8 Jun 2016

Tolak PAS Kerana Pendirian PAS Sentiasa Berubah-ubah

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menjawab beberapa persoalan yang berkisar mengenai persoalan mengapa Pakatan Harapan (PH) bertanding di kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beliau menyatakan segala kerosakan yang berlaku dan membebankan rakyat hanya boleh dihentikan jika kita tukar kerajaan persekutuan, barulah kita boleh hapuskan GST, kita boleh bawa reformasi pendidikan supaya pendidikan itu bermutu dan kosnya tidak membebankan rakyat, barulah kita boleh mewujudkan pelbagai undang-undang supaya ahli politik dan penjawat awam tidak hidup bermewah dengan menggunakan harta rakyat.


Beliau berkata demikian di dalam sebuah klip video berdurasi lebih kurang 10 minit yang dihasilkannya untuk sebaran kepada umum hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden Keadilan menyatakan pilihanraya kecil kali ini (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) sebenarnya adalah pertembungan diantara Barsian Nasional (BN) sebagai kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) sebagai pembangkang persekutuan kerana hanya PH yang boleh menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan.

Kemenangan parti-parti pembangkang yang lain seperti PAS tidak akan mengubah keadaan kerana mustahil PAS boleh memenangi cukup kerusi parlimen untuk menewaskan BN.

Tambahan pula kebelakangan ini kita melihat PAS mengalami kemerosotan sokongan dari pengundi bukan-Melayu yang mendadak (PAS) dilihat tidak mampu untuk mewakili semua rakyat Malaysia.

Sebab itu kemenangan PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini jika berlaku, akan menambah ketidak ketentuan politik negara kerana tidak pasti samada bila tiba masanya PAS akan memutuskan untuk menyokong BN kekal sebagai kerajaan persekutuan sekiranya beberapa syarat yang ditetapkan oleh PAS dipenuhi oleh BN.

Oleh sebab itulah Majlis Presiden PH memutuskan bahawa PH MESTI turut serta dalam PRK kali ini hanya melalui PH rakyat berpeluang menukar kerajaan persekutuan.

Dan setelah diteliti pelbagai faktor, Majlis Presiden PH juga memutuskan parti yang terbaik untuk mewakili PH di dalam PRK ialah Parti Amanah Negara (AMANAH).

Katanya lagi, sebenarnya PH telah membuka seluas-luas peluang kepada PAS bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru di kedua-dua PRK ini. Cadangan awal ialah supaya PAS bertanding di Kuala Kangsar dan PH bertanding di Sungai Besar, satu lawan satu melawan BN.

Malangnya isyarat yang kita dapat daripada PAS itu adalah berbeza-beza. Beliau dimaklumkan pada kala rundingan masih berjalan dengan wakilnya, ada pimpinan PAS yang telah mengumumkan bahawa PAS tetap akan bertanding di kedua-dua kerusi itu, malah menafikan rundingan telah berlaku.

Sebab itu perlu ada ketentuan yang jelas meneenai pendirian sesebuah parti pembangkang itu terhadap Dato Seri Najib Tun Razak dan juga UMNO.

Sebahagian besar perbezaan pendapat diantara PH dan PAS kebelakangan ini adalah berpunca dari perbezaan pendapat mengenai Najib dan juga UMNO.

Contohnya ambil misal yang paling mudah iaitu 1MDB. Pendirian kami di PH adalah jelas, 1MDB adalah skandal kewangan terbesar yang membebankan rakyat yang akhirnya rakyat terpaksa menanggung hutang 1MDB yang berpuluh-puluh bilion itu, maka Najib perlu dipertanggungjawabkan dan meletakkan jawatan serta-merta.

Tetapi pendekatan yang diambil oleh PAS adalah berbeza kerana PAS berpendirian PAS akan menyokong Najib dan UMNO dalam perkara-perkara yang PAS berpendapat membawa kebaikan untuk rakyat.

Jadi dalam kes 1MDB ini, hampir tiada penentangan dari PAS mengenai 1MDB, malah ketika ahli-ahli parlimen membuat undi untuk menolak Belanjawan yang dibentangkan Najib sebagai isyarat kita pertanggungjawabkan Najib diatas kegagalan 1MDB, ahli-ahli parlimen PAS mengambil sikap berkecuali di dalam pengundian tersebut.

