23 Jul 2016

[BONGKAR] Najib Yang Ada RM2.6 Bilion Dalam Akaun, Dialah "Malaysian Official I "

Muhyiddin ajak rakyat bangkit, gesa AG soal AS siapa Malaysian Official 1

Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum menulis kenyataan ini untuk memerhati gelagat pemimpin kerajaan Malaysia termasuk perdana menteri dan peguam negara terhadap pengumuman yang amat mengejutkan oleh peguam negara dan pegawai tinggi Amerika Syarikat mengenai 1MDB dan tindakan perampasan aset milik mereka yang dinamakan hasil pemindahan wang haram yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS, mungkin juga dunia.


Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik 1MDB! Maka ia adalah suatu jenayah!

Jika 1MDB dan kerajaan Malaysia secara tegas mahu melindungi harta dan khazanah rakyat Malaysia dari kehilangan atau kerugian, pendedahan yang amat mengejutkan ini seharusnya mendorong mereka mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas Malaysian Official 1, Reza Aziz, Jho Low dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan Peguam Negara AS.

Sebaliknya, logikkah sebagai perdana menteri, Najib hanya menasihati rakyat Malaysia untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap penemuan yang mengejutkan dunia ini dengan berkata kes tersebut melibatkan mereka yang dinamakan sahaja dan proses perundangan masih berjalan?

Jika Najib seorang yang beramanah dan bertanggungjawab, apa yang dia sepatutnya kata?

Mengejutkan!

Ambil serius keputusan pihak peguam negara Amerika Syarikat, hantar delegasi tertinggi kerajaan untuk mendapatkan butiran terperinci dari Amerika Syarikat, tubuh sebuah tribunal bebas untuk menyiasat dan memulakan proses pendakwaan jenayah dengan kadar segera terhadap mereka didapati terlibat atau bersubahat dalam pemindahan wang haram berjumlah puluhan bilion ringgit yang amat memalukan negara.

Ini kerana wang rakyat Malaysia dalam jumlah yang amat besar didapati hilang dan dilesapkan oleh mereka yang dinamakan.


Najib juga sudah sepatutnya menghantar peguam negara Malaysia dan ketua polis negara ke Amerika Syarikat dengan segera untuk mendapatkan kerjasama negara itu supaya tindakan undang-undang Malaysia yang sesuai boleh diambil terhadap mereka yang terbabit.

Najib juga sewajarnya telah mengarahkan peguam negara dan 1MDB segera menuntut wang yang dilapor dicuri daripada syarikat milik negara.

Nampak benar semua ini tidak dilakukan oleh Najib. Dia sebaliknya hanya berkata kes ini bukan kes jenayah tetapi kes sivil dan orang-orang yang dinamakan dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Adakah ini sepatutnya respon seorang perdana menteri terhadap kes penemuan sejumlah besar wang yang dicuri daripada sebuah syarikat pelaburan strategik negara?

Adakah pembelaan terhadap individu yang dituduh terlibat dalam perompakan harta negara lebih penting berbanding pembelaan terhadap seluruh rakyat yang terpaksa menanggung beban kehilangan puluhan bilion ringgit wang negara?

Saya mencabar perdana menteri sebagai menteri kewangan untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya!

Saya amat kecewa dengan sikap penafian yang teruk yang dinyatakan oleh dia dan konco-konconya berkenaan kes penipuan terbesar yang ditemui oleh pihak kerajaan Amerika itu.

Peguam negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah!

Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan Najib?

Siapakah Malaysian Official 1 yang difahami oleh peguam negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS?


Jika dia tidak tahu, tidak bolehkah dia bertanya dengan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat siapakah dia Malaysian Official 1?

Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia.

Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!


Yang sepatutnya dibuat oleh Peguam Negara Malaysia bukan melindungi Najib. Dia sepatutnya terperanjat dengan penemuan pasukan penyiasat AS dan terus menghantar pasukan penyiasat Malaysia ke AS untuk mengambil tindakan susulan demi memelihara kepentingan rakyat Malaysia yang telah kehilangan wang berbilion ringgit.

Beliau juga sepatutnya telah mengarahkan SPRM dan PDRM membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB.


Bagaimana boleh terjadi pasukan penyiasat negara kita tidak menemui sebarang bukti kehilangan wang 1MDB, sedangkan pasukan penyiasat negara asing menemuinya?

Bukankah ini sepatutnya memeranjatkan peguam negara? Bukankah perkara ini yang harus diutamakan, bukan melindungi perdana menteri! Nampak benar rakyat Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan dia untuk melindungi kepentingan negara!

