg set the sistem gitu..

Ianya ibarat bapa(che det) kencing beediri anak murid(dsn) kencing berlari...

sistem umno n mesia pula che det yg set kan, dulu che det buang ketua hakim negaro, dsn pula buang pendakwaraya negaro...tak perlu dakwa buat susah2...:)

Tanpa Nama berkata...

Mahathir sendiri mengakui ..

Apabila pencuri adalah pengawas polis dan agensi pendakwa, hanya campur tangan asing sahaja yang boleh membawa keadilan.

Rakyat menjadi lemah dan lama kelamaan jadi pariah.

Tanpa Nama berkata...

Dia dah menyesal la yg dok serang MO1 tu...klau tidak boleh sj dia goyang kaki mkan elaun puluh ribu setiap bulan..hal lain tu mampus pi kat hampa la.. moga rakyat bersatu trmasuk tun utk tangkap penyamun ni...

Tanpa Nama berkata...

ku terdengar satu suara dr dalam bukit...

ADA 4 ORANG SAKSI KE?

ku tnya org suara apa itu serak2 basah. mereka kt babi dlm bukit

Tanpa Nama berkata...

Berita hari ini menyiarkan perjumpaan Najib dengan parlimen Mahasiswa...jika tak silap.

Ramai yang tersenyum, bertepuk dan bersorak mendengar ucapan Najib.

Bukan sedikit yang suka dengan cara Najib terutama mereka yang jadi Ketua samada di jabatan atau di Syarikat. Tindakan mereka dan niat mereka tidak boleh di persoalkan jika tidak di lihat sebagai melawan dan asyik membangkang.

Malaysia melahirkan mahasiswa yang akan memimpin dengan jalan mudah tanpa memikirkan keburukan asalkan mereka capai apa yang mereka idamkan.

Hari ini ramai ketua kepada pekerja pejabat mengguna cara begini. Ada yang tidak berani berdepan dengan pekerja atau kakitangan malah menjarakkan hubungan dengan kakitangan apabila berbuat sesuatu untuk jabatan atau syarikat. Ketua-ketua ini mengguna Pegawai bawahannya menekan kakitangan. Untuk mengurangkan kos, kakitangan tidak dibenarkan membuat tuntutan bayar kerja lebih masa, kenaikan pangkat dan bonus di jadikan dedak dan dalam mesyuarat Pegawai tidak bercakap.

Jika ini lah cara yang di pilih oleh Mahasiswa, tiba lah masa peluang perlu di beri pada individu yang mempunyai nilai amanah dan berprinsip murni yang bukan produk keluaran universiti. Kita tidak boleh bergantung kepada mahasiswa yang sealiran dengan kita kerana jumlah yang suka kan kuasa adalah ramai dari yang mengunakan kebijaksanaan.

Mahasiswa yang hadir perjumpaan tersebut melihat masa depan mereka dalam parti politik mempunyai peluang yang besar untuk menjadi jutawan kalau tidak kaya raya.

Mereka lah punca kekalutan dan kemusnahan masa hadapan generasi seterusnya.

Tanpa Nama berkata...





AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Mem-BERI
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Pe NYAYANG
Siratol MUSTAQIM...LURUS dan Suci
Mukjizat Yg Suci...AGUNG Ber Kumandang
Yg LURUS dan Suci...Kan Kaseh Ber BAKTI
Yg Kaseh Ber BAKTI...TAK Mintak DiPandang
Hanya Pandangan MU Yaa RABBI..Ku Hirau ku KENANG


Siratol MUSTAQIM...Lurus dan SUCI
Wa-SYARIK-Hum-fil-AMWAL...Mnjd Syirik dek HARTA
Yg LURUS dan Suci...Kan Kaseh Mem-BERI
Yg SYIRIK dek Harta...Kan MenCURI-FITNAH Ber Dusta!

Yg Lurus dan SUCI...Ber AMANAH DiHATI
Yg SYIRIK Dek Harta...Bertakhta lah Iblis DiJiwa
Yg Lurus dan SUCI...AMANAH-Ummah Di Santuni
Yg SYIRIK Dek Harta...Ummah Di TIPU Semahu2nya
Yg SYIRIK Dek Harta...FITNAH MenCURI Mnjd Kerjaya
Yg Syirik Pun Berkata...CASH is King, AMANAH pun LENYAP & Sirna



Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber Cahaya
Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL...Mnjd SYIRIK Dek Harta
Yg LURUS Ber CAHAYA...Menyuloh Pen DUSTA
Menyuloh Yg SYIRIK...Yg Ber Tuhankan HARTA-Kuasa
Menyuloh Yg SYIRIK...Yg Terang2 DiDepan MATA
Yg MURTAD = TunggangTerbalik LIDAH & Perbuatannya
Yg MURTAD = TunggangTerbalik TAK Leh DiPercaya
TUHAN Cuma DiBibir...DiJubah & DiSORBANnya Smata2!


Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL...Syiriknya Manusia
Manusia Jd SYIRIK...Berpunca Dek Krn HARTA
HARTA Yg Ber Biliyun...Dpt Menguasai KUASA
Cash Is KING...BerMahraja lah SYIRIK Smahu2nya
CASH is King...BALAK Projek Komisyen Be RAJA Didada
CASH is King...FITNAH Khianat MenCURI Itulah Caranya


Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL...Syiriknya Dek HARTA
"ALLAH-or-AMANAH Is d KING...Dah TAKde Bermakna"
"ALLAH-or-AMANAH Is d KING...Dipijak SeHINA2nya"
"ALLAH-or-AMANAH is d KING..Mainan_Syirik Hudud AUTA
Oh! Alangkah TERANGnya...SYIRIK Kat Depan MATA
Dimana Wostad2 TV n Radio...Yg Sunyi GELAP & Buta?
Dimana Holamak Hudud...Jd Setan TAK Ber Suara??
Adakah Hudud Lebih Utama...Drp SYIRIK Yg BerKuasa???
Apalah Guna Klu Dah Syirik-MURTAD...Harta Dan KUASA Telah Mem BUTAkan Sgl2nya!