Ketidak-tentuan pendirian PAS berhubung Najib dan UMNO ini boleh membawa kesan yang besar kepada hasrat rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan di dalam pilihanraya umum ke 14 kerana MP-MP PAS ini adalah kunci kepada Najib untuk mendapatkan kembali undi dua pertiga di dalam parlimen untuk menambah kerusi-kerusi parlimen yang baru melalui persempadanan semula yang sudah tentu akan memberi kelebihan kepada UMNO BN.

Kedudukan di dalam Dewan Rakyat sekarang pelik, UMNO BN 132 kerusi, PH ada 73 kerusi, PAS ada 14 kerusi dan 1 Bebas iaitu TS Khalid Ibrahim dan 2 lagi kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan ditentukan dalam PRK ini.

Untuk Najib mendapatkan kembali undi dua pertiga untuk meluluskan persempadanan semula itu beliau memerlukan sekurang-kurangnya 148 kerusi parlimen.

Sekarang mungkin Najib tidak yakin untuk membentangkan penambahan kerusi-kerusi parlimen baharu itu kerana ada ahli-ahli parlimen PAS seperti Dato Mahfuz yang menunjukkan kecenderungan untuk membuat keputusan secara bebas.

Mungkin sekarang ini ada ahli-ahli parlimen PAS yang akan menolak pembentangan mmenambah kerusi parlimen baharu yang menyebelahi UMNO BN.

Tetapi jika PAS dapat mendapat kerusi parlimen yang baharu, dapat kerusi yang lebih, ada kemungkinan Najib mendapat balik undi dua pertiga di parlimen itu sekiranya ada tawaran-tawaran Najib yang dipersetujui oleh PAS yang dikira oleh PAS itu mendatangkan kebaikan dan itu dijadikan tukaran kepada PAS menyokong pembentangan penambahan kerusi parlimen baharu melalui persempadanan semula yang akan memenangkan UMNO BN.

Beliau berharap rakyat memahami pendirian PH bahawa ketidak-tentuan PAS terhadap kepimpinan Najib dan juga UMNO boleh menggagalkan hasrat rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan kerana pendirian PAS itu berubah-ubah, betukar-tukar mengikut keadaan.

Ada masanya PAS menyokong pendirian Najib dan UMNO atas dasar itu mendatangkan kebaikan kepada rakyat, ada masaya, PAS menentang.

Apa yang akan jadi sekiranya semasa Najib membentangkan penambahan kerusi parlimen baharu melalui persempadanan semula, PAS mengambil pendirian itu satu langkah yang baik untuk rakyat dan memutuskan untuk menyokong pembenatngan tersebut?

Justeru pertembungan dalam kedua-dua PRK ini adalah diantara BN dan PH. Kemenangan kepada PAS dalam kedua PRK ini bukanlah satu tamparan kepada Najib atau pun UMNO. Tamparan itu hanya datang jika PH yang menang kerana kamilah (PH) yang tetap dengan pendirian UMNO BN mesti dikalahkan. Kerajaan Persekutuan mesti ditukar untuk membela dan menyelamatkan rakyat.

Maka pimpinan PH tidak ada pilihan lain kecuali masuk gelanggang ini kerana kita tahu bahawa PHlah satu-satunya harapan dan peluang rakyat untuk mengalahkan UMNO BN dan menukar kerajaan di Putrajaya.


23 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

TAHNIAH Pimpinan majlis President PH,kerana menyedari awal,tentang tipu muslihat PAS,ianya bermula dgn facebook Zuhdi,yg di paparkan sikit masa dulu,di mana think-thank PAS/Umno sudah memikirkan in advance cara nak mengembalikan majority 2/3 Parlimen,hanya dgn cara Merry gendeying,persempadanan semula.utk PR14.
Syabas pada semua yg terlibat.

Unknown berkata...

