29 Jul 2016

Lebih Baik TITM Tutup Mulut Atau Isytihar Keluar PAS

AMANAH ingatkan PAS jangan cuba pecahkan HARAPAN

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu akan menentang sebarang usaha, termasuk PAS, untuk memecahkan Pakatan Harapan.

Mujahid berkata demikian dalam konteks pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang yang dicadangkan oleh DAP untuk mendapatkan mandat baru selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa dengan dua tuduhan rasuah.


Mujahid berkata kenyataan timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dalam sebuah akhbar Cina menunjukkan beliau cuba "menganggu" urusan HARAPAN.

Dalam satu kenyataan, Mujahid yang juga naib presiden AMANAH berkata, Tuan Ibrahim tidak ada hak untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik bagi timbalan presiden PAS memberi tumpuan untuk mengenal pasti musuh sebenar dan tidak bertindak melagakan AMANAH dengan sekutunya dalam HARAPAN.

Jika PAS telah mengenal pasti musuh politik yang sebenar, kata Mujahid, parti itu pastinya akan bersama dengan HARAPAN dan tidak akan membuang masa untuk pecahkan HARAPAN dengan menyerang AMANAH.

Pada 26 Julai, Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa PAS akan mempunyai "kerjasama bersyarat" dengan PKR sekiranya PRN mengejut diadakan di Pulau Pinang.

Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu Sin Chew Daily bahawa parti itu merancang untuk bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi.

Akhbar itu melaporkan selain enam kerusi tersebut, PAS bercadang bertanding dia dua atau tiga kerusi yang parti itu pinjamkan kepada PKR.

"Jika AMANAH bertanding di kerusi PAS, kita akan bertanding di kerusi DAP dan PKR," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Beliau juga dipetik sebagai berkata PAS tidak akan "mengganggu" dan mewujudkan pertandingan tiga penjuru sekiranya AMANAH tidak melakukan perkara yang sama.

"AMANAH sebagai anggota Pakatan Harapan, kita melihat PKR sebagai mewakili ketiga-tiga parti Pakatan dalam rundingan.

"Tetapi mereka tidak boleh membenarkan AMANAH untuk bertanding, jika mereka berbuat demikian, ia bertentangan dengan syarat kita," Tuan Ibrahim dilaporkan berkata.

Mujahid mengingatkan PAS bahawa parti itu adalah komponen HARAPAN dan akan kekal begitu walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Mujahid mengingatkan bahawa sejak HARAPAN ditubuhkan, PAS tidak mempunyai peranan dalam membina pakatan itu walaupun ia telah dijemput untuk berbuat demikian.

PAS memutuskan untuk membentuk blok ketiga dan tidak menyertai HARAPAN, kata Mujahid mengingatkan bekas rakan-rakannya.

HARAPAN, katanya, telah melalui pelbagai cabaran walaupun belum berusia satu tahun.

Namun, kata beliau, pihaknya tetap komited dalam menggabungkan kuasa pembangkang untuk menghadapi BN dan Umno, selepas PAS mengambil keputusan untuk berpisah dengan DAP. -mk



ULASAN GB

Kenyataan-kenyataan pimpinan PAS semuanya sudah tidak boleh pakai.

Setiap kali mereka bersuara, setiap kali itulah ianya akan di"uturn" oleh presidennya, Hj Abdul hadi Awang.

TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata".


Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:


Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya:



Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 


Jika sebelum ini TITM meminta pemimpin AMANAH tutup mulut, kini TITM terpaksa menjilat semula ludahnya apabila sebenarnya beliaulah yang kena tutup mulut kerana kenyataan-kenyataannya jelas tidak laku dan tidak mendapat sokongan dan restu dari presidennya sendiri.

Adalah terlebih baik TITM yang tutup mulut atau isytiharkan saja keluar PAS lantarannya.





FEATURED ADS


23 ulasan:

PokAmid berkata...

Lebai2 dlm pas mana lah ada kredibiliti memimpin... mereka tiada kelayakan sebagai pemimpin...mereka cuma pendakwah, tukang ceramah dan kuliah. Sebab itu apa-apa yg keluar drp mulut mereka adalah merapu, esp. yg keluar drp mulut mr presideng!!!

Unknown berkata...

Memang TITM ni orang nya bodoh di dalam berpolitik. Beliau sendiri berkomplot dengan keadah CAI.
Busuk hati punya TITM.

Apa2 yang keluar dari mulut TITM memang tak boleh pakai.

