29 Jul 2016

Kamu Yang Melampau Kamu Tuduh Orang Lain!

Kalau benci pun jangan melampau sangat’

SHAH ALAM – Pas mengingatkan mana-mana pihak yang menuduh parti Islam itu membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak menabur fitnah.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, parti itu hanya mengingatkan sahaja kerana tidak mahu AS menjadikan isu pendedahan DOJ itu sebagai alasan untuk melakukan sesuatu kepada negara ini.

“Tak habis-habis hendak fitnah kepada Pas. Terbaru kata Pas bela (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat.


"Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu.

“Pas hanya mengingatkan sahaja. Siapa tidak kenal AS terhadap negara umat Islam. Kononnya Osama Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi.

"Di Syria, atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. Pas konsisten mengenai hal kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, DAP mendakwa Pas membela Najib selepas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan sebarang tuduhan mahupun dakwaan terhadap Perdana Menteri perlu disertakan dengan bukti dan saksi yang adil.

Menyentuh soal pendedahan DOJ mengenai dua rakyat Malaysia, Riza Aziz dan Jho Low, Idris menyarankan agar tindakan diambil ke atas mereka.

“Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti.

“Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab,” katanya.

Rabu lalu, DOJ dilaporkan cuba mendapatkan kembali 17 aset bernilai lebih RM4 bilion melibatkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan melalui dana 1MDB.

ULASAN GB

Siapa yang melampau sebenarnya ni?

Siapa yang buat kenyataan keluar PAS boleh jejas akidah?


Siapa yang membuat komplot dan konspirasi menyingkirkan golongan professional dari PAS dengan menggunakan CAI semasa muktamar PAS yang lalu?


Idris berkata: "Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu."

Siapa yang hilang rasional sebenarnya sehinggakan orang yang keluar parti dianggap pengkhianat sedangkan Perlembagaan PAS sendiri mengizinkan ahli-ahlinya meninggalkan parti?



Malah siapa yang bertindak ganas dan agresif serta hilang akal jika bukan dari kumpulan ulamak sendiri? Contohnya di dalam kes Ustaz Miqdad Zakaria yang menyertai AMANAH diugut oleh ahli PAS:


Siapa yang sering berbuat fitnah (bila dah benci sangat DAP), jika bukan dari kumpulan ulamak sendiri, dua-dua pesuruhjaya PAS negeri?



Mengapa kamu, wahai Idris tidak mahu menegur kedua-dua pemimpin PAS di atas yang menabur dan berkongsi fitnah sesuka hati?

Siapa yang berlagak dan perasan serba tahu jika bukan kumpulan kamu sehingga mengetahui ada nombor ahli PAS bakal ahli syurga?


Ada banyak lagi kenyataan-kenyataan "ulamak PAS" yang mempunyai ketiga-tiga ciri yang Idris sebutkan itu. Namun ruang di blog saya ini tidak mencukupi untuk dipaparkan kesemuanya itu.

Mereka yang menyertai AMANAH tidak membenci ulama. Malah kami juga dipimpin dan dibimbing oleh ulama-ulama, tetapi bukan ulama-ulama seperti ulama-ulama di dalam PAS yang cakapnya tak serupa bikin.

Tiada siapa yang menghina ulama PAS kecuali ulama PAS itu sendiri membuat perkara-perkara yang menyebabkan mereka dihina dan dibenci.

Menyentuh mengenai siasatan DoJ Amerika Syarikat pula, ia bukan soal campurtangan. tetapi soal pihak berkuasa di negara ini yang sudah hilang kuasa dan peranannya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan apabila mereka yang  berani tiba-tiba dipecat, ditukar atau disejuk-bekukan.

Apabila ruang di dalam negara ini sudah tidak memungkinkan kebenaran dan keadilan itu ditegakkan, maka Tuhan mendatangkan pihak luar untuk melakukannya bagi pihak kita.

Salah siapa bila hal itu berlaku?




FEATURED ADS


30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia tu bangang. Tak usah layan sangat dia tu.

Unknown berkata...