Sifir mudahnya ialah Pas adalah parti broka dan barua umno.
Sudah terang lagi bersuluh.
Samada pas dibaruakan umno dgn izin jebon besarnya hadi marang atau pas rela membaruakan diri untuk habuan dedak,pun dgn kerelaan ketua jebon besar hadi marang.
Noktah

Tanpa Nama berkata...

Baiknya bahasa Rafizi. Tidak keras.

Pendirian PAS berubah mengikut keadaan. Pada PAS apa yang di buat oleh Najib di anggap baik untuk rakyat. PAS boleh "tawar-menawar" untuk penambahan kerusi parlimen baharu melalui persempadanan semula yang akan memenangkan UMNO BN.

Alasan PAS menurut Rafizi kerana di anggap baik untuk rakyat. Atau adakah sebenarnya untuk kepentingan pemimpin PAS sahaja ?

Mengapa penambahan kerusi PAS ini di tolak mentah-mentah dan menjadi kemarahan Almarhum TGNA ?

Bagaimana dengan kesenangan dan keangkuhan pemimipin PAS hari ini sebelum dapat penambahan kerusi. Sebelum persempadanan semula !

Lalu untuk semua ini... untuk jalan mudah ini, PAS gadaikan prinsip dan perjuangan menurut landasan Islam.

PAS jadi pengkhianat kerana tidak puas dengan apa yang ada/yang diperolehi dengan kesabaran yang tinggi dan pengorbanan yang bukan sedikit.

PAS mahu lagi sehingga sanggup bersongkol dengan penzalim, perasuah, penipu, suka-suka guna kuasa sehingga PAS sudah di resapi sifat-sifat tersebut.

Rafizi cuma mengatakan pendirian PAS berubah-ubah. Sifat-sifat bagaimana yang dimiliki oleh orang yang berubah-ubah pendiriannya ?.

Mungkin dengan penambahan kerusi PAS dapat kuasa dan boleh buat apa yang PAS perlu untuk mencapai matlamat parti secara halus. UMNO bukan bodoh dan pembelit yang hebat. Sehingga sekarang 1MDB berpusing-pusing di situ sahaja.
PAS akan tetap dan terus berada di bawah UMNO.

Cuma pemimpin PAS sahaja yang bergaya dan bermewah-mewahan. Hari ini keris paling panjang, esuk mana tahu kereta yang paling besar.

Namun yakin dengan beberapa perkara yang telah berlaku, jika niat PAS suci dan putih bercahaya, ini bukan caranya. PAS akan gagal melainkan PAS kena menjauhkan diri dari Islam yang syumul.

Adakah dalam.tawar-menawar antara UMNO PAS, termasuk juga Hudud ???????

Tanpa Nama berkata...

Pas dah hadi yg bodoh mudah ditipu umno bn. Noktah. Bye bye pas chai.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini, UMNO beli MP. Satu, satu. Atau kalau di beli selonggok paling ramai 10 orang.

Sekarang UMNO tak beli orang. UMNO beli parti ! Beli parti dapat tengkolok, samping dan keris panjang. Tambah ekstra satu lagi, pulut.

Jika AMANAH yang menang, kempunan lah PAScai sebab rancangan untuk mendapat kerusi yang sepatutnya bertambah telah digagalkan.

UMNO akan usahakan membeli MP lain. Masa ini harga PAS kena di turunkan. Atau di sebabkan MP tersebut di bayar jauh lebih tinggi, maka PAS telah di jual dengan harga murah.

Siapa kah sepatutnya bertanggung jawab menghentikan politik yang buruk begini?

Tanpa Nama berkata...



Pelacur2 murahan dilorong2 gelap diikat dan terikat krn tekanan 'DUIT'

Pelacur2 atasan dikalangan model2 dan artis juga terpenjara sbb 'DUIT'

Pelacur2 kaum/bangsa juga diikat dan dijerat setelah diumpan 'DUIT'



Pelacur2 politik juga ditambat diikat sbb sama2 menCURI krn 'DUIT'

Pelacur2 dikalangan agamawan lagi sgt2 senang diikat n dicekik dgn 'DUIT'

Pelacur2 'politik-Agama' lg sgt2 cilaka krn dicekik dgn 'DUIT' yg berJUTA2!


