24 Jul 2016

Tak Perlu Penafian Najib Sebagai MO1, Kerajaan Perlu Bertanggungjawab!

Siapa pun ‘Malaysian Official 1’, kerajaan mesti bertanggungjawab

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, berkata kerajaan tidak perlu berdolak-dalik terhadap pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, sebaliknya mesti bertanggungjawab kerana 1MDB adalah syarikat kerajaan Malaysia.

Ini katanya termasuklah melalui campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan kerajaan yang disifatkannya sebagai cubaan ‘mengawal kerosakan’ itu bagaimanapun tidak menjadikan kerajaan dilihat bersih sebaliknya seolah-olah mengesahkan segala pendedahan yang dibuat pelbagai pihak termasuk parti-parti pembangkang, portal Sarawak Report dan blog-blog politik sebelum ini.



“Siapapun Malaysian Official 1 itu, 1MDB tetap milik kerajaan Malaysia. Kerajaan kena bertanggungjawab, kena jawab, dan yang akhirnya pada saya, Yang di-Pertuan Agong kena ambil tindakan. Jangan beri amaran lagi, perlu desak Najib buat tindakan yang sepatutnya,” tegasnya ketika dihubungi Roketkini.

Menurut Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu, pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang telah memalukan imej negara tersebut sekaligus menunjukkan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang terlibat dalam penyiasatan kes 1MDB seolah-olah tidak berkelayakan atau bersekongkol dengan Najib.

“Maknanya seolah-olah agensi kita seperti polis kita, penyiasat, Peguam Negara kita, sama ada lemah atau tak berkelayakan atau tak bekerja atau bersekongkol dengan Najib,” ujar beliau.

“Ini sudah sampai ke tahap kritikal, kalau kerajaan tak buat apa-apa, dia boleh tenggelam, dan siapa yang bersama dia baik Peguam Negara, baik polis, mungkin akan tenggelam bersama. Kita tak mahu negara kita tenggelam bersama dia,

“Dia nak tenggelam tak apa. Tapi rakyat tak nak tenggelam dengan dia,”
tegas Aziz.

Ditanya mengenai analisis pihak tertentu yang mengatakan BN akan menang besar jika pilihan raya diadakan sekarang, Aziz berkata sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan demikian.

“Kalau dia kata boleh menang kenapa pilihan raya yang dicadangkan di Pulau Pinang macam-macam dia kata? Kalau dia yakin masuklah (buat pilihan raya),” ujar beliau.


Skandal 1MDB: Tidak malukah Umno berketuakan Najib? soal Salahuddin

Ketika beberapa menteri kabinet bersungguh-sungguh membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak mempunyai kaitan dengan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) terhadap dana 1MDB yang disalurkan kepada tiga individu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bertanya kepada ahli dan pemimpin Umno, tidak malukah berketuakan Najib?

Ini kerana sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang bertanggung jawab meluluskan pelaburan 1MDB di luar negara, Najib dilihat tidak melakukan sebarang usaha untuk mengatasi kepincangan syarikat pelaburan kedua negara itu.

Malah dua daripada tiga individu yang disiasat Jabatan Kehakiman AS itu mempunyai kaitan rapat dengan beliau iaitu orang kepercayaannya yang mencetuskan ide penubuhan 1MDB, Jho Low dan anak tiri beliau sendiri, Riza Aziz.


Salahuddin menambah, kenyataan Najib bahawa kerajaannya selama ini tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang juga diragui kerana tiada sebarang usaha dibuat untuk mendakwa mereka yang terlibat malah laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Anggota kabinet Najib juga, tambah Salahuddin perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB kerana secara konsisten menafikan wujud salah laku dan penyelewengan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Tindakan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau selari dengan siasatan yang dilakukan pihak berkuasa Singapura, Switzerland dan Hong Kong terhadap uusniaga 1MDB namun pentadbiran Najib khususnya Peguam Negara berpendapat syarikat tersebut bebas daripada sebarang salah laku.

Najib semalam berkata, kerajaannya memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman AS dan menyifatkan langkah itu selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.

Kerajaan juga, katanya akan memberi kerjasama penuh dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa Najib tidak dilibatkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB kerana siasatan itu 'langsung tidak mengaitkan nama beliau'.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mendakwa 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Siasatan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau tiada kaitan dengan Najib.

"Apa yang disiasat adalah berkaitan 'money laundering' (pengubahan wang haram) ke atas tiga individu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Komunikasi Pasifik dan Asia (Paca) di Universiti Putra Malaysia di Serdang, semalam.