Saya ahli pas. Tak ingat nombor (tak penting pun). Mutakhir ini saya mmg amat kecewa dengan tindak tanduk pas. Selepas TGNA pergi mnggalkn kita dan di tmbah pula dgn masuknya DSAI ke dalam penjara mmbuatkan huru hara di zon pmbgkang. Apa la nk jadi ni. Fokus2.. musuh politik kita siapa sbnrnya? Tlglh dgr wahai pemimpin2 pakatan semua. Tolonglah bersatu semula. Kami yg di bwh hanya mahukan itu. Kami dah tak tahan dgn cara najib perintah negara ni. Kami nk sistem baru yg lbh adil. KaMi mahukan pemimpin yg berjiwa khalifah. Negara dah hmpir musnah. Kenapa masih tak mahu bersatu. Ayuh.. mari kita tegakan keadilan mncari kbenaran. Biar rebah di dalam perjuangan. Demi mncari redha allah maka marilah kita bersatu semula jatuhkan kezaliman. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Bahahahaha
Bangang tak habis2

Pencolekhangek berkata...

Setuju sangat!!! Jangan layan orang bangang. Bangang betingkek-tingkek. Simpan sikit untuk mado dopan!!!

Tanpa Nama berkata...

Bonggok nya parti pas serta ahli nya....sinar yg begitu mudah pon tk dpt nk bt Bagi etul lulus dpt maruah yg baik..... semuanya kerna dedak..... nak sgt berperdana menterikan najis najis dr umno BN..... malunya jd ulamak yg tk dpt membezakan yg has dan yg batil.

Tanpa Nama berkata...

Deris dah bangang bila bsama hadi awe n harun jing. Dia mengato orang dia yang lebih loklak. Meludah kelangit kena muka deris sediri. Kesian deris. Dah dapat phd belomm?? Kikikiki

Tanpa Nama berkata...

Konon2 dgn alasan ni..AS Akan langgar msia la..pstu jdi la mcm negara2 arab..bodo..penasihat msia skrang kn israel..AS xyah Mai pun..ni penyangak yg dlm negara ni dok tutoh duit ni..hang wakil rakyat buat apa?..buta ka ust bengong

Tanpa Nama berkata...

Wahai Idris. Mu baca tak lapuran pendakwaan dr US tu. Utk pengetahuan mu..tak da satu perkataan pun US nak campurtangan hal ehwal malaysia. Mereka buat pendakwaan apa yg berlaku di US atas penyelewengan dan pengubahan wang haram 1MDB tu.
Kenapa bangang sangat ulammak Pas ni.




Tanpa Nama berkata...

Kesian Idris ni.apa uang dia cakap seperti dia tak faham apa yang orang lain cakap,dia pandai tapi pandir.bercakap laju tetapi tindkanya perlahan.benar apa yang diucapkan tetapi dia sengaja mencari alasan agar nampak dia betul.sesudahnya ialah dia bangang ,sama je dengan presidengnya.


Tanpa Nama berkata...

Ulama pas suci mulia

Memang suci mulia, siapa berapa Tak setuju? Tak takut dikafirkan Atau dikafirharbikan?

Yala, bela najib Kerana nak Lawan AS yang kapir, memang alasan yang suci mulia

Ulama pas memang suci mulia.

Tanpa Nama berkata...

Bukan salah ibu mengandung tapi salah PAS pi lantik orang yang tak tau berfikiaq yang mana betui dan yang salah sebab lulus bidang agama hanya untuk nak ajaq sembayang dan sifat 20 saja lain apa yang depa tau.Hancus!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Bagi PasCai.. semua org lain salah.. diri sendiri semua betul.. dia ingat semua org bodoh tk boleh nak berfikir..

Unknown berkata...

Ustad2 pas dah terserlah bangang politik. Cakap berbelit2..pas mmg kolot politik sejak ketiadaan tok guru nik aziz..pas skrg guna perkataan islam utk politik cari makan.

Tanpa Nama berkata...

Amerika nak buat dengan malaysia?kalau kerana longgok wang haram di us adakah itu alasan amerika nak serang malaysia?setakat kerja haram tu undeng2 dan pasukan fbi yg cekap mampu selesaikan..tak usah lah nakpusing2 dengan cara bodoh..kalaupun amerika serang malaysia ape malaysia mampubuat?amerika hanya serang dari laut danudara saje lebur malaysia macam duit pelaboran 1mdb..

Tanpa Nama berkata...

Pak Haji..benda ni mudah ja..kalau ada warganegara America buat jenayah kat Malaysia dia akan diadili di Malaysia..sama jgk jgk la kat America

Lg satu nk bgtau Pak Haji dah berkurun dah Malaysia berkerjasama dgn America..kerjasama dlm bidang ekonomi,pendidikan,ketenteraan,sosial dsbnya..malah America@ Israel dah dilantik sebagai penasihat dasar kerajaan lama sblm party Pak Haji berkira2 nak jadi Tuan penasihat kpd kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS tidak di-sokong dengan ahli2 yg bodoh2 belaka...mana mungkin PAS masih lagi berkuasa lagi di-Kelantan?? PAS pun tahu hakikat nya...ahli2 yg bodoh belaka di-UGUT dgn syurga dan neraka...macam parti PAS ini parti yang pegang kunci syurga dan neraka.