Wa-syarik-hum-fil-AMWAL...firman ddlm Quran yg brmaksud:

"Dan SYIRIK kan lah mrk itu dgn 'harta @ DUIT'"


Maksud SYIRIK yg paling2 asas ialah menDUAkan = Fokus jd berPecah ATAU;

SYIRIK = Niat dah jd tak LURUS @ Bengkok/cabang

SYIRIK = Matlamat asal dah bercabang

SYIRIK = Prinsip asas diKOMPROMI

SYIRIK = Lenyaplah Integrity-AMANAH yg suci

SYIRIK = Sbnr7 KBNARAN yg Mutlak drp TUHAN akan di'Lacuri'

SYIRIK = Yg wujud hanya "penting-Diri"..dan AMANAH Mutlak-SUCI dr ALLAH dah tak-Penting lagi!


Begitulah juga dgn maksud asas istilah "Murtad"..

Apb dah "SYIRIK" sgl nya dah kena ikat dan kena CEKIK..sgl perkataan dan perbuatan akan tiada lagi yg LURUS suci dari hati melainkan sandiwara TIPU putar BELIT yg jelas tunggang langgang @ Tunggang TERBALIK!

Murtad = Seolah2 FITRAH berdiri Kepala diatas ditukar jd Kepala kbawah

Murtad = Seolah2 sprt sudah LURUS jauh kedepan kita patah balik kbelakang

Murtad = Sprt sudah ada CAHAYA yg Terang tup2 dituju jln bengkok yg GELAP

Murtad = Apb bengkok @ patah kblakang & ddlm GELAP pulak tu, tentulah jd berkecamuk n berantakan

Murtad = Sbb tu ALLAH sgt2 murka kpd yg Murtad krn ISLAM sbg deen-System yg Lurus-AMANAH-Suci dan cantik akan kelihatan berkecamuk bobrok jijik dan Tunggang TERBALIK

Murtad = Ddlm suasana gelap yg Tunggang TERBALIK tentulah gawat dgn jenayah pencuri dan BAPAK pncuri serta onar FITNAH dari siBAPAK fitnah dan brbagai2 jenayah lagi..


Semoga Ramadhan ini kita dpt menekuni serta mngHALUSI kalimat demi kalimat ddlm Al-Quran dgn lebih halus dan lebih mendalam lagi..


















Tun Perak berkata...

Majority 2/3=148 kerusi. Untuk BN ubah persempadanan semula pilihanraya. Sekarang BN 132 + PAS 14 + bebas 1 = 147 kerusi. BN perlukan 1 kerusi shj lagi utk dapat majority. Jadinya Allah bagi peluang rakyat malaysia buat pilihan. Jadinya rakyat malaysia tiada pilihan sekiranya PAS berpaling tadah...PRU 14 adalah bencana buat rakyat....pilihan yg ada PH kena menang dua2 kerusi nih...jadi fikirkanlah..apa yg kita mahu...

Tun Perak berkata...

Rafizi you are genius...

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni tak susah nk umpan..bagi betina dan RM 1juta pun dah jalan..manusia bertopeng serban dan jubah memang tak boleh dipercayai sama sekali..munafik

Tanpa Nama berkata...

Undang-undang Islam pun macam itu.

Entah apa isyarat yang PAS dan Tuan Ibrahim hantar. Kejap hudud. Kejap RUU.
Macam magik...

Jika bukan hudud, kenapa lah UMNO tolak dan terkedek-kedek macam itik untuk bentangkan.

Setakat nak tambah hukuman dari RM5,000 denda, 3 tahun penjara dan 6 sebatan pun tercunggap-cunggap.

Katalah denda dinaikkan ke RM 10,000, penjara 5 tahun dan 10 kali sebatan. Tapi bila keputusan samada denda atau 1 tahun penjara atau/dan 3 kali sebatan.
Tak guna juga. Hakim kena pertimbangkan rayuan dan nasib anak bini pesalah.

