25 Jul 2016

PAS Terlupa Hilang Deposit Di Sungai Acheh & Kota Damansara?

PRN Pulau Pinang: Peluang Pas terbatas

Penganalisis politik meramalkan peluang Pas untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang terbatas.

Menurut penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr P Sivamurugan, ini kerana wujud persaingan antara BN dan dalam kalangan rakan pembangkang yang lain.

“Pas akan menghadapi kesukaran pada PRN Pulau Pinang. Ini kerana wujud persaingan yang bukan sahaja dengan Umno, malah dengan Amanah (Parti Amanah Negara).


“Melainkan ada kompromi (antara Pas dengan Amanah),” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Pendapatnya itu turut dibuktikan dengan rekod lampau Pas yang hanya meraih satu kerusi di Permatang Pasir pada Pilihan Raya Umum 2013.

“Melihat kepada peluang Pas, lebih baik bagi Pas untuk tumpu pada PRU 14 nanti sahaja.

“Tetapi sudah menjadi tradisi Pas untuk bertanding dan saya yakin Pas memang akan bertanding kali ini,” katanya lagi. -SH


PAS letak calon di PRN P Pinang

PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun akan bertanding secara bersendirian, PAS mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan di negeri itu yang boleh membantu calon parti untuk menang.

"Kita (PAS) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (PAS) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada PAS akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS tidak menolak untuk berkerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya parti itu nanti tidak lari daripada matlamat dan perjuangan Islam.

Katanya PAS sebelum ini telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat parti itu tidak mengganggu dasar Islam yang dibawa oleh PAS sejak awal penubuhannya.

"Kita (PAS) tidak ganggu dasar yang dibawa DAP dan mereka yang ganggu dasar PAS, kita bertegas dengan perkara ini dan akhirnya mereka (DAP) keluar daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.

"PAS hari ini terus konsisten dengan dasar yang diperjuangkan sejak dahulu lagi. Blok ketiga yang diwujudkan oleh PAS, telah berkerjasama dengan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik," kata Abdul Hadi.
-Bernama


ULASAN GB

Apakah sebenarnya tujuan PAS bertanding di Pulau Pinang sedangkan PAS tidak mempunyai kekuatan di negeri tersebut?

Penganalisis politik ada yang berpendapat tujuan PAS itu hanyalah untuk mempastikan kekalahan Pakatan Harapan dan memberi laluan kemenangan kepada UMNO BN. Wallau 'alam.

Jika benar maka PAS yang akan menerima kesan buruk dari niatnya yang busuk itu.

Semenjak kebelakangan ini, tanpa golongan professional di dalamnya, ternyata perjuangan PAS lebih kepada nafsu dan emosi, bukan dengan ilmu dan strategi.

PAS ternyata akan menjadi "pemecah undi" pembangkang dengan mewujudkan pertandingan 3 penjuru.

Pertandingan 3 penjuru sudah bermula semenjak kecurangan dan pengkhianatan PAS terhadap Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum 2013. Isu "watikah" yang telah menyebabkan kekalahan calon Pakatan di tujuh buah kerusi iaitu Bukit Besi, Seberang Takir, Kota Putera, Labuan, Kota Damansara, Sungai Acheh dan Panti.

Apa yang berlaku di dalam pertandingan 3 penjuru itu? Perpecahan undi di kalangan komponen Pakatan Rakyat yang akhirnya memberi kemenangan kepada calon BN pada ketika itu.



Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kecurangan dan pengkhianatan PAS ini akan terbalas di dalam PRN Pualau Pinang jika berlau, dan di dalam pilihanraya umum ke 14 dimana apabila berlaku pertandingan 3 penjuru nanti PAS akan mengalami kekalahan paling dasyat malah ramai calonnya akan hilang deposit. Itu pasti. Keputusan Sg Acheh di dalam PRU13 di atas membuktikannya.

Kini BN menghadapi masalah keyakinan rakyat terhadapnya akibat dari pelbagai skandal dan isu yang melanda negara. Rakyat akan memilih parti yang berpotensi untuk ke Putrajaya iaitu Pakatan Harapan. Itu jelas.

Tepat seperti mana kata Dr Mazlee di dalam video di atas, jika PAS ingin terus relevan di dalam politik Malaysia, PAS tidak mampu sendirian walaupun mereka mempunyai "siku dan lutut". Jika mereka menolak DAP dan AMANAH, langkah yang paling realistik untuk PAS ialah mereka menyertai BN.