Hanya Yg Empunya Mata-HATI Shj...Yg Dpt Memahaminya
Yg Dpt Menyaksi Kannya...Ter Sgt2 TERANG dan Nyata
Yg Syirik-MURTAD-Buta...TAK Kan Dpt "Merasa" apa2








Tanpa Nama berkata...

Apa kata haron jin dan lebai hadi. Ulamak no 2 donia....

Malaysiabaru berkata...

Ceo 1mdb apa nama.. Sharol biol tolol??? Tak nak cerita ker mana duit pg?

Src - Nik baruah bin Najib transfer juta ... Ikut sdp dia dlm akaun Najib

Pdrm??? Apesal sembab siasat dah nak masuk 2020 dah pru 14 dah... Khalid fred flonstone nak siasat ke tak..nih..

AG - ko tau ke Ape kerja AG??? Ikut alquran ko kena adil bukan nak bela Najib.. Zeti bagi kertas siasatan kpd pejabat AG ko kata tak lengkap..tak relevan tak ckup bukti.. AG ko tlg gergaji otak ko sikit bg straight bukan semget

Arul Keling abu dbabi ... Pandai ko belit belit yer terbaik lah ceo nih

Yvone li peguam 1mdb dpt 5juta u.s buat deal 6b dgn goldman sachs?.. Kwn sontot jho lok

Jho low... Manipulasi master ... History rekod swindle 1b usd... Cina tembam muka mcm b'**

Menteri Saudi al juburie subahat kata 2.6b duit dari raja Abdullah

Putera putera Arab kerjanya laundering wang haram .. Duit takde dah joli betina dan kapal layar... Kerjanya rembat bond !!! Negara mugabe land

Najib- cepatlah bwtambus .. Ekonomi makin jahanam.. BAGI IBRAHIM ALI SBG PM pun takpelah asal bukan Najib..

Tanpa Nama berkata...

Kami dah lama tahu siapa itu MO 1
Yang tak paham paham orang UMNO sendiri

Tanpa Nama berkata...

akaun najib setakat ini 2.6b

harta besar reza yg tersenarai 3+b

blum masuk kereta dan belanja yg sudh pasti menggila

dari nilai itu pun nilai utk najib lbh rendah.

knapa bkn anak najib sendiri yg dpt bellion begitu.

knapa mesti anak rosmah?

ini satu bukti lg yg MO1 bukan najib

tapi MO1 ialah MEM OFFICIAL 1.

jelas najib memang diperbudakkn oleh MO1

tu baru harta reza. harta mem tu sendiri berapa ye.

sepersalinan mem saja pun.. tolak tubuh badan yg tidak berharga itu.. sudah blh mencecah dkt 1juta (gelang cincin anting2 jam handbag kasut pakaian luar dalam dll)

klu bini firaun hidup dia pun mungkin kt ...astagfirullah

Tanpa Nama berkata...

amno dah memang macam tu sapa ada kuasa
dia maharaja
dulu zaman matde lebih kurang saja perangainya
tapi atas kes yang berbeza beza
humban amno jauh jauh

Tanpa Nama berkata...

Berita hari ini menyiarkan perjumpaan Najib dengan parlimen Mahasiswa...jika tak silap.

Ramai yang tersenyum, bertepuk dan bersorak mendengar ucapan Najib.

Bukan sedikit yang suka dengan cara Najib terutama mereka yang jadi Ketua samada di jabatan atau di Syarikat. Tindakan mereka dan niat mereka tidak boleh di persoalkan jika tidak di lihat sebagai melawan dan asyik membangkang.

Malaysia melahirkan mahasiswa yang akan memimpin dengan jalan mudah tanpa memikirkan keburukan asalkan mereka capai apa yang mereka idamkan.

Hari ini ramai ketua kepada pekerja pejabat mengguna cara begini. Ada yang tidak berani berdepan dengan pekerja atau kakitangan malah menjarakkan hubungan dengan kakitangan apabila berbuat sesuatu untuk jabatan atau syarikat. Ketua-ketua ini mengguna Pegawai bawahannya menekan kakitangan. Untuk mengurangkan kos, kakitangan tidak dibenarkan membuat tuntutan bayar kerja lebih masa, kenaikan pangkat dan bonus di jadikan dedak dan dalam mesyuarat Pegawai tidak bercakap.

Jika ini lah cara yang di pilih oleh Mahasiswa, tiba lah masa peluang perlu di beri pada individu yang mempunyai nilai amanah dan berprinsip murni yang bukan produk keluaran universiti. Kita tidak boleh bergantung kepada mahasiswa yang sealiran dengan kita kerana jumlah yang suka kan kuasa adalah ramai dari yang mengunakan kebijaksanaan.

Mahasiswa yang hadir perjumpaan tersebut melihat masa depan mereka dalam parti politik mempunyai peluang yang besar untuk menjadi jutawan kalau tidak kaya raya.

Mereka lah punca kekalutan dan kemusnahan masa hadapan generasi seterusnya.

Mereka akan memburukkan lagi keburukan yang di tinggalkan oleh Mahathir yang ditambah burukkan lagi oleh Najib.

Cara ini bukan nya cara professional seperti mana anggapan mereka.