Ulamak-ulamak PAS adalah cerminan yg apa Nabi(SAW) kita berpesan akan ujud di-akhir zaman golongan yg sedemikian.Sila ambil perhatian wahai orang2 PAS. Jangan syok sendiri...umat melayu Islam di-Malaysia ini sedang memerhatikan gelagat kamu semua!!

Tanpa Nama berkata...

don't look back in anger

Tanpa Nama berkata...

Memang pemimpin2 PAS pun dah bermusuh dengan PKR sementelah DAP. Kalau dulu surat khabar Keadilan boleh dibeli dari penjual surat khabar Harakah sbb penjual tu ahli PAS. Sekarang mungkin2 kerana perseteruan agak ketara surat khabar Keadilan tidak lagi dijual oleh mereka. Jadi tidak perlu hairan dgn sikap PAS sekarang.
Jangan sokong dan beri undi lagi kepada calon2 PAS kerana sikap permusuhn itu.

Malaysiabaru berkata...

Betul ulaarrdmak pIS tahap bangang

Malaysia guna GOLDMAN SACHS bank Yahudi terbesar dunia utk nond 1mdb 6b.

Pas sokong 1mdb sokong Najib sbb pak lebai pIS dpt tajaan mekah oleh 1mdb

Malaysia pakai Yahudi utk buat amal akhirat

Lepastu kata Amerika nak sabotaj Malaysia sbb sokong palestine

Bangbag betul ularrrrmak pIS

Unknown berkata...

Idris Ahmad dan Tuan Ibrahim Tuan Man juga Mahfuz Omar adalah sakibaki pemimpin PAS yang masih mahu membetulkan keadaan dan menyatupadukan PAS-AMANAH.
Walau bagaimanapun sepatah kata seruan ke arah perpaduan Tuang Presideng yang maha berkuasa olamak taraf donia akan bersabda menempelak dua susuk ini, diikuti oleh kenyataan bodok juak'juak pengampu lain yang ingin mendapat perhatian.
Oleh kerana tidak rela di terajang keluar TITM dan Idris Ahmad terpaksa buat kenyataan "balancing act" supaya kemurkaan yang maha berkuasa Tuang Presideng berkurangan dan sejuk hati....dalam bahasa mudah...kenyataan di atas tu cuma nak usap telor haji hadi supaya hilang bengisnya....

Tanpa Nama berkata...

kalau kita teliti hanya H.hadi dan Haron Din yang menjadikan Pas bercelaru samada diperingkat peminpin begitu juga diperingkat bawahan.tolong ahli bersatu untuk membersih peminpin yang buat onar dan kita mesti istiqamah untuk menjatuhkan peminpin zalim.

Tanpa Nama berkata...

Kita pun hendak mengingatkan sahaja supaya jangan negara sampai bangkrap. Sekarang ini pun negara jadi negara pariah, bukan negara Islam..

Tingkat kan lah kerasionalan awak supaya semua petunjuk-petunjuk dari awal hingga sekarang di gunakan untuk melihat bagaimana Najib mengunakan 1MDB dengan rakus.

Memang Islam meminta kita ingat mengingat dan nasihat menasihati antara satu sana lain.. tetapi awak mengambil tindakan Amerika yang telah lepas supaya kita berhati-hati tetapi awak tidak mengambil perbuatan Najib dan UMNO yang sudah-sudah... Bagi awak Anwar Ibrahim memang sah telah melakukan liwat, satu dosa yang Allah tidak akan ampunkan yang mana Amerika tidak buat pada sesiapa. Itu sebab dosa-dosa dan kejahatan UMNO yang lepas-lepas awak boleh terima.

Mana letaknya ayat Demi Masa... semasa pemimpin awak menggila membenci pemimpin yang di kalahkan dengan cara cai? Adalah malu sikit bila nak cakap orang awak sendiri bergelumang dengan dedak.

Amerika tak payah bersusah-payah untuk mendakwa dan merampas harta 1MDB untuk menyerang ke atau masuk campur urusan Malaysia. Banyak cara lain yang lebih mudah untuk Amerika campurtangan. Jika Najib tidak bersalah atau perlu menghalang tindakan Amerika, Najib mesti berani lancarkan 'buy America last' ..