FEATURED ADS


22 ulasan:

AF Global berkata...

Alahai PIS..

Tanpa Nama berkata...

Bila pas nak ngaku bekeje sama dengan bn umno yek?

Senang sikit rakyat nak buat pilihan.

Tanpa Nama berkata...

Bukan terlupa..takbur kerana sokongan umno..

Tanpa Nama berkata...

Don't worry, pas has enough dedak from penerima derma berbillon. Kalau Tak apa, hilang deposit pun Tak ape, Orang lagoon kaya Kerana dapat derma pun Tak apa, yang penting semua dap Cina kapir harbi yang menentang agama.

Ni quality orang agamawan yang tinggi

Tanpa Nama berkata...

Lebai hadi ni gila ke apa..hari tu cakap..masuk pilihanraya x nak menang..habis tu knp masuk bertanding jugak..mmg sah kau gila..

Tanpa Nama berkata...

Tak gila, tapi banyak Makan dedak. Lepas Makan perlu buat kerja supaya dapat lagi dedak. Yang terima derma billion tu kena bagi dedak sikit sini Sana, bukan dia dapat semua

Yang gila yang bodoh adalah ahli ahli parti

Tanpa Nama berkata...

PIS dipimpin lebai malang lagi sombong. Mengaku ulama tapi tanda hakikat ulama habuk pun tarak. Dibandingkan ngan Nik Aziz ibarat timur dgn barat. Hadi oh hadi betapa malang nasibmu, berjuang berpuluh tahun tapi mu akan dikenang sebagai pelingkup PIS.

Lelaki Dicermin berkata...

Sebenar kalau berkenaan parti ada kad ahli boleh masuk syurga.. aku malas nak komen.. tp sbb ada satu komen pro pas di blog lain.. yg mengeletek hati dan sanubari aku..PERPECAHAN POLITIK SABAH SEKARANG NI ATAS STRATEGI TUANG PRESIDEN..bila aku baca.. terus gatal lubang jubur aku..rasanya bdk tadika pun tak percaya komen tu.. nak buat strategi masa pegang tgganu tak pandai..tu yg pegang sepenggal je.. nak berstrategi politik sabah...bodoh piang betul komen tu...

Saiful berkata...

Ini demikrasi ..semua leh tanding..parti ulaq kepala 5 lidah cabang sepuluh pun boleh..komen byk nnt kata kita jeles.. tanding lah...semoga berjaya

Tanpa Nama berkata...

PAS memang tahu akan kalah.

Bagaimanapun sekiranya jumlah undi PAS bertambah walaupun dengan jumlah satu undi, PAS berbangga dengan peningkatan tersebut walau pun kalah dengan 1000 majoriti.

Bagi PAS berdakwah cuma semasa di surau mesjid dan di pentas politik dan apa yang di dakwah kan tidak perlu dilakunkan dan di buat dengan perbuatan. Lain yang di tuntut oleh Islam lain yang dibuat oleh PAS.

PAS tidak ada kuasa untuk desak Najib berehat tetapi PAS ada kuasa untuk memotong tangan dan menyula penzina yang akibat dosa tersebut tidak langsung mengancam ekonomi negara. Tapi itu lah yang penting bagi PAS. Dosa penzina yang cuma beberapa kali dan beberapa bulan sahaja lebih teruk akibat nya dari dosa 1MDB yang bertahun-tahun.

Bukan penzina sahaja yang tidak menghargai nyawa dengan membuang bayi tetapi 1MDB lagi bahaya kerana nyawa dan masa hadapan rakyat di tentukan oleh Najib sebagai PM atau MO1. Berapa orang yang sudah jadi mangsa nya?

Dosa samada ada kecik atau besar adalah tetap dosa. Yang kecik dibiarkan akan menjadi besar dan yang besar akan menjadi kebiasaan.

Kepada Mu Ya Allah di kembalikan. Bantu lah kami.

Tanpa Nama berkata...

Pas bole menang kat penang sbb pas kuat giler..
Bahahaha
Bahahahaha
Kahakptuiiii

Tanpa Nama berkata...

PIS dah macam pelacur. Dgn semua orang dia nak tidur utk puaskan nafsu. Hahaha nak bertanding semua kerusi di P.Pinang?? Silakan, ini negara demokrasi.