Ini bukan cara nak selamatkan masyarakat sebab menghancurkan sebuah keluarga terutama kes mabuk. Dah lah di Kelantan penjualan arak di hadkan. Sepatutnya tidak ada masalah arak dan pelacuran di serambi Makkah.

Zina pulak bukan senang punya kerja. Ulamak PAS sendiri cakap 4 saksi yang nampak seperti jari telunjuk di celup dalam botol dakwat. Macam balak dah terang-terang ada kes zina tapi pelakunya nya tak kena tangkap.

Tak tahu lah apa tujuan PAS. Tujuan ini lah yang buat orang terkeliru. Kalau nak bagi pengajaran tak payah nak tambah, kenakan maksimum denda RM 5000, penjara 5 tahun dan 6 kali sebatan. Sebat ikut cara penjara sebat penjenayah. Baru lah berkesan.

Tak tahulah kalau PAS nak selamatkan orang dari murtad... yang di rebutkan ialah mayat sebab nak diuruskan ikut syariat Islam. Padahal si mati dah buat permohonan keluar dari Islam dah pergi kuil atau tokong.... Entah lah.

Adakah orang yang ingin murtad di benarkan meneruskan niat nya setelah menjalani ketiga-tiga hukuman tersebut dan di hukum lagi pun dia tetap mahu kembali kepada agama asalnya? Berapa kali Islam benarkan seseorang di hukum?

Jika orang Islam terutama yang berpangkat, yang kaya, yang berkuasa, yang ada kelebihan, yang pandai, yang bijak, yang berjawatan, yang alim dan yang berkedudukan tinggi berkelakuan dan meninggi kan syariat Islam itu sendiri dengan sendiri nya yang bawah akan ikut dan Islam menjadi syumul. Islam tidak menjadi persoalan jika ada penganti TGNA tetapi malangnya kalau ada yan baik dan elok cuma sedikit ke arah itu.

ps: tulisan ini menganggap kesalahan mabuk, zina dan murtad adalah satu kesalahan yang sama.

Tanpa Nama berkata...

Dari segi logik prk kali ni memihak kepada bn sbb pas dan ph dah pecahkan undi pembangkang dtambah dgn spr yg menolong bn mgunakan undi2 hantu maka agak mudah utk bn menang kerusi ni.tp kita xtau kuasa Allah melepasi segala2 nya.menurut logik juga,undi umno juga akan berpecah sbb satu team mahathir dan xkan pangkah calon najib, dan juga protes drp akar umbi terhadap calon terutama kuala kangsar mencalonkan wanita dlm iddah.kalau perkiraan kasar undi2 yg lari dr umno berkemungkinan akan beralih kepada Amanah sbb pas juga seolah2 rakan baik umno,manakala Amanah mmg ada kelebihan undi cina sebanyak 30%.Memang ada harapan utk Amanah menang tipis.Insyallah

Tanpa Nama berkata...

Bukan berubah-ubah pendirian....PAS cakap berbelit-belit, penipu, pembohong, bersilang kita dan bercabang lidah.
Kerja PAS memang untuk jadi tunggangan UMNO/BN nak bagi menang UMNO/BN walaupun PAS boleh kalah banyak kerusi asalkan pembangkang PH juga akan dikalahkan.
Itu akan menjadi kerja buruk asasi PAS pada PRU14 nanti kerana bagi memastikan UMNO/BN menang 2/3.
Seterusnya persempadanan semula boleh dilakukan dengan mudah dan dipastikan ia akan memberi kelebihan kawasan pilihanraya memihak kepada UMBO/BN dan PAS. Besar kemungkinan pengundi China akan dilonggokkan dalam satu kawasan pilihanraya dan banyak kerusi akan ada lebih 60% kawasan pengundi Melayu.
PRU15 kita akan lihat UMNO/BN bersama PAS akan menguasai banyak kerusi dengan PAS akan dilihat bekerjasama erat dan diberi secara terbuka imbuhan dan ganjaran.
PAS mesti dihapuskan sekarang bersama UMNO/BN sebelum terlambat.

Tanpa Nama berkata...

Malangnya PAS sekarang terdiri daripada pemimpin2 yang bodoh. Yang cerdik dah pun keluar PAS.