Menurut Salahuddin, adalah amat memalukan bagi Najib dan rakan kabinetnya untuk menafikan sebarang pembabitan terhadap penyelewengan dana 1MDB sedangkan ia membabitkan jumlah yang besar dan sudah menjadi bahan berita di peringkat global.

Lebih mengecewakan adalah sikap majoriti ahli Umno yang berdiam diri dengan skandal mega negara ini sedangkan ia telah mencemar nama negara di peringkat antarabangsa.
-MD



ULASAN GB

Yang disibukkan sekarangoleh "pegawai-pegawai kerajaan" ialah menafikan Najib sebagai MO1 seperti yang dicatatkan di dalam saman Jabatan Kehakiman AS.

Namun tiada sebarang usaha mereka untuk memberitahu rakyat siapa sebenarnya MO1 itu jika bukan Najib.

Pun begitu, katakanlah orang yang dimaksudkan itu bukan Najib, namun ia tidak bererti kerajaan boleh berlepas tangan KERANA ia membabitkan ""Pegawai Kerajaan Malaysia No 1". Jadi siapa pun dia, kerajaan Malaysia perlu bertindak untuk mengesan dan memberitahu siapa sebenarnya Pegawai Kerajaan Nombor 1 itu.

Lebih dari itu, kerajaan Malaysia hanya boleh membersihkan imejnya dengan membawa mereka-mereka yang disebutkan nama-namanya secara terang dan jelas ke muka pengadilan. Jho Low dan Riza Aziz tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Pihak polis perlu mengesan sehingga dapat kedua-dua manusia itu.

Seluruh dunia kini sedang mengikuti dan memperhatikan bagaimana KPN, Peguam Negara, menteri-menteri kabinet bertindak mengenai isu ini. Mereka melihat sama anda kompeten melaksanakan tugas atau membela dan bersubahat dengan isu yang memalukan ini.

Sebarang cover-up hanya akan memburukkan keadaan, bukan memulihkannya.

Tidak timbul soal campurtangan AS di dalam hal ehwal negara. Kenyataan Jabatan Kehakiman AS tersebut memang selari dengan kenyataan Ketua Jabatan Audit Negara sendiri, Tan Sri Ambrin Buang, yang menyatakan laporan auditnya mencukupi untuk siasatan lanjut 1MDB. Tetapi mengapa kenyataannya itu sengaja tidak diindahkan?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sebarang salahlaku tidak akan berupaya untuk bertahan lama. Sunnatullah akan tetap berlaku, setiap mereka yang melakukan kesalahan PASTI menerima hukumannya. Dan Allah menyatakan mengenai sunnatullah:

"Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali kali tidak akan menemukan perubahan bagi Sunnatullah itu" Al Fath:23



FEATURED ADS


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebaik-baiknya biar lah ada seseorang yang mengaku jika Najib takut mengaku.

Dan jika ada yang mengesahkan dan mengaku memang orang yang mengaku itu benar adalah MO1, lagi baik.

Kerana orang yang mengaku itu ada kuasa memecat Najib, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara..

Pemuda parit kings berkata...

Kahkahkah betul tuh..

Lelakidicermin berkata...

Aku tak heran... sebulan dr peguam amerika bg kenyataan... rakyat malaysia akan lupakan kenyataan itu. Bulan depan rasa minyak di turun 20 sen..org melayu pun berkata.Najib tetap pujaan hatiku.
Rakyat malaysia.. terutama org melayu.. lupa apa ulasan dr asri..adik reza..aziz bari..

Tanpa Nama berkata...

Mari kita anjurkan Majlis Solat Negara di semua Masjid seluruh negara supaya wang 1MDB itu dapat di kutip balik dan si penghianat nombor 1 negara di bawa ke muka pengadilan.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya Melayu UMNO dan Pas tak nak ikut sama buat solat hajat tu, depa sayang kat Kak Mah dan Najib.

Dean berkata...

Ya Allah berikan lah taufiq & hidayat kepada pemimpin pemimpin kami yang jujur & ikhlas memimpim negara ke mercu kejayaan Dan singkirkan lah serta hancurkan lah pemimpin pemimpin yg khianat kepada agama bangsa & negara.

Tanpa Nama berkata...

Tun Mahathir juga kelihatan tenang dan kuat setelah memecat Anwar Ibrahim dan ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang menuntut reformasi.

Akhirnya Mahathir tidak dapat menahan sebak apabila mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Jiwa, hati dan rohani Mahathir yang melawan yang hak dan kebenaran mencelarukan Mahathir menjadikan jiwa dan hatinya kacau. Lama-kelamaan
sehebat mana pun manusia itu, akan menjadi lemah.

