30 Jun 2016

[VIDEO] Solidariti Untuk LGE, Kenapa Tak Tangkap Najib?

HQ SPRM dikerumuni ratusan desak bebas Guan Eng

GEORGE TOWN: Seramai 500 orang berhimpun di luar perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menuntut Ketua Menteri Lim Guan Eng dibebaskan.

Penunjuk perasaan melaungkan “Bebas Guan Eng” dan “Tangkap Najib” sejak 8.30 malam lagi, sambil membawa pelekat mengecam penahanan itu.


Polis menutup sebahagian besar laluan menuju ke SPRM yang terletak di Jalan Northam, memandangkan kereta yang diletakkkan secara salah dan kehadiran ramai orang menyebabkan lalulintas menjadi perlahan.

Pimpinan Pakatan Harapan turut sama kelihatan melaungkan “Bebas Guan Eng”, dalam suasana demonstrasi yang suram.

“Saya dalam perjalanan ke SPRM,” kata Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa yang bergegas ketika dihubungi FMT. “Patut tidak perlu tangkapan. Esok YAB boleh secara sendiri ke mahkamah. Ini satu usaha untuk menjatuhkan kredibiliti Lim Guan Eng.”

Turut hadir adalah balu mendiang Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, Gurmit Kaur, yang disambut oleh para Exco kerajaan negeri.

Terdahulu, Guan Eng ditahan anggota SPRM di pejabatnya yang terletak dalam bangunan Komtar. Bekas tuan rumahnya, Phang Li Koon ditahan di pejabatnya yang terletak dalam Menara Penang Garden sekitar waktu yang sama. -FMT


Kenapa Lim Guang Eng tidak Najib, soal Amanah

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mendakwa tindakan pihak berkuasa menahan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuktikan kerajaan BN melakukan pendakwaan terpilih.

Mengakui kagum dengan kecekapan pihak berkuasa terhadap isu membabitkan pemimpin pembangkang, Mohamad mempersoal mengapa tindakan sama tidak dilakukan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

"Di sebelah pihak lagi, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengaku terang-terangan bahawa beliau menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

"Namun Peguam Negara diarah berhenti, Timbalan Perdana Menteri dipecat, Menteri Luar Bandar dipecat, Menteri Besar Kedah dipecat, Timbalan Pengarah Cawangan Khas ditukar tempat kerja, pegawai-pegawai SPRM disiasat dan pucuk kepimpinan SPRM pula berhenti secara mengejut," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam nada kecewa Mohamad berkata rakyat Malaysia terutamanya orang Islam masih tidak sensitif dengan rasuah dan penyelewengan.

Lebih menghairankan katanya, ada dikalangan mereka bergelar pemimpin pembangkang berkelulusan agama, tetapi menyokong perdana menteri yang mengaku menerima wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.

"Inilah corak kehidupan rakyat Malaysia terutama orang Islam.

"Sampai bila kita hendak berkeadaan begini dengan tidak melaksanakan tanggungjawab agama iaitu menyeru kepada makruf dan menentang kemungkaran," katanya.

Di samping mengharapkan Setiausaha Agung DAP itu diadili sebaik-baiknya, Mohamad turut menyeru rakyat terus bangun melawan rasuah dan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau RM2.6 bilion dan pelbagai skandal yang lain.

Mohamad yang juga kawan karib kepada Lim Guan Eng ketika mereka ditahan di bawah ISA satu masa dahulu berkata, Setiausaha DAP itu pernah dipenjara kerana cuba membela seorang gadis yang dianiaya oleh seorang pempimpin politik BN.

"Dakwaan terpilih sentiasa berulang kali berlaku di Malaysia.

"Kita berharap pasukan pembela akan dapat melakukan pembelaan terbaik ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP ini," katanya.

Laporan menyebut Lim ditahan petang tadi oleh SPRM dan akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

Beliau juga dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan bermalam di sana sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib kebal didunia..dia tunggu tuhan tangkap dia

Tanpa Nama berkata...

Punya la suka walaon2 pas melalak apabila guan eng ditahan sprm..

Tanpa Nama berkata...

