1 Jul 2016

[VIDEO] LGE Minta Dibicarakan, Diikat jamin RM1 juta

Guan Eng didakwa rasuah, ikat jamin RM1 juta

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini atas tuduhan rasuah sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pesuruhjaya Kehakiman Hakim Mahkamah Tinggi George Town, Datuk Azmi Ariffin membenarkan Guan Eng diikat jamin RM1 juta.

Beliau dibenarkan menyimpan pasport tetapi perlu memaklumkan kepada Pejabat Peguam Negara dan Mahkamah Tinggi dua hari sebelum keluar negara.


Manakala Li Koon dibenarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin.

Pengurusan kes ditetapkan pada 22 September bagi menetapkan tarikh perbicaraan bersama kedua-dua tertuduh.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen, Guan Eng mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid – satu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

Seksyen 23 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Jika sabit kesalahan, Guan Eng boleh dipenjarakan maksimum dua tahun, denda dan rampasan hartanah. Pasukan Pendakwaan diketuai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh dan Ramkarpal Singh.

Apandi kemudian memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan hakim membenarkan permohonan itu dan menetapkan sebutan kes di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Li Khoon didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Guan Eng pada 28 Julai 2015 berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Li Khoon didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kedudukan Guan Eng sebagai rasuah.


Guan Eng: Biar saya mati berdiri daripada hidup melutut

Kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan kerana perbuatan rasuah adalah jelas penganiayaan atau pendakwaan politik yang semata-mata untuk menghancurkan saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

Saya telah menjelaskan kepada SPRM bahawa pembelian banglo dari Phang Li Koon adalah dilakukan dengan tulus hati, antara individu yang tidak mempunyai kepentingan perniagaan, atas dasar kerelaan penjual dan pembeli tanpa sebarang paksaan atau sebarang balasan istimewa daripada saya mahupun kerajaan negeri.

Phang adalah kawan isteri saya tidak mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan kerajaan negeri. Dia bukan seorang pemaju perumahan dan banglo dia menjual saya untuk RM2.8 juta telah dibina pada tahun 1980-an.

Terdapat percubaan untuk menyamakan kes saya dengan kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo. Ini sama sekali adalah salah.

Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang tidak kerugian sebanyak RM5 juta tetapi mencatatkan keuntungan kecil RM300,000 hasil pembelian asalnya pada harga RM2.5 juta.

Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang bukan seorang pemaju perumahan baru yang bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya.

Bagi pertuduhan kedua berkaitan kelulusan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) untuk menukar status tanahnya daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan; MESB tidak berjaya melakukan pertukaran status hartanahnya kepada tanah perumahan.

Hartanah tersebut masih kekal sebagai tanah pertanian.

Apa faedah yang didapati MESB apabila ia tidak mendapat kelulusan pertukaran status terbabit apabila ia tidak mendapat izin akhir daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Saya juga hairan dengan apa yang bermula sebagai serangan politik jahat terhadap saya kononnya menjual tanah Taman Manggis yang sepatutnya diberikan kepada orang miskin akhirnya berakhir tanpa sebarang penghujung.

Apa guna menteri BN kecoh-kecoh tentang Taman Manggis?

Jelas sekali tidak ada apa-apa yang salah dengan penjualan tanah Taman Manggis, dan sebaliknya saya didakwa kerana membuat keputusan bagi MESB yang akhirnya tidak pun memberi mereka sebarang faedah.

Malangnya tidak ada pun tuduhan rasuah apabila wujud keterhutangan sehingga RM50 bilion atau apabila wang berjumlah RM2.6 bilion atau RM4 bilion masuk ke dalam akaun peribadi anda. Tetapi boleh pula wujud rasuah apabila orang yang dituduh korup tidak pula mendapat sebarang faedah.

Saya tidak akan melutut

Saya tidak akan tunduk kepada permainan politik kotor dan ganas ini untuk memusnahkan reputasi saya atau imej Pulau Pinang sebagai negeri paling bersih dan paling baik urus tadbirnya di Malaysia.

Kami bangga dengan pelaksanaan tender terbuka dan bangga dengan pujian daripada Transparency International dan laporan tahunan Ketua Audit Negara.

Kita tidak akan biarkan BN untuk cuba memalit lumpur ke muka kita demi menyembunyikan skandal rasuahnya sendiri. Kita akan buktikan bahawa kita tidak bersalah di mahkamah.

Kita akan berjuang untuk membuktikan bahawa kerajaan Pakatan adalah kerajaan yang mendahulukan rakyat, dan menjulang tinggi prinsip-prinsip integriti, keadilan, kebebasan dan demokrasi.

Masih ada harapan untuk Malaysia yang bersih dan bebas daripada rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan.

Kita tidak boleh biarkan BN merompak masa depan anak cucu kita, sebagaimana mereka telah merompak masa depan kita.

Negara jenis apa yang kita mahu untuk anak cucu kita nanti, apabila mereka yang meraih untung dan derma berbilion ringgit tidak dituduh rasuah, sedangkan mereka yang tidak mendapat faedah didakwa rasuah.

BN boleh dakwa saya, tetapi tidak akan dapat membunuh iltizam saya demi membebaskan Malaysia daripada rasuah.

BN boleh memangsakan saya, tetapi tidak akan menghancurkan semangat saya untuk membebaskan saya daripada mereka yang merompak masa depan anak cucu kita.

BN malah boleh menghina saya dengan mengurung saya semalaman tanpa sebab, tetapi mereka tidak akan berjaya menukar putih menjadi hitam, dan hitam menjadi putih. Yang benar tidak akan menjadi salah, dan yang salah tidak akan menjadi benar.

