10 Jul 2016

UMNO Kepada PAS: "I Love U" Kerana Wujudkan 3 penjuru

GB agak sibuk kebelakangan ini. Jadi kekurangan masa untuk kemaskinikan blog ini seperti dulu.

Begitulah untuk entri kali ini cuma ada satu cedokan dari status FB Harapan Pb. Pendek tetapi agak menarik.

Ia berkisar mengenai kedudukan PAS di dalam arena politik negara yang kini berada di dalam apa yang dinamakan blok ketiga. PAS bersama IKATAN (bekas UMNO). UMNO gembira teramat sangat apabila berjaya memusnahkan Pakatan Rakyat dengan bantuan PAS. Dan langkah UMNO itu berhasil di dua PRK yang lalu dengan kewujudan pertandingan 3 penjuru yang menyebabkan UMNO menang dengan majoriti yang besar.


Jom kita ikuti:

3 Penjuru I Love U

Dialoq seorang kawan dengan orang Pas

Orang Pas kata "Umno tidak di hati Pas"
Kawan jawab, "Betul , Umno tidak di hati Pas tapi Pas kini di hati Umno"
Orang Pas kata, "Pas tak akan bergabung dengan Umno"
Kawan jawab, "Betul, tidak bergabung tapi cukup la Pas disayangi Umno"
Orang Pas tanya, "Kenapa Umno nak sayang Pas"
Kawan jawab, "Kerana Pas sanggup bertanding 3 penjuru, 3 penjuru I love u"
Orang Pas tanya, "Apa bukti Umno sayang Pas?"
Kawan jawab, "Bila TV3, Utusan Meloya dah tak hentam Pas"
Orang Pas berlalu pergi, tak mahu bercakap lagi


ULASAN GB

Teringat sangat pesanan Ustaz Fadzil Noor:



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa dasar yg dibawa oleh nik aziz dulu amat berbeza dgn dasar yg dipraktikkan oleh harun din dan hj hadi skrg? Adakah pimpinan skrg menganggap dasar yg dibawa oleh nik aziz dulu adalah menyimpang dan tidak betul? Mohon pencerahan dgn persoalan ini...

Malaysiabaru berkata...

Kita sibuk dgn perpecahan di kalangan pembangkang begitu juga umno pun berpecah

Tapi yab Najib dan umno lebih tegas bwrdisiplin dan bijak apabila memecat 3m + mat Sabah.

Najib amat berani dan tegas dalam meluruskan saf umno

Di Selangor kebaculan dan ke pendek akal azmin ayun ali menunjukkan pembangkang dlm keadaan ' grid lock. Check mate. Catch24 'apabila berpecah dr segi politik tapi tidak di peringkat kerajaan.

Azmin tidak tegas dan lemah pendek akal kerana sayangkan kerusi Gombak bukit ab dan mb. Biar pakatan hancur dan pkr bungkus azalkan azmin maju dalam politik negara...

Rakyat keliru! .. Pas masih bersama pkr dap d Selangor ! Buat keputusan penting dlm exco..

Sapa kata pembangkang bwrpecah?

Rakyat marhaen nampak ketidak tegas dan lemah ketua kerajaan Selangor dan terpaksa kata kpd ph .. Good bye... Kamu sudah tidak waras.. Tiada karisma good bye PH !!!

Selamat datang majoritg 2/3 bn!

Tanpa Nama berkata...

Satu demi satu pemimpin PAS yang nampak tak betul sampai ada yang guna perkataan lucah konon ada cina yang kata hudud Hadi tidak ada kena mengena dengan cina.

Pasal seorang cina .. se orang cina .. kata apa yang Islam nak buat, buat lah asalkan tak melibatkan cina. Adakah se orang cina mengambarkan semua cina dan india pun bersetuju dengan hudud?

Ini penceramah tahap gaban !

Paling gaban lagi mengarut-marut ialah jika bentang hudud bulan Oktober nanti semua pemimpin Islam mesti sokong. Kalau tidak munafik.

Jadi mengapa perlu berbaik dengan UMNO semata-mata untuk bentang hudud? Sedangkan semua pemimpin UMNO juga mesti sokong hudud. Tidak ada keperluan untuk PAS berbaik dengan UMNO dalam hal hudud.

Jika kerana hudud, PAS sanggup berbaik dengan UMNO maka sebab yang sama jugalah PAS mesti berbaik dengan parti AMANAH.

Tetapi PAS lebih suka guna paksaan ia itu menghukum mereka sebagai munafik jika mereka tidak sokong.

Najib 10 kali munafik sebab Najib mengaku tolak hudud dan Najib juga lah yang menukar niat asal PAS dari hudud bertukar menjadi RUU.


Tanpa Nama berkata...

PAS yang telah banyak berubah untuk berada dalam dakapan UMNO.

Macam-macam perkara pelik yang tidak di sangka-sangka di buat oleh PAS.

UMNO tidak perlu berubah sebab UMNO ada kelebihan ia itu dedak.

PAS tidak akan berubah jika tidak di sebabkan oleh dedak tersebut. Keinginan cukup lah Allah bagi ku sudah semakin pudar bagi pemimpin PAS.

Perjuangan PAS lebih di bantu oleh UMNO bukan di bantu oleh Allah kerana cara PAS yang berubah begini menunjukkan PAS sudah berputus asa dengan cara perjuangan PAS yang asal.

PAS mendapat kekuatan dari dedak dan bagi PAS dedak ini datang dari Tuhan juga. Mana letaknya yang selalu disebut-sebut olah penceramah PAS iaitu yang baik hanya dari Allah dan yang tidak baik dari saya.

Wallahualam. Kepada Allah dikembalikan.

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

Seorang yg bergelar ustaz mahupun tok guru tidak semestinya hebat dan pintar berpolitik wakaupun ada ilmu agama. Bila orang kritik seorang ustaz atau tok guru sebab cara berpolitik yg tidak cerdik, puak tu kena faham yg dikritik orang itu dan bukannya condemn ilmu dia sebagai ustaz/tok guru. Ada faham ka ?

Tanpa Nama berkata...

Baik nujum pak belalang.

Isaac berkata...

Dah dpt jawatan lumayan kenalah buat kerja...

Unknown berkata...

Nape hang tak sokong ruu355, to upgrade the status of mahkamah syariaah..

Tanpa Nama berkata...

RUU @ hudud? Yg selalu dicanang adalah hudud....org atas dok pusing2, yg bawah dok pening2....

Tanpa Nama berkata...

Apa kah dengan tambah denda, tambah jumlah rotan dengan tambah hukuman penjara status mahkamah Syariah boleh di upgred ? Kalau macam itu apa kata sebat 100 kali.. denda RM 26,000 dan penjara 10 tahun.. itu baru lah betul-betul kasi upgrade mahkamah syariah.

Yang PAS sibuk kan .. Bukan nya upgrade tapi TOP UP !!

Anwar Ibrahim ada kes di mahkamah Syariah.. berapa media yang melapurkan secara konsisten dan terperinci? Berapa orang Islam yang mengikuti nya ?

Sehingga sekarang masih berjalan.. macamana Anwar Ibrahim kena di mahkamah sivil macam itu lah Anwar Ibrahim dikenakan di mahkamah Syariah.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Selangor sudah sejuk. Mereka skrg perlukan umno semula utk menghangitkan semangat yg sudah Sejuk beku. Bila kehidupan makin sempit dan nak kojol, baru teringat nak sungkurkan penyamun.