Apakah harapan kita untuk terus percaya dengan perdana menteri Malaysia? Tindakannya selama ini adalah untuk melindungi diri sendiri, bukan melindungi kepentingan rakyat Malaysia!

Rakyat harus sedar dan bangkit bersuara dengan berani menuntut mereka yang merompak harta negara dihukum.

Seruan agar rakyat bangun menentang kemungkaran ini hendaklah mengikut lunas undang-undang secara aman dan tidak semestinya dianggap provokatif.

DYMM Raja-Raja Melayu yang menjadi Payung Negara yang telah pernah bertindak bertitah sebelum ini sewajarnya tidak boleh membiarkan perdana menteri bermaharajalela merosakkan imej negara dan maruah rakyat serta memusnahkan khazanah negara.

Majlis Raja-Raja boleh bertindak menjadi benteng terakhir pelindung hak rakyat dan negara!

Majlis Raja-Raja tidak menyalahi mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia atas semangat Raja-Raja Melayu berbuat sesuatu untuk memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

Sahlah tindakan dan pendirian saya selama ini bahawa kes 1MDB adalah satu kes penyelewengan yang amat memalukan yang melibatkan perdana menteri. Ia adalah suatu yang sahih dan benar. (sila rujuk video di bawah -GB)

Dengan pendedahan yang tidak dapat lagi diselindungi oleh sesiapapun ini, maka kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah mengkhianati rakyat Malaysia dan sepatutnya menanggung akibah daripada perbuatan salahlaku yang amat serius ini!

Bukan sahaja ia merupakan kes jenayah dan sivil yang cukup memalukan, malahan dari segi moral pun Najib sebenarnya tiada pilihan lain selain meletak jawatan dengan serta merta!

Saya akan tetap berdiri teguh dengan pendirian saya dan tidak akan sekali-kali berundur daripada kepercayaan dan keyakinan saya dalam perjuangan mempertahankan hak dan maruah seluruh rakyat Malaysia!

Marilah kita bersatu hati dan bersama-sama berjuang untuk Selamatkan Malaysia!

Faiza Azamta Fatawakkal AlaLlah!

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN adalah mantan timbalan perdana menteri

VIDEO BERKAITAN
Pendedahan Muhyiddin sebelum ini


ULASAN GB

Segala-galanya sudah terdedah dan terbongkar.

Dokumen rasmi Mahkamah yang di failkan oleh Jabatan Keadilan Amerika telah MENGESAHKAN bahawa duit RM2.6 billion di dalam akaun “MALAYSIAN OFFICIAL 1” adalah duit 1MDB. Dari 1MDB di pindahkan ke akaun syarikat Si J kemudian ke akaun Putera Turki (anak ke 7 Almarhum Raja Abdullah, Raja Arab Saudi). Duit yang sama yang kemudiannya dipindahkan (didermakan?) oleh Putera Arab tersebut kepada “MALAYSIAN OFFICIAL 1”.



Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Ia tidak akan berjaya untuk diselindungi lagi. Pelbagai tindakan kejam dan zalim berlaku semenjak wujudnya skandal 1MDB ini. Ada yang dipecat, ada yang ditukar, malah ada juga yang dilaporkan telah mati .....  Dan umumnya, rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang sengsara memikul bebanan hutang syarikat penipu ini....

GB sudah ulas sebelum ini:


Mereka yang menafikan, teruskanlah menafikannya. Kita tidak ada hak untuk menghentikannya. Dan kita tidak pula menuduh si anu bin si anu secara pasti. Tetapi kita hanya memaparkan apa yang telah ternyata sahaja.

Di sisiNya, yang bersalah akan tetap bersalah.
Yang menyokong dan membela pesalah pula tetap dikira bersubahat. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Kesemuanya akan terima hukuman Allah swt. Antara cepat dengan lambat sahaja. Jika tidak di sini tetap di sana hukuman menanti. Hukuman Allah pelbagai cara. Mungkin masih ada yang nak mencabar Allah untuk menunjukkan kuasaNya, teruskan mencabar.... tetapi Allah swt sudah memberikan amaranNya:

Tidaklah yang mereka tunggu melainkan hanya satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka tatkala mereka saling bertengkar. - Yasin:49

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia - Yasin:82

Itu keyakinan orang beriman!

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.



FEATURED ADS
IKLANKAN PRODUK PERKHIDMATAN ANDA DI SINI
Tempat terhad


Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

diakhirat tiada sesiapa pun dapat berdaleh lagi
didunia banyaklah helah tambah lagi jika ada kuasa
tapi itu semua sementara

kalau hidup sekadar kerja kerbau disawah jugak kerja

Unknown berkata...