Cara PAS bukan nya untuk mengingatkan atau menyelamatkan Najib tetapi PAS melepaskan Najib dan UMNO dari batas-batas hukuman dan keadilan untuk kepentingan Hj Hadi dan beberapa kerat pemimpin. Parti sedikit pun tidak dapat menafaat.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Terbaek idris ahmad.ucapan spt budak xsekolah tu makcik pakcik felda kampong blhla berhujah mcmtu tu ramai makcik pakcik felda mulai nampak kebenaran skrg.dlm pas nampak mahfuz sj yg masih konsistan menentang bn.titm mula2 nampak mcm bijak last2 kena sound hadi terus salahkan pan pulak.sama2 je titm dgn walaun lain..bagus2 pas dipimpin oleh pemimpin mcmni.next pru pas terkubur, analisa menunjukkan pas bakal kehilangan kelantan.tiada parlimen mahupun dun.akhir sekali sama spt parti ikatan.manakala ph akan bykn kekalahan next pru.pru yg seterusnya lah kalau baru nak bangun semula.lama lah lagi Malaysia disamun penyamun.kesian rakyat Malaysia termasuk aku sekali..

Tanpa Nama berkata...

idris,titm,iskandar prgi la jmpa jmpa ahli2 pas ajak mreka masok ph senang cerita tk payah pening2 nanti bla pru14 datg

Tanpa Nama berkata...

Si Dris ni bila bersuara je maka nampaklah kebangangngannye, jelaslah ketololannya maka memang sesungguhnya dia begitu. Jangan layan, jangan ambil port

Tanpa Nama berkata...

Sedeh..sedeh..OSTARD dah jadi RETARD..dah kene minyak cenuai Umngok sampai dah tak reti nak beza mane yang betul mane yang salah..kang kalo orang tuduh makan dedak kate orang fitnah pulak..tapi cara bercakap tu macam..diulang..MAAACAM..yer..kalo rasa cam fitnah..sila bukak kamus DBP..hehehe..

Tanpa Nama berkata...

SEKALI LG UST PAS PERLIHATKN KEBODOHAN DN CULAS DLM BERBICARA.

RUU PUN PAS TK MAHIR UNDANG2 DN BUAT SILAP... INIKN PULA ISU NASIONAL MELIBATKN US DAN NAJIB.

PAS NI DH KENA MENTAL BLOCK. ASAL AMERIKA SAJA MESTI JAHAT NAK SERANG ISLAM MCM AFGHAN IRAQ.

CUBA TNYA KHALIFAH KORANG NAJIB TU...SAIN TPPA TU JADI ALAT BLOK MANA? BUKAN AMERIKA KE?

UST DN ULAMAK YG CULAS DLM BERCAKAP. YG NMPAK SGT BODOH TK LAYAK MEMIMPIN UMAT.

SALAH SATU SIFAT NABI SAW IALAH BIJAKSANA. KLU BODOH TK LAYAK PERASAN PEWARIS NABI. TELAH PUN UST PAS TERGIUR NAK JADI PEWARIS HARTA NAJIB.

SOALAN MUDAH AJE UTK PAS. ANTARA KAFIR DGN MUNAFIK YG MANA LEBIH JAHAT

Pemuda parit kings berkata...

Niat memang baik sedara...tapi hakikat tetap hakikat sedara...bg pandang an saya selaku penggerak pas dulu...usah pandang belakang sedara...jgn pula melangkah kebelakang...ada wadahh baru contohnya amanah...Bukan saya tak suka dgn pas...tapi pimpinan pas yg dulu yg mendidik saya ...jika tak benar dan nyata salah berulang-ulang...takkan kita nk tunggu lagi???adakah pimpinan pas yg ada sekarang boleh buat kesilapan demi kesilapan dan kita nk biarkan???adakah sedara mampu tegurr pimpinan sedara skrg???jika ditegur adakah ianyaa berubah???cukup2lah sedara...pandang lah keep an sedara demi kelangsungan anak cucu kita...maaflah sedara...Cuma pandangan saya Sahaja..

Tanpa Nama berkata...

Ularmak pis pun dah ikut perangai zionis...nanti sama2lah mereka kat neraka.

Tanpa Nama berkata...

Manada org baca harakah lagi sekarang..yg baca tu vuma yg bangang ja.