Najib kata dia tenang menghadapi keadaan sekarang dan kuat kerana sokongan rakyat. Kelihatannya begitu lah tetapi antara Najib dan Mahathir, sejarah menunjukkan Najib tidak mempunyai rekod keberanian seperti Mahathir jauh sekali jika hendak di samakan dengan Pejuang Rakyat Anwar Ibrahim.

Jiwa Rosmah lagi kacau kerana di tentang oleh anak perempuan nya sendiri. Ibu mana yang boleh berdiam dan tidak merasa apa-apa apabila anak sendiri membenci nya yang kini berani bersuara.

Malaysiabaru berkata...

KAMI RAKYAT NALAYSIA BANGGA

mempunyai seorang pemimpin bertaraf dunia yg berjaya melakukan rompakan paling Besar di dalam sejarah planet bumi.

Kami ahli party Islam malaysia mahu najib terus pimpin Malaysia supaya kami boleh hidup dalam kwsesatan Dan menyebarkan dakwah ajaran sesat kpd muslem Dan non muslem.

Ya ALLAH amgkatlah Najib jadi maharaja melayu paling agong

Supaya kami Rakyat Malaysia cepat hancur Dan jahanam kebuluran Dan huru hara berserta Hutang beratus billion yg tidak mampu d bayar generasi Muda

Amin Amin Amin...percepatkanlah turun bala kpd malayisa yg Allah.. Hidup maharaja najib Dan olarmak dunia yaHadi...

Tanpa Nama berkata...

raja2 melayu tak pernah baca pasal 1mdb ke? tengah buat apa ye sekarang ni..

nomura berkata...

Rakyat Malaysia ni terbahagi kepada 3 species....1)Makan dn pemakan dedak. 2)jahil. 3)Prihatin atas apa yg berlaku.Species 1 & 2 lah yg bertanggungjwb atas apa yg berlaku semalam,hari ini dan esok..dan jgn lupa anda akan menuai apa yg anda semai...tahniah azrene.

Tanpa Nama berkata...

Dedah le, cakap le, kami tak kisah. kami walaOnta tahap taik pengikut setia YaHadi tetap sokong MO1. YaHadi yakin sungguh2 rezeki dedak di tangan MO1. YaHadi istiqomah RUU 355 hanya boleh dibawa ke parlimen dengan mendokong MO1. Nik Abodoh dijangka akan turun demo bersama geng baju merah utk sokong MO1. Ostad talibun pemegang kad ahli sorga dah sound jgn biarkan amerika masuk campur psl wang yg lesap sbb takut hilang rezeki korniaan MO1. Haruan Jean dah sound Mahazalim jgn ikut dAP tp musti sokong MO1. Nah, apa lagi korang nak bising...kami WalaOnta hanya ikut seruan ajaran YaHadi.

Tanpa Nama berkata...

Kami untaa2 dan keldai2 di bawah pimpinan tg haji baghal al-pis menyokong kepimpinan yb pm jo lo

Non-government servant berkata...

Raja-raja Melayu peduli apa..
apa saja dia orang nak..petik jari je semuanya dapat..rakyat nak mampos ke..nak kebulur ke..susah dapat kerja ke..lantak ler..apa raja-raja peduli.

Tanpa Nama berkata...

>> "Itu bukan kerja PAS. Itu kesilapan pihak berkenaan. Desak Najib 'berehat' juga bukan urusan saya, itu urusan BN selaku kerajaan pemerintah," katanya dipetik sebagai berkata.

Bukan urusan dia sebagai ulama pas suci mulia??

Orang Tua ni masih waras boleh jalankan tugas sebagai MP?

Atau Mulut dan perut dah penuh dengan dedak daripada penerima derma berbillion?

Tanpa Nama berkata...

Ada nombor keahlian PAS boleh masuk syurga. Boileh ker Syiah dan kafir masuk syurga kalau jadi ahli PAS.

Tanpa Nama berkata...

RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYE ORANG MELAYU AMAT KECEWA TERHADAP ANAK BANGSA YANG DIHARAPKAN UNTUK MEMERINTAH TETAPI MUSNAH DAN TELAH MEMBEBAN KAN RAKYAT NEGARA INI KURSUSNYE ORANG ISLAM DAN MELAYU.PENIPUAN YANG SEBEGINI BANYAK MENYAKIT HATI ORANG MELAYU AM NYE SERTA MENAMBAH KEBENCIAN KEPADA KESELURUHAN PEMERINTAHAN BARISAN NASIONAL.KAMI BUKAN NYE DAIF AKAL SANGAT.DARI SEGI SUDUT YANG DIWARWARKAN SEOLAH OLAH PERKARA SATU FONAMINA YANG TIDAK MENGUGAT KESTABILAN EKONOMI NEGARA.WAHAI PENGKHIANAT PENGKHIANAT RAKYAT MALAYSIA DIKETUAI OLEH NAJIB DAN BETINA PUAKA ROSMAH,MUNGKIN KAMI SEBAGAI TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN SAPERTI MANA YANG MAMPU LAKUKAN TAPI KAMI YANG TERINAYA INI AKAN DOAKAN KAMU ,KAMI AKAN BUAT SEMBAHYANG HAJAT UNTUK KAMU,KAMI POHON PADA ALLAH SEMOGA KAMU SERTA SEMUA MENTERI MENTERI,PENGUASA PENGUASA TERTINGGI KERAJAAN TERUTAMANYE YANG MELINDUNGI KAMU AGAR KAMU DILAKHANAT OLEH ALLAH S.W.TALA.MARILAH KITA BERAMAI RAMAI TERUTAMANYE YANG BERUGAMA ISLAM MAU PUN BUKAN ISLAM.KITA RAKYAT MALASIA YANG YANG TELAH TERINAYA MEMBACA DOA YANG MUDAH INI DAN INSYALLAH AKAN DIPERKENANKAN OLEH ALLAH SECEPAT MUNGKIN.BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.YA ALLAH YA TUHAN KAMI,TUHAN SEMESTER ALAM LAGI YANG MAHA AGUNG DAN YANG MAHA BERKUASA.KAMI RAKYAT MALAYSIA AMAT MERASAKAN TERINAYA DIATAS PERBUATAN PETUALANG PENGKHIANAT YANG MENTADBIR NEGARA INI YANG DIKETUAI OLEH NAJIB,MENTERI MENTERINYE,SERTA PENGUASA TERTINGGI KERAJAAAN.BERITA YANG KAMI TERIMA AMAT MEYEDIHKAN DGN KEHILANGAN DANA RAKYAT DAN NEGARA BERBILION BILION YANG TELAH DISALAH GUNAKAN OLEH NAJIB DAN BETINA PUAKA ROSMAH.RAKYAT NEGARA INI TELAH DIBEBAN KAN OLEH PIHAK PETUALANG PENGKHIANAT INI DENGAN PELBAGAI AGENDA YANG MENZALIMI RAKYAT.ANAK ANAK KAMI BERSEKOLAH DENGAN MEMINJAM BERHUTANG DENGAN PULUHAN RIBU RINGGIT.HARGA BARANG KEPERLUAN NAIK BEGITU MEMBEBANKAN AKIBAT DARI PEMERINTAHAN PETUALANG PENGKHIANAT INI DENGAN MENGENAKAN BELBAGAI CUKAI BAGI MENINDAS RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SERTA ANAK BINI.YA ALLAH YA TUHAN KU BALAKAN LAH PETUALANG PENGKHIANAT INI,AZAPKANLAH PETUALANG PENGKHIANAT INI YA ALLAH YA TUHANKU.LAKHANATKANLAH MAK BAPAK MEREKA INI KERNA KESIALAN MENJADI DAN MELAHIRKAN PETUALANG PENGKHIAANAT INI YA ALLAH YA TUHAN KU.SEKIRANYE MAK BAPAK PETUALANG PENGKHIANAT INI MASIH HIDUP KAU LAKHANATI LAH MEREKA DAN SEKIRANYE TELAH MAMPOS CAMPAKAN LAH KE NERAKA YANG PALING DALAM YA ALLAH YA TUHAN KU.ZALIMI DAN LKAHANTKAN LAH ANAK BINI PETUALANG PENGKHIANT INI SERTA HAPUSKAN LAH SAMA SEKALI ZURIAT DAN KETURUNAN PETUALANG PENGKHIAT INI YA ALLAH YA TUHAN KU.ZALIMI DAN MUSNAHKAN LAH SEMUA YANG DISEBUT YA ALLAH YA TUHAN SAPERTI MANA KAU MUSNAHKAN PADA PETUALANG TERDAHULU DARI INI YA ALLAHYA TUHAN KU DGN BEGITU AZAP.KAMI YANG TAK KEMAMPUAN UNTUK MENENTANG PETUALANG PENGKHIANAT INI YA ALLAH HANYA MENHARAPKAN PADA MU YA ALLAH YA TUHAN UNTUK PEMBALASAN TERHADAP PENTUALANG PENGKHIANAT INI YA ALLAH YA TUHAN KU

Tanpa Nama berkata...

1.34 ptg ambo mengaminkan DOA Tuan.AaMiiiin .

Tanpa Nama berkata...

Duit 2.6b dan dari SRC masuk dalam akaun tu datang dari mana? Tak kan tuan punya tubuh tak tahu? Yang dok OSA lapuran audit buat apa, nak cover siapa?

Tanpa Nama berkata...

Aameen Ya Rabb