BN tidak akan dapat menghancurkan kekuatan parti saya - pemimpin dan ahlinya berdiri bersama untuk berjuang ke arah penambahbaikan demi Malaysia yang lebih baik, dengan keadilan, kebebasan dan demokrasi.

Jika BN rasa ia boleh mematahkan semangat saya dengan menahan saya, mereka salah sama sekali!

Saya lebih rela mati daripada hidup melutut. Malaysia yang bebas, adil dan makmur untuk semua mesti diperjuangkan!

LIM GUAN ENG adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP



ULASAN GB

GB mengikuti beberapa ulasan di media sosial dan didapati terdapat ramai juga para walaun yang suka dengan berita penahanan Lim Guan Eng ini.

Macam-macam dikatanya, kononnya itulah balasan yang Guan Eng dapat kerana menghina PAS dan Haji Hadi.

Mereka kali ini seia sekata betul dengan puak UMNO.

Tetapi mereka menutup kisah seorang pemimpin PAS Kelantan yang membeli sebuah Range Rover di bawah nilai harga pasaran. itu tidak termasuk lagi skandal balak yang kini masih di dalam siasatan SPRM..


Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Jangan lupa satu ketika dahulu LGE pernah dipenjarakan kerana menolong seorang Melayu di dalam satu kes rogol. Namun hukum kebenaran dan keadilan akhirnya menjadikan Guan Eng seorang wira yang akhirnya menduduki kerusi Ketua Menteri.

Kini beliau difitnah lagi, dan kita yakin hukum kebenaran dan keadilan akan tetap menyebelahi pihak yang benar. Menyamakan kes Guan Eng dengan Khir Toyo adalah kesasar. Cuba lihat:



Yakinlah akhirnya kebenaran dan keadilan itu akan tetap menang mengatasi kebatilan dan kezaliman!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jelas sangat perbezaan antara kes khir dan kes Lim. JELAS. Tak perlu saintis roket untuk memahami....

Jelas tiada kes terhadap Lim di sini. Ini hanya mainan politik Umno. Dalam kes Khir:
Shamsuddin yang menjual banglo kpd Khir dengan kerugian 46%. Dia mengaku dalam mahkamah yang dia terpaksa jual dengan harga murah untuk menjaga kepentingan businesnya dengan kerajaan di bawah Khir ketika itu. Jadi jualan murah di sini kerana ADA KEENTINGAN. Jelas Khir tersangkut.... Kenapa Shamsudin membuat pengakuan begini dalam mahhkamah? Shamsuddin menjadi saksi kepada pendakwa dan dia terlepas daripada didakwa. Khir didapati bersalah.Jika Shamsuddin tidak membuat pengakuan begini, Shamsuddin boleh didakwa.

Dalam kes Lim, Phang menjual banglo kpd Lim dengan mendapat keuntungan 12%. Dia dapat untung. Dia tidak membuat apa-apa pengakuan bahawa dia mendapat apa-apa faedah drp Lim atau kerajaan Lim apabila menjual banglo itu kepada Lim. Malah dia buat SD untuk menguatkan lagi hujah dia. Jadi dalam kes Lim, jelas dia tidak bersalah.

Hanya jika Phang bertukar arus macam Shamsuddin dan menyatakan dia mendapat faedah lain drp Lim/Kerajaan PP, barulah Lim bersalah. Nampaknya dalam keadaan sekarang Phang tegas tidak mendapat apa2 faedah macam Shamsudin dalam urusan jual beli ini. Willing Seller dan Willing Buyer tak salah walaupun harga jual beli di bawah atau melebihi harga pasaran.Itu hak penjual.

Saiful berkata...

I am with you

Malaysiabaru berkata...

Rumah blkg guan eng yg kosong harga baru rm2.0 juta

Phang beli rm 2.2 juta dan swwa 7 tahun kpd guan eng dah dapat 1.32 juta kutip sewa. Total 1.32+2.8 ialah 4.1 juta keuntungan milik phang

Celaka mana kata guan eng untung.. Guan eng dah bg phang lebih 4juta dari sewa sampai jual beli.

Celaka mana tak reti matematik... Nak kenakan dap pun agak agak lah

Mcm kes Anwar cari Dr x yg sanggup kata ada dna

Hari ni cari penilai kerajaan yg kata banglo nilai adalah 4.8juta..


Aduhai pegawai kerajaan jgn jd anjing tahap harbi

Tanpa Nama berkata...

kes lge ini akan menyemarakkn lg kes derma pembohong 2.6b

rakyat akn terus diingatkn dn buat perbandingan mudah betapa kes terpilih dn niat jahat politik adalah intisari dr kes ini

ingat banglo lge maka lbh ingat dan terus kita hangatkn derma pembohong 2.6b

peguam negara menjadi hakim balaci upahan dalam kes 2.6b... membersihkn seseorg yg sgt kotor.

Lebai Roger berkata...

Begitu juga dgn Pas........dah jadi harbi dah! Jijik betul para islam melayu ni......

Unknown berkata...

Bodoh 2.6 b kali sapa percaya

mansor berkata...

AG muka tak malu, orang Kelantan kata muka letak dijubor

Tanpa Nama berkata...

Kalau AG boleh buktikan Guan Eng guna kedudukan dan kuasa bermakna Najib pun boleh di tuduh mempengaruhi SPRM supaya mendakwa Guan Eng. Semua ini perpepsi. Macam bola terkena pemain pertahanan. Jika refree teragak nak tiup bagi penalti atau tidak, ikut dari sudut mana pandangan refree ... kes Anwar, karpet pun boleh terbang... Hakim terima ..

Unknown berkata...

Aku ttp sokong LGE sbg KM yg terbaik di Malaysia. HIDUP LGE.

Unknown berkata...

Jijiknya mainan politik umno bn

MR.ZAINUL berkata...

Yg betul wajib sokong...klau tak jiwa kakau..