Ulamak jebon tetap menyokong najib..
Sokong ada habuan tu

abrarmujahideen berkata...

Manusia paling celaka bangsat, setelah dtg keterangan yg jelas nyata, ulama' yg faqih ilmu agama masih tetap pendokong kezaliman. Ya Allah engkau cabutkanlah tentera Ahzab mereka.Ameen

Pemuda parit kings berkata...

Ya Allah..terseksanya kami rakyat Malaysia kerna pimpinan kami...yg mengatakan mendapat mandat Dari kami...Walhal pimpinan kami hidup bermewah atas kudrat kami...ya Allah...berikanlah petunjuk buat kami rakyat Malaysia diatas kerakusan pemimpin negara kami...ya Allah...kepadaMU lah kami me mohon pertolongan dan menangkanlah kami dlm perjuangan menegakkan kebenaran...ya Allah...singkirkanlah sesiapa yg menyokong golongan yg menindas kami...dan tunjukkanlah jalan terbaik kepada mereka...hanya MU lah Tempat kami mengadu dan me mohon pertolongan...makbulkanlah doa kami ini...

Malaysiabaru berkata...

Ini janji org melayu umno pas yg sewel...

MAHARAJA NAJIB AKAN KEKAL PRGANG KUASA WALAU

RIBUT HUJAN . WALAU QIAMAT. WALAU PENJARA SEMUA PEMBANGKANG. WALAU BUNOH ORANG. WALAU HISAP DADAH. WALAU JUAL DADAH. WALAU BUNOH MONGOLIA.WALAU BAGI ORG MATI HELIKOPTER. WALAU MAIN BIBI ORG. WALAU BUAT SEMUA DOSA BESAR DI DUNIA DAN AKHIRAT

MELAYU BODOH TETAP AKAN LANTIK MAHARAJA NAJIB PEE EMM MALAYSIA PIMPIN ORG MELAYU DAN KEKAL SEBAGAI KETUA MELAYU BERSAMA PUNAISIHAT PARTI ISLAM MALAYSIA.

WALAU MENGAKU TUHAN SEKALIPUN MAHARAJA NAJIB TIDAK AKAN DI TOLAK MELAYU PAS DAN UMNO !!!

Tanpa Nama berkata...

Amin Ya Rabbalalamin, makbulkanlah doa kami ini ya Allah

Tanpa Nama berkata...

raja-raja pun dah sebu perut makan DEDAK oooooooooo.....!!!!!!!!!!!!!!!

Unknown berkata...

Mantop tan sri muhyiddin...terus berjuang hgg kebenaran terserlah dan kebatilan akan lenyap

Tanpa Nama berkata...

Najib sendiri perancang rompakan 1mdb takkan dia nak ambil tindakan keatas ahli kumpulan dia

Tanpa Nama berkata...

Kenapa selepas tersingkir baru kalamakabut ni mesti tak sempat nak dapat dedak macam shahrir samad tu,semua yang dok bersuara membela najib mereka lebih cerdik tapi bodoh sebab dapat dedak lepas heboh konon najib tak terlibat itulalah yang dikatakan mereka cerdik tapi tak tahu kebodohan diri sendiri,tunggu pabila najib tersungkur kemena mereka-mereka semua ini akan pergi termasuklah para ulama dedak sekali.

Unknown berkata...

yang bodoh tetap bodoh.tsmy tersingkir kerana 1mdb yg najib gasak tu

Tanpa Nama berkata...

Agong buat apa..mcm x der fungsi aku tengok..tolong lah rakyat nkau ni..kalau x ada rakyat..orang x panggil kau agong la..

Tanpa Nama berkata...

Org luar yg tlg nk selamatkan duit rakyat..rakyat sendiri buat bodoh sebodo2nya..redha dgn pemimpin zalim..takdir katanya..minyak naik..gst..brg naik..ekonomi teruk..semuanya takdir..itulah tafsiran islam melayu..

Anony berkata...

Dalam siding akhbar yg sama, DOJ America itu telah menyebutkan tentang seorang pegawai polis America yang mati ditmbak. Adakah pembunuhan pegawai polis ini berkaitan dengan kes menyiasat pencurian wang 1MDB ini?

Lelakidicermin berkata...