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa pun bole bertanding utk lawan sesiapa. Pis tak boleh tetapkan syarat. Kalau nak tetapkan syarat, pis boleh pergi pakcucing.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn pok amid littor..
PAS Semarang telah jauh terpesong Dari pejuangan asal
Sebelum aku Disesatkan adalah lebih baik aku meninggalkan
PAS

Unknown berkata...

Pas terus hancur di bawah Hj Hadi

Tanpa Nama berkata...

tak yah layan tua lapar duit nih.. dasar pengecut nak tegakkan kebenaran..

soh dia jilat la adibawang tu..

isytihar je amanah akan tanding di marang, an semua tempat heavyweight pas. biar jadi abu kalau ada derang tekad nak jadik arang

Malaysiabaru berkata...

Tuan Itik Tuan Mangkok

Setiap kali buat kenyataan terpaksa u-turn bila yaHADI tegur..

YAHadi nekad hidup mati bersama Najib.. Rasuah ker bunuh ker judi ker tetap mati pertahan Najib

Sebab apa

Sebab tersilap makan dedak yg di beri menantu semaasa pelancaran is.is peringkat Asia..

Kemudian dedak di tepi katil IJN..

Lepastu dedak 4wd... Mutaah di turkey... Cash 1b utk pru14..

GB rasa malas nak dedah isu dedak nih.. Tapi kerana alquran dan as sunnah maka pahala utk mu GB demi kebenaran dan pertahan kesucian islam

Tanpa Nama berkata...

Malunya inilah jadinya kalau terlebih umno dlm pas.

Tanpa Nama berkata...

TITM kau ni memang besar punya laha... musang berjanggut kaki spin kaki Uturn memang Ahlil ...hehehe. Kau memamg si.. aah buat kenyataan tanpa restu HA satu lagi laha...

sarip dol berkata...

Nasihat TITM tok guru tak diterima.Cakap TITM asyik melawan tok guru.TITM jadi jurucakap pas tok guru tukang sumbat mulut TITM dengan mikropon dia.kesian TITM.Parti Lebai Tok Guru punya.TITM duduk diam sudah.Wala dan wala dan wala adalah cogan kata.Jika tidak dimaki hamun dihina dibinatangkan pula oleh Tok Guru.Walaun wala wala wala.berulang kali sebut jadi lah Pak Lebai Lawak.

Unknown berkata...

Salam:


Pada saya PAS,is PAST.elok tumpukan berdakwah cara nabi.s.a.w.

Bila islam diulit ikut Acuan Manusia,beginilah jadinya.Islam yg indah itu sudah jadi rigid,islam dah jadi hak aku,hak kumpulan aku,hak kaum aku,tak ikut Acuan aku,bukan mengamalkan islam sebenarnya.Defininasi PAS,tajaan Hadi/Haron.

Orang2 kafir,tidak minta mereka dilahirkan kafir,ini adalah satu ujian Allah untuk orang2 yg dilahirkan islam,untuk berasa bersyukur pada Allah,dgn cara menurut perintah Allah,salah satu perintah Allah menghasilkan "AKHLAK" seperti yg dituntut seperti sahabat-sahabat .

Allah dah beritahu dalam al-quran,orang-orang islamlah yg "TERKEBAWAH" nerakanya,berbanding orng2 kafir.Kecuali orang2 islam "BERIMAN" dan mengerjakan tuntutan Allah dgn "iklas"
SYURGA /NERAKA,adalah "HAK Allah",HANYA dia sahaja yg boleh "DECIDE".

dalam ajaran PAS,disinilah bahayanya,mereka boleh "DECIDE",orang itu/ini,kumpulan itu/ini yg tak sekata dgn mereka,"berdosa" dan masuk neraka.

Sedangkan Allah dan beritahu,hamba-hambanya nak masuk syurga,"setelah perbuatan dan amalannya" ditapis oleh "KEIKHLASANnya".yg ini hanya Allah sahaja yg tahu.
kita sebagai hamba2nya hanyalah berdoa agar Allah limpah hidayah dan taufik,pada kita,sekeluarga,dan umat Muhammad.'Rahmatullalamin'.


wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Manusia bernama titm ni mmg xboleh pakai,cakap berbelit2.Dapat maklumat tim titm jgk bergerak kempen hingga team professional tersingkir..org mcm ni jgn bwk masuk dlm pan..merbahaya merosakkan pan nt.biarkan je pas tenggelam bersama pemimpin2 nya

abrarmujahideen berkata...

Kali nie tuan man nie nak mengampu HADI Awang..sebelum nie nak jd tokoh pendamai..ceh. Mcm haramjadah.