Tanpa Nama berkata...

Wahai ulamak Jebon, jangan perasanlah. Tidak ada siapa lagi yang mau menyokong kau.

Tanpa Nama berkata...

Yang sebenarnya cerdik pandai di kolej dan universiti tak perlu menganalisa cerita pas atau pun tentang hadi. Orang yang berkelulusan spm pun sudah boleh membuat kerja itu asalkan dia waras serta kenal mana yang halal dan mana yang haram. Tak payahlah menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji pas. Pas sedang diterajui oleh seorang yang dilihat pandai dalam ugama tetapi bangang sebangang-banfangnya dalam berpolitik dan pentadbiran negara. Ertinya pas sedang dipimpin oleh seorang yang bangang!!

Tun Perak berkata...

Allah tak suka membazir. Buat sesuatu dengan pertimbangan akal. Jgn takbur. Kalau nak bertanding semua adun dan tahu cnfm hilang deposit tak ke bangang namanye. Sebagai ulama tunjukkanlah kebijaksanaan supaya org tak pelekeh ulama....buat malu islam je

Tanpa Nama berkata...

Banyak perkara yang PAS terlupa

ia itu

Amanat Hj Hadi
Memali
Kelantan dikenakan darurat
Pemimpin PAS di tangkap
Royalti
Bantuan sekolah pondok di tarik
Hukum hudud di tolak
Rampasan Kuasa di Perak

TGNA tidak dibenarkan menjadi imam di negeri UMNO.

PAS lupa semua ini kerana dedak.

Atau PAS tidak istiqomah kerana tidak tahan menghadapi perkara yang sama lagi ?

Tanpa Nama berkata...

Kekalahan di sg aceh bukan kesalahan PAS tapi kelemahan calun. Kali ini sesiapa pun menjadi calun kekurangan calun akan di bantu oleh parti untuk mengurangkan kelemahan tersebut. Apabila diberi bantuan, bakal-bakal calun nampak seperti calun-calun UMNO. Setanding kalau tak setaraf. Hanya yang ada ilmu dan keyakinan yang tinggi tidak memerlukan bantuan. Dulu banyak keluar duit sendiri, nak senyum pada pengundi pun allah-alah je jangan tak senyum. Sekarang dah boleh beli samping, tanjak dan keris....


Tanpa Nama berkata...

Dah bersekongkol dgn penyamun zalim..membalun duit rakyat..pun ada hati lg nk pakai jubah dan serban kopiah..malu lah sikit hadi wooiiii

Tanpa Nama berkata...

Yusni Mat Piah??? dia belajar dari tuan guru Hj hadi,nampak cerdik tapi bodoh.tak mahu dengar langsung apa yang orang nasihatkan,nak muhasabah diri jauh sekali, bodoh dan sombong.

Aku x tau camana Allah boleh suka dgn org bodoh sombong gini.

myazmirnsrr muhamad berkata...

apa2 pun..aku rasa..pas patut brgabung dgn umno utk menguatkan org melayu

Pencolekhangek berkata...

Sangat dituntut. Belajar dengan ulamak. Menghormati ulamak. Membantu ulamak. Mengamalkan ilmu dari ulamak. Sangat terpuji pekerti itu. Namun kalau ulamak sudah gila, sudah nyanyuk, sudah belot dengan rakan sendiri, sudah ketepikan usaha sahabat sendiri maka ulamak itu boleh dihumban kedalam gaung atau lombong. Dan kalau boleh pengikut-pengikutnya pun turut serta!!!

Tanpa Nama berkata...


Releklaa BRO..... Asyik nak menentang PAS jerr.....Nampaknyer Pakatan Harapan pon bole menang kawasan cina jer.....Kawasan Melayu.......Uhhhh......sapa nak bagi undi(melayu).......boleaa dapat undi melayu sekitar 5% - 6% jerr...... selebihnyer orang MELAYU akan mengundi PAS dgn UMNO jerrr.......

Camner nak menguasai PUTRAJAYA kalo undi Melayu susah dapat....... Tahun depan pon kita camnie jerr.....BERKOKOK TERUS BERKOKOK...CAM AYAM KENA SEMBELIH....
kena sembelih oleh NAJIB........

Kalo nak ke PUTRAJAYA kenalah berkawan dengan PAS.... TERIMALAH HAKIKATnyer BRO.....