Ala..kalau dah di namakan org melayu..tak kira apa status mcmana pun..NAJIB TETAP PUJAAN HATI KU.. sebenarnya kat sudut hati aku malu ..bila pehak berkuasa amerika umum kes pengubahan wang haram paling besar dlm dunia.. adik reza sendiri dah ulas perihal reza..seleweng wang 1mdb utk bayar hutang judi..apa kah org melayu akan sedar...ulamak2 serban besar akan mintak maaf pd rakyat malaysia kerana menyokong najib..aku rasa kalau dah semua petunjuk dah di tunjukkan depan kita...pru 14 umno dan bn masih menang memerintah malaysia lagi...baik je rakyat malaysia yg sedar seblm pru 14 ni berhijrah ke negara lain...sbb negara malaysia mempunyai pemimpin yg haprak..di sokong oleh rakyat yg bodoh2 piang...

Tanpa Nama berkata...

Korang tengok lah..najib masih berkuasa lagi,lps ni mesti ada org yg d pnggil ulamak akan backing najib..
1.mesti ada 2 org saksi
2.tak logik duit sebanyak tu dlm akaun najib

Unknown berkata...

Salam:

RESUME cv,Najib/Laki bini siang-siang lagi DAH HAPRAK.

Kedua2 laki bini,kehidupan muda2 yg pincang,kedua2 sudah menceraikan pasangan masing-masing.Anak2 mereka,tak kira anak tiri ka,atau anak sendiri,kebanyakkan hidup BERMEWAH2,Termasuk BESAN di Khazakhistan.Laki-bini ada SCANDAL,yang tak habis-habis.
Mereka berdua mempunyai NAFSU TANPA LIMIT.


Chronology Of events
Masa jadi menteri besar Pahang:Bnayak perkara scandal didengar di DIAMkan.
Di tangkap di ming court P/D: LEPAS.
Macm 2 pula berlaku pada sibikmama,lepas-satu satu tukar pasangan,Akhirnya mereka bertemu MATCH antara satu-sama lain.


Najib menteri dlm umno,cukup senang hidupnya,tak payah bekerja-keras,semasa 46,dia belot Ku-li,Masa anwar kuat dia geng team wawasan,masa paklah dia bodek Mahathir,Hidupnya,dalam politik"spoon feeding"dia ganti paklah sebab wasiat bapak dia.

Perjalanan Menuju kuasa dan berkuasa banyak bendak yg MUDHARAT dan membenkan berlaku,

semasa jadi menteri Pertahanan:

Beli kapal terbang,tapi tak ada engine terbang terbang.
Beli kapal selam tapi tak boleh selam.
Commision 500juta lesap entah kemana.
Altantuya dibunuh secara misteri.
Mana dapat C4?

Semasa dia berkuasa:
Boss dia DULU, anwar kena sodomi2,5 tahun penjara.TAK ADA saksi.
Bicara Altantuya,PELIK dalam dunia,Ada orng mati kena C4 ,ada pembunuh,TAPI PERBICARAAN TANPA MOTIF.Pembunuh dah jumpa ,Tapi BEBAS.
Bapa dapat derma 2.6b,anak tiri dapat derma 358M.
Terdedah diseluruh dunia asset akan didakwa disita TERBESAR pernah dibuat oleh US.
Bini naik jet,macam mak bapa dia punya.
Belanja hari jadi/anak/bisan..Mcam jutawan billgate.
Tak pernah isteri2 PM yg terdahulu,datang menyebuk2 di parlimen,sibuk2 jemput,Shah rukh khan,salman khan berpelok-pelokan.
Memandai-mandai mengelar diri "The first lady""First lady hanya layak pada permaisuri agong.

Diharap para-para penasihat,ahli-ahli umno,dan rakyat,kedua laki-bini ini kena DIjatuhkan,Kalau peringkat awal semasa kes altantuya,dulu perbicaraan ADIL,kita tak jadi begini.
MUKA ka 2 orang ini muka TEBAL Memang TAK-TAHU malu langsung.Mereka akan buat lagi dan lagi...Sebab pada pandang mereka "CASH IS KING""NAFSU MEREKA NO LIMIT"

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Melayu dedak bodoh menyebabkan semua rakyat malaysia tersiksa..

Daud berkata...

Menitis air mata saya....
Linangan air mata ini hanya akan dapat di adili di hadapan penciptanya...InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Rosmah Mansor adalah First Lady of Malaysia.

Macamana MALAYSIAN OFFICIAL 1 tidak ads kaitan dengan First Lady of Malaysia. Tak kan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Mengarut !

Yang bongkar dan jumpa bukti DoJ.
Yang nak beri kerjasama SPRM.

Sedangkan DoJ jumpa bukti tanpa SPRM ..

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Amin amin ya rabbal alamin..kami rakyat marhaen hanya boleh tumbangkan UMNO-BN melalui rintihan sahaja..pilihanraya asyik kena sumbat dgn dedak je..huhuhu