Di dunia pun dia tak kebal. InsyaAllah sampai masa dia akan kena. Sooner or later....

Tanpa Nama berkata...

Ada se perkara yang orang Islam cukup jaga .. yang tidak boleh tidak iaitu waktu berbuka. Kalau tanya fadhilat nya, jawapannya kita cuma menjadi orang yang menepati masa sedangkan kita sebenarnya menjadi orang yang cukup berdisplin dalam taat kepada perintah Allah.

Bila habis Ramadhan, datang kerja pukul berapa.. solat zuhur berapa lama.. ?

Apa lagi yang mengharap kan malam Al-qadar. Dengan kehidupan begini dan sekeliling kita banyak yang tak betul nya seperti tidak langsung sensitif dengan rasuah, apa kah akan turun Al-Qadar ?

Seorang Islam yang mulia, tidak akan aman hatinya jika berlaku kezaliman dan ke tidak adilan. Bukan nak kata tidak boleh dakwa Guan Eng tapi mengapa perbuatan mungkar Najib di lepaskan?

Kalau ada orang yang dapat Al-Qadar pun yang layak rasanya ada lah Saudara Anwar Ibrahim. Insyaallah.

Mana mungkin Allah yang Maha Suci mahu menerima amalan kita yang tidak sempurna dan ada kotoran sebab memandang ringan rasuah dan pemyelewwngan.

Tak ada rasa malukah dengan penganut agama lain baik dalam negara dan luar negara yang keras menolak rasuah dan penyelewengan? Yang tidak di beri Al-Qadar.

Kepada Allah kita kembalikan. Dan ampunkan lah daku yang lemah ini.

Tanpa Nama berkata...

Dulupun aku penyokong tegar gila pas tapi kerana hj hadi and geng dia yang dua tiga ekor tu punya hal,aku la ni dah naik menyampah tahap gila kat pas pos pas.pasal puak walaun mangkuk nilah perosak parti pas pos pas ni.yang dok sakit hati kat guan eng pasai pa?

Tanpa Nama berkata...

Sbg islam aku diajar dahulukan dulu keadilan drp perkauman... malu aku dgn ularmak2 pas skrg ni...

Malaysiabaru berkata...

Terima hakikat

TIDAK AKAN ADA PEMBANGKANG LAGI PADA PRU14

TIADA KWRUSI PARLIMEN PEMBngkNg

1.Anwar masuk sg buloh
2. Nik Aziz meninggal
2. Pakatan ywrkubur
4. Pas berpecah
5. Hadi isthihar kerjasama dgn umno
6. Pas lawan 3penjuru
7. Lim Guan eng dakwa
8. Selangor istihar darurat
9. Rafizi sg buloh
10. Azmin ishtihar pkr kwejasama dgn pas dan umno .pkr kluar pakatan
11. Azmin dlantik pemangku presiden pkr
12. 280 aktivis ahli politik amanah dap a.b.u ngo bwrsih d tangkap masuk sg buloh bwh akta hasutan

Tanpa Nama berkata...

Jgn kata ko sorg, aku juga dulu fanatik pas sbb perjuangan pas betul, tp aku sokong kebenaran.skrg jelas bersuluh pas dah jadi mcm umno so aku xsokong pas lagi.kwn2 aku pun rata2 ramai beralih pd Amanah. Pas dah terbabas dari jalan yg lurus.aku percaya beribu2 lg seperti aku ni.

Lebai Roger berkata...

Mokhtar senik pun layak juga........tiap2 ramadan mimpi para sahabat.......dan yg sah confirm irrevocable......harun din la.......org lain semua munafik dia saja islam ori sunnah. Aku sedih tengok kezaliman insan2 yg mengaku ulamak ni.....kesian kerana jadi hamba setan atas nama ugama.

Tanpa Nama berkata...

PH jangan putus asa...kena terus bergerak dan bersatu...abaikan pas jika pas dah tak sudi...lawan tetap lawan...

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat aku, gerakan massa yg ampuh boleh wujud apabila Tun M dan Anwar saling berdamai dan bergerak bersama...apa kata GB?