Dengan kebodohan yang ada dalam kalangan mereka WAJIB PAS DITOLAK RAKYAT.

Rafizi memang budak cerdik. Negara memerlukan pemimpin macam Rafizi, Tony Pua dan ramai lagi yang berada dalam PH.

PRK di SB dan KK dan PU14 wajib melihat perubahan politik di negara ini. BN ditolak. PH pula yang memerintah.

PAS sudah tidak relevan lagi. PAS dah jadi parti CAP AYAM sekarang.....

Tanpa Nama berkata...

Elakkan kempen spt DS NIZAR...statement yg overkill. Tunjukkan kematangan politik. Jgn main hentam keromo!!

Bila dah terlajak ckp mcm DS NIZAR..susah nak counter balik bila pihak lawan spin dan tambah rencah dlm isu tersebut!!

Jgn sebut benda2 yg boleh menyusahkan parti semasa berkempen. Keluarkan fakta2 yg berkaitan kelemahan umno bn dan hubungan umno dgn pas semasa kempen..!!! Fokus isu2 itu saja. Olah le dgn apa cara pun. Yg penting serang guna isu kelemahan kerajaan bn..!!

Jgn dok melalut sangat...sebut benda2 yg payah nak dibuktikan. Bukan semua org boleh faham apa maksud sebenar yg ingin kita sampaikan. Tahap ilmu masing2 berbeza.

Cukup2 le bagi peluru free pada musuh. Buang masa utk bg clear isu remeh ni.


Pastikan kempen amanah lebih berhemah dan jgn terikut budaya fitnah dan maki hamun pas... Mereka itu parti star wars!!! With the lightsaber..haha

Tanpa Nama berkata...

Moral of the story, sokonglah PH kalau nak ubah kerajaan persekutuan, jika undi pas ianya takkan membawa apa2 hasil atau kesan...

Pencolekhangek berkata...

Pas sedang gila kuasa dan gila harta. Ramai yang nak duduk dalam dunia koprat. Kalau boleh nanti semua institusi yang berteraskan Islam terutama yang berduit mereka nak kerusi. Mana boleh tahan asyik bagi ceramah. Nak juga duduk dikerusi empuk. Mana tahan bos asyik jual kepok, jual ubat dan wakaf alquran, nak juga pergi meeting lembaga pengarah. Tak jadi menteri takpe sebab itu semua untuk kuncu-kuncu hadi! Janji masyuk. Macai-macai kat bawah biar buat kerja kotor. Diorang bukan cerdik pun. Cakap masuk neraka takutlah mereka. Mana yang bongok-bongok tu kena kuat kerja supaya ustad-ustad, tuan-tuan guru kamu boleh beli kereta besar, rumah besar dan kahwin bini kecik (sebab bini lama dah besar!).

Tanpa Nama berkata...

Celakalah pimpinan pas yang
sanggup gadaikan maruah se
mata mata kejar laba dunia.
hancurlah pemimpin pas yang
cuba lacorkan pas dengan
umno.

Din berkata...

Pas mestidkuburkan di sg besar dn di kuala kangsar

Din berkata...

Pas mesti di kuburkan di sg besar dn kuala kangsar

Din berkata...

Pas mesti dikuburkan di sg besar dn kuala kangsar

Din berkata...

Pas wajib dikuburkan di sg. Besar dn di kuala kangsar

pemuda parit kings berkata...

Perkiraan yg baik...harus ditekankan keburukan kerajaan yg ada skrg...penerangan yg jelas harus ada disetiap jentera PH...jaga akhlak...tutur kata....cakap sedikit...tapi berisi dan padat...cakap yg boleh buat pengundi berfikir...jgn angkat isu remeh temeh...kesedaran yg baik kena dtg dgn gerak kerja yg ikhlas...bukan duit segalanya....
Tapi duitlah buat rakyat yg utama...berani kerna benar....berkempen dgn hikmah...insyaallah Allah bantu kita...

Tanpa Nama berkata...

Macai-macai kat bawah biar buat kerja kotor. Diorang bukan cerdik pun. Cakap masuk neraka takutlah mereka....hahahaha..betul3.