Unknown berkata...

Gabung semua ja....jadi PAKATAN HARAPAN RAKYAT...Yg penting tumbangkan BE END....

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ada PKR dan AMANAH, kesemua kerusi di tandingi oleh PAS dan yang menang ialah UMNO. Setelah keluar dari pakatan, PAS mahu semula kesemua kerusi tersebut. Dan se-sekali pun tidak membenarkan parti AMANAH bertanding.

Masalahnya cuma AMANAH. Tetapi berunding dengan PKR. Berbaik dengan UMNO.

AMANAH mesti di tenyeh-tenyeh sampai tak bernafas. DAP mesti di tentang. UMNO mesti di sanjung. Najib mesti di pertahankan.

Sebab itulah PAS tidak peduli samada ahli masih menyokong atau tidak, dan walau tahu kalah di sebabkan pengundi tidak suka pada cara dan sikap PAS yang telah berbaik dengan UMNO, semua itu tidak di ambil kira.

Tidak kah Tuan Ibrahim terfikir jika PAS berjaya membuat PKR bersetuju pun, AMANAH akan tetap bertanding secara bersendirian pula ? Demi masa depan rakyat yang tertekan dan negara yang salah tadbir, mengapa tidak cari jalan tengah ? Siapa musuh yang sebenarnya ? Dan siapa yang perlu di hapuskan ? AMANAH ? Bijak. Memang PAS bijak... bijak bermadah berhelah.

Satu minta genjatan senjata. Satu lagi kalau benci jangan melampau sangat. !!

Nah .. Sekarang bercakap ' kita melihat PKR sebagai mewakili ketiga-tiga parti Pakatan dalam rundingan.' ... Tak faham dengan Tuan Ibrahim. Apa kena dengan otak dan hati dia ? Yang bertanding bukan PKR, bukan DAP dan bukan AMANAH. Yang bertanding ialah PAKATAN HARAPAN. Lalu mengapa letak syarat AMANAH tidak boleh bertanding?

PAS lebih rela negara musnah dan rakyat sengsara. Jika PAS tertekan dan tidak di senangi oleh UMNO, pendirian PAS tidak sebegini 'benci melampau'

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Siapa?

Siapa engkau berani suruh ulama pas suci mulia tutup mulut?

Engkau Tak takut dikafirkan Atau dikafirharbikan?

Nak masuk syurga sila masuk pas dan wala kepada ulama pas suci mulia, benda lain semua Tak penting

Hanya Cina kapir bodoh nak Cuba bagi fakta betul kepada ulama pas suci mulia yang tahap jauh tinggi drpd tahap manunia. Maka Fakta yang dap Cina kapir bagi tu semua terjadi salah Secara automatic masa berurusan dengan ulama pas suci mulia

Tanpa Nama berkata...

Titm menang secara chai. Bukan krn merit diri yg hebat bijaksana. Semua geng pas chai bodohh dan dungu. Hadi harun titm deris dll semua pakar u turn. So ucapkan bye bye kpd pas chai. Hihihihi

Tanpa Nama berkata...

Nak harapkan lebai hadi dengan haron jin amal makruf nahi mungkar. Memang punahsihat. Ugama depa hudud saja. Yang lain tak reti.

Tanpa Nama berkata...

Lebai pas dah serupa musang berjangut.
advance betul la p.ramlee

Fread

Tanpa Nama berkata...

Admin GB, boleh tak kalau gambar malaon2 pas jangan disiarkan.....menyampah aku tengok. Nak aku ludah kena handphone aku sendiri.

Tanpa Nama berkata...

titm jgn la tamak sngt brkngsi la krusi dgn amanah. ingt la sgla ksnangn yg dikecapi pas skrg
adalh hsil titik ploh kbnykn pmimpin amanah skrg. mreka lh yg banyk mrentasi hutn sawit dn brembbun mmberi ceramh dipendalamn dn hsilnya mnyebabkn pas brkmbang mndadak. cuba titm suruh pmimpin pas skrg blh tk mrka lakuknnya.sorry la nk katakn kbnyakkn mrka tumpang hanyut sj.yg baik titm lakukn adalh bgi amanah jaga pntai barat dn pas pntai timur.

Unknown berkata...

Inilah seorang pemimpin yg berjuang Islam tapi menyimpan dendam yg tak berkesudahan. Lebih baik jgn guna Islam dalam parti nya.

Unknown berkata...

Inilah seorang pemimpin yg berjuang Islam tapi menyimpan dendam yg tak berkesudahan. Lebih baik jgn guna Islam dalam parti nya.